Wednesday, October 30, 2013

PENGAKUAN SEDO DIGHI seorang SHEY

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^



Aku memang jenis yang jarang upload ape2 gamba kat FB. Memang byk jugak amik gamba, tp sekadar utk koleksi peribadi jela. Nak upload setiap gamba tu, nak bagitau apa yang berlaku, pegi mana, buat apa, ada event apa... macam 'jurnal' ~ memang takla! Tapi, aku xkisah langsung pon pada majoriti FBan yang menjadikan ia bagaikan 'jurnal'. Tu cara masing-masing. Aku respek la privacy dan hak individu. Aku sendiri kadang-kadang rasa enjoy bila baca status atau gamba2 aktiviti masing-masing. Atleast kita tau gak apa yang sedang berlaku pada kawan2 kita. Dapat info dan share kegembiraan. 

Kat FB - tak banyak benda yang aku share kalau tentang diri sendiri [macam yang aku sedang buat ni]. Aku forward quote yang berhikmah dan kadang2 letak status santai ikut mood masa tu. Kalau ikutkan perasaan, macam2 boleh dikongsi sebab aku ni suka menulis. Aku suka bercakap. Aku suka sakat orang. Aku suka gelak. Ada masa aku serius, ada masa aku bongok2. Hmmm.. Memang gilerlah kalau aku kena jadi serius  dalam tempoh banyak jam. Kak Shey kau ni kau kenal macamane, kan? [Err...waktu sedih dan down ~ biarlah hanya Allah yang tau].

Mana satu yang dominan? 

Sape2 yang kenal aku dengan rapat, taulah sifat mana yang dominan. Ikut keadaan la kan... tapi memang aku selalu tak serius bila berbual dengan orang yang aku dah kenal. Nasib baik kawan2 aku kebanyakannya jenis yang punya sense of humor tinggi. Dorang paham sangat bila aku asik je melencong dan mengarut bila borak2. Bukan tak fokus dan tak boleh serius, tapi aku ni jenis yang respon spontan. Kalau yang paham, boleh terima la kot. Mana yang tak biasa, rasa annoyed barangkali [maaflah], mungkin jugak anggap aku tak matang. 

Bab komitmen setelkan keje, in shaa Allah no big deal. Buat sampai penat. Bab lawak2, memang kalau aku serius lelama, boleh kejang otot kot. Aku skema dan tak bergaya, mekap memang langsung tak reti. Aku cepat mesra bila dah kenal. Muka sombong macam poyo dan diam bila kekok berada dalam persekitaran orang tere2 tahap star2 ni. Memang kayu dan kaku bila tak kenal orang tapi bila dah kenal selalu terrrrrrr over la pulak. Hmmm...lagi satu aku makan banyak tapi berat badan menten bawah 50kg, yang ni memang takleh buat hape...



Aku sedar, aku banyak kekurangan. Ilmu, rupa paras, harta, berat badan... dan macam-macam lagi [banyak sangat!] yang kurang. Nak kata kelebihan tu memang macam takde je, memang takde yang menyerlah. Semua yang aku buat takde yang cemerlang, takat tahap biasa-biasa je. Kira... aku sedo diri le ni... takde bakat, tak tere dan takde kejayaan yang membanggakan. Senang cakap bahasa duniawinya 'loser' la. Umur dah 39 tahun, tapi masih banyak yang tak dapat dikecapi. Tapi dah memang aku ni bukan jenis yang letak high expectation, hidup secara qanaah... tu yang rasa cukup je ngan apa yang ada. Alhamdulillah, syukur sangat. Bukan taknak usaha majukan diri, tapi usaha aku semua usaha kecik-kecik aje. Bukan tahap 'turning point' yang mengubah kehidupan secara total. Aku tak berani sebenarnya. Serius aku takde kekuatan sebanyak tu untuk buat perkara-perkara hebat yang orang lain [yang berjaya] buat. 

Mungkin ada yg cakap: "Sherina ni dah tua-tua pon asik nak merepek je lagi..."
Ok, ok... aku pun ada impian dan matlamat hidup yang aku nak capai. [PnC la, kalau bagitau, andai tak tercapai nanti malu pulak]. Aku tau apa yang aku nak. [Yang pasti bukan kemewahan ye... aku tak kejar semua tu - sederhana je sudah]. 

Hakikatnya, walau camane pon aku bawak diri... aku tetap jadi diri sendiri. Sama ada orang lain suka atau tak, aku tak boleh jadi orang lain. Ni acuan aku. Aku sayang diri aku. Aku sangat bersyukur Allah jadikan aku sebagai aku yang sekarang. Memang aku berubah secara perlahan, sama macam org lain jugak... peredaran masa membawa perubahan dalam hidup. Ya... tentulah proses memperbaiki diri berlaku secara berterusan seiring dengan pertambahan usia. Tapi, mungkin ia tak mengubah banyak tentang jatidiri. Aku tetap aku. Aku memang tak mampu nak puaskan hati semua orang. Maafkanlah aku atas kekurangan aku. Tapi, bagi kawan2 sejati... memang tak kisahkan semua tu? Sahabat sejati terima je sahabat seadanya... termasuk dengan kekurangannya [yang banyak] sekali.


Moral: Aku ni datang dengan pakej yang banyak kelemahan. Kalau ada yang rasa rimas, maknanya org tu bukan kawan yang dapat terima aku seadanyalah. 


Mana yang sempoi2 cam aku jugak... 

TERIMA KASIH, KAWAN! AKU  HARGAI SANGATSSSS! AKU SANGAT BERSYUKUR KORANG TERIMA AKU SEADANYA [tanpa perlu sebab yg kukuh]. 




Tuesday, October 29, 2013

Citer Santai... PASNI AKU TAKNAK GI CAMPING LAGI!

Pasni Aku Taknak Gi Camping Lagi!

Dah lama tak gi camping. Stress sangat ngan keje, tu yang rasa nak kena pegi tempat yang ada keindahan semulajadi. Nak dengar bunyi air terjun, nak dengar bunyik unggas, nak rasa nyaman angin pokok-pokok hutan, nak rendam kaki dalam air yang mengalir sejuk. Ahhh... nyamannya...
Air Terjun Hutan Hijau Sungai Sejuk

Maka, sebab air terjun dah melambai-lambai, abis je job yang memenatkan, aku amik cuti 3 hari. Mula-mula boss aku taknak approve cuti aku, tengah banyak keje katanya. Tapi tetiba dia bagi aku cuti dengan syarat aku pegi camping ngan beberapa lagi budak opis. Amende la... Ah! lantaklah, asalkan dapat camping... yahooooooo!



Oooo...nak gi camping time byk keje ye? Sila, sila. Bawak budak-budak opis skali, yek. Aku kau tak ajak... puiii! 

Aku nak gi camping ngan kawan-kawan kat Hutan Hijau Sungai Sejuk. Hah? Tak familiar? Korang tak pernah dengar? Ala... Hutan Hijau Sungai Sejuk... tak tau? Memanglah, sebab tempat ni takde dalam peta, apetah lagi dalam atlas dan globe dunia. Err... globe silk store pernah dengar? Kamdar? Kedai Runcit Makcik Melah?  [ok, dah...dah...] 

Legend ni! 
Tempat camping ni memang agak terpencil. Jauhhhhhhhhh masuk ke dalam. Memang jauhhhhh la kalau dipade Kedai Runcit Makcik Melah. Kalau dipade Kamdar, lagilah jauhhhhh tak terkata. Jauhhhhhh kena daki kalau nak sampai ke area air terjun bertingkat-tingkat. Kira...senang cakap la kan... tempat ni terletak 'jauh di sudut hati' [lalalalalalala].

Pompuan memang tak larat kot sampai atas ni. Anak jantan cam aku je yang takde masalah. Err... aku bukan riyak ye. Memang aku anak jantan pun. Nama aku Razali bin Jantan. Hehehe... Jantan tu nama ayah aku [kuikuikui]. Kawan-kawan panggil aku JJ je. [a.k.a Jali Jantan] Haa... catchy tak? Senang ingat kan?
Aku JJ - low profile... taknakla tunjuk muka.

Sepatutnya kami pegi berlima. Tapi... ada aral melintang patah, kami pegi berempat je... aku, Jon, Joni dan Jonathan. Aku ajak Tararampompom, tapi dia taknak sebab bos dia tak bagi cuti, bz sangat ngan keje katanya. Aku pon pelik, padehal dia keje menenun songket kat perusahaan bapak sendiri. Alasan: banyak tempahan dipade budak-budak penari zapin.  Ala... ni sah-sah ayah dia yang tak bagi pegi ni.

Err... nilah bisnes Tararampompom. Masa nak amik gamba, dia malu nak enter frame sebab tak hensem.

Dah nak malam baru kami sampai. Serius aku terkejut masa sampai tu. Ada khemah lain kat tempat port fevret kitorang. Aisehmen... ni sape plak yang sampai dulu nih?



Khemah kaler biru sebab tu kaler febret dia.

Loh! Tengok-tengok Makcik Melah. Biar betul! Abis, kedai runcit sape nak jaga?
"Kedai Achik tu Tararampompom yang tolong jagakan, ehehehehe" [tetiba Makcik Melah jawab].

Abis, sape nak tenun songket? [kata ku dalam hati]

"La... kan ayah dia ramai pekeje... tak caya ce tengok gamba kat atas tadi" [Jawab Makcik Melah]
Aku ingat tadi aku cakap dalam hati, rupanya tercakap kuat kot? Tu yang dia dengar dan jawab. Tere la Makcik Melah ni, dah tua pun larat lagi panjat sampai atas ni. Perghhh! Pelik jugak!
"Eh, nak pelik hape... Achik dipade dulu makan makanan organik je, beras pon beras tajmahal... tu yang larat. Kalau makan beras tajmurah, semput jugak ni, ehehehe..."
Aku jadi seram...  memang aku cakap dalam hati pun, cane dia boleh dengar. Eiii... ni betul-betul Makcik Melah ke ni? Aku pun berundur dan buat khemah jauh dipade dia. Biarlah kat bawah sket pon... kat puncak ni cam seremmmmm  je.
Jon, Joni, Jonathan pon rasa apa yang aku rasa. Apa yang dorang terpikir dalam hati, semua Makcik Melah jawab. Kitorang jadi tak sedap hati pulak. Nak balik... dah nak gelap ni. Lagipon datang penat-penat dipade jauh, tak berbaloi la kalau dah sampai, nak patah balik pulak.



Ala... ngan Makcik Melah pon korang nak cuak?

Malam tu kami makan makanan dalam tin je. Penat pasang khemah tadi. Buat unggun api tapi semua duk dalam khemah. Kami buat 2 khemah. Aku sorang-sorang. Jon, Joni, Jonathan bertiga dalam satu khemah yang besar. Ntah kenape dorang bertiga ni takleh pisah. Yelah... kalau sebut Jon, Joni je memang rasa tak lengkap la pulak. Bila sebut sekali tiga... Jon, Joni, Jonathan... haa, terus termenyanyi, barulah complete.



Jon, Joni, Jonathan xleh pisah... kalau berjalan pon tahap camni...huh! dah teruk sangat nih!
Memang lena tido malam tadi sebab penat sangat. Lagipun sejuk giler atas bukit  ni. Subuh tu aku bangun untuk solat Subuh. Tapi, tetiba sedar-sedar je aku dah ada kat tepi sungai. Memanglah aku nak datang sini amik wuduk, tapi ni dah sampai dengan sendiri. Halahai... sape pulak yang alih aku ni?
"Ehehehe... amik wuduk ke?" [suara Makcik Melah]
"Makcik buat ape turun bawah ni? Khemah Makcik kan kat atas sana..."
"Achik saje nak melawat kamu... takut kalau-kalau kamu terlajak tak sedar untuk solat Subuh, ehehehe..."
Aku rasa tak sedap hati. Cepat-cepat aku amik wuduk dan balik ke khemah. Walaupun masih pelik camane aku boleh sampai kat tepi sungai, aku diam je. Aku rasa Makcik Melah ikut aku dipade belakang. Ala... dia ni siapa sebenarnya... yeke dia Makcik Melah tauke kedai runcit? Ke... makhluk halus?
"Achik yang gemuk ni kamu cakap halus? Ehehehe... subuh-subuh lagi dah buat lawak!"
Ala... Makcik Melah menjawab lagi. Padehal aku cakap dalam hati. Aku pun tak toleh belakang, terus berlari sampai ke khemah. Takutnya! Selama ni kitorang camping mana-mana, tak pnah lagi ada makcik-makcik yang camping jugak. Ni aktiviti orang muda, yang masih kuat dan bertenaga. Makcik-makcik kalau nak bercuti pun, berehat jela kat resort ke, hotel ke. Takkanlah larat nak ke tempat-tempat camni. Hish... cane Makcik Melah boleh sampai puncak air terjun tu? [Takkan sebab beras tajmahal kot?]
Lepas solat tu aku berdoa panjang. Lama aku berzikir, mintak dijauhkan daripade gangguan makhluk-makhluk halus. Aku datang sini dengan niat baik, nak menikmati keindahan alam, bukan untuk kacau sape-sape.
Bila dah betul-betul siang... aku, Jon, Joni dan Jonathan pegi ke kawasan air terjun. Nak mandi manda. Hari cerah, kalau ada Makcik Melah pun, nak takut hape kan?
Ahhh... sejuk dan nyamannya bila badan kena timpa air terjun. Rasa cam terapi, hilang segala stress.

DEBUSH!!!

Wah! Makcik Melah buat terjun tiruk dipade atas? Percikan air sampai melimpah ke atas bukit. Banyak giler sebab berat. Tapi... cane dia lakukannya? 

Kami sama-sama pandang atas...  


Makcik Melah patut masuk Olimpik! Mungkin dia berlatih ni negara China. Kata mereka sesama sendiri.


Wah! Tinggi giler puncak tu. Kalau buat somersault, boleh lengkap 3 pusingan sebelum sampai ke air. Makcik Melah selamba je senyum hepi, pastu kuar dari air dan panjat lagi ke puncak. Dia terjun lagi dengan macam-macam gaya. Kami jadi makin cuak. Ni dah bukan tahap brek tak makan ni... ni tahap saka nih! Kalau kudrat manusia, memang tak logik pompuan tua larat buat apa yang dia buat sekarang ni.
Aaaa... ape ni? Sepatutnya camping ni kami rasa enjoy dan hepi. Tapi kenapa kami rasa seram dan cuak? Dah tu kenapa perlu ada Makcik Melah? Aaaa... nak balik la...


Jiran aku pun seram bila aku citer kat dia pasal Makcik Melah
Kami pun berbincang sesama sendiri. Tak boleh jadi ni. Sepatutnya kami bermalam lagi 2 hari kat sini. Tapi rasanya kami nak balik hari ni jugak. Dah tak sanggup lagi tengok aksi-aksi Makcik Melah yang pelik lagi menyeramkan. Kami pun berkemas supaya dapat sampai bawah sebelum petang. Kalau turun masa hari makin gelap, takut sesat pulak.
Beberapa jam pastu kami sampai ke jalan besar. Kami naik teksi sampai ke Kedai Runcit Makcik Melah. Tararampompom yang jaga kedai, kami pun ceritakan segala yang berlaku. Tetiba...
"Laa... nak balik KL dah ke? Ehehehe..." [Makcik Melah muncul]
"Makcik bukan camping kat air terjun ke?" [Soalku. Muka dah pucat dah masa  tu]
"Haah... dah tengok kamu berkemas, Achik pun turun lah jugak. Dua jam tadi dah sampai dah. Tak penat pun".
"HAH?"




Sape Makcik Melah tu? Hebat sangat ke beliau? Lagi satu... kenapa nama dia Melah?


Esoknya aku demam dan berehat kat umah. Baki cuti lagi 2 hari, aku lepak je atas sofa sebab tak sihat. Puas aku nak lupakan misteri Makcik Melah, tapi tu jugak yang aku terpikir. Makcik Melah ni ada saka ke? Hish...selama ni aku memang tak caya ngan bende-bende mistik ni. Ke memang yang camping tu bukan dia... tapi jelmaan. Ke... Makcik Melah ni hantu? Atau Makcik Melah ni ada cawangan kedai runcit lagi satu kat puncak air terjun tu? Eh, takkanlah.
Ok, ok dah, dah. Esok aku masuk keje balik. Lupakan pasal Makcik Melah. Dia takde kene mengena pun dalam hidup aku. Esok bila dah bz ngan keje mesti aku tak ingat dah pasal Makcik Melah.



Dah...dah... cukup-cukuplah pasal Makcik Melah! Tak sanggup nak dengar lagi!

Masuk je studio, aku dapat task baru untuk diedit. Sebagai editor, aku ikut je kehendak director. Aku kene edit iklan beras  Banyak jugak footage. Aku capture satu persatu dan...
Tengok-tengok adegan-adegan lasak Makcik Melah. 

Hah? Ape ni? 

Bila masa pulak ada sesi penggambaran kat atas sana tu? Aku tak nampak sape-sape pun masa tu, kecuali Makcik Melah.
Siap ada aku lagi dengan muka cuak. Tu bukan lakonan, tu real punya respon. Cuak dan rasa pelik yang betul-betul.

Siasat punya siasat...
Ada hidden camera rupanya. Jon, Joni dan Jonathan yang tukang rakam. Mereka bersekongkol nak prank aku. Client carik responden untuk iklan macam reality show. Selama ni aku keje belakang tabir, memang takkan ada punya muka aku dalam mana-mana visual. Tengah-tengah banyak  keje, tetiba aku pulak meluap-luap perasaan nak gi camping. Tu yang boss aku dapat idea nak 'gunakan' aku.  Ceh! Sampai hati dorang. Malu aku...dalam iklan tu ketara sangat muka cuak aku. Nampak cam aku takut dan seram ngan kehebatan Makcik Melah.

Masing-masing kat opis gelakkan aku. Sakit hati aku bila rasa diperkotak katikkan. Hilang macho aku. 


Ala... takyah gelak sangatlah, Pakcik kan dah tua...nanti semput.


Hala... sakitnya hati aku. Malu pun ada. Patut pon Jon, Joni, Jonathan macam sorok sesuatu dipade aku... khemah pon taknak kongsi... konspirasi rupanya! Hish! Kalau ada besi depan aku, senang je aku bengkokkan rasanya. Tengah marah ni... tengah marah ni...


Grrrr... 

Tapi, yang aku masih tak paham... kenapa Makcik Melah yang dipilih sebagai model? Diakan ada bisnes kedai runcit. Nape nak jadi model iklan pulak? 

Sebab dia sebenarnya kembar 4. Mereka kembar seiras. Melah, Melur, Mentakab dan Mehsinijap. Yang terjun, yang keluar dari air, yang naik atas, yang dah standby kat atas... orang lain-lain. Phew! ada penerangan yang logik untuk semua tu sebenarnya. Bukan saka.  [Oh... demam lemah semangat aku hari tu ternyata sia-sia. Haduh!]

Melah, Melur, Mentakab dan Mehsinijap masa muda-muda zaman 70an dulu. Masa tu nak jadi artis memang tak dapat. Dah tua baru dapat offer, tu yang terima tu.

Client suka sebab nampak lakonan aku real dan profesional. Aku terbelakon dalam iklan beras tajmahal. Padehal aku tak berlakon pon... ala... 

Pasni jangan ada sape-sape yang berani ajak aku pegi camping lagi! Nyampah!

Sekarang korang pahamkan  nape aku malu nak tunjuk muka... hinz...hinz...hinz...

- Tamat -


Jon, Joni... Jonathan...Tararampompom.... [hihihihi]



Friday, October 25, 2013

IMEJ DARI DAPUR



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^


Saya buat bisnes kecil-kecilan. Carik rezki, kenalah kreatif dan usaha buat apa yg patut. Kenalah 'penat' baru ada pendapatan. Kalau tak, xde duit masuk pulak. Suami saya bukan anak raja, ada elaun. Marilah sama2 berganding bahu carik makan, hihihi. 

Suami saya tolong jualkan kat kolej tempat dia bekerja. Alhamdulillah yang bawak random setiap hari habis. Yang oder custom pun ada. Yang jual kat kolej memang pakaging dia kecik-kecik la dan murah. Maklumlah market kat budak-budak. Yang 'tempahan' baru jual bekas besar dan delivery on weekend. Sebenarnya kek harijadi  pun ada yg oder, tp saya lupa nak amik gamba sebab fokus ngan deco sampai xpikir dah nak capai camera.

Ni antara produk yg saya sempat amik gamba.

 Kek Coklat Moist - RM1 je satu

Ada jugak oder bekas yg lebih besar, ikut kehendak pelangganlah.


 Kek Pelangi [dgn cream] - RM1 je satu




                             Muffin Coklat [RM1]                       Muffin Blueberry [RM1]



 Ni cookies2 yg terlibat. Semua pelakon utama, xde jadi extra.

Ni cookies bila dah dipack kecik2 - RM2 [ada 10 keping]




                                      Strawberry Almond                         Chocoberry Almond


Chocolate Chip 
[Banyak chip, namun tiada sebarang chip...panzee digunakan, jangan risau]


Setakat ni cookies bekas besar [rm22, ada lebih kurang 50 - 55 kpg] dan coklat moist yang paling byk menerima tempahan. Size kedua2nya terpulang pada kehendak pelanggan. 

Kalau nak murah, beli pack kecik2. Kalau nak puas makan dorg oder yg besar. Kalau nak free, buatlah  keje freelance. Kalau nak lance, buat keje lancefree [ermm...tak paham xpe]

Kalau kat kolej memang jual hari2, tukar2 menu [random]. Kalau pembeli luar, kena oder la dulu, baru bake ikut permintaan. Kalau datang  rumah main terjah, memang xde stok sebab hari2 jual.  

Terima kasih pada yang telah sudi membeli. Alhamdulillah, semoga rezki ini diberkati [aameeen].


Wednesday, October 23, 2013

Mereka Tak Tahu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^

Kita takkan ceritakan kisah hidup kita satu persatu pada orang lain. Biarlah mereka tak tahu. Andai ada antara mereka yang menganggap kita itu dan ini, redha sajalah - kerana mereka tak tahu semua - maafkanlah mereka. 

Andai ada yang kata kita tak patut buat begini, kita patut buat begitu - diam sajalah. Kita tak mampu nak puaskan hati mereka ini sekarang. 

Mereka hanya mahukan berita gembira saja - kita terima dan diam sajalah - mereka tak tahu.

Andai ada yang marah kerana kita bagaikan tak berbuat apa yang mereka harapkan, bersabarlah - mereka tak tahu masalah kita. Kalau kita cerita pun tiada manfaatnya - siapa yang mahu bantu - hanya Allah sajalah tali tempat kita bergantung harap [semata-mata].

Andai ada yang tak suka kita berdiam, kita tetap perlu berdiam - sebab kita tak mampu nak bersuara. Kalau kita bersuara pun bagaikan tiada harga, lebih baik kita diam.

Yang penting kita jaga pandangan Allah. Bagaimana kita nak Allah nilai kita. Dia maha mengetahui siapa kita, apa yang kita buat dan kenapa. 

Kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita di masa hadapan. Usah putus asa sekarang... nanti... atau bila-bila pun. Sebab yang terbaik sedia menanti manusia yang bersyukur. Kita mahu hidup diberkati, diredhai - itulah yang paling penting. Kalau Allah tak redhai kita - habislah!

Jika kita orang-orang yang bersyukur, turut perintahNya, tak ada apa yang kita nak bimbangkan. Sebab Allah sentiasa jaga kita. Dia uji kita pun sebab Dia sayang pada kita. Nak kita lulus cemerlang. Hadiahnya bukan calang-calang - SYURGA [apa lagi yang lebih hebat dari itu?]

Kita berusahalah jadi yang terbaik yang kita mampu. Biarlah andai manusia pandang senget, asalkan Allah pandang lurus. Kita bersyukurlah sebab setiap yang kita dapat, setiap yang kita nikmati adalah yang terbaik untuk kita berdasarkan pilihan yg kita buat. Sebab Allah paling kenal siapa kita. Dia paling tahu kemampuan kita. Usah merungut dan damailah hati bersama Tuhan yang sentiasa ADA dengan kita.

Mereka yang tak tahu bebas berkata - biarkan - itu buat mereka gembira dan puashati - tak apa - kerana mereka tak tahu. Kenapa mereka tak tahu? Kenapa taknak beritahu? Sebab takkan kita nak ceritakan kisah hidup kita satu persatu pada orang lain? Perlu ke? 

Sunday, October 13, 2013

Cerpen serius 'HADIAH YANG TERLEWAT'

Hadiah Yang Terlewat
Malam itu bagaikan tiada rasa. Hanya gelap yang terbentang. Sama gelitanya dengan fikiran Hafiya. Bukan mahu menutup segala deria, tetapi sememangnya dia tiada daya untuk kembali membuka mata menikmati segala rasa.
Hakikat yang Hafiya tidak sedari ialah betapa dia sudah mula dihargai dan disayangi oleh insan yang sedang mendoakannya. Rizky mengusap ubun-ubun Hafiya dengan penuh kasih sayang. Sesekali dia mengucup dahi wanita itu. Wanita yang terlalu bermakna dalam hidupnya. Melihat mata Hafiya tertutup dengan nafas yang tidak stabil, mengundang rasa sesal bertimpa-timpa. Sesak dadanya mengumpul rasa terkilan yang menggunung.
Hafiya keliru, dia hilang fokus. Yang terhidang di fikirannya adalah kisah lampau. Kisah bunga indah yang dibaja hingga mekar mengharum, kemudian diracun layu menunggu mati. Hafiya tidak mengerti. Sungguh dia tidak faham mengapa perbuatan itu sanggup dilakukan oleh orang yang sama. Yang paling dia percaya. Yang diberi amanah paling besar untuk menjaga dan membimbingnya hingga ke jannah. Mengapa sebelum pergi meninggalkannya Rashid takut untuk berterus terang? Semua yang tersorok akan terbongkar akhirnya. Dan akibatnya Hafiya yang terpaksa menanggung.
Berulang kali Rizky memohon keampunan daripada Mama atas musibah yang menimpa Hafiya. Bukan Rizky yang melakukan onar tetapi dialah punca malang itu datang. Mama sudah faham kronologi yang membawa pada kemalangan yang menimpa Hafiya. Secara teknikalnya ia berlaku seperti tidak sengaja dan tersalah orang. Namun, jika mengetahui kisah dari awal, pasti dapat meneka ia bukanlah sebuah kemalangan. Ia bagaikan sebuah rancangan jahat yang mahu menganiaya anaknya Rizky. Tetapi Hafiya yang menjadi kambing hitam hingga menjadi mangsa.
Ya, sasarannya adalah Rizky. Semua menyangka Hafiya tidak mengerti apa-apa. Dia adalah mangsa yang tersalah sasar. Yang berada di tempat dan waktu yang salah. Hakikatnya Hafiya tahu banyak perkara. Dia rela menjadi penyelamat kerana baginya nyawa Rizki lebih berharga. Selama  ini dia sering menjadi pari-pari pelindung pada anak kandungnya itu. Anak kandung yang hanya dia dan Tuhan saja yang mengiktiraf, sedang masyarakat tidak pernah mahu menerima. Biarpun Rizky pernah acapkali menyangkal dan was-was, Mama hanya diam dan tersenyum puas. Timbul kelegaan di hatinya setiap kali Rizky mengenepi dan menidakkan hak Hafiya. Sedang Hafiya sudah puas terluka, tiada pengharapan yang tinggi, yang tinggal bersisa dalam diri hanyalah ikatan darah dan doa dari seorang ibu  yang terpinggir.
Rizky bukan anak haram, dia anak yang sah taraf. Zuriat yang lahir dari ikatan yang suci. Hafiya ada kekhilafannya. Waktu itu dia masih muda bergetah. Nekad mengahwini suami orang di Siam mengundang padah apabila perkahwinan yang sah itu tidak didaftarkan di pejabat agama di negara ini. Itu silap awal yang membawa padah besar dalam hidupnya. Beberapa bulan selepas itu dia mengandungkan Rizky.
Bimbang akan taraf anaknya yang bakal lahir, Hafiya mendesak untuk sama-sama mendaftarkan pernikahan mereka di sini. Kelesaan hidup bersama isteri pertama tidak menjadikan permintaan Hafiya sebagai sesuatu keperluan yang mesti dipenuhi dengan segera. Rashid berjanji akan mendaftarkan pernikahan mereka sebaik sahaja dia berjaya memberitahu Zainab tentang berita besar itu. Rashid mahu jadi suami yang adil, tetapi dia perlukan masa untuk mencapai hasrat itu.
Malang datang tanpa diduga, Rashid meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Ketika itu barulah terbongkar kisah pernikahan kedua antara Allahyarham Rashid dengan Hafiya. Ketika di mana kemelut belum lagi terungkai, ketika di mana Rashid belum mampu berterus terang dengan Zainab. Rashid pergi di saat segalanya masih tergantung. 
Zainab terkesima, tidak mampu menerima berita itu dengan berlapang dada. Kehilangan suami tercinta sudah cukup pahit untuk ditelan. Bagaimana dia mampu menghadam satu lagi masalah besar. Dimadukan tanpa pengetahuannya sudah cukup memilukan. Betapa remuknya perasaan ketika itu. Dia sendiri tidak sedar bagaimana suami sebaik Rashid berjaya menipunya sekian lama.
Lama dia memujuk hati sendiri untuk redha dengan ketentuan Ilahi. Atas naluri kewanitaannya, akhirnya dia mampu melembutkan hati apabila Hafiya tidak berputus asa memohon maaf, berulang kali. Bukan kerana jemu atau rimas tetapi dia kasihan melihat perut Hafiya yang sarat memboyot mengandungkan zuriat Allahyarham Rashid. Mungkin itulah alasannya mengapa Rashid memadukannya tanpa izin. Kerana mahukan zuriat tapi dalam waktu yang sama Rashid tidak mahu melukakan perasaan Zainab yang telah dinikahi sekian lama.
Akhirnya Zainab dan Hafiya berbaik. Demi masa depan Hafiya dan anaknya, Zainab meminta izin untuk menjaga anak yang bakal lahir itu. Itu benih Allahyarham Rashid, Zainab mahu membelanya. Selama ini pelbagai usaha dan kaedah perubatan telah dilakukan, tetapi tiada juga rezeki untuk mereka memperoleh cahayamata. Namun, bantuan Zainab bersyarat.
Status Hafiya yang tidak berdaftar secara sah sebagai isteri Rashid memaksanya untuk memikirkan permintaan Zainab. Zainab berniat untuk membantu anaknya demi masa depan anak itu sendiri. Hafiya boleh memulakan hidup baru selepas itu sebagai wanita bujang. Tambahan pula, tiada bukti dia pernah berkahwin di negara ini.
Selepas anak itu lahir, Zainab menyusukannya untuk meyelesaikan masalah mahram. Dia begitu komited mengambil khasiat tambahan dan pil yang perlu demi merangsang pengeluaran susu untuk bayi yang baru lahir itu. Hafiya hanya sempat menyusukan anaknya selama seminggu sahaja. Selepas itu secara sembunyi dan diam-diam Zainab berpindah ke daerah lain yang jauh. Dia sengaja melakukan itu untuk membolot Rizky hanya sebagai anaknya seorang. Ya, Rizky adalah milik mutlaknya. Tidak perlu ada Hafiya. Cukuplah peranan Hafiya melahirkannya sahaja. Cukuplah!
Bagaikan hilang akal Hafiya mencari Zainab ke sana ke mari. Mindanya menjadi tidak stabil kerana ketika itu dia murung dan tertekan. Masih di dalam pantang, dia berjalan merata-rata umpama orang gila. Dia tahu anaknya masih hidup, tetapi kehilangan anak itu sama maknanya seperti mati. Baru dia tahu bagaimana rasanya ibu kehilangan anak. Hilang separuh nafas, tiada lagi rasa bahagia.
Lama, sangat lama Hafiya mengambil masa untuk kembali meneruskan kehidupan. Bukan tiada yang cuba untuk melamarnya kerana  dia masih muda dan cantik. Tetapi, rasa itu sudah pudar. Kekuatannya untuk terus hidup adalah untuk mencari anaknya yang dilarikan. Zainab berjanji untuk membela anaknya bersama-sama, bukan menyingkirkannya begitu sahaja. Hafiya hidup berpindah randah mencari Zainab.
