Citer
ni berlaku kat sebuah pekan yang jauh. Bukan kat Malaysia, tau. Jauuuuuhhhhh
sangat! Nunnnnnn kat planet lain. [Ala... ni konon-konon nak kata takde kena
mengena nak perli sesape lah ni sebenarnya. Ha, paham kan?]
Adalah
sorang mamat organik ni yang perangai dia...camane nak cakap ek....unikla! Tu
yang aku kata organik tu sebab dia tak tipikal langsung, berbeza naw....rasa
hijau je, macam tumbuh-tumbuhan.
Dah
lama dah aku perati M.O [Mamat Organik] ni dipade jauh. Dia cool je, ada style,
ada rupa, ada aura tapi low profile. Dia macam duduk dalam dunia dia sendiri.
Dia buat semuanya ~ with style. Lelama aku pulak yang jadi lain macam, sampaikan
cara dia berjalan pun aku rasa menawan hati....uiiiii! Teruk dah aku ni! Tapi ni
aku simpan diam-diam je. Sebab dunia aku lain. Macam tak berapa nak indah
sangatlah. Selalunya aku ni jenis redah dulu baru pikir. Sejak perati dan
menilai sifat-sifat M.O ni, aku jadi macam memperlahankan meter kelajuan aku.
Sebelum buat apa-apa, aku tarik nafas dalam-dalam dan pikir dulu. Dah mula
berhemah la sikit-sikit.
Semua
tentang M.O aku berusaha ambik tau. Ni semua tanpa pengetahuan dia, tau.
Kiranya, aku ni peminat rahsialah. Lama jugak dah ni jadi peminat rahsia. Duk
perati dari jauh je. Bila terserempak, aku senyum ayu je. Padehal aku yang
buat-buat terserempak. Sengaja nak bertentang mata. Bila dah banyak kali tu,
agaknya ketara sangat kot, M.O jadi cam muka aku. Dari jauh dia nampak aku, dia
dah senyum. Bagus budak M.O ni...manisssss naw senyuman dia. I'm melting!
Ok,
ok...takyah perasan sangatlah! Tapi sekurang-kurangnya ada progress la
jugakkan? Dipade asik perati dari jauh je, sekarang dia dah sedar kewujudan
aku. Yeay!
Apelagi,
tulis kat jurnallah. Dalam jurnal ni yang aku beli khas untuk catatan tentang
M.O, ada tercatat semua tentang dia setakat yang aku tau. Pandai-pandailah
siasat, dah kata minat sangat!
Langkah
seterusnya...berkomunikasi! Yessss! Tak pernah lagi dapat bercakap ngan dia. Ok,
masa untuk bertindak! Nampak je dia keluar, aku pun cam disuruh-suruh
buat-buatlah terserempak. Ni nak cicirkan ape ni....err...ala, saputangan
takdelah pulak. Handphone kang, jahanam pulak. Napelah tak prepare prop
awal-awal tadi. My bad!
Hmmm...tak
jadi! Dia tak pandang aku langsung pun. Jalan menonong je. Aduyaiiii! Aku pun
dalam pada takde hasil ni, terus oder aiskrim mahal untuk belanja diri sendiri,
buat cover rasa hampa.
Nasib
baik aiskrim ni sedap. Macam orang mabuk kat bar, aiskrim dah abis aku oder
lagi. Budak aiskrim tu suka sebab hari ni customer kurang katanya, maklumlah
tengah bulan, minyak pulak dah mahal, keje takde elaun macam gomen, semata gaji
basic yang rendah je, kalau beli aiskrim 1 scoop pun bajet lari...eh! Panjang
pulak dia terangkan kat aku nape takde pelanggan. Yelah...yelah... paham,
paham. Aku pun sama je, tapi nak hiburkan hati punya pasal, layan aiskrim la
baru best. Pastu aku oder lagi perasa lain pulak. Gila aiskrim pulak dah aku
ni!
Sebab
dah rasa aiskrim mahal yang sedap sangat ni, setiap kali misi gagal, aku
terrrrr mabuk aiskrim. Sampaikan jadi regular customer. Budak aiskrim ni dah
kamceng pulak ngan aku. Dia buatkan aku aiskrim tak ikut standard sebenar dah.
