Saturday, December 21, 2013

HIKMAH TAK BEKERJA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^

Aku jadi surirumah dari bulan mac, maknanya sampai disember ni cukup 10 bulan aku tak keluar bekerja. Kalau buat keje pun dari rumah sebagai freelancer.


KESIMPULAN - HIKMAH TAK KEJE


Kesihatan keluarga lebih baik
Alhamdulillah, sejak aku duk umah... kurang keluar duit klinik. Kalau tak tu hampir setiap bulan ada je yang demam la, selsema la, batuk la, sakit mata la. Bila dah duk umah sendiri, anak-anak sihat. Suami pun macam tu. Rasanya sejak bulan 3, baru sekali dia kena demam. Tu pun sebab kena hujan masa balik keje naik motor dan dia tak cukup tidur beberapa hari sebab menyudahkan keje. Syukur sangat pada Allah, rasa dirahmati dan disayangi. 

Anak-anak gembira dan selesa
Alhamdulillah, sejak aku duk umah... anak-anak lebih gembira dan selesa. Bukan nak mengata akak pengasuh tu jaga tak elok [dia baik sangat], tapi kan tak sama kalau kita jaga sendiri. Kehidupan anak-anak memang bergantung pada ibu bapa. Kalau dua-dua pun bz, kesian pada anak-anak yang sedang membesar, yang sangat-sangat mendambakan kasih sayang. Usah kata anak-anak, manusia ni secara fitrahnya memang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Kalau kita sebagai ibu dan bapa tak dapat nak bagi komitmen, bayangkan kekosongan dalam jiwa dan hati mereka. Bila dah tak bekerja, aku dapat beri sepenuh perhatian, dorongan, kasih sayang pada anak-anak. 

Lebih berlapang dada
Hidup aku dah tak terkejar-kejar lagi. Dulu dipade bangun sebelum subuh sampai lewat malam, masih bz membuat keje umah dan uruskan rumahtangga. Itupun selalunya masih tak sempat nak lipat kain, hehehe. Balik je umah, terus masak. Penat toksah cakaplah. Keje production ni memangla duduk aje. Tapi kan bidang kreatif ni buat kita sakit badan dan minda jadi penat. Tekanan deadline pun buat kita jadi produktif di opis, maka setiap keje yang kita buat tu jadikan kita penat dan letih yang amat! Gaji tak padan dengan kos sara diri zaman sekarang, maka aku terpaksa buat job-job freelance waima dah balik umah sekalipun. Maka tidur malam terpaksa dikorbankan. Sekarang, hidup aku dah berubah. Aku dah tak buat semua tu lagi. Tidur aku cukup dan bila penat, aku boleh berehat sesuka hati. Kalau stress pun sebab takde duit, aku masih boleh berlapang dada sebab punya banyak masa mengadap Allah. 

Hidup lebih tenang
Dulu jarang dapat mengaji secara rutin. Setakat baca surah yasiin je. Hidup macam tak cukup masa, kena buat itu dan ini. Padehal 'keje' sampai mati pun takkan abis. Itulah bahana isi duniawi. Sekarang aku rasa hati lebih tenang bila dapat lebih masa mendekati Tuhan Maha Esa. Selama ini buat yang wajib aje. Itupun kekadang lalai dan lambat. Sekarang bila dah duk kat umah, aku sedang dan inSyaAllah terus istiqomah memperbaiki ibadat dan mengukuhkan iman. Aku ni manusia jahil, bukan anak imam yang dari kecik dah dirotan kalau tak solat, tak mengaji. Maka, aku perlu muhasabah diri dan menggali ilmu Allah. Mengaji aku tak tere sampai tahap tajwid dan tarannum perfect! Setakat bacaan biasa aje. Aku tambah dengan memahami tafsirannya. Dulu bukan tak baca tafsirnya, tapi sekejap baca, sekejap tak. Maka penghayatan pada surah-surah yang dibaca tu kurang. Sekarang aku masih dan sedang belajar, belum pandai lagi. Tapi, sekurang-kurangnya aku punya masa untuk buat semua ni banding ngan masa bz dulu. Alhamdulillah.

Boleh puaskan selera keluarga
Apa mahu makan? Mari ummi masak, hehehe. Kalau bajet ciput pun ummi akan kreatifkan diri masak sedap-sedap. Yang penting...mmmm.... sodap!

Ada masa untuk diri sendiri
Dulu takdela nak berblog-blog semua ni. Manede sempat nak menulis atau berhobi-hobian ni. Memang Blogger since 2009, tapi  ada content atau entry yang pertama lepas dah benti keje. Sekarang kemain lagi, asal rasa nak menulis je on pc, asal  on pc je nak menulis. Asal...asal... err... Asslammualaikum semua ^__^

Hidup secara qanaah
Memang tak dapat la nak beli itu ini macam masa pegang duit sendiri. Kena berjimat cermat dan belanja berhemah kalau nak survive. Tapi bila hati tenang, kita redha dan tetap menikmati kehidupan ni seadanya. Kita hidup kerana Allah dan ukur baju di badan sendiri. Tak perlu bandingkan hidup kita dengan orang senang, nanti kita rasa kurang bersyukur. Padahal Allah dah beri banyak rezki dalam pelbagai bentuk seperti - kesihatan yang baik, anak yang cemerlang, suami yang penyabar, badan kami yang makan banyak pun tak gemuk dan macam-macam lagi. Subhanallah, Alhamdulillah.

Lebih menghargai kehidupan
Bila kita dah rasa hidup yang sibuk dan hidup yang lebih tenang, kita akan jadi lebih menghargai kehidupan ini. Semuanya seakan seirama dengan nafas. Dulu adakala stress sampai kerap kena tekanan darah rendah. Kesannya pitam dan diarrhea. Sekarang aku boleh hadam masalah yang datang, inSyaAllah. Masalah datang dan pergi kerana dunia ini memang pentas ujian. Kalau tiada ujian tiadalah ganjaran syurga dan balasan neraka.  Matlamat hidup ini untuk apa? Nah! Sekarang aku jadi lebih fokus! Harap-harap Allah tak melalaikan aku kerana aku insan yang lemah, sentiasa perlu ingat dan dekat padaNya.

Firman Allah S.W.T: ''Maka jgnlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yg paling mengetahui siapa org yg bertakwa.''
(Qs. Al-Najm; 32)



Sebenarnya aku bukan tak bekerja langsung. Ada job aku buat. Bukan tidak berusaha dan hanya harapkan duit suami semata-mata. Tapi bukan bekerja sepenuh masa. Aku salute pada wanita bekerjaya. Dan aku respect pada para surirumah. Keberkatan tu ada bila kita lakukan semua kerana Allah. Maka,  sama ada anda bekerja atau tidak... anda tetap berpeluang mengejar barokah dan rahmatNya. Siapa kata buat keje rumah banyak rehat dan tak penat? Cubalah!

Kepada sesiapa yang rasa 'down', 'bosan' dan 'tak berguna' bila duk umah, ANDA SILAP! Lagi banyak anda berkhidmat untuk keluarga, lagi besar rahmat dan redha Allah. Allah tak tanya berapa banyak gaji kita. Allah tak bagi pun kita bawak duit waimah seposen pun dalam liang lahat nanti. Asalkan Dia redha, maka anda BERJAYA!

JOM! KITA REBUT REDHA ALLAH!




No comments: