Sunday, August 23, 2015

Cerpen Santai - ZIGZAG -


[Ye...aku ok je...cuma lama tak berblog sbb bz buat animation la konon! hihihi...ni saje merepek cam dedulu...harap2 ada pengajaran di situ! Enjoyyyyyy!]

Zigzag - Bab 1
Dari semalam Sophie nampak gelabah semacam. Ketara sangat! Sampaikan dia senyum kat aku pun nampak kelat dan dibuat-buat. Bergerak-gerak saraf kat pipi dia macam kena paksa buat senyum. Rasa macam nak tanya je, tapi takut dia anggap aku ni bz body pulak.
Aku perhati je gerak geri si Sophie ni. Memunggah kotak-kotak macam orang nak pindah rumah. Ntah apa yang dibuatnya. Semuanya nampak serba tak kena. Ha... tengok tu! Dia berjalan pun terlanggar bendul sampai nyaris nak tersembam. Huih! Ni nak kena amik tau ni. Lantaklah nampak cam penyibuk ke, asalkan niat aku untuk amik berat ni tercapai.
Baru aku nak bukak mulut, tetiba...
"Ha... tu tengah bersangka buruk la tu, kan? Tersengih-sengih... muka psycho, pandang orang macam pembunuh bersiri!" [Sophie marahkan aku. Dia perasan aku dok perati dia]
Huh! Tengok? Paniknya budak nih! Aku pandang pun dia marah. Orang baru nak buat baik,  dah tawar hati. Lantak kaulah Sophie... nak terlungkup ke, tersungkur ke...
"ADOI!!!"
"Ya Allah, sakitnya.... "
Laa... tetiba Sophie tersungkur betul. Dia berjalan bukan nak pandang bawah. Ni nak kata mulut aku masin ke atau sebab karma dia sound-sound aku tadi? Kuikuikui.
Cecepat aku tolong. Aku tak tolong bangunkan dia pun. Aku nampak kaki dia macam sakit je, tapi sebab tak cedera parah, kira boleh survive la tu. Bukan hape... tadi dia kata aku macam pembunuh bersiri, ni kalau aku tersentuh dia, silap-silap dia tuduh aku perogol bersiri pulak. Huih! Taknak aku! Aku tolong kutipkan buku-buku dia yang berterabur terkeluar dari kotak yang dia bawak tadi.
"Woi! Pakcik! Aku ni ha yang patut kau tolong! Buku-buku tu bukan sakit pun". [Sophie sound aku, sebab aku je yang ada kat situ]
"Hamboi, budak ni! Tuhan dah tunjuk balasan pun nak garang-garang lagi! Kasar kemain! Takkan jatuh sikit pun tak boleh bangun?" [Aku sound dia balik. Dah aku je yang ada kat situ, maka aku jelah harapan dia...hihihihi]
"Arghhhh!!! Sakitnya... Ya Allah tolonglah hantar bantuan. Ni setakat Pakcik jiran ni tak boleh diharap!"
Kutuk aku la tu! Aku terus je kutip buku-buku tu. Dah tu aku susun elok-elok dalam kotak dia. Lebih kemas dari susunan asal masa Sophie bawak tadi. Banyak lagi ruang kosong kat kotak tu.
"Waaaaa!!! Bongoknya kau ni.... kau pindah tempat lain jelah.... sakit hati je berjiran ngan kau... orang sakit bukan nak tolong!!! UWAAAAA!!!!"
Tetiba Sophie nangis. Halllllaaaaaahaaiiiii... serius la kot dia sakit? Aku pun pegi dekat sikit. Aku tengok kat lulut dia berdarah. Aku hulur tangan nak tarik dia bangun. Tapi dia nangis, tak abis-abis mengaduh sakit. Ni yang aku panik ni.
"Aku takleh bangun ni. Nak gerakkan kaki pun macam tak boleh! Sakit! Kalau luka ke, terseliuh ke... takpe lagi. Ni lain macam sakitnya ni... takut retak ke, patah ke..."
HAH?
RETAK?
PATAH?
Masa tu aku tak tercegat dah. Terus aku angkat Sophie kuar dari longkang kecik tu. Longkang tu takde air pun. Kalau hujan je jadi tempat saliran ke longkang besar. Yang aku heran tu, tiap-tiap hari dia lalu situ, takkan tak perasan ada longkang. Ni ntah-ntah sengaja nak amik kesempatan kat aku ni.
"Dahla berat! Suh aku angkat pulak!"  [Aku takde kontrol-kontrol, Sophie je kot?]
Aku letak dia kat atas rumput. Memang sakit agaknya. Kalau tak, takkanlah sampai keluar airmata si budak yang konon-konon macho ni.
"Kau tolonglah call kan mak aku... UWAAAA!!!"
Tulah... konon Hana Kimi sangat! Gaya lebih macho dipade aku... last-last jatuh longkang kecik... menangis... kahkahkahkahkahkah... siap aku kena angkat lagi... kihkihkihkih... huahahahaha...
Maka masa tu tak dapat tahan, keluar segala gelak jahat aku. Memang lawak la... Sophie ni budak tomboy. Muka jambu tapi tak feminin. Kasarnya... huh! Kemain lagi! Jadi pompuan kan senang... ayu-ayu je... mesti awal-awal lagi aku dah tolong hantar gi klinik.
"Mak... Sophie jatuh... tak boleh bangun ni... mak baliklah hantar Sophie gi klinik... uwaaaa!!!"
Eh! Dia call mak dia sendiri. Aku baru nak call kan. Mak dia [Makcik Mimah] ada kedai makan kat simpang jalan dekat ngan rumah kitorang. Kira... nasik lemak mak dia tu 'legend' la... sedap giler! Tiap-tiap hari Makcik Mimah meniaga sorang-sorang sejak Sophie sambung belajar. Dulu Sophie la yang tolong mak dia kat kedai. Setakat angkat tong gas tu... apa la sangat! Kuat budak Sophie ni! Lasak cam jantan! Tu yang bila dia menangis jatuh longkang aku boleh gelak. Cam berlakon je!
Tak lama pastu Makcik Mimah bergegas balik. Dia nampak je aku terus dia mintak tolong.
"Laaa... kau ada kat sini Latip? Meh, tolong angkat Sophie ni masuk dalam keta... nak hantar gi klinik "
Nama saya Farid, Makcik Mimah. Latip tu ayah saya. Selamba je Makcik Mimah ni panggil aku Latip. Depan ayah aku pandai pulak dia panggil aku Farid. Hish! Apakan daya Sophie sakit. Aku diam je dan terus tolong angkat Sophie yang berat ni.
"Kau ni makan batu bata ke simen? Berat siot!"
"Kalau aku dah baik nanti, aku terajang kau! Aku angkat kau, pastu campak kau kat longkang besar sana tu!" [Sophie menjawab sebab mulut dia tak cedera mahupon retak]
Sempat lagi tu nak maki aku... tak padan ngan sakit! Tapi aku tak peduli, aku tolong je sebab nak cepat hantar Sophie ke klinik.
Sampai klinik, Doktor tu suh gi hospital. Laa... memang patah rupanya. Aku ingatkan dia over acting je tadi sebab sengaja nak manja-manja ngan aku yang sesekali balik bercuti ni... kuikuikui.
Kat hospital, aku ngan Makcik Mimah tunggu kat luar. Dah lama pastu Doktor panggil kami dan bagitau yang kaki Sophie terpaksa disimen sebab ada keretakan pada tulangnya. Bukan patah, tapi retak. Maka, Sophie terpaksa menggunakan bantuan tongkat untuk memudahkannya berjalan. Nampaknya pasni lama la si Sophie ni duk diam-diam kat umah. Nasib baik tengah cuti semester.

Zigzag - Bab 2
Balik je umah, aku citer kat mak aku. Mak aku pulak yang berlebih-lebih, terus cuak dan tak lalu makan. Mak aku memang sayang sangat kat Sophie. Yelah, mak takde anak perempuan, kami tiga beradik semua lelaki. Bila mak masak special sket, mesti nak bagi Sophie. Sikit sikit Sophie. Balik balik Sophie. Kira... Sophie ni mak aku dah anggap macam anak dia. Kadang tu aku pulak yang rasa macam anak jiran.
Hari tu mak aku masakkan makanan sedap-sedap untuk Sophie. Siap je dia hantar ke rumah nombor 16 tu. Ntah-ntah mak siap suapkan kot? Mak tu memang manjakan Sophie dipade kecik. Kesian katanya, Sophie takde ayah. Ayah dia bukan meninggal dunia pun tapi meninggalkan Makcik Mimah gantung tak bertali. Umah Sophie selang sebuah rumah dari rumah aku. Ibaratnya kalau kentut pun boleh sampai baunya. Dekat sangat! Rumah yang tengah-tengah di antara rumah kami tu pulak rumah Maklang aku yang dibuat homestay. Maklang ikut suami dia yang bekerja di Doha. Sesekali bila balik jenguk mak, mereka akan tinggal di rumah sebelah.
Aku ingat tadi naklah jugak ikut mak jenguk Sophie. Tapi mak aku suh tunggu umah sebab adik aku anytime je balik dari sekolah. Dia takde kunci, nanti bila adik dah balik, mak suh aku datang.
Kitorang ni berjiran dah lama... dah macam sedara. Aku ngan Sophie sebaya, kami belajar di sekolah yang sama. Tiap-tiap hari pegi sekolah naik basikal sorang satu. Aku tau hakikatnya Sophie ni seorang gadis remaja, tapi sebab dipade kecik kami membesar sama-sama, aku dah biasa layan dia macam kawan lelaki, aku tak boleh nak lembut-lembut ngan dia. Depan Sophie takyah nak kontrol-kontrol macho, jadi je diri sendiri. Dari kecik lagi dah terbiasa berkawan, bermain lasak-lasak ngan dia, tu yang terbawak sampai sekarang.
Sejak kami masuk matriks, masa cuti semester jelah boleh jumpa. Aku di utara, Sophie di Selatan. Kami dah 18 tahun tapi aku tengok Sophie tak berubah pun. Suka buat muka samseng bila borak ngan aku. Yelah... dah namanya Sophie... takkan lemah lembut pulak. Aku dah bagi coklat mahal-mahal pun dia tak layan aku lembut-lembut. Tiap-tiap aku balik dia nak coklat. Masa kecik-kecik dulu selalu belanja dia choki-choki. Sekarang ni makin demand. Nak Hersheys Kisses! Sebab kami memang kamceng dari kecik, aku layan je. Tiap-tiap kali nak balik mesti teringat belikan coklat untuk Sophie. Kena sorok, kalau tak... belum sempat bagi Sophie, adik aku yang tak makan saman tu akan rembat dulu.
Sophie nampak je muka aku, terus sebelah lagi kaki dia nak tendang aku. Masih marah lagi ngan aku. Dia kata aku main-main dan tak serius nak tolong dia masa dia jatuh longkang.
"Ishh... kau ni. Kang sebelah lagi kaki tu pulak yang cedera. Ala... kan aku dah tolong tadi. Kau berat macam kontena penuh barang pun aku angkat tau. Sampai sekarang, lenguh tangan aku. Sakit badan, sakit urat!"
"Yang kau gelakkan aku tadi apehal? Orang tengah sakit, dia boleh ingat kita buat lawak pulak!"
"Memang lawak pun. Kau kan Hana Kimi, tetiba jatuh longkang. Longkang kecik je pun... siap menangis-nangis. Kau punya react masa jatuh longkang macam sakit nak bersalin, hihihihi".
"Kuang ajar kau! Mana coklat aku?"
"Adik dah jumpa dulu. Dia dah abiskan" [Hehehe... ada sebenarnya, saja je aku nak menyakat]
"Laa... asal kau tak cakap kat dia coklat tu untuk aku?"
"Ish... takkanlah. Nanti adik aku ingat kau tu special. Pastu dia syak kita ada skandal. Pastu dia gossip. Dah tu kita dipaksa kawen... huh! Gila? Taknak aku!" [kehkehkeh]
"Woi!!! Kau gila ke hape? Coklat je pun! Apa yang sampai kena kawen-kawen pulak?"
"Hehehe... tulah kau, kalau kau pikir panjang sket, mesti kau pun terpikir camtu jugak" [Sesekali jumpa... best pulak nyakat dia ni]
Sebenarnya aku dah standby dah dalam poket belakang. Siap balut lagi biar nampak  mahal. Sebab kali ni macam melawat orang sakit kat hospital, maka aku buatlah coklat tu nampak lebih special.
Masa nak balik tu aku sempat letakkan coklat tu kat atas meja. Saje letak sebelah handphone dia, supaya senang nak nampak. Hehehe... memang sengaja nak bagi senang jumpa la kan? Kira surprise simple-simple gitu. Kalau aku jadi dia, bila semua orang dah balik, tetiba ada bungkusan berisi coklat, mesti sweet je rasa, kan? kan? kan?
Tak sampai setengah jam aku balik umah, Sophie call aku. Hehehe... nak ucap timekasih la tu, untuk coklat tu.
"Coklat kau aku dah makan, sedap! Hehehe... ada jugak rupanya. Ingatkan betul-betul adik dah makan. Timekasih, tau!"   [Ha... dah agak dah]
"Hehehe... you're welcome. Suke tak? Aku terpaksa sorok tau tak?"
"Eh! Tapi asal kemek-kemek coklat tu?"
"Dah nak surprisekan kau, aku letaklah kat poket belakang. Pastu tadi kan aku duduk lama, tak pasan, hehehe..."
"Cesssss!!! Aduh!!! Kau dah letak situ pastu bagi aku makan? Aduyaiii... Uwek!!! Uwekkk!!!"
Kahkahkahkahkah... serius, aku takde niat langsung nak kenakan Sophie. Memang aku tak sengaja letak kat poket belakang. Lama pulak tu duduk kat umah dia tadi. Mak dia siap hidang kuih bagai... lekalah aku sampai terlupa ada coklat kat poket.
Cuti  semester tu aku tak carik keje pun. Sebab Makcik Mimah mintak tolong aku bantu dia kat kedai. Masa tu pembantu Indon yang keje ngan dia baru benti keje sebab tamat tempoh permit. Sophie pulak tak boleh nak lasak-lasak selagi kaki dia tu bersimen. Maka, aku bekerja dengan Makcik Mimah. Ala... takde upah pun takpe, sian pulak tengok Makcik Mimah tak larat nak handle kedai makan sorang-sorang. Setiap hari aku makan air tangan Makcik Mimah. Semua sedap-sedap, boleh gemuk aku kalau keje sini lama-lama. Makcik Mimah makin kamceng ngan aku. Tapi, memang takleh kata apelah... dia suka sangat panggil aku Latip, nama ayah aku. Panggil ayah datang kang, tau segan...Hmm... sukati Makciklah... dah biasa dah pun.

Zigzag - Bab 3
Cuti semester tu aku rasa paling sekejap. Sebab aku sangat produktif isi masa dengan bekerja. Takde dah lepak-lepak jumpa kawan. Sebelum balik semula ke matriks esok, Sophie ada bagi aku hadiah. Hadiah harijadi advance katanya. Birthday aku seminggu lagi, tapi sebab kami berjauhan, dia bagilah awal. Dia kata aku kena bukak hadiah tu tepat-tepat masa birthday aku nanti.
Loh! Takkan nak kena tunggu kot? Hadiah dah ada kat tangan, mana aku nak tunggu-tunggu. Ingat aku lelaki skema ke yang nak ikut je arahan tak best camtu. Aku tak kira... lagipun arahan Sophie je kot? Terus aku bukak hadiah tu kat bilik. Hahaha... tergelak-gelak aku sorang-sorang bila tingat pesan Sophie yang bersunguh-sungguh tak bagi aku bukak hadiah awal-awal.
Wah! Sweater jacket ala-ala k-pop!
Best! Best! Best!
I like!
Terus aku pakai... saiz tepat, selesa sungguh!
Sebelum bertolak ke stesen bas, aku gi jumpa Makcik Mimah dan Sophie. Terbeliak mata dia tengok aku pakai jacket baru tu.
"Terima kasih, ye. Hehehe... dalam bas sejuk, tu yang kena pakai ni" [kataku selamba]
Serius selesa sangat pakai sweater jacket ni, ada embroidery stitches tulis SF. Wah! Custom made tuuuuu!
 SF = Syed Farid. Sejak hari tu... sweater jacket yang simple, cantik dan selesa ni jadi pakaian pelengkap kesayangan aku - aku namakannya SF.
Kesibukan belajar menyebabkan aku bagaikan tak terasa, tup tup dah setahun setengah. Dah abis dah pengajian di matrikulasi. Maka aku pun balik semula ke rumah.
Masa kat umah, adik aku pegi selamba pakai SF dan malam tu pulak dia terjatuh motor. Budak ni memang mengada-ngada! Bengang aku! Dahlah SF koyak sket kat bahagian siku, dia boleh pulak kata terlupa nak mintak izin sebelum pakai. Budak tak makan saman memang camtu. Nak diterajang, kang macam budak-budak pulak bergaduh adik beradik. Last-last, aku tepuk je kepala dia.  Geram aku!
"Yang kau sayang sangat jacket ni apehal? Pasal tulisan SF ni? SOPHIE  FARID? Kau ada apa-apa ngan Kak Sophie ke?" [Adik aku lawan balik]
Budak ni memang tak sedar diri. Dah rosakkan barang aku, nak sibuk-sibuk hal peribadi aku pulak. Eh! Tapi... ntah-ntah betul SF tu Sophie Farid. Mana tau kot-kot dalam diam Sophie ada hati kat aku. Biar betul! Selama ni aku ingatkan SF tu Syed Farid. Kalau dia suka kat aku pun ok jugak. Best pulak rasanya bila ada peminat, hehehe. 
Aku citer kat Sophie pasal jacket terkoyak, dia pun sama marah kat adik aku. Kitorang membebel kutuk kaw-kaw adik aku sebab dia takde kat situ [hehe...kalau adik ada depan ni, ayat takla bombastik sangat rasanya] . Sebab Sophie tau aku sayangkan SF tu, dia pun volunteer nak jahitkan bahagian yang terkoyak tu.
Esoknya dia pass kat aku. Tengok-tengok...
Hallahaiiii... budak Sophie ni... takkan jahit jelujur pun tak reti? Jahitan dia tak kemas langsung! Dah tak cantik dah SF aku. Aduh! Ada ke patut dia jahit tangan tapi zigzag, bukan jelujur rapat-rapat. Setakat baju koyak, aku pun boleh jahit, lagi kemas kot?
Bila aku komplen, dia marah aku balik. Konfiden je dia yang jahitan zigzag dia tu macam sebuah karya agung.
"Yang kau nak cerewet sangat ni kenapa? Dah jahit dah pun, pakai jelah. Kan dah tak koyak lagi, macam baru beli ni ha! Tengok... cantikkan? kan? kan?"
Chewah! Kemain yakin lagi dia kata jahitan dia cantik. Siap kata baju nampak cam baru lagi tuuuuu... Dah adik aku yang buat hal, takkan aku nak gaduh ngan Sophie pulak kan? Sophie cuma berniat nak bantu, bukan salah dia pun, kan? Dah dia pompuan brutal, mane  la nak tere bab jahit menjahit ni, kan? Eh! Boleh sejuk ke hati aku ni bila cakap camni? Huhuhuhu... Sophie, Sophie. Kalau dah namanya Sophie tu... tetap Sophie la jugak. Dah keluar U nanti baru matang kot?
Sejak tu aku dah tukar nama jacket tu. Dulu SF sekarang Zigzag, hehehe.
Beberapa bulan pastu kami sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Kali ni dia pulak di Utara, aku ni lagi jauh... kat U.K. Berbaloi belajar sungguh-sungguh, result cemerlang dapat tajaan penuh ke U.K. Takkan nak tolak, kan? Memang impian aku sekian lama nak belajar di luar negara. Tapi kena ikuti kursus persediaan di kolej tempatan yang ditetapkan Kementerian. Oklah... dah prosedur camtu, follow jelah. Maka, Sophie pun lebih dulu jadi warga universiti di UUM.
Aku menghitung hari, lagi beberapa bulan nak ke U.K. Wah! Teruja dan tak sabar rasanya.Tunggu punya tunggu, akhirnya masa yang dinanti-nantikan pun tiba. Maka terbanglah aku ke negara Eropah buat pertama kalinya dengan semangat yang berkobar-kobar. Aku perlu fokus pada pengajian, maka aku tinggalkan tanahair dan segala kesayanganku dengan harapan semuanya akan baik-baik aje.

Zigzag - Bab 4

12 Tahun kemudian...
Aku pulang dengan degree, master degree dan PhD. Aku bersedia untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan di tanahair.
Bila dah lama berada di perantauan, rasa rindu tu membuak-buak. Masa ni datang balik segala kenangan indah zaman remaja dulu. Manis sangat semua kenangan tu bila terbayang di mata.
Sophie... mana Sophie? Rindunya nak menyakat Sophie. Harap-harap Sophie belum kahwinlah. Kalau dah kawen, tak dapatlah aku nak sakat-sakat dia lagi. Dulu, dialah BFF aku. Zaman tu budak-budak lagi... dia pun tak berapa nak macam pompuan sangat. Tu yang selesa berkawan rapat. Manede nak touching-touching. Menangis lagi tak pernah!  Ohhh... pernah, pernah... masa dah remaja yang dia jatuh longkang sampai retak tulang kaki. Kehkehkeh... Sophie ni tak buat kelakar pun aku rasa lawak.
Mula-mula nampak macam takde apa sangat yang berubah. Macam normal aje semuanya. Tapi, bila hampir seminggu balik rumah, aku rasa macam ada yang tak kena. Macam lain. Bagaikan masing-masing nak sorok sesuatu dipade aku. Apekah? Nak selindung apa ni? Yang pasti ia ada kaitan dengan Sophie.
Sepanjang 12 tahun belajar dan bekerja di sana, ada 3 kali sahaja aku pulang ke Malaysia. Itupun tak lama kerana terlalu sibuk dengan tugasan dan kajian. Tiada apa-apa yang berubah, cuma Sophie dah jadi Cikgu Sophia. Adik bongsu aku Fahmi dah jadi Eksekutif dan dah bertunang pun.
Aku? Err... dah jadi Dr. Syed Farid Syed Abdul Latif.
"Sophie mesti dah kawen kan, Mak? Mana dia sekarang ni Mak? Masa Farid tanya kat Makcik Mimah lepas kenduri doa selamat malam tadi, dia kata suruh tanya Mak".
Mak diam je. Dia macam nak beritahu sesuatu, tapi macam serba salah dan tak sampai hati.
"Kenapa ni Mak? Kat airport Farid ada belikan Sophie coklat. Coklat yang macam dia suka dulu-dulu".
"Itu zaman kamu kanak-kanak dan remaja dulu. Sekarang masing-masing dah matang. Hidup pun dah berubah. Kamu pun dah jadi Dr. Farid".
Mak ni cakap jelah terus terang, apa yang susahnya... melencong jauh pulak dia bila aku  tanya tentang Sophie.
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumsalam. Sophie? Wah! Kau nampak... nampak berbeza! Lain sangat!"
Masa tu aku rasa macam jumpa bidadari. Sophie dah matang, berhijab sopan, nampak ayu dan anggun. Selama ni dia selindungkan kecantikan dan kewanitaan dia di sebalik watak lasak dan perangai gila-gila dia tu.
"Mana coklat aku?" [soalnya tapi dengan perlahan dan senyuman yang manis]
"Kau buat muka samseng kau dulu... baru aku bagi. Tak sangka, akhirnya kau jumpa jugak jalan yang lurus, hihihihi".
Sophie tersipu-sipu malu. Aku pulak rasa janggal bila tengok perubahan Sophie. Eiii, rasa nak lempang aje!
"Kau... kau...  [tiru drama Melayu la pulak...cakap tak abis]
"Matang? Orang perempuankan cepat matang" [Sophie potong ayat aku]
"Kau tu, dah ada title Dr kat depan nama pun macam tak berubah je... ni bila nak matang ni?" [soalnya sambil senyum-senyum dapat coklat]
"Tulah... agaknya kalau nak matang sangat, kena jatuh kat longkang sampai retak tulang dulu kot? Kehkehkehkeh... " [aku gelak macam nak pengsan bila bukak balik cerita-cerita lama ngan Sophie. Kalau ngan Sophie ni aku letak tepi soal umur dan keriaya...matang-matang ni rasa kekok kalau ngan Sophie. Otometik je jadi remaja balik, remaja kacak yang ceria gitu!, hehehe].
"Jacket Zigzag tu aku masih boleh pakai lagi tau. Adalah rasa macam kecik sikit sbb sekarang body dah mantap, tapi aku pakai jugak. Jacket kesayangan aku tuuuuu. Tahan lama, tak koyak pun".
"Tak koyak ape? Kalau tak pernah koyak takdelah jahitan zigzag  tu...hihihihi"
Kami ketawa macam dulu-dulu. Tetiba adik aku lalu pandang semacam. Rasa nak ulang je tepuk kepala dia sebab koyakkan jacket tu.
"Ha, dia nilah punya pasal. Dah pakai jacket aku, pegi jatuh motor pulak... hahahahahaha. Tu coklat tu jaga baik-baik. Kalau tak, abis adik aku rembat. Diakan suka amik harta aku tanpa mintak izin...huahahahaha"
Macam susah je aku nak benti gelak masa tu. Adik aku senyum-senyum je pandang aku, pandang Sophie.
Betullah kata orang tua-tua. Kalau gembira, jangan gembira sangat. Gelak-gelak lama-lama menangis. Semalam aku puas bergelak tawa bila bertemu sahabat lama, Sophie. Hari ni aku rasa sedih.
Rupanya adik aku bertunang dengan Sophie. Adik kan muda 3 tahun daripada kami, Sophie pun dulu panggil Fahmi tu Adik. Bila masa pulak dorang bercinta? Ok, fine! Muda 3 tahun memang tak jauh beza, tambah-tambah bila umur dah sangat dewasa, tapi bukan adik tak pernah rapat dengan Sophie ke? Adik ni jenis yang buat hal dia je. Jiran sebelah menyebelah pun dia tak layan. Bila pulak dorang tu ada chemistry? Banyaklah yang aku rasa nak pertikaikan.
Eh! Jap, jap! Ni aku jeles ke hape ni?
Ok, macam ni. Perasaan dia yang paling tepat ialah TAK SELESA. Sangat tak selesa bila tau Sophie tu bakal adik ipar aku. Kalau status dia dah memang berkahwin dan ada anak 5 pun rasanya aku boleh terima lagi, asalkan bukan dengan ahli keluarga aku. Ni... dengan adik aku? Adik yang dipade dulu suka rembat barang-barang aku. Eh... laaa... ha, tengok? Dah umur-umur macam ni pun dia masih lagi suka buat perangai camtu. Kali ni harta kesayangan aku pulak nak diambik. Ambik terus pulak tu. Aduhhhh!
Yelah, Sophie tu ada hak untuk memilih. Dia bukan hak mutlak aku. Selama ni kami memang berkawan rapat, tapi tak pernah declare apa-apa pun. Tambah-tambah perkara berkaitan perasaan, lagilah tak! Adik memang cekap! Kuang ajar punya budak!
"Berapa ramai wanita di seluruh dunia, kenapa Sophie jugak yang kau pilih?" [malam tu aku tanya adik aku face to face. Perbincangan lelaki dengan lelaki, cakap je terang dan jelas, takyah nak menyimpang jauh].
"Kalau soalan tu keluar disebabkan kau jeles, cuba kau tanya balik diri kau soalan kau tu. Kenapa kau pun pilih Sophie? Kau dah merantau jauh-jauh, jumpa lebih ramai orang, kenapa kau masih nak pilih Sophie?" [Fahmi menjawab. Hah, tu nak tuduh aku jeles la tuh! Cissss!!!]
Kami dah sama-sama cukup dewasa untuk berbincang secara matang dan rasional. Tapi, aku masih rasa tak terjamin kehidupan Sophie jika bersama Fahmi. Budak hingusan kot?
"Kau jeles, kan? 12  tahun tu lama, macam-macam boleh berlaku. Aku bukan budak-budak lagi yang sampai kau nak pertikaikan pilihan aku. Mak dan ayah pun restu. Kau ni kenapa? Tak dapat terima kenyataan? Menyesal tak dapat Sophie?" [Ayat Adik buat aku rasa nak siku pinggang dia]
"Sejak bila pulak korang bercinta ni? Kenapa takde sesiapa beritahu aku?" [Tanya sambil kawal muka supaya tak nampak sangat macam terdesak].
"Dah 2 tahun kami rapat. 3 bulan lepas kami dah bertunang. Sophie memang nak bagitau kau, tapi aku yang tak bagi. Aku nak biar aku sendiri yang bagitau kat kau" [Adik menjawab. Eiiii... sakitnya hati aku!!! Masa ni aku nampak adik kecik saiz tungau kat celah pusat je].
"Kau memang pentingkan diri sendiri! Aku lebih kenal Sophie tu, aku lebih memahami dia. Kau tak tau true color dia, boleh ke kau terima dia seadanya? Kau tu mentah lagi, muda daripada dia, camane kau nak bimbing dia nanti?"  [adik nak menang, aku pun keluarkan ayat-ayat tak puashati sambil buat muka yakin].
"Kau ni belajar tinggi-tinggi, dihormati... tapi bab cinta failed! Allah tak bagi kita semua yang kita nak. Kau dah dapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya, tapi tak dapat wanita yang kau sayang, kan? Kau redha jelah. Nanti adalah tu jodoh kau dengan wanita lain yang sesuai untuk kau. Dengan kedudukan dan status kau sekarang, kau nak sape pun kau boleh dapat!" [Jawapan paling win adik bagi kat aku]
Hamboi! Kemain lagi adik aku tarbiyahkan aku. Ingat bila ada PhD, tak boleh nak emo langsung? Takde perasaan? Kalau dengan orang lain takdelah aku nak emo camni. Ni pasal dengan adik sendiri, tu yang sentap dia lain macam. Rasa macam retak semua tulang. Rasa longlai dan sakit. Tak bersemangat dan rasa nak marah sambil tumbuk perut dia! Siku rusuk dia dan pijak keting dia sampai dia insaf. Ni baru RASA nak buat je, eiii...dia ni kang, aku buat betul-betul kang!
Aku berlalu dengan emosi yang tak stabil. Tak boleh nak hadap dah muka adik aku. Rasa nak cepuk je! Eiii, kang! Sabar... sabar... sebelum aku melatah, lebih baik aku blah.

Zigzag - Bab 5
Bila dapat tau dorang nak nikah beberapa bulan lagi dan lepas tu ada plan nak tinggal kat rumah sebelah [umah Maklang], terus aku rasa nak balik semula ke U.K dan jadi warganegara England. Tak selesalah! Sangat mengganggu hidup! Aduyaiiii!
Soal perasaan ni takyahlah nak diukur dengan kedudukan kerjaya, pangkat, gaji dan usia. Ye, patutnya aku cukup matang untuk hadapi masalah ni. Tapi rupanya memang totally NO! NO! TAK DAPAT LANGSUNG NAK HADAP DAN TERIMA! Hati, perut, mulut semua rasa tak boleh nak digest.
'Sophie je kot?' Itu ayat yang aku selalu ucapkan dulu.
'Sophie je?'  Maknanya bukanlah special sangat pun sampai nak rasa frust dan stress camni. Macam selama ni aku tak hargai diri dia, tapi bila rasa akan kehilangan dia selama-lamanya, baru aku tersedar betapa sakitnya macam kena penampar laju-laju.
Lama aku muhasabah diri untuk dapatkan ketenangan. Tetiba ada rasa macam nak bakar jaket zigzag tu. Jaket tu aku pakai bila sejuk kat dalam umah je. Kat luar tak tergamak aku nak pakai sebab macam tak padan dah ngan umur dan status. Pakai pun sebab rindu dan sayang kat tuan yang bagi tu. Rasa cam dah takde makna pulak si zigzag tu. Huh!
Adik macam serba salah bila aku kata nak balik ke U.K dan terus bekerja kat sana. Dia dapat rasa kot yang aku sengaja taknak ada kat sini masa mereka menikah nanti. Yelah, ikut logik akal pun memang tak sanggup nak tengok acara yang menyakitkan hati tu.
Dengan rasa tercabar dan kecewa, aku tempah tiket balik U.K. Mak dan ayah aku sedih tapi mereka macam faham sebab mungkin itu jalan terbaik untuk jaga hati aku dan adik. Si Fahmi ni memang kaki rembat daripada kecik, nak buat camane. Takkan nak putus sedara pulakkan? Lagi satu, takkan nak buat perkara-perkara bodoh bila rasa frust kerana perempuan, kan? Paling bodoh pun aku buang jaket zigzag tu dalam tong sampah dalam bilik. Memang taknak bawak balik U.K.
Ala... lagipun jaket tu dah kecik, dah tak sesuai lagi dah. Dah ketinggalan zaman dah pun. Err... lagi...dah tak best bila pakai. Pakai je rasa jeles dan nyampah kat adik. Blah lah kau adik! [marahkan adik, jaket dibuang...setakat buang ok la kot...bakar kang macam lelebih sangat pulak!]
Tiba masa aku terima qada dan qadar Ilahi. Kembali ke U.K dan sibukkan diri supaya takde masa nak terpikir dan teringat kat Sophie. Aku langsung taknak ambik tau dah pasal mereka tu [Fahmi dan Sophie].
5 Tahun kemudian...
Jodoh aku memang lambat kot? Si Fariz adik kedua yang bawah aku pulak nak kawen. Dah dua kali langkah bendul ni, apahal? Yela...yela...lelaki manede kira langkah bendul. Saje je aku rasa cam adik-adik aku ni macam taknak tunggu aku.
Kali ni aku tergerak hati nak balik Malaysia. Dah 5 tahun tak balik dan tak pernah ambik tau langsung pasal adik-adik aku. Setiap kali call mak dan ayah kami bercakap tentang hal-hal kami sendiri je. Mak pon langsung taknak bukak citer pasal adik dan wife dia, taknak aku sentap la tu.
Balik kali ni aku terrrr-beli coklat jugak. Ada rasa otomatik nak beli kat airport tadi, tapi pastu aku makan sendiri sebab dah takde maknanya nak bagi kat sape-sape. Ececece...taknak sebut nama dia dah...padehal ingat lagi tu.
Kali ni misteri dia lagi lain macam tahap hilang akal punya. Fariz nak kawen dengan sape korang tau? Bakal pengantin dia ialah Sophie. Hah? Ni citer kartun ke citer fantasi ni? Ape ni? Tolong citer sampai aku paham. Bukan Sophie dah kawen lamaaaaaa dulu ngan Fahmi ke? Patutnya dah boleh ada anak 4 dah kot sekarang?
Tak, tak. Dorang putus tunang lepas aku balik U.K. Adik jeles bila Sophie asik sebut nama aku je sejak aku balik dulu tu. Bergaduh sikit-sikit lelama jadi bukit. Bukit pulak runtuh, ada hakisan bawah tanah. Hakisan tu sebab pembalakan...err...ok, ok..dah, dah. Jauh pulak perumpamaan ni. Tapi kenapa takde sape yang bagitau aku? Patutnya aku ada peluang isi kekosongan hati Sophie tu. Mak pun tak pernah nak citer yang adik dah terima tawaran bekerja di Dubai sejak 3 tahun lepas. Hamboi!!! Sophie ni...dah 2 beradik dah merantau ke luar negara sebab frust ngan dia. Boleh tahan jugak ye kau ni Sophie?
Tapi kenapa kali ni dengan Fariz pulak? Dah takde mentua lain ke selain daripada mak dan ayah aku. Ye, aku taulah mak aku tu dulu sayang bebeno ngan Sophie ni. Tapi takkanlah terdesak sangat nak buat jadi menantu. Mula-mula kawan baik ngan kau, pastu bertunang ngan adik, dah putus ngan adik...ni nak kawen ngan Fariz pulak? Kitorang 3 beradik ni target mudah si Sophie ni ke hape?
Kali ni Fariz berterus terang ngan aku. Katanya sejak adik keje kat Dubai, mak sunyi. Mak selalu ke rumah Makcik Mimah dan makin rapat ngan Sophie. Mak tu memang berkenan sangat nak bermenantukan Sophie. Bila Fariz balik keje kena jemput mak balik rumah dengan kereta.
Ha? Ini dah mengarut! Kot nak sedapkan cerita pun takyahlah nak merepek sangat. Selang sebuah rumah je kot...mak boleh balik sendiri, takyah kau nak jemput naik keta bagai.
"Okla...okla...aku bercinta ngan Sophie sejak tahun lepas. Dia tu ceria dan selamba, aku rasa hepi je dan selesa. Ngan kau dan adik takde jodoh, sbb mungkin jodoh dia ngan aku" [Paling best si Fariz ni citer kat aku sambil pakai zigzag. Macamlah aku tak kenal jaket tu. Eh! Jap, jap...bukan aku dah buang ke dulu? Aduyai, budak ni! Tahap yakin Fariz ni bercerita, macamlah aku dah keluarkan organ hati aku ni tak bawak balik Malaysia].
Dahlah! Semua citer takleh pakai. Nak tanya Sophie sendiri aku tak tergamak nak bersemuka ngan dia. Kali ni muktamad, aku nak tanya mak. Mak takkan menipu dan tambah-tambah citer. Aku nak tau, betul ke mak yang desak Fariz untuk kawen ngan Sophie sebab nak sangat bermenantukan Sophie?
Malam tu jawapan mak memang paling win!

"Mak terkejut tapi mak setuju je. Sebab mak taknak semua anak mak tinggalkan mak dan bekeje di luar negara bila tak jadi kawen ngan Sophie".

Ya Allah, rasa bersalahnya aku! Aku tinggalkan mak camtu je. Langsung tak pikir perasaan mak. Adik pon buat kesilapan yang sama. Aku peluk mak dan senyum. Aku pujuk dan yakinkan mak yang aku memang dah buat silap dan lepas ni aku taknak buat perkara bodoh ni lagi dah. [Moral: jangan buang keluarga sebab orang lain - takkan berbaloi!]
Masa tu aku rasa nak beli tanah tinggi kat Pahang, jadi petani moden dan hidup dengan mak dan ayah diam-diam nyaman-nyaman sejuk-sejuk kat sana. Rasa bersalah sebab tinggalkan mak hanya kerana bawak hati jejauh sebab frust ngan pompuan. Sophie je kot? Kau hambeklah Sophie ngan zigzag tu skali, Fariz. Aku akan jaga mak dan akan mulakan hidup baru. Babai U.K.
Maafkan Farid  ye mak sebab pentingkan diri sendiri. Mak paling penting. Farid pilih mak.

- Tamat -

Saturday, October 11, 2014

Cerpen Santai - AKU MENANGIS BUKAN KERNA NAMA!


Citer ni berlaku kat sebuah pekan yang jauh. Bukan kat Malaysia, tau. Jauuuuuhhhhh sangat! Nunnnnnn kat planet lain. [Ala... ni konon-konon nak kata takde kena mengena nak perli sesape lah ni sebenarnya. Ha, paham kan?]
Adalah sorang mamat organik ni yang perangai dia...camane nak cakap ek....unikla! Tu yang aku kata organik tu sebab dia tak tipikal langsung, berbeza naw....rasa hijau je, macam tumbuh-tumbuhan.
Dah lama dah aku perati M.O [Mamat Organik] ni dipade jauh. Dia cool je, ada style, ada rupa, ada aura tapi low profile. Dia macam duduk dalam dunia dia sendiri. Dia buat semuanya ~ with style. Lelama aku pulak yang jadi lain macam, sampaikan cara dia berjalan pun aku rasa menawan hati....uiiiii! Teruk dah aku ni! Tapi ni aku simpan diam-diam je. Sebab dunia aku lain. Macam tak berapa nak indah sangatlah. Selalunya aku ni jenis redah dulu baru pikir. Sejak perati dan menilai sifat-sifat M.O ni, aku jadi macam memperlahankan meter kelajuan aku. Sebelum buat apa-apa, aku tarik nafas dalam-dalam dan pikir dulu. Dah mula berhemah la sikit-sikit.
Semua tentang M.O aku berusaha ambik tau. Ni semua tanpa pengetahuan dia, tau. Kiranya, aku ni peminat rahsialah. Lama jugak dah ni jadi peminat rahsia. Duk perati dari jauh je. Bila terserempak, aku senyum ayu je. Padehal aku yang buat-buat terserempak. Sengaja nak bertentang mata. Bila dah banyak kali tu, agaknya ketara sangat kot, M.O jadi cam muka aku. Dari jauh dia nampak aku, dia dah senyum. Bagus budak M.O ni...manisssss naw senyuman dia. I'm melting!
Ok, ok...takyah perasan sangatlah! Tapi sekurang-kurangnya ada progress la jugakkan? Dipade asik perati dari jauh je, sekarang dia dah sedar kewujudan aku. Yeay!
Apelagi, tulis kat jurnallah. Dalam jurnal ni yang aku beli khas untuk catatan tentang M.O, ada tercatat semua tentang dia setakat yang aku tau. Pandai-pandailah siasat, dah kata minat sangat!
Langkah seterusnya...berkomunikasi! Yessss! Tak pernah lagi dapat bercakap ngan dia. Ok, masa untuk bertindak! Nampak je dia keluar, aku pun cam disuruh-suruh buat-buatlah terserempak. Ni nak cicirkan ape ni....err...ala, saputangan takdelah pulak. Handphone kang, jahanam pulak. Napelah tak prepare prop awal-awal tadi. My bad!
Hmmm...tak jadi! Dia tak pandang aku langsung pun. Jalan menonong je. Aduyaiiii! Aku pun dalam pada takde hasil ni, terus oder aiskrim mahal untuk belanja diri sendiri, buat cover rasa hampa.
Nasib baik aiskrim ni sedap. Macam orang mabuk kat bar, aiskrim dah abis aku oder lagi. Budak aiskrim tu suka sebab hari ni customer kurang katanya, maklumlah tengah bulan, minyak pulak dah mahal, keje takde elaun macam gomen, semata gaji basic yang rendah je, kalau beli aiskrim 1 scoop pun bajet lari...eh! Panjang pulak dia terangkan kat aku nape takde pelanggan. Yelah...yelah... paham, paham. Aku pun sama je, tapi nak hiburkan hati punya pasal, layan aiskrim la baru best. Pastu aku oder lagi perasa lain pulak. Gila aiskrim pulak dah aku ni!
Sebab dah rasa aiskrim mahal yang sedap sangat ni, setiap kali misi gagal, aku terrrrr mabuk aiskrim. Sampaikan jadi regular customer. Budak aiskrim ni dah kamceng pulak ngan aku. Dia buatkan aku aiskrim tak ikut standard sebenar dah. Yang terbaek! dia serve kat aku. Food presentation dia kelasssssss! Dah macam dessert tahap hotel 6 bintang dah. Aku apalagi, menikmatilah... amik kesempatan la beb!
Tengah aku mabuk aiskrim tu tetiba ada M.O kat sebelah aku. What The!!!! Tokojut den! Dia senyum-senyum je order aiskrim. Dia oder dua pulak tu. Haiiii Seyh Mhen! [Cakap sambil kembang hidung camni le bunyiknye!]
Aku pon yang kat sebelah ni kontrol ayu je. Buat movement kecik-kecik je, kepit-kepit supaya kesopanan dan kesusilaan tu terserlah. Budak aiskrim pun buat dan hidang aiskrim yang M.O oder tu. Wah! Taste samalah! Pandainye oder!  Macam tau-tau je citarasa aku. Aku senyum lagi. Aik? Bila nak pelawa ni? Aku senyum lagi sampai rasa nak kejang urat pipi mengontrol kejelitaan.
Tetiba datang sorang awek ni yang giler cantik vouge macam retis menyapa dan duduk sebelah M.O. Dorang pun kemain mesra macam sengaja nak sakitkan hati aku pulak. Sebenarnya rasanya dorang tak perasan langsung pun kewujudan aku kat situ. Alang-alang dah invisible, aku pun singkirkan diri sendiri secara biasa-biasa aje. Ah! takyah misteri sangatlah. Dorang tak 'nampak' aku pun.
Abih cane nih? Nak teruskan minat ke tak ni? Dia dah bercouple la pulak. Memang logik pun sebab diakan ada style. Hmmm... frust sangat! Frust pun tahap simpan sendiri. Setakat bagitau jurnal je. Nampaknya memang kena kurangkanlah aktiviti terserempak ni. Makan aiskrim lagi bagus, takyah pikir sangat M.O tu, nanti bila dia kawen, lagi frust giler! Takmo la jadik camtu kan?
Sebab dah kamceng ngan budak aiskrim, aku terrrrrrr sebut pasal M.O masa nampak dia dari jauh masa makan aiskrim.
"Kau kenal mamat tu?"
Satu tu je soalan aku... terus detail aku dapat. Perghhh! Rupanya budak aiskrim ni kenal kemain ngan M.O.  Dia lebih 'kenal' M.O dipade hasil siasatan aku sekian lama. Masa tu rasa macam jurnal tu dah takde fungsi sebab maklumat dipade budak aiskrim ternyata lebih lengkap. Slow giler kot aku ni. Dia salah sorang team editorial la kat opis publication tingkat 10. [Ye, itu aku tau] Dia selalu lepak kat caffe hujung tu bila ada lunch appoitment. [Tu pun aku tau sangat].
Umur dia 29 tahun, tarikh lahir dia 25 April. Dia makan makanan organik je bila kat rumah sebab masa kecik-kecik dulu dia selalu sakit, jadi mak dia bagi makan makanan yang berkhasiat, bersih dan organik je.
Hah? Organik? Ape? ORGANIK? Bukan tu ayat rekaan aku ke? Hahahahahaha....ini memang tak sangka! Naluri aku tepat! Mamat Organik! Memang aku gelak tak kontrol la masa tu. Sebab ingatkan gelak dalam jurnal, eja-eja je kan...rupanya aku memang gelak betul-betul sebab hepi sangat! Rasa macam dah kenal lama pulak!
Eh! Jap, jap. Ni budak aiskrim ni yang tere sangat banyak pengetahuan pasal M.O ni apehal pulak? Siapa dia sampai tau sangat segalanya pasal M.O ni?
"Saya adik dia! Tu abang saya, nama dia Jalak".
"Eh, macam nama ayam je?" [Hmmm....terlepas cakap!]
"Kau pulak ape nama? Lenteng? Huahahahahaha [Aku gelak tak hengat, sebab rasa cam ada punchline kat situ]
"Haah" [dia menjawab....cissssss....jawapan dia ada punchline jugak!]
"Huahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaa!" [Serius aku gelak tahap lupa diri masa tu, pandai betul budak ni bergurau. Ni terlebih aiskrim la ni jadik camni]
Aku gelak tahap menangis. Berair-air mata macam mandi ujan. Jalak Lenteng? Kuahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah...memang tak tahan beb! Rasa nak terkucil pun ada ni!
"Ishhh...tak baik gelakkan nama kitorang. Kau nama ape?" [Lenteng tanya aku...huahahahahahaha...Lenteng...rasa nak lempang je....huahahahaha...kelakar kemain!]
Aku jawab tak serius...
"Kalau dia Jalak, kau Lenteng, aku Tompok!"
Aku gelak sampai pengsan! Rasa macam lawak sangat! Lama giler aku gelak sampai berdarah gusi, berair mata, hidung bergerak sendiri. Huih!
Si Lenteng [kehkehkeh] serius je, langsung tak gelak pun. Err...adakah ini maknanya mereka memang betul-betul bernama Jalak dan Lenteng? Whoa!!!!! Giler lah! Tetiba rasa nyesal pulak jadi peminat rahsia.
Ok...ok... aku mintak maaf ye, ermmm...Lenteng! [kikikikiki...gelak dalam hati, nak sebut rasa macam kena geletek]
"Aku baru nak ajak kau datang umah kitorang, lusa...ada makan-makan sikit".
"Nak! Nak! Nak ikut!" [ala...terrrrr over exited pulak]
Maka lusa tu aku pun jadi salah seorang tetamu kat umah M.O dan budak aiskrim a.k.a Jalak, Lenteng.
Aku dengar ahli keluarga dorang yang lain panggil M.O - Jal dan panggil budak aiskrim - Len. Aduyaiiii...famili ni nama dorang pelik-pelik la. Pastu Len panggil aku Tom. Kan aku kata nama aku Tompok. Huh! Dia percaya?  Ni mana ni? Owh...yelah, kan kat planet lain, bukan kat Bumi pun...patutlah!
Aduhhhh...siannye famili ni. Nama Jalak, Lenteng. Adik bongsu pulak nama Jambang. Padehal budak tu belum berjambang lagi, baru darjah tiga. Aku nak gelak, tapi bertukar simpati pulak dengan nama-nama dorang ni.
Jangan rasa down, walaupun nama kelakar, tapi korang semua osem. Kalau tak, takkanlah aku ni boleh jadi peminat rahsia.
Tetiba Jal kata dia sedar dia ada 'peminat misteri'. Pernah dapat hadiah beberapa kali tapi sampai sekarang tak dapat kesan sape peminat misteri tu.
Loh! Bukan peminat misteri la. Aku ni peminat rahsia. Manede misterinya! Peminat rahsia la, RAHSIA bukan MISTERI.
Hihihihi...yup! Aku le tu. Aku yang suruh gift shop tu hantar hadiah kat Jal. Saje, nak layan rasa angau.
Tapi tu sebelum aku tau nama dia. Lepas dah tau tu, perasaan jadi lain. Agak tak berapa nak minat dah. Sian awek dia yang hari tu. Nanti kalau kawen, anak dia hujung nama ada nama bapa Jalak. Aduyaiiiii...takpelah, hambiklah. Aku taknak dahla.
"Kalau aku tau la sape peminat misteri ni, aku pinang dia!" Kata Jal.
Hamboiiiii! Harap-harap dia tak tau la sampai bila-bila. Tak sanggup aku! Layan jela awek kau yang kat kedai aiskrim hari tu. Nanti balik umah ni, akan aku hapuskan bukti, bakar jurnal. Dah, dah... taknakla. Dahla payah nak kena makan makanan organik je, mahal... terhad nak carik pulak tu. Aku ni simple! Makan kat mamak, setel!
Nampaknya aku kena mulakan hidup baru la. Takyah tergila-gilakan Jal ni lagi. Life dorang ni macam fantasi pulak. Nama dahla pelik tahap di luar orbit. Owh...lupa lagi, kata tadi planet lain....kuikuikui.
Balik dipade umah dorang tu, aku punya pemikiran macam kena snowwash. Agak bersih sikit. Dah dapat asing, ketepi dan keluarkan Jal perlahan-lahan.
Takkan sebab nama je, hati aku dah berubah?
Kau rasa?
Yelah...aku taknak la nama laki aku nanti...Jalak ke...Mentepot ke... Lesung Batu ke.... Perigi Buta ke... Radiogram ke... Plastisin  ke... Cadar Patchwork ke... CPU System ke....Kain Pelikat Lalalala ke...Kipas KDK ke....Almari Tiga Pintu ke.... hishhhhh! Taknak aku! Tu bukan nama orang tu. Tak patut nama orang cenggitu. Sungguh tak patut!
Tiga minggu gakla aku berusaha menapis, mengawal dan mengclearkan perasaan tu. Bukan senang nak buang orang yang selama ni kita minat, dah melekat kat hati kita. Susah jugak beb! Tapi, aku kuatkan semangat bila sebut nama bakal anak-anak dan berbin bintikan nama ayah dia...terus lega.
Aku keje kat Butik kakak aku. Tu yang keluar premis sesuka hati macam kakak sendiri punya. Tapi sekarang dah dekat 3 bulan dah aku duk diam-diam, dah berdisiplin,  fokus pada keje. Curi-curi keluar makan aiskrim pun aku tak buat dah. Teringin nak aiskrim, aku keraskan secawan air coklat je, pastu esoknya dah beku aku makan. Hepi je kakak aku. Dia puji-puji kata aku dah matang. Ala...cer kalau dia terrrr minat orang nama Jalak Lenteng pun akan jadi matang jugak hape!
Hokey... aku dah moved on! Seriously! Rasanyalah...err...adalah sikit-sikit lagi saki baki tu dalam hati, tapi boleh kawal dah.
Beberapa bulan kemudian [shot kalender bertukar bulan...eh, tak...tak...tu cara lama...tengok henpon je senang]
Kakak aku sibuk nak kawen. Aku tak kisah pun, dia kakak...memang patutla dia kawen dulu, takdelah langkah bendul.