Yang terbaek! dia serve kat aku. Food presentation dia kelasssssss! Dah macam
dessert tahap hotel 6 bintang dah. Aku apalagi, menikmatilah... amik kesempatan
la beb!
Tengah
aku mabuk aiskrim tu tetiba ada M.O kat sebelah aku. What The!!!! Tokojut den!
Dia senyum-senyum je order aiskrim. Dia oder dua pulak tu. Haiiii Seyh Mhen!
[Cakap sambil kembang hidung camni le bunyiknye!]
Aku
pon yang kat sebelah ni kontrol ayu je. Buat movement kecik-kecik je,
kepit-kepit supaya kesopanan dan kesusilaan tu terserlah. Budak aiskrim pun
buat dan hidang aiskrim yang M.O oder tu. Wah! Taste samalah! Pandainye
oder! Macam tau-tau je citarasa aku. Aku
senyum lagi. Aik? Bila nak pelawa ni? Aku senyum lagi sampai rasa nak kejang
urat pipi mengontrol kejelitaan.
Tetiba
datang sorang awek ni yang giler cantik vouge macam retis menyapa dan duduk
sebelah M.O. Dorang pun kemain mesra macam sengaja nak sakitkan hati aku pulak.
Sebenarnya rasanya dorang tak perasan langsung pun kewujudan aku kat situ.
Alang-alang dah invisible, aku pun singkirkan diri sendiri secara biasa-biasa
aje. Ah! takyah misteri sangatlah. Dorang tak 'nampak' aku pun.
Abih
cane nih? Nak teruskan minat ke tak ni? Dia dah bercouple la pulak. Memang
logik pun sebab diakan ada style. Hmmm... frust sangat! Frust pun tahap simpan
sendiri. Setakat bagitau jurnal je. Nampaknya memang kena kurangkanlah aktiviti
terserempak ni. Makan aiskrim lagi bagus, takyah pikir sangat M.O tu, nanti
bila dia kawen, lagi frust giler! Takmo la jadik camtu kan?
Sebab
dah kamceng ngan budak aiskrim, aku terrrrrrr sebut pasal M.O masa nampak dia
dari jauh masa makan aiskrim.
"Kau
kenal mamat tu?"
Satu
tu je soalan aku... terus detail aku dapat. Perghhh! Rupanya budak aiskrim ni
kenal kemain ngan M.O. Dia lebih 'kenal'
M.O dipade hasil siasatan aku sekian lama. Masa tu rasa macam jurnal tu dah
takde fungsi sebab maklumat dipade budak aiskrim ternyata lebih lengkap. Slow
giler kot aku ni. Dia salah sorang team editorial la kat opis publication
tingkat 10. [Ye, itu aku tau] Dia selalu lepak kat caffe hujung tu bila ada
lunch appoitment. [Tu pun aku tau sangat].
Umur
dia 29 tahun, tarikh lahir dia 25 April. Dia makan makanan organik je bila kat
rumah sebab masa kecik-kecik dulu dia selalu sakit, jadi mak dia bagi makan
makanan yang berkhasiat, bersih dan organik je.
Hah?
Organik? Ape? ORGANIK? Bukan tu ayat rekaan aku ke? Hahahahahaha....ini memang
tak sangka! Naluri aku tepat! Mamat Organik! Memang aku gelak tak kontrol la
masa tu. Sebab ingatkan gelak dalam jurnal, eja-eja je kan...rupanya aku memang
gelak betul-betul sebab hepi sangat! Rasa macam dah kenal lama pulak!
Eh!
Jap, jap. Ni budak aiskrim ni yang tere sangat banyak pengetahuan pasal M.O ni
apehal pulak? Siapa dia sampai tau sangat segalanya pasal M.O ni?
"Saya
adik dia! Tu abang saya, nama dia Jalak".
"Eh,
macam nama ayam je?" [Hmmm....terlepas cakap!]
"Kau
pulak ape nama? Lenteng? Huahahahahaha [Aku gelak tak hengat, sebab rasa cam
ada punchline kat situ]
"Haah"
[dia menjawab....cissssss....jawapan dia ada punchline jugak!]
"Huahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaa!"
[Serius aku gelak tahap lupa diri masa tu, pandai betul budak ni bergurau. Ni
terlebih aiskrim la ni jadik camni]
Aku
gelak tahap menangis. Berair-air mata macam mandi ujan. Jalak Lenteng?
Kuahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah...memang tak
tahan beb! Rasa nak terkucil pun ada ni!
"Ishhh...tak
baik gelakkan nama kitorang. Kau nama ape?" [Lenteng tanya
aku...huahahahahahaha...Lenteng...rasa nak lempang je....huahahahaha...kelakar
kemain!]
Aku
jawab tak serius...
"Kalau
dia Jalak, kau Lenteng, aku Tompok!"
Aku
gelak sampai pengsan! Rasa macam lawak sangat! Lama giler aku gelak sampai
berdarah gusi, berair mata, hidung bergerak sendiri. Huih!
Si
Lenteng [kehkehkeh] serius je, langsung tak gelak pun. Err...adakah ini
maknanya mereka memang betul-betul bernama Jalak dan Lenteng? Whoa!!!!! Giler
lah! Tetiba rasa nyesal pulak jadi peminat rahsia.
Ok...ok...
aku mintak maaf ye, ermmm...Lenteng! [kikikikiki...gelak dalam hati, nak sebut
rasa macam kena geletek]
"Aku
baru nak ajak kau datang umah kitorang, lusa...ada makan-makan sikit".
"Nak!
Nak! Nak ikut!" [ala...terrrrr over exited pulak]
Maka
lusa tu aku pun jadi salah seorang tetamu kat umah M.O dan budak aiskrim a.k.a
Jalak, Lenteng.
Aku
dengar ahli keluarga dorang yang lain panggil M.O - Jal dan panggil budak
aiskrim - Len. Aduyaiiii...famili ni nama dorang pelik-pelik la. Pastu Len
panggil aku Tom. Kan aku kata nama aku Tompok. Huh! Dia percaya? Ni mana ni? Owh...yelah, kan kat planet lain,
bukan kat Bumi pun...patutlah!
Aduhhhh...siannye
famili ni. Nama Jalak, Lenteng. Adik bongsu pulak nama Jambang. Padehal budak tu
belum berjambang lagi, baru darjah tiga. Aku nak gelak, tapi bertukar simpati
pulak dengan nama-nama dorang ni.
Jangan
rasa down, walaupun nama kelakar, tapi korang semua osem. Kalau tak, takkanlah
aku ni boleh jadi peminat rahsia.
Tetiba
Jal kata dia sedar dia ada 'peminat misteri'. Pernah dapat hadiah beberapa kali
tapi sampai sekarang tak dapat kesan sape peminat misteri tu.
Loh!
Bukan peminat misteri la. Aku ni peminat rahsia. Manede misterinya! Peminat
rahsia la, RAHSIA bukan MISTERI.
Hihihihi...yup!
Aku le tu. Aku yang suruh gift shop tu hantar hadiah kat Jal. Saje, nak layan
rasa angau.
Tapi
tu sebelum aku tau nama dia. Lepas dah tau tu, perasaan jadi lain. Agak tak
berapa nak minat dah. Sian awek dia yang hari tu. Nanti kalau kawen, anak dia
hujung nama ada nama bapa Jalak. Aduyaiiiii...takpelah, hambiklah. Aku taknak
dahla.
"Kalau
aku tau la sape peminat misteri ni, aku pinang dia!" Kata Jal.
Hamboiiiii!
Harap-harap dia tak tau la sampai bila-bila. Tak sanggup aku! Layan jela awek
kau yang kat kedai aiskrim hari tu. Nanti balik umah ni, akan aku hapuskan
bukti, bakar jurnal. Dah, dah... taknakla. Dahla payah nak kena makan makanan
organik je, mahal... terhad nak carik pulak tu. Aku ni simple! Makan kat mamak,
setel!
Nampaknya
aku kena mulakan hidup baru la. Takyah tergila-gilakan Jal ni lagi. Life dorang
ni macam fantasi pulak. Nama dahla pelik tahap di luar orbit. Owh...lupa lagi,
kata tadi planet lain....kuikuikui.
