بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalammua'laikum ^__^
Saya buat bisnes kecil-kecilan. Carik rezki, kenalah kreatif dan usaha buat apa yg patut. Kenalah 'penat' baru ada pendapatan. Kalau tak, xde duit masuk pulak. Suami saya bukan anak raja, ada elaun. Marilah sama2 berganding bahu carik makan, hihihi.
Suami saya tolong jualkan kat kolej tempat dia bekerja. Alhamdulillah yang bawak random setiap hari habis. Yang oder custom pun ada. Yang jual kat kolej memang pakaging dia kecik-kecik la dan murah. Maklumlah market kat budak-budak. Yang 'tempahan' baru jual bekas besar dan delivery on weekend. Sebenarnya kek harijadi pun ada yg oder, tp saya lupa nak amik gamba sebab fokus ngan deco sampai xpikir dah nak capai camera.

Ni antara produk yg saya sempat amik gamba.
Kek Pelangi [dgn cream] - RM1 je satu
Muffin Coklat [RM1] Muffin Blueberry [RM1]
Ni cookies2 yg terlibat. Semua pelakon utama, xde jadi extra.
Ni cookies bila dah dipack kecik2 - RM2 [ada 10 keping]
Strawberry Almond Chocoberry Almond
Chocolate Chip
[Banyak chip, namun tiada sebarang chip...panzee digunakan, jangan risau]
Setakat ni cookies bekas besar [rm22, ada lebih kurang 50 - 55 kpg] dan coklat moist yang paling byk menerima tempahan. Size kedua2nya terpulang pada kehendak pelanggan.
Kalau nak murah, beli pack kecik2. Kalau nak puas makan dorg oder yg besar. Kalau nak free, buatlah keje freelance. Kalau nak lance, buat keje lancefree [ermm...tak paham xpe]
Kalau kat kolej memang jual hari2, tukar2 menu [random]. Kalau pembeli luar, kena oder la dulu, baru bake ikut permintaan. Kalau datang rumah main terjah, memang xde stok sebab hari2 jual.
Terima kasih pada yang telah sudi membeli. Alhamdulillah, semoga rezki ini diberkati [aameeen].
No comments:
Post a Comment