Sunday, September 8, 2013

JURNAL AHAD SEORANG SHERINA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^

Hai semua...

Habiskan keje. Pastu kena usaha carik duit dari sumber lain pulak.

Sekarang ni aku tengah menghabiskan tugas2 post production. Tinggal lagi sikit je. Lepas ni macam takde job buat masa terdekat. Untuk lubang-lubang masa tu, aku dah rancang nak buat sesuatu. Aku ni takde bakat, jadi kenalah berfikir kreatif untuk usahakan apa2 yang mampu menjana pendapatan. Walau tak lumayan mana, asalkan ada usaha, inSyaAllah jika ada keberkatan, adalah rezki di hujung jalan. Yang penting kan USAHA! Usaha, kerajinan, kegigihan dan kecekalan takkan pernah mengkhianati selagi ia berniat baik. Walau ada cabaran, lambat laun pasti ada hasil.


Mulakan Bisnes [yang kecik aje].

Aku nak jual sesuatu! Kehkehkeh... aku sendiri pun tak caya sebenarnya. Sebab yang utama nape aku  tak caya ialah aku memang tak berapa nak pandai bisnes. Sebab semua bende nak bagi free je kat orang. Cam tak sampai hati pulak nak jual. Tapi, kali ni memang kena berniaga jugak nampak gayanya! [kata ku sambil menyokong diri sendiri].


Nak berkat - keje penat2 dulu, rezki datang kemudian.

Lama gak la aku pikir nak jual apa. Kena lah ikut kemampuan  diri sendiri, kan? Setakat aku ni... ala... banyak  mana sangatlah yang aku mampu kuar modal buat bisnes waima kecil-kecilan sekalipun. Tapi, niat dah ada... kena teruskan jela. Kan ke nak survive kehidupan yang kos sara diri makin hari makin meningkat ni. Kot orang kaya memang takpelah, takyah pikir nak tambah pendapatan keluarga. Ni... orang kebanyakan cam aku ni sah-sah kena sama-sama tingkatkan ekonomi keluarga. Selagi ada kudrat, dengan izin Allah aku akan berusaha. Lagipun takde alasan untuk aku bermalas-malasan. Rezki tak datang bergolek, beb! Kalau tak penat, makan untung atas angin... untung duniawi je tu. Lebih berkat bila kita dapat hasil daripada pekerjaan yang kita letakkan usaha dan komitmen di dalamnya... chewah! Tapi betul, apa!

Bila keje aku ni dah siap, aku akan letak kat sini ape yang aku jual. Biasa-biasa je, tapi harap2 ada market  la. Opppssss... maksud aku harap2 adalah rezki untuk aku anak beranak. 

TUNGGGGUUUU!!!

_______________________________________________________________________

Blog ni tempat aku shout out tentang apa2 je... Saja, isi  masa ketika 'render', hihihi. Aku tak  mintak sape2 sokong pun, kang mengada pulak. Tapi kalau ada yang sudi baca tu [walaupun sambil mencebik sebab menyampah ke hape ke...hihihi... terima kasih sangatsss... aku hargai masa berharga korang,tau!] 


No comments: