[Ye...aku ok je...cuma lama tak berblog sbb bz buat animation la konon! hihihi...ni saje merepek cam dedulu...harap2 ada pengajaran di situ! Enjoyyyyyy!]
Zigzag - Bab 1
Dari
semalam Sophie nampak gelabah semacam. Ketara sangat! Sampaikan dia senyum kat
aku pun nampak kelat dan dibuat-buat. Bergerak-gerak saraf kat pipi dia macam
kena paksa buat senyum. Rasa macam nak tanya je, tapi takut dia anggap aku ni bz
body pulak.
Aku
perhati je gerak geri si Sophie ni. Memunggah kotak-kotak macam orang nak
pindah rumah. Ntah apa yang dibuatnya. Semuanya nampak serba tak kena. Ha...
tengok tu! Dia berjalan pun terlanggar bendul sampai nyaris nak tersembam.
Huih! Ni nak kena amik tau ni. Lantaklah nampak cam penyibuk ke, asalkan niat
aku untuk amik berat ni tercapai.
Baru
aku nak bukak mulut, tetiba...
"Ha...
tu tengah bersangka buruk la tu, kan? Tersengih-sengih... muka psycho, pandang
orang macam pembunuh bersiri!" [Sophie marahkan aku. Dia perasan aku dok
perati dia]
Huh!
Tengok? Paniknya budak nih! Aku pandang pun dia marah. Orang baru nak buat
baik, dah tawar hati. Lantak kaulah
Sophie... nak terlungkup ke, tersungkur ke...
"ADOI!!!"
"Ya
Allah, sakitnya.... "
Laa...
tetiba Sophie tersungkur betul. Dia berjalan bukan nak pandang bawah. Ni nak
kata mulut aku masin ke atau sebab karma dia sound-sound aku tadi? Kuikuikui.
Cecepat
aku tolong. Aku tak tolong bangunkan dia pun. Aku nampak kaki dia macam sakit
je, tapi sebab tak cedera parah, kira boleh survive la tu. Bukan hape... tadi
dia kata aku macam pembunuh bersiri, ni kalau aku tersentuh dia, silap-silap
dia tuduh aku perogol bersiri pulak. Huih! Taknak aku! Aku tolong kutipkan
buku-buku dia yang berterabur terkeluar dari kotak yang dia bawak tadi.
"Woi!
Pakcik! Aku ni ha yang patut kau tolong! Buku-buku tu bukan sakit pun".
[Sophie sound aku, sebab aku je yang ada kat situ]
"Hamboi,
budak ni! Tuhan dah tunjuk balasan pun nak garang-garang lagi! Kasar kemain!
Takkan jatuh sikit pun tak boleh bangun?" [Aku sound dia balik. Dah aku je
yang ada kat situ, maka aku jelah harapan dia...hihihihi]
"Arghhhh!!!
Sakitnya... Ya Allah tolonglah hantar bantuan. Ni setakat Pakcik jiran ni tak
boleh diharap!"
Kutuk
aku la tu! Aku terus je kutip buku-buku tu. Dah tu aku susun elok-elok dalam
kotak dia. Lebih kemas dari susunan asal masa Sophie bawak tadi. Banyak lagi
ruang kosong kat kotak tu.
"Waaaaa!!!
Bongoknya kau ni.... kau pindah tempat lain jelah.... sakit hati je berjiran
ngan kau... orang sakit bukan nak tolong!!! UWAAAAA!!!!"
Tetiba
Sophie nangis. Halllllaaaaaahaaiiiii... serius la kot dia sakit? Aku pun pegi
dekat sikit. Aku tengok kat lulut dia berdarah. Aku hulur tangan nak tarik dia
bangun. Tapi dia nangis, tak abis-abis mengaduh sakit. Ni yang aku panik ni.
"Aku
takleh bangun ni. Nak gerakkan kaki pun macam tak boleh! Sakit! Kalau luka ke,
terseliuh ke... takpe lagi. Ni lain macam sakitnya ni... takut retak ke, patah
ke..."
HAH?
RETAK?
PATAH?
Masa
tu aku tak tercegat dah. Terus aku angkat Sophie kuar dari longkang kecik tu.
Longkang tu takde air pun. Kalau hujan je jadi tempat saliran ke longkang
besar. Yang aku heran tu, tiap-tiap hari dia lalu situ, takkan tak perasan ada
longkang. Ni ntah-ntah sengaja nak amik kesempatan kat aku ni.
"Dahla
berat! Suh aku angkat pulak!" [Aku takde kontrol-kontrol, Sophie je kot?]
Aku
letak dia kat atas rumput. Memang sakit agaknya. Kalau tak, takkanlah sampai
keluar airmata si budak yang konon-konon macho ni.
"Kau
tolonglah call kan mak aku... UWAAAA!!!"
Tulah...
konon Hana Kimi sangat! Gaya lebih macho dipade aku... last-last jatuh longkang
kecik... menangis... kahkahkahkahkahkah... siap aku kena angkat lagi...
kihkihkihkih... huahahahaha...
Maka
masa tu tak dapat tahan, keluar segala gelak jahat aku. Memang lawak la...
Sophie ni budak tomboy. Muka jambu tapi tak feminin. Kasarnya... huh! Kemain
lagi! Jadi pompuan kan senang... ayu-ayu je... mesti awal-awal lagi aku dah
tolong hantar gi klinik.
"Mak...
Sophie jatuh... tak boleh bangun ni... mak baliklah hantar Sophie gi klinik...
uwaaaa!!!"
Eh!
Dia call mak dia sendiri. Aku baru nak call kan. Mak dia [Makcik Mimah] ada
kedai makan kat simpang jalan dekat ngan rumah kitorang. Kira... nasik lemak
mak dia tu 'legend' la... sedap giler! Tiap-tiap hari Makcik Mimah meniaga
sorang-sorang sejak Sophie sambung belajar. Dulu Sophie la yang tolong mak dia
kat kedai. Setakat angkat tong gas tu... apa la sangat! Kuat budak Sophie ni!
Lasak cam jantan! Tu yang bila dia menangis jatuh longkang aku boleh gelak. Cam
berlakon je!
Tak
lama pastu Makcik Mimah bergegas balik. Dia nampak je aku terus dia mintak
tolong.
"Laaa...
kau ada kat sini Latip? Meh, tolong angkat Sophie ni masuk dalam keta... nak
hantar gi klinik "
Nama
saya Farid, Makcik Mimah. Latip tu ayah saya. Selamba je Makcik Mimah ni
panggil aku Latip. Depan ayah aku pandai pulak dia panggil aku Farid. Hish!
Apakan daya Sophie sakit. Aku diam je dan terus tolong angkat Sophie yang berat
ni.
"Kau
ni makan batu bata ke simen? Berat siot!"
"Kalau
aku dah baik nanti, aku terajang kau! Aku angkat kau, pastu campak kau kat
longkang besar sana tu!" [Sophie menjawab sebab mulut dia tak cedera mahupon retak]
Sempat
lagi tu nak maki aku... tak padan ngan sakit! Tapi aku tak peduli, aku tolong
je sebab nak cepat hantar Sophie ke klinik.
Sampai
klinik, Doktor tu suh gi hospital. Laa... memang patah rupanya. Aku ingatkan
dia over acting je tadi sebab sengaja nak manja-manja ngan aku yang sesekali
balik bercuti ni... kuikuikui.
Kat
hospital, aku ngan Makcik Mimah tunggu kat luar. Dah lama pastu Doktor panggil
kami dan bagitau yang kaki Sophie terpaksa disimen sebab ada keretakan pada
tulangnya. Bukan patah, tapi retak. Maka, Sophie terpaksa menggunakan bantuan
tongkat untuk memudahkannya berjalan. Nampaknya pasni lama la si Sophie ni duk
diam-diam kat umah. Nasib baik tengah cuti semester.
Zigzag
- Bab 2
Balik
je umah, aku citer kat mak aku. Mak aku pulak yang berlebih-lebih, terus cuak
dan tak lalu makan. Mak aku memang sayang sangat kat Sophie. Yelah, mak takde
anak perempuan, kami tiga beradik semua lelaki. Bila mak masak special sket,
mesti nak bagi Sophie. Sikit sikit Sophie. Balik balik Sophie. Kira... Sophie
ni mak aku dah anggap macam anak dia. Kadang tu aku pulak yang rasa macam anak
jiran.
Hari
tu mak aku masakkan makanan sedap-sedap untuk Sophie. Siap je dia hantar ke
rumah nombor 16 tu. Ntah-ntah mak siap suapkan kot? Mak tu memang manjakan
Sophie dipade kecik. Kesian katanya, Sophie takde ayah. Ayah dia bukan
meninggal dunia pun tapi meninggalkan Makcik Mimah gantung tak bertali. Umah Sophie
selang sebuah rumah dari rumah aku. Ibaratnya kalau kentut pun boleh sampai
baunya. Dekat sangat! Rumah yang tengah-tengah di antara rumah kami tu pulak
rumah Maklang aku yang dibuat homestay. Maklang ikut suami dia yang bekerja di
Doha. Sesekali bila balik jenguk mak, mereka akan tinggal di rumah sebelah.
Aku
ingat tadi naklah jugak ikut mak jenguk Sophie. Tapi mak aku suh tunggu umah
sebab adik aku anytime je balik dari sekolah. Dia takde kunci, nanti bila adik
dah balik, mak suh aku datang.
Kitorang
ni berjiran dah lama... dah macam sedara. Aku ngan Sophie sebaya, kami belajar
di sekolah yang sama. Tiap-tiap hari pegi sekolah naik basikal sorang satu. Aku
tau hakikatnya Sophie ni seorang gadis remaja, tapi sebab dipade kecik kami
membesar sama-sama, aku dah biasa layan dia macam kawan lelaki, aku tak boleh
nak lembut-lembut ngan dia. Depan Sophie takyah nak kontrol-kontrol macho, jadi
je diri sendiri. Dari kecik lagi dah terbiasa berkawan, bermain lasak-lasak
ngan dia, tu yang terbawak sampai sekarang.
Sejak
kami masuk matriks, masa cuti semester jelah boleh jumpa. Aku di utara, Sophie
di Selatan. Kami dah 18 tahun tapi aku tengok Sophie tak berubah pun. Suka buat
muka samseng bila borak ngan aku. Yelah... dah namanya Sophie... takkan lemah
lembut pulak. Aku dah bagi coklat mahal-mahal pun dia tak layan aku
lembut-lembut. Tiap-tiap aku balik dia nak coklat. Masa kecik-kecik dulu selalu
belanja dia choki-choki. Sekarang ni makin demand. Nak Hersheys Kisses! Sebab
kami memang kamceng dari kecik, aku layan je. Tiap-tiap kali nak balik mesti
teringat belikan coklat untuk Sophie. Kena sorok, kalau tak... belum sempat
bagi Sophie, adik aku yang tak makan saman tu akan rembat dulu.
Sophie
nampak je muka aku, terus sebelah lagi kaki dia nak tendang aku. Masih marah
lagi ngan aku. Dia kata aku main-main dan tak serius nak tolong dia masa dia
jatuh longkang.
"Ishh...
kau ni. Kang sebelah lagi kaki tu pulak yang cedera. Ala... kan aku dah tolong
tadi. Kau berat macam kontena penuh barang pun aku angkat tau. Sampai sekarang, lenguh
tangan aku. Sakit badan, sakit urat!"
"Yang
kau gelakkan aku tadi apehal? Orang tengah sakit, dia boleh ingat kita buat
lawak pulak!"
"Memang
lawak pun. Kau kan Hana Kimi, tetiba jatuh longkang. Longkang kecik je pun...
siap menangis-nangis. Kau punya react masa jatuh longkang macam sakit nak
bersalin, hihihihi".
"Kuang
ajar kau! Mana coklat aku?"
"Adik
dah jumpa dulu. Dia dah abiskan" [Hehehe... ada sebenarnya, saja je aku
nak menyakat]
"Laa...
asal kau tak cakap kat dia coklat tu untuk aku?"
"Ish...
takkanlah. Nanti adik aku ingat kau tu special. Pastu dia syak kita ada
skandal. Pastu dia gossip. Dah tu kita dipaksa kawen... huh! Gila? Taknak
aku!" [kehkehkeh]
"Woi!!!
Kau gila ke hape? Coklat je pun! Apa yang sampai kena kawen-kawen pulak?"
"Hehehe...
tulah kau, kalau kau pikir panjang sket, mesti kau pun terpikir camtu
jugak" [Sesekali jumpa... best pulak nyakat dia ni]
Sebenarnya
aku dah standby dah dalam poket belakang. Siap balut lagi biar nampak mahal. Sebab kali ni macam melawat orang sakit
kat hospital, maka aku buatlah coklat tu nampak lebih special.
Masa
nak balik tu aku sempat letakkan coklat tu kat atas meja. Saje letak sebelah
handphone dia, supaya senang nak nampak. Hehehe... memang sengaja nak bagi
senang jumpa la kan? Kira surprise simple-simple gitu. Kalau aku jadi dia, bila
semua orang dah balik, tetiba ada bungkusan berisi coklat, mesti sweet je rasa,
kan? kan? kan?
Tak
sampai setengah jam aku balik umah, Sophie call aku. Hehehe... nak ucap
timekasih la tu, untuk coklat tu.
"Coklat
kau aku dah makan, sedap! Hehehe... ada jugak rupanya. Ingatkan betul-betul
adik dah makan. Timekasih, tau!"
[Ha... dah agak dah]
"Hehehe...
you're welcome. Suke tak? Aku terpaksa sorok tau tak?"
"Eh!
Tapi asal kemek-kemek coklat tu?"
"Dah
nak surprisekan kau, aku letaklah kat poket belakang. Pastu tadi kan aku duduk
lama, tak pasan, hehehe..."
"Cesssss!!!
Aduh!!! Kau dah letak situ pastu bagi aku makan? Aduyaiii... Uwek!!!
Uwekkk!!!"
Kahkahkahkahkah...
serius, aku takde niat langsung nak kenakan Sophie. Memang aku tak sengaja
letak kat poket belakang. Lama pulak tu duduk kat umah dia tadi. Mak dia siap
hidang kuih bagai... lekalah aku sampai terlupa ada coklat kat poket.
Cuti semester tu aku tak carik keje pun. Sebab Makcik
Mimah mintak tolong aku bantu dia kat kedai. Masa tu pembantu Indon yang keje
ngan dia baru benti keje sebab tamat tempoh permit. Sophie pulak tak boleh nak
lasak-lasak selagi kaki dia tu bersimen. Maka, aku bekerja dengan Makcik Mimah.
Ala... takde upah pun takpe, sian pulak tengok Makcik Mimah tak larat nak
handle kedai makan sorang-sorang. Setiap hari aku makan air tangan Makcik
Mimah. Semua sedap-sedap, boleh gemuk aku kalau keje sini lama-lama. Makcik
Mimah makin kamceng ngan aku. Tapi, memang takleh kata apelah... dia suka sangat
panggil aku Latip, nama ayah aku. Panggil ayah datang kang, tau segan...Hmm... sukati Makciklah... dah biasa dah pun.
Zigzag
- Bab 3
Cuti
semester tu aku rasa paling sekejap. Sebab aku sangat produktif isi masa dengan
bekerja. Takde dah lepak-lepak jumpa kawan. Sebelum balik semula ke matriks
esok, Sophie ada bagi aku hadiah. Hadiah harijadi advance katanya. Birthday aku
seminggu lagi, tapi sebab kami berjauhan, dia bagilah awal. Dia kata aku kena
bukak hadiah tu tepat-tepat masa birthday aku nanti.
Loh!
Takkan nak kena tunggu kot? Hadiah dah ada kat tangan, mana aku nak
tunggu-tunggu. Ingat aku lelaki skema ke yang nak ikut je arahan tak best
camtu. Aku tak kira... lagipun arahan Sophie je kot? Terus aku bukak hadiah tu
kat bilik. Hahaha... tergelak-gelak aku sorang-sorang bila tingat pesan Sophie
yang bersunguh-sungguh tak bagi aku bukak hadiah awal-awal.
Wah!
Sweater jacket ala-ala k-pop!
Best!
Best! Best!
I
like!
Terus
aku pakai... saiz tepat, selesa sungguh!
Sebelum
bertolak ke stesen bas, aku gi jumpa Makcik Mimah dan Sophie. Terbeliak mata
dia tengok aku pakai jacket baru tu.
"Terima
kasih, ye. Hehehe... dalam bas sejuk, tu yang kena pakai ni" [kataku
selamba]
Serius
selesa sangat pakai sweater jacket ni, ada embroidery stitches tulis SF. Wah!
Custom made tuuuuu!
SF = Syed Farid. Sejak hari tu... sweater
jacket yang simple, cantik dan selesa ni jadi pakaian pelengkap kesayangan aku
- aku namakannya SF.
Kesibukan
belajar menyebabkan aku bagaikan tak terasa, tup tup dah setahun setengah. Dah
abis dah pengajian di matrikulasi. Maka aku pun balik semula ke rumah.
Masa
kat umah, adik aku pegi selamba pakai SF dan malam tu pulak dia terjatuh motor.
Budak ni memang mengada-ngada! Bengang aku! Dahlah SF koyak sket kat bahagian
siku, dia boleh pulak kata terlupa nak mintak izin sebelum pakai. Budak tak
makan saman memang camtu. Nak diterajang, kang macam budak-budak pulak bergaduh
adik beradik. Last-last, aku tepuk je kepala dia. Geram aku!
"Yang
kau sayang sangat jacket ni apehal? Pasal tulisan SF ni? SOPHIE FARID? Kau ada apa-apa ngan Kak Sophie
ke?" [Adik aku lawan balik]
Budak
ni memang tak sedar diri. Dah rosakkan barang aku, nak sibuk-sibuk hal peribadi
aku pulak. Eh! Tapi... ntah-ntah betul SF tu Sophie Farid. Mana tau kot-kot
dalam diam Sophie ada hati kat aku. Biar betul! Selama ni aku ingatkan SF tu
Syed Farid. Kalau dia suka kat aku pun ok jugak. Best pulak rasanya bila ada
peminat, hehehe.
Aku
citer kat Sophie pasal jacket terkoyak, dia pun sama marah kat adik aku.
Kitorang membebel kutuk kaw-kaw adik aku sebab dia takde kat situ [hehe...kalau adik ada depan ni, ayat takla bombastik sangat rasanya] . Sebab Sophie tau aku
sayangkan SF tu, dia pun volunteer nak jahitkan bahagian yang terkoyak tu.
Esoknya
dia pass kat aku. Tengok-tengok...
Hallahaiiii...
budak Sophie ni... takkan jahit jelujur pun tak reti? Jahitan dia tak kemas
langsung! Dah tak cantik dah SF aku. Aduh! Ada ke patut dia jahit tangan tapi
zigzag, bukan jelujur rapat-rapat. Setakat baju koyak, aku pun boleh jahit,
lagi kemas kot?
Bila
aku komplen, dia marah aku balik. Konfiden je dia yang jahitan zigzag dia tu
macam sebuah karya agung.
"Yang
kau nak cerewet sangat ni kenapa? Dah jahit dah pun, pakai jelah. Kan dah tak
koyak lagi, macam baru beli ni ha! Tengok... cantikkan? kan? kan?"
Chewah!
Kemain yakin lagi dia kata jahitan dia cantik. Siap kata baju nampak cam baru
lagi tuuuuu... Dah adik aku yang buat hal, takkan aku nak gaduh ngan Sophie
pulak kan? Sophie cuma berniat nak bantu, bukan salah dia pun, kan? Dah dia
pompuan brutal, mane la nak tere bab
jahit menjahit ni, kan? Eh! Boleh sejuk ke hati aku ni bila cakap camni?
Huhuhuhu... Sophie, Sophie. Kalau dah namanya Sophie tu... tetap Sophie la
jugak. Dah keluar U nanti baru matang kot?
Sejak
tu aku dah tukar nama jacket tu. Dulu SF sekarang Zigzag, hehehe.
Beberapa
bulan pastu kami sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
Kali ni dia pulak di Utara, aku ni lagi jauh... kat U.K. Berbaloi belajar
sungguh-sungguh, result cemerlang dapat tajaan penuh ke U.K. Takkan nak tolak,
kan? Memang impian aku sekian lama nak belajar di luar negara. Tapi kena ikuti
kursus persediaan di kolej tempatan yang ditetapkan Kementerian. Oklah... dah
prosedur camtu, follow jelah. Maka, Sophie pun lebih dulu jadi warga universiti
di UUM.
Aku
menghitung hari, lagi beberapa bulan nak ke U.K. Wah! Teruja dan tak sabar
rasanya.Tunggu punya tunggu, akhirnya masa yang dinanti-nantikan pun tiba. Maka
terbanglah aku ke negara Eropah buat pertama kalinya dengan semangat yang
berkobar-kobar. Aku perlu fokus pada pengajian, maka aku tinggalkan tanahair
dan segala kesayanganku dengan harapan semuanya akan baik-baik aje.
Zigzag
- Bab 4
12 Tahun kemudian...
Aku
pulang dengan degree, master degree dan PhD. Aku bersedia untuk menghadapi
cabaran dunia pekerjaan di tanahair.
Bila
dah lama berada di perantauan, rasa rindu tu membuak-buak. Masa ni datang balik
segala kenangan indah zaman remaja dulu. Manis sangat semua kenangan tu bila
terbayang di mata.
Sophie...
mana Sophie? Rindunya nak menyakat Sophie. Harap-harap Sophie belum kahwinlah.
Kalau dah kawen, tak dapatlah aku nak sakat-sakat dia lagi. Dulu, dialah BFF
aku. Zaman tu budak-budak lagi... dia pun tak berapa nak macam pompuan sangat.
Tu yang selesa berkawan rapat. Manede nak touching-touching. Menangis lagi tak
pernah! Ohhh... pernah, pernah... masa
dah remaja yang dia jatuh longkang sampai retak tulang kaki. Kehkehkeh...
Sophie ni tak buat kelakar pun aku rasa lawak.
Mula-mula
nampak macam takde apa sangat yang berubah. Macam normal aje semuanya. Tapi,
bila hampir seminggu balik rumah, aku rasa macam ada yang tak kena. Macam lain.
Bagaikan masing-masing nak sorok sesuatu dipade aku. Apekah? Nak selindung apa
ni? Yang pasti ia ada kaitan dengan Sophie.
Sepanjang
12 tahun belajar dan bekerja di sana, ada 3 kali sahaja aku pulang ke Malaysia.
Itupun tak lama kerana terlalu sibuk dengan tugasan dan kajian. Tiada apa-apa
yang berubah, cuma Sophie dah jadi Cikgu Sophia. Adik bongsu aku Fahmi dah jadi Eksekutif dan dah bertunang
pun.
Aku?
Err... dah jadi Dr. Syed Farid Syed Abdul Latif.
"Sophie
mesti dah kawen kan, Mak? Mana dia sekarang ni Mak? Masa Farid tanya kat Makcik
Mimah lepas kenduri doa selamat malam tadi, dia kata suruh tanya Mak".
Mak
diam je. Dia macam nak beritahu sesuatu, tapi macam serba salah dan tak sampai
hati.
"Kenapa
ni Mak? Kat airport Farid ada belikan Sophie coklat. Coklat yang macam dia suka
dulu-dulu".
"Itu
zaman kamu kanak-kanak dan remaja dulu. Sekarang masing-masing dah matang.
Hidup pun dah berubah. Kamu pun dah jadi Dr. Farid".
Mak
ni cakap jelah terus terang, apa yang susahnya... melencong jauh pulak dia bila
aku tanya tentang Sophie.
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumsalam.
Sophie? Wah! Kau nampak... nampak berbeza! Lain sangat!"
Masa
tu aku rasa macam jumpa bidadari. Sophie dah matang, berhijab sopan, nampak ayu
dan anggun. Selama ni dia selindungkan kecantikan dan kewanitaan dia di sebalik
watak lasak dan perangai gila-gila dia tu.
"Mana
coklat aku?" [soalnya tapi dengan perlahan dan senyuman yang manis]
"Kau
buat muka samseng kau dulu... baru aku bagi. Tak sangka, akhirnya kau jumpa
jugak jalan yang lurus, hihihihi".
Sophie
tersipu-sipu malu. Aku pulak rasa janggal bila tengok perubahan Sophie. Eiii,
rasa nak lempang aje!
"Kau...
kau... [tiru drama Melayu la pulak...cakap tak abis]
"Matang?
Orang perempuankan cepat matang" [Sophie potong ayat aku]
"Kau
tu, dah ada title Dr kat depan nama pun macam tak berubah je... ni bila nak
matang ni?" [soalnya sambil senyum-senyum dapat coklat]
"Tulah...
agaknya kalau nak matang sangat, kena jatuh kat longkang sampai retak tulang
dulu kot? Kehkehkehkeh... " [aku gelak macam nak pengsan bila bukak balik
cerita-cerita lama ngan Sophie. Kalau ngan Sophie ni aku letak tepi soal umur dan keriaya...matang-matang ni rasa kekok kalau ngan Sophie. Otometik je jadi remaja balik, remaja kacak yang ceria gitu!, hehehe].
"Jacket
Zigzag tu aku masih boleh pakai lagi tau. Adalah rasa macam kecik sikit sbb
sekarang body dah mantap, tapi aku pakai jugak. Jacket kesayangan aku tuuuuu.
Tahan lama, tak koyak pun".
"Tak
koyak ape? Kalau tak pernah koyak takdelah jahitan zigzag tu...hihihihi"
Kami
ketawa macam dulu-dulu. Tetiba adik aku lalu pandang semacam. Rasa nak ulang je
tepuk kepala dia sebab koyakkan jacket tu.
"Ha,
dia nilah punya pasal. Dah pakai jacket aku, pegi jatuh motor pulak...
hahahahahaha. Tu coklat tu jaga baik-baik. Kalau tak, abis adik aku rembat.
Diakan suka amik harta aku tanpa mintak izin...huahahahaha"
Macam
susah je aku nak benti gelak masa tu. Adik aku senyum-senyum je pandang aku,
pandang Sophie.
Betullah
kata orang tua-tua. Kalau gembira, jangan gembira sangat. Gelak-gelak lama-lama
menangis. Semalam aku puas bergelak tawa bila bertemu sahabat lama, Sophie.
Hari ni aku rasa sedih.
Rupanya
adik aku bertunang dengan Sophie. Adik kan muda 3 tahun daripada kami, Sophie
pun dulu panggil Fahmi tu Adik. Bila masa pulak dorang bercinta? Ok, fine! Muda
3 tahun memang tak jauh beza, tambah-tambah bila umur dah sangat dewasa, tapi
bukan adik tak pernah rapat dengan Sophie ke? Adik ni jenis yang buat hal dia
je. Jiran sebelah menyebelah pun dia tak layan. Bila pulak dorang tu ada
chemistry? Banyaklah yang aku rasa nak pertikaikan.
Eh!
Jap, jap! Ni aku jeles ke hape ni?
Ok,
macam ni. Perasaan dia yang paling tepat ialah TAK SELESA. Sangat tak selesa
bila tau Sophie tu bakal adik ipar aku. Kalau status dia dah memang berkahwin
dan ada anak 5 pun rasanya aku boleh terima lagi, asalkan bukan dengan ahli
keluarga aku. Ni... dengan adik aku? Adik yang dipade dulu suka rembat
barang-barang aku. Eh... laaa... ha, tengok? Dah umur-umur macam ni pun dia
masih lagi suka buat perangai camtu. Kali ni harta kesayangan aku pulak nak
diambik. Ambik terus pulak tu. Aduhhhh!
Yelah,
Sophie tu ada hak untuk memilih. Dia bukan hak mutlak aku. Selama ni kami
memang berkawan rapat, tapi tak pernah declare apa-apa pun. Tambah-tambah
perkara berkaitan perasaan, lagilah tak! Adik memang cekap! Kuang ajar punya
budak!
"Berapa
ramai wanita di seluruh dunia, kenapa Sophie jugak yang kau pilih?" [malam
tu aku tanya adik aku face to face. Perbincangan lelaki dengan lelaki, cakap je
terang dan jelas, takyah nak menyimpang jauh].
"Kalau
soalan tu keluar disebabkan kau jeles, cuba kau tanya balik diri kau soalan kau
tu. Kenapa kau pun pilih Sophie? Kau dah merantau jauh-jauh, jumpa lebih ramai
orang, kenapa kau masih nak pilih Sophie?" [Fahmi menjawab. Hah, tu nak tuduh aku jeles la tuh! Cissss!!!]
Kami
dah sama-sama cukup dewasa untuk berbincang secara matang dan rasional. Tapi,
aku masih rasa tak terjamin kehidupan Sophie jika bersama Fahmi. Budak hingusan kot?
"Kau jeles, kan? 12 tahun tu lama, macam-macam boleh berlaku. Aku
bukan budak-budak lagi yang sampai kau nak pertikaikan pilihan aku. Mak dan
ayah pun restu. Kau ni kenapa? Tak dapat terima kenyataan? Menyesal tak dapat
Sophie?" [Ayat
Adik buat aku rasa nak siku pinggang dia]
"Sejak
bila pulak korang bercinta ni? Kenapa takde sesiapa beritahu aku?" [Tanya
sambil kawal muka supaya tak nampak sangat macam terdesak].
"Dah 2 tahun kami rapat. 3 bulan
lepas kami dah bertunang. Sophie memang nak bagitau kau, tapi aku yang tak
bagi. Aku nak biar aku sendiri yang bagitau kat kau" [Adik menjawab. Eiiii... sakitnya
hati aku!!! Masa ni aku nampak adik kecik saiz tungau kat celah pusat je].
"Kau memang pentingkan diri
sendiri! Aku lebih kenal Sophie tu, aku lebih memahami dia. Kau tak tau true
color dia, boleh ke kau terima dia seadanya? Kau tu mentah lagi, muda daripada
dia, camane kau nak bimbing dia nanti?" [adik nak menang,
aku pun keluarkan ayat-ayat tak puashati sambil buat muka yakin].
"Kau ni belajar tinggi-tinggi,
dihormati... tapi bab cinta failed! Allah tak bagi kita semua yang kita nak.
Kau dah dapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya, tapi
tak dapat wanita yang kau sayang, kan? Kau redha jelah. Nanti adalah tu jodoh
kau dengan wanita lain yang sesuai untuk kau. Dengan kedudukan dan status kau
sekarang, kau nak sape pun kau boleh dapat!" [Jawapan paling win adik bagi kat aku]
Hamboi!
Kemain lagi adik aku tarbiyahkan aku. Ingat bila ada PhD, tak boleh nak emo
langsung? Takde perasaan? Kalau dengan orang lain takdelah aku nak emo camni.
Ni pasal dengan adik sendiri, tu yang sentap dia lain macam. Rasa macam retak
semua tulang. Rasa longlai dan sakit. Tak bersemangat dan rasa nak marah sambil
tumbuk perut dia! Siku rusuk dia dan pijak keting dia sampai dia insaf. Ni baru
RASA nak buat je, eiii...dia ni kang, aku buat betul-betul kang!
Aku
berlalu dengan emosi yang tak stabil. Tak boleh nak hadap dah muka adik aku.
Rasa nak cepuk je! Eiii, kang! Sabar... sabar... sebelum aku melatah, lebih
baik aku blah.
Zigzag
- Bab 5
Bila
dapat tau dorang nak nikah beberapa bulan lagi dan lepas tu ada plan nak
tinggal kat rumah sebelah [umah Maklang], terus aku rasa nak balik semula ke
U.K dan jadi warganegara England. Tak selesalah! Sangat mengganggu hidup!
Aduyaiiii!
Soal
perasaan ni takyahlah nak diukur dengan kedudukan kerjaya, pangkat, gaji dan
usia. Ye, patutnya aku cukup matang untuk hadapi masalah ni. Tapi rupanya
memang totally NO! NO! TAK DAPAT LANGSUNG NAK HADAP DAN TERIMA! Hati, perut,
mulut semua rasa tak boleh nak digest.
'Sophie
je kot?' Itu ayat yang aku selalu ucapkan dulu.
'Sophie
je?' Maknanya bukanlah special sangat
pun sampai nak rasa frust dan stress camni. Macam selama ni aku tak hargai diri
dia, tapi bila rasa akan kehilangan dia selama-lamanya, baru aku tersedar
betapa sakitnya macam kena penampar laju-laju.
Lama
aku muhasabah diri untuk dapatkan ketenangan. Tetiba ada rasa macam nak bakar
jaket zigzag tu. Jaket tu aku pakai bila sejuk kat dalam umah je. Kat luar tak
tergamak aku nak pakai sebab macam tak padan dah ngan umur dan status. Pakai pun
sebab rindu dan sayang kat tuan yang bagi tu. Rasa cam dah takde makna pulak si
zigzag tu. Huh!
Adik
macam serba salah bila aku kata nak balik ke U.K dan terus bekerja kat sana.
Dia dapat rasa kot yang aku sengaja taknak ada kat sini masa mereka menikah
nanti. Yelah, ikut logik akal pun memang tak sanggup nak tengok acara yang
menyakitkan hati tu.
Dengan
rasa tercabar dan kecewa, aku tempah tiket balik U.K. Mak dan ayah aku sedih
tapi mereka macam faham sebab mungkin itu jalan terbaik untuk jaga hati aku dan
adik. Si Fahmi ni memang kaki rembat daripada kecik, nak buat camane. Takkan nak putus sedara pulakkan? Lagi satu, takkan nak buat perkara-perkara bodoh
bila rasa frust kerana perempuan, kan? Paling bodoh pun aku buang jaket zigzag tu
dalam tong sampah dalam bilik. Memang taknak bawak balik U.K.
Ala...
lagipun jaket tu dah kecik, dah tak sesuai lagi dah. Dah ketinggalan zaman dah
pun. Err... lagi...dah tak best bila pakai. Pakai je rasa jeles dan nyampah kat
adik. Blah lah kau adik! [marahkan adik, jaket dibuang...setakat buang ok la kot...bakar kang macam lelebih sangat pulak!]
Tiba
masa aku terima qada dan qadar Ilahi. Kembali ke U.K dan sibukkan diri supaya
takde masa nak terpikir dan teringat kat Sophie. Aku langsung taknak ambik tau
dah pasal mereka tu [Fahmi dan Sophie].
5 Tahun kemudian...
Jodoh
aku memang lambat kot? Si Fariz adik kedua yang bawah aku pulak nak kawen. Dah
dua kali langkah bendul ni, apahal? Yela...yela...lelaki manede kira langkah
bendul. Saje je aku rasa cam adik-adik aku ni macam taknak tunggu aku.
Kali
ni aku tergerak hati nak balik Malaysia. Dah 5 tahun tak balik dan tak pernah ambik tau
langsung pasal adik-adik aku. Setiap kali call mak dan ayah kami bercakap
tentang hal-hal kami sendiri je. Mak pon langsung taknak bukak citer pasal adik dan wife dia, taknak aku sentap la tu.
Balik
kali ni aku terrrr-beli coklat jugak. Ada rasa otomatik nak beli kat airport
tadi, tapi pastu aku makan sendiri sebab dah takde maknanya nak bagi kat
sape-sape. Ececece...taknak sebut nama dia dah...padehal ingat lagi tu.
Kali
ni misteri dia lagi lain macam tahap hilang akal punya. Fariz nak kawen
dengan sape korang tau? Bakal pengantin dia ialah Sophie. Hah? Ni citer kartun
ke citer fantasi ni? Ape ni? Tolong citer sampai aku paham. Bukan Sophie dah kawen lamaaaaaa dulu ngan Fahmi ke? Patutnya dah
boleh ada anak 4 dah kot sekarang?
Tak,
tak. Dorang putus tunang lepas aku balik U.K. Adik jeles bila Sophie asik sebut
nama aku je sejak aku balik dulu tu. Bergaduh sikit-sikit lelama jadi bukit.
Bukit pulak runtuh, ada hakisan bawah tanah. Hakisan tu sebab pembalakan...err...ok, ok..dah, dah. Jauh pulak perumpamaan ni. Tapi kenapa takde sape yang bagitau aku? Patutnya aku ada
peluang isi kekosongan hati Sophie tu. Mak pun tak pernah nak citer yang adik
dah terima tawaran bekerja di Dubai sejak 3 tahun lepas. Hamboi!!! Sophie
ni...dah 2 beradik dah merantau ke luar negara sebab frust ngan dia. Boleh
tahan jugak ye kau ni Sophie?
Tapi
kenapa kali ni dengan Fariz pulak? Dah takde mentua lain ke selain daripada mak
dan ayah aku. Ye, aku taulah mak aku tu dulu sayang bebeno ngan Sophie ni. Tapi
takkanlah terdesak sangat nak buat jadi menantu. Mula-mula kawan baik
ngan kau, pastu bertunang ngan adik, dah putus ngan adik...ni nak kawen ngan
Fariz pulak? Kitorang 3 beradik ni target mudah si Sophie ni ke hape?
Kali
ni Fariz berterus terang ngan aku. Katanya sejak adik keje kat Dubai, mak
sunyi. Mak selalu ke rumah Makcik Mimah dan makin rapat ngan Sophie. Mak tu
memang berkenan sangat nak bermenantukan Sophie. Bila Fariz balik keje kena
jemput mak balik rumah dengan kereta.
Ha?
Ini dah mengarut! Kot nak sedapkan cerita pun takyahlah nak merepek sangat.
Selang sebuah rumah je kot...mak boleh balik sendiri, takyah kau nak jemput
naik keta bagai.
"Okla...okla...aku bercinta ngan
Sophie sejak tahun lepas. Dia tu ceria dan selamba, aku rasa hepi je dan
selesa. Ngan kau dan adik takde jodoh, sbb mungkin jodoh dia ngan aku" [Paling best si Fariz ni citer kat aku
sambil pakai zigzag. Macamlah aku tak kenal jaket tu. Eh! Jap, jap...bukan aku
dah buang ke dulu? Aduyai, budak ni! Tahap yakin Fariz ni bercerita, macamlah
aku dah keluarkan organ hati aku ni tak bawak balik Malaysia].
Dahlah!
Semua citer takleh pakai. Nak tanya Sophie sendiri aku tak tergamak nak
bersemuka ngan dia. Kali ni muktamad, aku nak tanya mak. Mak takkan menipu dan
tambah-tambah citer. Aku nak tau, betul ke mak yang desak Fariz untuk kawen
ngan Sophie sebab nak sangat bermenantukan Sophie?
Malam
tu jawapan mak memang paling win!
"Mak terkejut tapi mak setuju je.
Sebab mak taknak semua anak mak tinggalkan mak dan bekeje di luar negara bila tak jadi kawen ngan
Sophie".
Ya Allah, rasa bersalahnya aku! Aku tinggalkan mak camtu je. Langsung tak pikir perasaan mak. Adik pon buat kesilapan yang sama. Aku peluk mak dan senyum. Aku pujuk dan yakinkan mak yang aku memang dah buat silap dan lepas ni aku taknak buat perkara bodoh ni lagi dah. [Moral: jangan buang keluarga sebab orang lain - takkan berbaloi!]
Masa
tu aku rasa nak beli tanah tinggi kat Pahang, jadi petani moden dan hidup
dengan mak dan ayah diam-diam nyaman-nyaman sejuk-sejuk kat sana. Rasa bersalah
sebab tinggalkan mak hanya kerana bawak hati jejauh sebab frust ngan pompuan.
Sophie je kot? Kau hambeklah Sophie ngan zigzag tu skali, Fariz. Aku akan jaga
mak dan akan mulakan hidup baru. Babai U.K.
Maafkan
Farid ye mak sebab pentingkan diri
sendiri. Mak paling penting. Farid pilih mak.
-
Tamat -