Bab
1
Pada
asalnya aku bukanlah pembela kambeng yang tegar. Memang tak kena langsung la
dengan imej dan personaliti aku ni. Aku ni sempoi dan suka benda mudah. Kalau
tak perlu aku memang taknak bagi komitmen. Benda-benda remeh ni, ahh... sori la
aku nak layan.
Mesti
korang tertanya-tanya... abis tu camane pulak boleh terjebak dalam industri
penternakan kambeng ni? [Hamboi?
Korang wartawan ke hape?]
Aha...
jangan salah sangka, bukan tahap industri ye... aku bela cuma sekor kambeng je.
Tu pun dah rasa cam bela sekandang rimau. Sebab cabaran dia punyalah besar.
Dulu aku taklah macho camni, tak berfesyen langsung, dressing pun ikut apa yang
ada je, matching ke tak, ada aku kesah? Selesa dan bersih, itu dah cukup.
Memang hidup aku berubah giler sejak kebelakangan ni. Sebab ape, ek? Kang suh
tanya kambeng, dah tentu-tentu dia tak jawab, kan? Haa... meh aku jawab.
Percaya tak, hidup aku berubah sejak aku bela kambeng?
Camni
citer dia...
Hampir
tiap-tiap hari rutin kehidupan aku sama je. Rotate aktiviti yang sama. Bangun
pagi, mandi, solat subuh, makan roti, pegi keje... dan bla, bla, bla, bla, blah
la!
Kira
predictable la! Tipikal dan cliche sangat! Cuma breakfast je tukar-tukar [cicah apa]. Aku
makan roti putih cicah milo je. Kadang-kadang tu nak rasa cam orang kaya, aku
sapu kaya. Kalau nak rasa cam orang marjerin, aku sapu marjerin. Eh! Ada ke
orang marjerin? Sebab confident level aku tinggi, aku yakin ada. Tak caya,
takpe [lalalalalalalalala].
Aku
keje sebagai Pereka Grafik kat Syarikat Saya Sayang Mak Saya. Tak pernah dengar
kan? Memang la, tu syarikat kecik je. Dah bos tu penyayang orangnya, dia
daftarlah company nama tu. Takde pun clash ngan nama-nama lain, senang urusan
kat R.O.C. Sebab nama tu berkat kot, company yang kecik ni berkembang dan dapat
banyak client yang hebat-hebat. Kalau aku ada company sendiri aku nak namakan
'Bos Saya Baik', dah tentu-tentu aku bos, akulah yang dipandang 'baik' tu [Bijak
tak? Bijak tak? Macam nilah pelaboq bijak!]
Macam
bosan kan hidup aku? Tapi keje aku tak bosan... sebab aku buat design yang
berbeza untuk setiap tugasan. Sebab dah agak lama bekerja, aku dah ada skill yang
membolehkan aku buat keje laju dan jarang hadapi ammendment yang banyak.
Ada
suatu hari tu, hari Rabu kalau tak silap aku, bos aku bagi tugasan design
packaging produk baru. Produk makanan kucing. Ada untuk adult dan kitten. Client
nak letak gambar kucing kat depan. Client nak imej kucing comel yang real,
bukan imej kartun, grafik atau lukisan. Mereka akan sediakan model kucing dan
aku akan buat photoshoot la kat studio green screen. Sebab ni company kecik,
staff memang multitasking [phothographer
pun aku, okay].
Bila
client dah pilih rough design dan layout yang aku buat, aku pun proceed ke the next
step... sampailah ke photoshoot. Client dah bagitau pose camane yang dorang
nak untuk model kucing tu. Ada 2 ekor kucing, kitten ngan sekor kucing dewasa.
Serius, comel giler! Tapi aku takdela teruja sampai rasa nak bela. Client
tinggalkan kucing tu dan janji akan amik petang tu jugak.
Sebab
masa yang terhad, aku pun amik la gamba kucing comel tu dengan pelbagai
pose. Kucing yang besar tu dah biasa jadi model kot? Tak pun dah paham dan dah
kenal camera. Dia tak kekok pun, selamba je cam artis. Eksyen sangat! Dia nak
cepat setel kot?
ngeee...
Masalahnya
yang kecik tu. Asik lari dari set je. Puas staff lain kepung dan letak balik.
Muka dia memang kiut miut bila senyum, tapi bila snap dia buat muka takut. Tak
biasa la tu. Dia rasa diri dia diperalat la tu kot. Keje aku jadi lambat dan
rumit sebab nak memujuk dan menjinakkan si kucing kecik. Yang besar tu dah
masukkan dalam sangkar dah... mahal wooo kalau hilang.
Sampai
waktu lunch, aku tak dapat makan sebab handle si kucing kecik. Belum dapat lagi
hasil imej macam yang client nak. Aduh... memang susah bekeje ngan haiwan. Dah
bagi makan dah, dia malas jugak nak beraksi. Bila amik candid, dia tengah buat
muka cuak pulak. Agaknya kucing kecik ni tak hepi datang studio, tu yang facial
expression dia sedih dan cuak aje. Kalau
camni bila keje aku nak setel. Pening aku weh!
flash tu ganggu vision saya... buat saya nampak hijau je pastu
Masa
aku nak solat, aku letak dia dalam sangkar. Takde sapa pun kat opis masa tu
sebab semua staff pegi makan. Lepas aku
solat, tengok-tengok dah ada makanan kat atas meja aku. Dorang tapau untuk aku.
Sambil senyum aku makan. Aku makan sambil senyum. Senyum, senyum, senyum...hihihi. Susah gak nak senyum lebar kalau sambil mengunyah nasik rupanya [kuangkuangkuang].
Hah? Tetiba rasa nak nangis. Kucing kecik dah takde dalam sangkar! Dia pegi mana? [takkan pegi tuisyen]. Bila tanya semua orang tak tau [ayarx!!!]
Hah? Tetiba rasa nak nangis. Kucing kecik dah takde dalam sangkar! Dia pegi mana? [takkan pegi tuisyen]. Bila tanya semua orang tak tau [ayarx!!!]
ABIS
LA AKU!!! CLIENT NAK DATANG AMIK PETANG NI... [hinz...hinz...hinz...]
bersambung ke bab 2...




No comments:
Post a Comment