Balik
dipade umah dorang tu, aku punya pemikiran macam kena snowwash. Agak bersih
sikit. Dah dapat asing, ketepi dan keluarkan Jal perlahan-lahan.
Takkan
sebab nama je, hati aku dah berubah?
Kau
rasa?
Yelah...aku
taknak la nama laki aku nanti...Jalak ke...Mentepot ke... Lesung Batu ke....
Perigi Buta ke... Radiogram ke... Plastisin
ke... Cadar Patchwork ke... CPU System ke....Kain Pelikat Lalalala
ke...Kipas KDK ke....Almari Tiga Pintu ke.... hishhhhh! Taknak aku! Tu bukan
nama orang tu. Tak patut nama orang cenggitu. Sungguh tak patut!
Tiga
minggu gakla aku berusaha menapis, mengawal dan mengclearkan perasaan tu. Bukan
senang nak buang orang yang selama ni kita minat, dah melekat kat hati kita.
Susah jugak beb! Tapi, aku kuatkan semangat bila sebut nama bakal anak-anak dan
berbin bintikan nama ayah dia...terus lega.
Aku
keje kat Butik kakak aku. Tu yang keluar premis sesuka hati macam kakak sendiri
punya. Tapi sekarang dah dekat 3 bulan dah aku duk diam-diam, dah berdisiplin, fokus pada keje. Curi-curi keluar makan
aiskrim pun aku tak buat dah. Teringin nak aiskrim, aku keraskan secawan air
coklat je, pastu esoknya dah beku aku makan. Hepi je kakak aku. Dia puji-puji
kata aku dah matang. Ala...cer kalau dia terrrr minat orang nama Jalak Lenteng
pun akan jadi matang jugak hape!
Hokey...
aku dah moved on! Seriously! Rasanyalah...err...adalah sikit-sikit lagi saki
baki tu dalam hati, tapi boleh kawal dah.
Beberapa
bulan kemudian [shot kalender bertukar bulan...eh, tak...tak...tu cara lama...tengok
henpon je senang]
Kakak
aku sibuk nak kawen. Aku tak kisah pun, dia kakak...memang patutla dia kawen
dulu, takdelah langkah bendul.
TETAPI...
Yang
datang meminang ialah Jal. Dorang tak bertunang pun, nak terus nikah tak lama
lagi.
Hah?
Apekah? Prank ke hape ni? Kakak aku yang cerewet lagi high taste tu nak kawen
dengan lelaki bernama Jalak? Nama ayam kan tu?
BANTAHAN YANG ARIF!
Bantahan ditolak! [Ayah aku jawab sebab nama dia
Arif]
Rupanya
dia memang BF kakak aku dipade Uni lagi. Macam-macam dah kakak aku buat supaya
aku tak minat kat Jal. Mintak tolong kawan dia berlakon jadi GF Jal... tapi aku
minat jugak. Jal buat tak perasan kewujudan aku la....tapi aku minat jugak.
Kakak bertambah cuak bila terbaca [ala, sengaja padehal] jurnal aku. Dia taknak
aku kecewa bila tau orang yang aku minat giler tu adalah boypren dia sejak
dulu. Aduiyaiiii...kalau taknak aku minat, kau berboypren la dengan lelaki yang
tak hensem, takde style.
Tetiba
secara tak sengaja Len terrrrr buat lawak nama Jalak Lenteng tu, boleh pulak
aku berubah hati.
Nama
dia Faizal (Jal). Nama adik dia yang budak aiskrim tu Fazren (Len).
Hmmmpppphhh....
"Ada
jugak orang percaya nama Jalak Lenteng tu....huahahahahahahahahhaha"
HUAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHAKAH!
Dorang
gelak sampai tok kadi sound! Behave! Behave! Kata Tok Kadi.
Masa
tu aku nangis sampai hidung besar dan merah, bibir tebal tahap bergetar
sendiri.
Nama
aku bukan Tompok. Tapi nape aku boleh terpecaya, termakan cakap dorang nama
Jalak Lenteng?
"Sebab
kau pikir di luar planet!" [kata kakak aku sambil tayang cincin kawen dia]
-Tamat-
No comments:
Post a Comment