Sunday, September 8, 2013

Ni cara aku muhasabah diri. Nak join? Jom aa!



Tak kiralah siapa kita, kita tetap sedang dan akan dinilai olehNya.


Tak kiralah berapa usia kita, kita masih terbuat silap dan perlu belajar untuk memperbaiki diri selagi bernafas.


Tak kiralah apa pangkat kita, hakikatnya darjat kita tiada bezanya pada pandangan Allah. Allah pandang HATI bukan pangkat.


Tak kira betapa banyaknya 'harta dunia' yang kita miliki, bukan itu yang mampu membantu kita di dalam kubur dan akhirat kelak [melainkan bagi yang membelanjakan harta ke jalanNya].


Tak kira seteguh mana pun kita berdiri, karma  pasti datang. Apa yang kita buat pada orang lain, kita akan rasa juga balasannya. Kalau nak balasan baik-baik, buatlah baik banyak2, kawal diri supaya tak buat perkara yang menyakiti  orang lain, ok!


Tak kira berapa banyak pun dosa kita, masih terbuka pintu taubat selagi matahari tidak terbit dari Barat.


Tak kira betapa susahnya hidup kita, ada yang lebih susah lagi di luar sana. Berusahalah dan  belajarlah untuk redha dan bersyukur.


Maka... marilah kita buat kebaikan, waima yang kecil dan remeh sekalipun.
Marilah  kita hentikan mencela, menyakiti, membenci sesama makhluk. Kerana 'mungkin' yang anda benci tu lebih mulia darjatnya di sisi Allah.



Betapa adilnya sang pencipta, menilai kita semua sama... berdasarkan hati, iman dan redhaNya. Jika Allah redha, hina mana pun anda di mata manusia, anda tetap layak menghuni syurgaNya, in shaa Allah...aameen.


No comments: