Saturday, October 11, 2014

Cerpen Santai - AKU MENANGIS BUKAN KERNA NAMA!


Citer ni berlaku kat sebuah pekan yang jauh. Bukan kat Malaysia, tau. Jauuuuuhhhhh sangat! Nunnnnnn kat planet lain. [Ala... ni konon-konon nak kata takde kena mengena nak perli sesape lah ni sebenarnya. Ha, paham kan?]
Adalah sorang mamat organik ni yang perangai dia...camane nak cakap ek....unikla! Tu yang aku kata organik tu sebab dia tak tipikal langsung, berbeza naw....rasa hijau je, macam tumbuh-tumbuhan.
Dah lama dah aku perati M.O [Mamat Organik] ni dipade jauh. Dia cool je, ada style, ada rupa, ada aura tapi low profile. Dia macam duduk dalam dunia dia sendiri. Dia buat semuanya ~ with style. Lelama aku pulak yang jadi lain macam, sampaikan cara dia berjalan pun aku rasa menawan hati....uiiiii! Teruk dah aku ni! Tapi ni aku simpan diam-diam je. Sebab dunia aku lain. Macam tak berapa nak indah sangatlah. Selalunya aku ni jenis redah dulu baru pikir. Sejak perati dan menilai sifat-sifat M.O ni, aku jadi macam memperlahankan meter kelajuan aku. Sebelum buat apa-apa, aku tarik nafas dalam-dalam dan pikir dulu. Dah mula berhemah la sikit-sikit.
Semua tentang M.O aku berusaha ambik tau. Ni semua tanpa pengetahuan dia, tau. Kiranya, aku ni peminat rahsialah. Lama jugak dah ni jadi peminat rahsia. Duk perati dari jauh je. Bila terserempak, aku senyum ayu je. Padehal aku yang buat-buat terserempak. Sengaja nak bertentang mata. Bila dah banyak kali tu, agaknya ketara sangat kot, M.O jadi cam muka aku. Dari jauh dia nampak aku, dia dah senyum. Bagus budak M.O ni...manisssss naw senyuman dia. I'm melting!
Ok, ok...takyah perasan sangatlah! Tapi sekurang-kurangnya ada progress la jugakkan? Dipade asik perati dari jauh je, sekarang dia dah sedar kewujudan aku. Yeay!
Apelagi, tulis kat jurnallah. Dalam jurnal ni yang aku beli khas untuk catatan tentang M.O, ada tercatat semua tentang dia setakat yang aku tau. Pandai-pandailah siasat, dah kata minat sangat!
Langkah seterusnya...berkomunikasi! Yessss! Tak pernah lagi dapat bercakap ngan dia. Ok, masa untuk bertindak! Nampak je dia keluar, aku pun cam disuruh-suruh buat-buatlah terserempak. Ni nak cicirkan ape ni....err...ala, saputangan takdelah pulak. Handphone kang, jahanam pulak. Napelah tak prepare prop awal-awal tadi. My bad!
Hmmm...tak jadi! Dia tak pandang aku langsung pun. Jalan menonong je. Aduyaiiii! Aku pun dalam pada takde hasil ni, terus oder aiskrim mahal untuk belanja diri sendiri, buat cover rasa hampa.
Nasib baik aiskrim ni sedap. Macam orang mabuk kat bar, aiskrim dah abis aku oder lagi. Budak aiskrim tu suka sebab hari ni customer kurang katanya, maklumlah tengah bulan, minyak pulak dah mahal, keje takde elaun macam gomen, semata gaji basic yang rendah je, kalau beli aiskrim 1 scoop pun bajet lari...eh! Panjang pulak dia terangkan kat aku nape takde pelanggan. Yelah...yelah... paham, paham. Aku pun sama je, tapi nak hiburkan hati punya pasal, layan aiskrim la baru best. Pastu aku oder lagi perasa lain pulak. Gila aiskrim pulak dah aku ni!
Sebab dah rasa aiskrim mahal yang sedap sangat ni, setiap kali misi gagal, aku terrrrr mabuk aiskrim. Sampaikan jadi regular customer. Budak aiskrim ni dah kamceng pulak ngan aku. Dia buatkan aku aiskrim tak ikut standard sebenar dah. Yang terbaek! dia serve kat aku. Food presentation dia kelasssssss! Dah macam dessert tahap hotel 6 bintang dah. Aku apalagi, menikmatilah... amik kesempatan la beb!
Tengah aku mabuk aiskrim tu tetiba ada M.O kat sebelah aku. What The!!!! Tokojut den! Dia senyum-senyum je order aiskrim. Dia oder dua pulak tu. Haiiii Seyh Mhen! [Cakap sambil kembang hidung camni le bunyiknye!]
Aku pon yang kat sebelah ni kontrol ayu je. Buat movement kecik-kecik je, kepit-kepit supaya kesopanan dan kesusilaan tu terserlah. Budak aiskrim pun buat dan hidang aiskrim yang M.O oder tu. Wah! Taste samalah! Pandainye oder!  Macam tau-tau je citarasa aku. Aku senyum lagi. Aik? Bila nak pelawa ni? Aku senyum lagi sampai rasa nak kejang urat pipi mengontrol kejelitaan.
Tetiba datang sorang awek ni yang giler cantik vouge macam retis menyapa dan duduk sebelah M.O. Dorang pun kemain mesra macam sengaja nak sakitkan hati aku pulak. Sebenarnya rasanya dorang tak perasan langsung pun kewujudan aku kat situ. Alang-alang dah invisible, aku pun singkirkan diri sendiri secara biasa-biasa aje. Ah! takyah misteri sangatlah. Dorang tak 'nampak' aku pun.
Abih cane nih? Nak teruskan minat ke tak ni? Dia dah bercouple la pulak. Memang logik pun sebab diakan ada style. Hmmm... frust sangat! Frust pun tahap simpan sendiri. Setakat bagitau jurnal je. Nampaknya memang kena kurangkanlah aktiviti terserempak ni. Makan aiskrim lagi bagus, takyah pikir sangat M.O tu, nanti bila dia kawen, lagi frust giler! Takmo la jadik camtu kan?
Sebab dah kamceng ngan budak aiskrim, aku terrrrrrr sebut pasal M.O masa nampak dia dari jauh masa makan aiskrim.
"Kau kenal mamat tu?"
Satu tu je soalan aku... terus detail aku dapat. Perghhh! Rupanya budak aiskrim ni kenal kemain ngan M.O.  Dia lebih 'kenal' M.O dipade hasil siasatan aku sekian lama. Masa tu rasa macam jurnal tu dah takde fungsi sebab maklumat dipade budak aiskrim ternyata lebih lengkap. Slow giler kot aku ni. Dia salah sorang team editorial la kat opis publication tingkat 10. [Ye, itu aku tau] Dia selalu lepak kat caffe hujung tu bila ada lunch appoitment. [Tu pun aku tau sangat].
Umur dia 29 tahun, tarikh lahir dia 25 April. Dia makan makanan organik je bila kat rumah sebab masa kecik-kecik dulu dia selalu sakit, jadi mak dia bagi makan makanan yang berkhasiat, bersih dan organik je.
Hah? Organik? Ape? ORGANIK? Bukan tu ayat rekaan aku ke? Hahahahahaha....ini memang tak sangka! Naluri aku tepat! Mamat Organik! Memang aku gelak tak kontrol la masa tu. Sebab ingatkan gelak dalam jurnal, eja-eja je kan...rupanya aku memang gelak betul-betul sebab hepi sangat! Rasa macam dah kenal lama pulak!
Eh! Jap, jap. Ni budak aiskrim ni yang tere sangat banyak pengetahuan pasal M.O ni apehal pulak? Siapa dia sampai tau sangat segalanya pasal M.O ni?
"Saya adik dia! Tu abang saya, nama dia Jalak".
"Eh, macam nama ayam je?" [Hmmm....terlepas cakap!]
"Kau pulak ape nama? Lenteng? Huahahahahaha [Aku gelak tak hengat, sebab rasa cam ada punchline kat situ]
"Haah" [dia menjawab....cissssss....jawapan dia ada punchline jugak!]
"Huahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaa!" [Serius aku gelak tahap lupa diri masa tu, pandai betul budak ni bergurau. Ni terlebih aiskrim la ni jadik camni]
Aku gelak tahap menangis. Berair-air mata macam mandi ujan. Jalak Lenteng? Kuahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah...memang tak tahan beb! Rasa nak terkucil pun ada ni!
"Ishhh...tak baik gelakkan nama kitorang. Kau nama ape?" [Lenteng tanya aku...huahahahahahaha...Lenteng...rasa nak lempang je....huahahahaha...kelakar kemain!]
Aku jawab tak serius...
"Kalau dia Jalak, kau Lenteng, aku Tompok!"
Aku gelak sampai pengsan! Rasa macam lawak sangat! Lama giler aku gelak sampai berdarah gusi, berair mata, hidung bergerak sendiri. Huih!
Si Lenteng [kehkehkeh] serius je, langsung tak gelak pun. Err...adakah ini maknanya mereka memang betul-betul bernama Jalak dan Lenteng? Whoa!!!!! Giler lah! Tetiba rasa nyesal pulak jadi peminat rahsia.
Ok...ok... aku mintak maaf ye, ermmm...Lenteng! [kikikikiki...gelak dalam hati, nak sebut rasa macam kena geletek]
"Aku baru nak ajak kau datang umah kitorang, lusa...ada makan-makan sikit".
"Nak! Nak! Nak ikut!" [ala...terrrrr over exited pulak]
Maka lusa tu aku pun jadi salah seorang tetamu kat umah M.O dan budak aiskrim a.k.a Jalak, Lenteng.
Aku dengar ahli keluarga dorang yang lain panggil M.O - Jal dan panggil budak aiskrim - Len. Aduyaiiii...famili ni nama dorang pelik-pelik la. Pastu Len panggil aku Tom. Kan aku kata nama aku Tompok. Huh! Dia percaya?  Ni mana ni? Owh...yelah, kan kat planet lain, bukan kat Bumi pun...patutlah!
Aduhhhh...siannye famili ni. Nama Jalak, Lenteng. Adik bongsu pulak nama Jambang. Padehal budak tu belum berjambang lagi, baru darjah tiga. Aku nak gelak, tapi bertukar simpati pulak dengan nama-nama dorang ni.
Jangan rasa down, walaupun nama kelakar, tapi korang semua osem. Kalau tak, takkanlah aku ni boleh jadi peminat rahsia.
Tetiba Jal kata dia sedar dia ada 'peminat misteri'. Pernah dapat hadiah beberapa kali tapi sampai sekarang tak dapat kesan sape peminat misteri tu.
Loh! Bukan peminat misteri la. Aku ni peminat rahsia. Manede misterinya! Peminat rahsia la, RAHSIA bukan MISTERI.
Hihihihi...yup! Aku le tu. Aku yang suruh gift shop tu hantar hadiah kat Jal. Saje, nak layan rasa angau.
Tapi tu sebelum aku tau nama dia. Lepas dah tau tu, perasaan jadi lain. Agak tak berapa nak minat dah. Sian awek dia yang hari tu. Nanti kalau kawen, anak dia hujung nama ada nama bapa Jalak. Aduyaiiiii...takpelah, hambiklah. Aku taknak dahla.
"Kalau aku tau la sape peminat misteri ni, aku pinang dia!" Kata Jal.
Hamboiiiii! Harap-harap dia tak tau la sampai bila-bila. Tak sanggup aku! Layan jela awek kau yang kat kedai aiskrim hari tu. Nanti balik umah ni, akan aku hapuskan bukti, bakar jurnal. Dah, dah... taknakla. Dahla payah nak kena makan makanan organik je, mahal... terhad nak carik pulak tu. Aku ni simple! Makan kat mamak, setel!
Nampaknya aku kena mulakan hidup baru la. Takyah tergila-gilakan Jal ni lagi. Life dorang ni macam fantasi pulak. Nama dahla pelik tahap di luar orbit. Owh...lupa lagi, kata tadi planet lain....kuikuikui.
Balik dipade umah dorang tu, aku punya pemikiran macam kena snowwash. Agak bersih sikit. Dah dapat asing, ketepi dan keluarkan Jal perlahan-lahan.
Takkan sebab nama je, hati aku dah berubah?
Kau rasa?
Yelah...aku taknak la nama laki aku nanti...Jalak ke...Mentepot ke... Lesung Batu ke.... Perigi Buta ke... Radiogram ke... Plastisin  ke... Cadar Patchwork ke... CPU System ke....Kain Pelikat Lalalala ke...Kipas KDK ke....Almari Tiga Pintu ke.... hishhhhh! Taknak aku! Tu bukan nama orang tu. Tak patut nama orang cenggitu. Sungguh tak patut!
Tiga minggu gakla aku berusaha menapis, mengawal dan mengclearkan perasaan tu. Bukan senang nak buang orang yang selama ni kita minat, dah melekat kat hati kita. Susah jugak beb! Tapi, aku kuatkan semangat bila sebut nama bakal anak-anak dan berbin bintikan nama ayah dia...terus lega.
Aku keje kat Butik kakak aku. Tu yang keluar premis sesuka hati macam kakak sendiri punya. Tapi sekarang dah dekat 3 bulan dah aku duk diam-diam, dah berdisiplin,  fokus pada keje. Curi-curi keluar makan aiskrim pun aku tak buat dah. Teringin nak aiskrim, aku keraskan secawan air coklat je, pastu esoknya dah beku aku makan. Hepi je kakak aku. Dia puji-puji kata aku dah matang. Ala...cer kalau dia terrrr minat orang nama Jalak Lenteng pun akan jadi matang jugak hape!
Hokey... aku dah moved on! Seriously! Rasanyalah...err...adalah sikit-sikit lagi saki baki tu dalam hati, tapi boleh kawal dah.
Beberapa bulan kemudian [shot kalender bertukar bulan...eh, tak...tak...tu cara lama...tengok henpon je senang]
Kakak aku sibuk nak kawen. Aku tak kisah pun, dia kakak...memang patutla dia kawen dulu, takdelah langkah bendul.

TETAPI...

Yang datang meminang ialah Jal. Dorang tak bertunang pun, nak terus nikah tak lama lagi.
Hah? Apekah? Prank ke hape ni? Kakak aku yang cerewet lagi high taste tu nak kawen dengan lelaki bernama Jalak? Nama ayam kan tu?
BANTAHAN YANG ARIF!
Bantahan ditolak!  [Ayah aku jawab sebab nama dia Arif]
Rupanya dia memang BF kakak aku dipade Uni lagi. Macam-macam dah kakak aku buat supaya aku tak minat kat Jal. Mintak tolong kawan dia berlakon jadi GF Jal... tapi aku minat jugak. Jal buat tak perasan kewujudan aku la....tapi aku minat jugak. Kakak bertambah cuak bila terbaca [ala, sengaja padehal] jurnal aku. Dia taknak aku kecewa bila tau orang yang aku minat giler tu adalah boypren dia sejak dulu. Aduiyaiiii...kalau taknak aku minat, kau berboypren la dengan lelaki yang tak hensem, takde style.
Tetiba secara tak sengaja Len terrrrr buat lawak nama Jalak Lenteng tu, boleh pulak aku berubah hati.
Nama dia Faizal (Jal). Nama adik dia yang budak aiskrim tu Fazren (Len). Hmmmpppphhh....
"Ada jugak orang percaya nama Jalak Lenteng tu....huahahahahahahahahhaha"
HUAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHAKAH!
Dorang gelak sampai tok kadi sound! Behave! Behave! Kata Tok Kadi.
Masa tu aku nangis sampai hidung besar dan merah, bibir tebal tahap bergetar sendiri.
Nama aku bukan Tompok. Tapi nape aku boleh terpecaya, termakan cakap dorang nama Jalak Lenteng?

"Sebab kau pikir di luar planet!" [kata kakak aku sambil tayang cincin kawen dia]



 -Tamat-
















Thursday, January 2, 2014

Bagaimana Saidina Umar pentingkan rakyat... Subhanallah!

[Sumber: Tulisan Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dlm kolumnya dlm Majalaah i – okt 2008]

Dah lama ni, tapi iktibarnya patut dijadikan panduan sepanjang zaman. Semoga ada manfaat.

UMAR AL-KHATTAB BENCI PEMBAZIRAN



Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yg amat sgt di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab. Dikenali dgn ‘Am al-Ramadh kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

            Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yg ingin disebutkan di sini ialah kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya.

            Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari, pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu, namun dengan harga yang agak tinggi. Umar enggan makan bahkan berkata, “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal. Sedekahkan kedua-duanya. Aku benci pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yg mengenai mereka?” (Al-Tabari,2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

            Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada org ramai. Lalu dicedok masakan itu utk dihidangkan juga buat Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu Umar bertanya, “Dari mana diperoleh ini?”

            “Daripada unta yang kita sembelih hari ini”.

            Kata Umar, “Oh, alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa”. (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: dar Sadir)


[Sumber: Tulisan Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dlm kolumnya dlm Majalaah i – okt 2008]

  • Notes di atas bukanlah tulisan saya sendiri. Ia adalah petikan yg saya kongsikan utk kawan2. Semoga kita sama2 dapat manfaatnya. Sheyring is caring...hehehe...