TETAPI...

Yang datang meminang ialah Jal. Dorang tak bertunang pun, nak terus nikah tak lama lagi.
Hah? Apekah? Prank ke hape ni? Kakak aku yang cerewet lagi high taste tu nak kawen dengan lelaki bernama Jalak? Nama ayam kan tu?
BANTAHAN YANG ARIF!
Bantahan ditolak!  [Ayah aku jawab sebab nama dia Arif]
Rupanya dia memang BF kakak aku dipade Uni lagi. Macam-macam dah kakak aku buat supaya aku tak minat kat Jal. Mintak tolong kawan dia berlakon jadi GF Jal... tapi aku minat jugak. Jal buat tak perasan kewujudan aku la....tapi aku minat jugak. Kakak bertambah cuak bila terbaca [ala, sengaja padehal] jurnal aku. Dia taknak aku kecewa bila tau orang yang aku minat giler tu adalah boypren dia sejak dulu. Aduiyaiiii...kalau taknak aku minat, kau berboypren la dengan lelaki yang tak hensem, takde style.
Tetiba secara tak sengaja Len terrrrr buat lawak nama Jalak Lenteng tu, boleh pulak aku berubah hati.
Nama dia Faizal (Jal). Nama adik dia yang budak aiskrim tu Fazren (Len). Hmmmpppphhh....
"Ada jugak orang percaya nama Jalak Lenteng tu....huahahahahahahahahhaha"
HUAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHAKAH!
Dorang gelak sampai tok kadi sound! Behave! Behave! Kata Tok Kadi.
Masa tu aku nangis sampai hidung besar dan merah, bibir tebal tahap bergetar sendiri.
Nama aku bukan Tompok. Tapi nape aku boleh terpecaya, termakan cakap dorang nama Jalak Lenteng?

"Sebab kau pikir di luar planet!" [kata kakak aku sambil tayang cincin kawen dia]



 -Tamat-
















Thursday, January 2, 2014

Bagaimana Saidina Umar pentingkan rakyat... Subhanallah!

[Sumber: Tulisan Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dlm kolumnya dlm Majalaah i – okt 2008]

Dah lama ni, tapi iktibarnya patut dijadikan panduan sepanjang zaman. Semoga ada manfaat.

UMAR AL-KHATTAB BENCI PEMBAZIRAN



Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yg amat sgt di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab. Dikenali dgn ‘Am al-Ramadh kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

            Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yg ingin disebutkan di sini ialah kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya.

            Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari, pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu, namun dengan harga yang agak tinggi. Umar enggan makan bahkan berkata, “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal. Sedekahkan kedua-duanya. Aku benci pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yg mengenai mereka?” (Al-Tabari,2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

            Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada org ramai. Lalu dicedok masakan itu utk dihidangkan juga buat Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu Umar bertanya, “Dari mana diperoleh ini?”

            “Daripada unta yang kita sembelih hari ini”.

            Kata Umar, “Oh, alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa”. (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: dar Sadir)


[Sumber: Tulisan Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dlm kolumnya dlm Majalaah i – okt 2008]

  • Notes di atas bukanlah tulisan saya sendiri. Ia adalah petikan yg saya kongsikan utk kawan2. Semoga kita sama2 dapat manfaatnya. Sheyring is caring...hehehe...