Setelah berbelas tahun mencari, akhirnya usahanya berjaya. Hafiya dapat menjejaki Zainab  dan Rizky. Anak itu sudah dewasa. Ingin sahaja Hafiya menerpa dan mengakui bahawa dialah ibu kandungnya bila melihat anak itu bersendirian. Tapi dia belum cukup kuat. Zainab hidup mewah, sedangkan dia tidak punya apa-apa. Hafiya sentiasa dekat dengan anaknya. Cuma Rizky sahaja tidak menyedari kewujudan dan kehadirannya. Hafiya menunggu masa yang sesuai untuk mendekati anaknya itu.
Masa berlalu pantas, usia Rizky kini sudah lebih 21 tahun, sedang mengikuti pengajian di Universiti di utara tanahair. Sesuatu yang Zainab tidak tahu ialah Hafiya lebih selalu dan sentiasa dekat dengan Rizky. Malah Hafiya turut mengikut Rizky di universiti dengan bekerja sebagai tukang cuci. Dengan izin Allah, urusan Hafiya dipermudahkan setiap kali dia memohon kerja. Hafiya insan teraniaya dan ditambah pula dengan niatnya yang ikhlas untuk menjaga anaknya walaupun dari jauh. Dia 'ada' ketika anak itu bersuka ria. Dia 'nampak' ketika anak itu berduka. Tetapi paling buat dia terkilan ialah dia tidak boleh mendekati anak itu sewenang-wenangnya. Melihat kelibat Zainab setiap kali dua beranak itu bertemu mengundang rasa cemburu dan sesal. Terkilan kerana dia sendiri tidak dapat menikmati rasa bahagia itu. Kecewa kerana dia sebagai ibu kandung tidak berpeluang menyentuh apatah lagi membelai anak itu ketika anak itu kecil. Kini Rizky sudah dewasa, mungkin sudah tiba masanya untuk dia muncul dalam hidup anak itu.
Sesuatu yang Zainab tidak tahu ialah sisi gelap Rizky. Anak itu hidup mewah hingga asyik berseronok. Walau ada ilmu, namun jika rohani tidak diisi, dia akan mudah alpa dan lalai. Hafiya tidak pernah putus doa supaya Allah melindungi anaknya. Dia sedih dan bimbang melihat kehidupan Rizky yang hipokrit dan berpura-pura bila di depan Zainab. Hidup bebasnya bersama  kawan-kawan sealiran langsung tidak dapat dihidu Zainab. Di mata Zainab, Rizky anak yang baik, bijak dan menyejukkan hatinya.
Melihat Rizky semakin liar, Hafiya mula gundah. Dia rasa bertanggungjawab untuk membetulkan apa yang salah. Rizky masih muda, jiwanya belum kenal sepak terajang kehidupan. Dia perlu belajar erti sebenar 'mana yang betul dan mana yang salah'.  Untuk itu, Hafiya perlu tampil. Dia mahu dirinya wujud dalam hidup Rizky. Hafiya mahu mengisi ruang kosong dalam jiwa Rizky. Dia mahu ada tempat di hati Rizky. Dia memang berhak, setelah sekian lama dia memendam rasa mengalah.
Sememangnya Hafiya baik dan mesra dengan sebilangan pelajar-pelajar di situ. Mereka begitu menghormatinya kerana sifat Hafiya yang ramah dan baik hati. Nama Makcik Piah Cleaner memang dikenali di kalangan pelajar. Tetapi malangnya Hafiya bagaikan sukar untuk rapat dengan Rizky. Rizky bagaikan budak yang tidak perlukan orang lain. Dia umpama tak perlukan apa-apa daripada sesiapa di situ. Dia hanya membawa haluannya sendiri. Pelajarannya bagus tetapi dia tiada kawan rapat. Sebaliknya dia berkawan dengan geng-geng motor di luar yang padanya lebih memberi cabaran dan kepuasan. Itu yang paling Hafiya khuatiri. Hafiya perlu berbuat sesuatu. Dia mesti membantu Rizky.
Dia mula menampakkan dan mendekatkan diri dengan Rizky. Ditegurnya anak itu dengan senyuman keibuan. Di mana ada Rizky, Hafiya akan muncul. Apabila ia terlalu ketara, akhirnya Rizky perasan juga. Dia mula sedar kewujudan makcik cleaner yang baik hati itu. Ketika membersihkan lobi hostel, Hafiya menawarkan diri untuk membersihkan bilik Rizky. Walaupun sedar itu adalah tanggungjawab peribadi Rizky, tetapi ketika itu hanya itu yang terlintas di fikiran Hafiya. Asal saja boleh dekat dengan anak itu, dia rela mencuba.
Rizky menolak dengan baik kerana tidak mahu dianggap mengambil kesempatan pada makcik cleaner yang baik hati. Kerana gagal mendapat peluang itu, Hafiya nekad untuk mengemas bilik anaknya yang bersepah dan merimaskan matanya itu, tanpa pengetahuan Rizky.
Malam itu Hafiya tersenyum sendirian sebelum tidur. Puas hatinya dapat memberi keselesaan pada Rizky. Semua habuk telah dibersihkan. Tiada satu pun kertas dibuang, dia hanya menyusunnya dengan teratur supaya tiada yang hilang. Manakala Rizky pula pulang dengan hairan. Malam itu, walaupun dia tidur dengan lebih selesa, tetapi timbul tanda tanya dalam diri. Dia tahu itu mesti 'kerja' makcik cleaner yang banyak kali menawarkan diri untuk membantu mengemas biliknya. Tetapi yang sarat di fikiran ialah KENAPA? PERLU KE?
Kerana selesa biliknya dikemaskan, Rizky dengan sengaja tidak mengunci pintu biliknya setiap kali keluar. Rizky berharap untuk terserempak dengan Hafiya. Namun ia tidak berlaku. Setelah biliknya banyak kali dibersihkan, akhirnya Rizky terpanggil untuk mencari makcik cleaner yang baik hati itu untuk berterima kasih. Dia rasa PERLU untuk berjumpa depan-depan dengan Makcik Piah Cleaner.
"Makcik Piah, saya tahu makcik yang selalu kemas dan bersihkan bilik saya, kan?"
Hafiya diam, dia menjawab dengan senyuman dan anggukan lembut.
"Kenapa Makcik Piah buat macam tu? Saya tak suruh pun. Saya taknak susahkan Makcik. Lepas ni Makcik tak perlulah buat macam tu lagi". Kata Rizky bersungguh-sungguh.
"Makcik yang nak buat. Makcik ikhlas. Bilik kamu bersepah sangat makcik tengok. Kamu tak suka ke bilik kamu bersih? Kamu marah makcik bersihkannya?" Soal Hafiya lembut.
"Saya suka, saya berterima kasih sangat. Saya hargai apa yang Makcik buat. Tapi, lepas ni tak perlulah kot... biar saya bersihkan sendiri je".
"Kalau macam tu, takpelah. Makcik mintak maaflah kalau buat kamu tak selesa". Hafiya berlalu perlahan-lahan.
Rizky mengikut dari belakang, dia tidak mahu buat orang tua itu berkecil hati. Dipintasnya Hafiya lalu dihulurkannya tangan.
"Makcik, saya Rizky. Muhammad Rizky bin Abdul Rashid. Saya minta maaf kalau buat makcik kecil hati". Spontan dia cuba menyejukkan hati seorang wanita pencuci.
Hafiya terharu untuk menyentuh anaknya. Rasa ingin memeluknya tetapi, semua itu perlu dikawal. Ikatan darah antara mereka tidak diketahui umum. Ia pasti membawa pandangan negatif jika Hafiya gagal mengawal emosi. Perlahan-lahan Hafiya mengangkat tangannya, tetapi separuh jalan sahaja.
"Tangan makcik kotor".  Katanya.
Tanpa diduga Rizky mengambil tangan kanannya lalu salam mencium tangan dengan selamba.
"Terima kasih Makcik, saya hargai penat lelah Makcik". Katanya sambil tersenyum. Hafiya tersenyum. Puas ditahannya airmata.
Setelah Rizky berlalu cepat-cepat dia ke bilik air. Diberusnya lantai bilik air yang telahpun bersih itu sambil menangis. Dia sangat bersyukur. Terlalu gembira dan terharu. Akhirnya anak itu sendiri yang datang padanya. Biarlah dirinya hanya dipandang sebagai perempuan tua tukang cuci, asal saja pandangan itu diiringi dengan rasa hormat. Dia menangis semahunya. Tangisan gembira yang penuh kesyukuran.
Sejak daripada hari itu, Rizky sering menyapanya. Hafiya pula sudah berani untuk membawa makanan yang dimasaknya untuk Rizky. Puas hatinya bila anak itu menjamah makanan dari air tangannya. Setelah berbulan-bulan, mereka jadi semakin rapat. Rizky selesa berbual dengan Hafiya. Dia menghormati Hafiya bagaikan orang tuanya sendiri. Sesekali dia membantu Hafiya mengangkat plastik-plastik sampah untuk dibuang. Tiada lagi istilah malu dan geli kerana di situ semua pelajar menghormati Hafiya, tanpa mengira kedudukannya yang hanya sebagai seorang tukang cuci. Hafiya memberanikan diri menasihati Rizky hati ke hati. Dia tidak mahu anak itu hanyut dengan aktiviti malamnya.
"Kenapa Rizky berkawan dengan budak-budak motor kat luar sana tu? Tak elok aktiviti tu. Bahaya, buang masa dan tak berfaedah". Hafiya semakin berani memberi nasihat.
"Hah? Mana Makcik tahu? Makcik ni selalu intip saya, ye? Dalam ni bosanlah Makcik. Kawan-kawan sini pun membosankan. Budak-budak motor tu bukan jahat pun. Adalah yang merempit, tapi saya tak pernahlah sampai berlumba haram. Saya berkawan je dengan dorang sebab saya ni penonton, selalu tengok dorang berlumba". Teragak-agak Rizky menjawab.
"Rizky jangan nak tipu Makcik,lah. Rizky pun pernah berlumba, kan? Mula-mula jadi penonton, lepas tu berkawan. Bila dah jadi geng, kamu pun berlumba sama". Bagaikan seorang  ibu Hafiya membebel.
"Err... Makcik jangan risaulah. Saya tak jahat pun. Saya berlumba untuk release tension je, hilangkan stress belajar. Lagipun pelajaran saya cemerlang, kan?"
"Macam mana kalau Rizky tertangkap? Apa akan jadi pada masa depan kamu? Kesian ibu kamu, mesti dia kecewa. Dahlah Rizky, berhentilah melepak dengan mat-mat motor tu. Kamu pelajar cemerlang, sayangnya kalau kamu terlibat dalam aktiviti tak sihat macam tu".
"Makcik ni macam mama saya pulak. Mama pun tak kata apa-apa".
"Sebab mama kamu tak tahu dengan siapa kamu berkawan. Kalau mama kamu datang, biar makcik beritahu dia aktiviti malam kamu".
"Makcik ni dah tak bestlah. Suka hati sayalah nak buat apa. Tak payahlah nak kongkong hidup saya. Makcik bukan sape-sape pun. Makcik bukannya mak saya. Tak payahlan nak sibuk-sibuk ambik tahu hal tepi kain saya".
Rizky berlalu dengan kemarahan yang masih meluap. Anak muda yang cepat panas. Pantang ditegur, melenting mahu menang. Tak mengapalah, walau marah sehebat mana pun dia sekarang, bila sudah surut marahnya, tentu dia akan memikirkan nasihat-nasihat Hafiya. Biarlah masa membantu melembutkan hati anak muda itu. Yang pasti Hafiya tidak pernah putus doa supaya Allah tunjuk jalan yang lurus pada anaknya.
Sebenarnya malam itu bukanlah seperti malam-malam yang biasa. Malam itu malam perlumbaan. Perlumbaan berskala besar, di mana ganjarannya lebih besar daripada biasa. Wang pertaruhan yang banyak jika dia menjadi pemenang. Satu kepuasan maksimum jika dapat mengatasi pelumba yang lain. Prestasinya di arena lumba haram semakin meningkat. Kini dia punya ramai penyokong dan mereka semua bertaruh untuk kemenangannya. Mana mungkin dia dapat menarik diri di saat-saat akhir. Di saat adrenalin menguasai diri, menjadikannya agresif dan bersemangat, ayat-ayat Makcik Piah ternyata 'potong stim'. Di kala dia hampir berada di puncak kegemilangan, ada pula orang tua yang menasihat supaya dia menghentikan semua itu. Bukan mudah untuk mengecapi kemasyhuran. Populariti ini tidak datang bergolek. Lama dia berusaha dengan sesekali kalah, cedera ringan, nyaris ditahan dan macam-macam cabaran lagi. Setakat ini dia sangat bernasib baik, terlepas dari tangkapan dan tidak pernah terjatuh hingga cedera teruk.
Jam 8 malam Rizky melangkah keluar. Di luar pagar di simpang jalan Hafiya sudah sedia menunggu. Dia tahu malam itu Rizky ada perlumbaan besar. Dia tidak mahu anak itu terlibat. Dengan apa cara sekalipun, dia mesti menggagalkan niat Rizky untuk meneruskan aktivitinya.
Ketika motor Rizky mula mahu memecut, Hafiya mendepa di tengah jalan. Melihat kelibat Hafiya, Rizky mengawal pemanduannya kerana dia nyaris-nyaris sahaja mahu terlanggar orang tua itu. Cepat-cepat dia berhenti dan mengheret tangan Hafiya ke tepi jalan.
"Makcik dah gila ke? Nak bunuh diri? Dah tu nak saya pulak yang dituduh jadi pembunuh Makcik? Apa ni?" Rizky marah.
"Ummi... panggil Ummi". Pantas dan lancar Hafiya menuturkannya, bagaikan satu arahan.
"Hah?" Rizky langsung tidak faham.
"Makcik ni dah kenapa? Yang nak saya panggil Ummi pulak ni? Saya bukan anak Makcik". Rizky membuka helmetnya tanda dia serius mahu mendengar alasan Hafiya.
Hafiya, ibu yang terdesak mahu menyelamatkan anaknya, tidak terfikir cara lebih lembut untuk merungkai perkara sebesar itu. Perkara serius yang memerlukan dia berterus terang dengan teliti sehingga dapat difahami oleh Rizky. Matlamatnya dia mahu Rizky selamat. Rizky menafikan haknya untuk menasihat kerana dia hanyalah seorang perempuan tua tukang cuci. Bagaimana pula reaksi Rizky jika mengetahui bahawa perempuan tua tukang cuci ini adalah ibu kandung yang melahirkannya ke dunia? Tentu responnya akan berbeza. Mungkin juga cakapnya sebagai ibu lebih laku.
"Kenapa Makcik nak saya panggil Ummi? Makcik ni siapa?" Soal Rizky bertubi-tubi.
"Sebab ini Ummi, ibu kandung kamu. Ummi yang mengandungkan dan melahirkan kamu di dunia ni 22 tahun yang lalu. Mama kamu tu madu Ummi, isteri pertama Arwah Rashid. Ummi pula isteri kedua. Rashid meninggal dunia semasa Ummi mengandungkan kamu. Selepas seminggu kamu dilahirkan, Zainab melarikan kamu daripada Ummi. Percayalah".
"Hah? Apa bukti makcik ni ibu kandung saya? Dan apa bukti mama tu cuma mak angkat saya? Dalam surat beranak saya tertera nama mama Zainab sebagai ibu saya"
Soal Rizky semakin keliru. Persoalan berat itu perlu disokong dengan bukti-bukti kukuh. Mana mungkin dia dengan mudah diperbodohkan dengan kenyataan tanpa sebarang bukti.
"Ummi tiada bukti bertulis, tapi kalau nak bukti sahih, kita buat ujian DNA. Tengok, siapa sebenarnya ibu kandung kamu".
_______________________________________________________________________

Malam itu Rizky berlumba dengan cemerlang. Hafiya gagal menghalangnya. Ternyata kemarahannya dilempiaskan pada perlumbaan itu dan dia berjaya mengatasi semua pelumba. Bukan hadiah wang ringgit yang dia idamkan kerana dia sememangnya tiada masalah kewangan. Mama memberi elaun yang berlebihan hingga dia mampu upgrade motor ke fasa motor rempit berkuasa hebat.
Dia bernasib baik lagi kerana masih terlepas dari ditangkap. 'Nasib baik' itu sebenarnya adalah berkat doa dari dua orang ibu.
Perlumbaan kali ini ada hadiah cikaro, tetapi dia tidak berlumba untuk itu. 'Dilepaskannya' perempuan murah itu di rumahnya supaya hidupnya lebih bermaruah. Seperti biasa, wang yang dimenanginya diletakkan di tabung  masjid. Dia hanya mahukan kepuasan memenangi perlumbaan, bukan mengidamkan ganjaran hadiahnya. Dia tahu hukumnya, wang pertaruhan itu wang haram. Sedikit pun dia tidak hadap itu semua.
Yang bermain di fikirannya ketika itu ialah Makcik Piah. Jika benar dakwaan wanita itu, bagaimana? Apa yang perlu dilakukan sekarang? Malam itu juga dia buat kerja gila. Memecut ke Kuala Lumpur dengan motor sehelai sepinggang. Esok cuti, tiada kelas. Dia mahukan kepastian. Mama tentu ada jawapannya. Jika Mama berdolak dalih, dia akan buat ujian DNA Mama, dirinya dan Makcik Piah. Dia mahu tahu asal usulnya. Dia perlu tahu susur galur keturunannya. Paling penting dia mesti tahu adakah dia dibesarkan oleh ibu yang salah selama ini? Adakah dia dibesarkan oleh seorang penculik?
Mama terkejut dengan kepulangan Rizky secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan lagi bila tak semena-mena Rizky bertanyakannya soalan yang paling ditakuti.
"Betul ke Mama ni ibu kandung Riz? Betul ke Arwah Papa ada isteri lain? Dan betul ke Riz ni sebenarnya ialah anak kandung isteri kedua Arwah Papa?"
Jawapan untuk semua soalan itu hanyalah satu; BETUL!
Tetapi, wajarkah Zainab memberi jawapan tepat di saat dia belum bersedia? Sememangnya untuk isu yang berat itu, dia tidak pernah bersedia. Tidak langsung membuat sebarang persediaan untuk berhadapan dengan situasi itu. Sangkanya ia tak akan berbangkit memandangkan perkara itu isu lama. Sudah lebih 20 tahun Rizky menjadi anaknya. Miliknya seorang. Tetapi mengapa hari itu ia timbul kembali? Adakah Hafiya telah menemui Rizky?
"Mama satu-satunya ibu Riz. Dalam surat beranak Riz pun ada tercatat, kan? Papa tiada isteri lain. Hanya Mama seorang sahaja isteri Arwah Papa. Dari mana Riz dapat berita mengarut ni? Siapa yang bawak cerita?"
 Dengan yakin Zainab membela diri. Dia berusaha membetulkan keadaan. Dia tidak mahu emosi Rizky terganggu. Rupa-rupanya ada sebab besar mengapa anak itu pulang dengan motosikal dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Hafiya memang melampau! Perempuan perampas itu belum puas menyusahkan hidupnya. Jika Hafiya ada di Pulau Pinang, Zainab mahu bersemuka dengannya. Cukuplah dia memporak-perandakan hidup Zainab dahulu, jangan pula dia mahu melibatkan Rizky.
"Bagitau Mama, siapa yang pandai-pandai buat cerita ni? Mama nak jumpa dengan orang tu".
Rizky diam. Dia lega dengan penjelasan Mama kerana selama dia hidup Mamalah tempat dia bergantung. Mama menjaganya dengan penuh kasih sayang, mana mungkin Mama seorang penculik. Namun, sebagai lelaki yang menghinjak dewasa, dia perlu menyiasat perkara ini dalam-dalam. Dia tidak mahu Mama bersemuka dengan Makcik Piah. Biar dia sendiri yang mencungkil dilema ini.
"Cepat beritahu Mama, siapa dan dari mana Riz dapat cerita ni?" Desak Zainab.
"Takde siapa yang beritahu. Riz dapat emel dari pengirim misteri, anonymous, Riz tak kenal. Dia beri statement macam tu. Katanya Mama ni bukanlah ibu kandung Riz. Sebenarnya Riz anak wanita lain iaitu isteri kedua Papa, yang Riz sendiri tak tahu nama dia. Dalam emel tu takde mention nama isteri kedua Papa". Rizky mereka cerita.
Rizky tidak mahu melibatkan Hafiya. Pada pengamatannya Hafiya bukanlah ancaman. Hafiya bukan orang jahat yang mahu merampasnya dari Mama. Lagipun Rizky sudah dewasa, mana mungkin boleh direbut-rebutkan. Dia juga mahu menjaga hubungannya dengan Mama. Mereka sangat rapat dan saling menjaga antara satu sama lain. Mereka hanya ada sesama mereka. Rizky mahu merungkai kebenaran dalam diam.
"Kesian anak Mama. Mesti penat sangat. Stress dengan emel rekaan mengarut tu, sampai balik KL naik motor. Nanti balik sana naik flight ajelah. Penatlah nak naik motor jauh-jauh. Motor tu kita hantar dengan KTM, ok tak?"
"Riz nak balik esok, naik motor. Takpelah Mama, InSyaAllah selamat sampai".
"Laa... tak penat ke?" Zainab ambil berat.
"Penatlah... nak makan tak larat, nak mandi pun tak larat ni. Nak tidur dulu". Katanya sambil kepalanya mendarat di pangkuan Zainab. Maka terlenalah dia di riba mamanya hingga lebih sejam.
Zainab mengusap ubun-ubun anaknya dengan kasih sayang. Tidak sanggup dia kehilangan Rizky yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh. Rizkylah segalanya buat Zainab. Dia sudah tiada sesiapa kecuali Rizky. Jika Hafiya mahu merampasnya sekarang, boleh jadi gila Zainab dibuatnya. Tanpa disedari airmatanya mencurah hingga menitis di dahi Rizky hingga anak itu terjaga.
"Kenapa Mama sedih?" Soal Rizky.
"Mama sedih sebab tak sanggup nak hadapi kalau ada pihak yang nak pisahkan kita. Mama takut kalau Riz lari tinggalkan Mama. Mama dah takde siapa-siapa lagi sejak Arwah Papa meninggal dunia. Mama cuma ada Riz saja".
"Riz takkan tinggalkan Mama. Kalau Riz dah kahwin, dan ada anak, dah ada cucu pun Riz akan bawa  Mama tinggal dengan Riz dan jaga Mama. Riz janji!"
"Kalau Riz dah bercucu, Mama tentu dah ada dalam kubur". Kata Zainab tersenyum.
Lega rasanya mendengar ungkapan janji dari seorang anak. Zainab bimbang jika kasih sayangnya pada Rizky diracuni Hafiya. Melihat Mama kembali tersenyum, Rizky puas hati. Dia tidak mahu Mama menitiskan airmata kerana dirinya. Dia sudah masak bagaimana caranya untuk memujuk hati Mama jika Mama merajuk.
_______________________________________________________________________
Melepaskan anak berjalan jauh memang membimbangkan. Panjang doa Zainab mengiringi perjalanan Rizky. Dia mahu anaknya selamat. Selagi Rizky belum sampai, dia tidak senang duduk. Petang itu, setelah Rizky menghubunginya menyatakan dia sudah selamat sampai di hostel, barulah Zainab lalu untuk makan. Kembali mampu tersenyum lega. Namun masih wujud kerisauan di sudut hatinya. Risau jika tiba-tiba Hafiya muncul dalam hidup mereka. Zainab tidak sanggup!
Malam itu Rizky tidak terus berehat. Walau badannya penat, tapi hatinya meronta mahu berjumpa Hafiya. Dia mahu mencari rumah Hafiya, mahu bercakap hati ke hati dengan wanita tua itu. Dia tidak mahu menunggu hingga esok kerana jika bertemu di dalam universiti, mereka tidak boleh bercakap lama. Waktu itu Hafiya sedang bekerja, Rizky tidak mahu mengganggu.
Setelah puas mencari akhirnya Rizky terserempak dengan Hafiya di simpang jalan tempat di mana Hafiya nyaris dilanggarnya dahulu. Nampaknya bukan dia sahaja yang ingin bertemu Hafiya. Hafiya pun seperti menunggu kelibatnya.
"Makcik carik saya ke?" Soal Rizky.
Hafiya angguk.
"Saya baru balik dari KL jumpa Mama. Rindulah!"
Hafiya hanya tersenyum nipis. Dia mahu berkata-kata tapi zahirnya tak terucap.
"Makcik dah makan?"
Hafiya menggeleng lalu tunduk.
"Jom kita pergi makan. Lepas tu nanti saya hantar makcik balik. Nah, helmet".
Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Hafiya tidak mampu menolak. Malam itu mereka makan bersama-sama. Makanan kegemaran Rizky rupanya ialah sotong. Sama seperti makanan kegemarannya ketika mengandungkan Rizky dahulu. Mereka berbual tentang diri masing-masing. Rizky menjawab setiap soalan yang diajukan Hafiya dan begitu juga Hafiya. Bagaikan sesi suaikenal, dua beranak itu saling cuba mengenali hati budi masing-masing.
Habis makan, Rizky menghantar Hafiya pulang. Terserempak dengan jiran, Hafiya memperkenalkan Rizky sebagai anak saudaranya.
"Ni Ummi saya". Kata Rizky ketika bersalaman dengan jiran Hafiya.
Pengakuan Rizky yang bersahaja itu sebenarnya amat menggembirakan hati Hafiya. Malam itu mereka berbual panjang, hati ke hati. Hafiya menunjukkan gambar-gambar lama pada Rizky. Gambar pernikahan Hafiya dan Arwah Rashid, gambar-gambar kenangan mereka berdua hinggalah gambar Hafiya mengandung.
"Arwah Papa kamu dulu suka ambil gambar. Ke mana-mana dia pergi dia akan membawa kamera dan merakam gambar kenangan. Tapi gambar kamu tak ada, tak sempat nak ambil sebab Papa dah meninggal sebelum kamu dilahirkan".
"Berapa umur Makcik masa kahwin dengan Papa? Umur Makcik sekarang? Makcik jauh lebih muda dari Mama saya".
"Masa kahwin tu umur Ummi baru 19 tahun. Sekarang dah 42".
"Mama saya sekarang dah 54 tahun. Masa dia lahirkan saya umurnya 32 tahun. Makcik masih muda, lepas tu Makcik tak pernah berkahwin lain?"
"Tak pernah. Sebab seluruh hidup, Ummi fokus untuk cari anak yang dirampas dari Ummi. Ummi cari kamu, Rizky. Kamu anak kandung Ummi".
Hafiya mula menangis. Tangisan gembira kerana anak yang dicari selama ini ada di depan mata. Melihat Hafiya menangis, Rizky jadi serba salah. Memang dia boleh mempercayai setiap ayat Hafiya kerana terlalu banyak kenangan dan bukti bergambar bahawa beliau adalah isteri Arwah Papa. Tambahan pula di rumah, gambar memang banyak tetapi tiada sekeping pun gambar Mama mengandung.
"Makcik, untuk berlaku adil pada Makcik, Mama dan saya sendiri, saya setuju kita buat ujian DNA. Masa balik rumah, saya ada ambil beberapa helai rambut Mama". Tengahari esok, waktu makan kita ke pusat perubatan, ye. Saya sendiri buntu. Saya rasa macam barang mainan bila direbut-rebutkan".
"Ummi bukan nak rebut dan rampas Rizky dari Mama kamu. Ummi cuma nak menumpang kasih pada anak kandung sendiri. Ummi tahu betapa sayangnya Mama kamu pada kamu sebab kamu cukup segala-galanya. Kalau kamu hidup dengan Ummi, kamu hanya dapat kasih sayang, Ummi tiada harta dan kemewahan untuk diberi".
Malam itu mereka  tidur lewat. Rizky terlena di rumah Hafiya. Masuk waktu Subuh Hafiya menggerakkan tubuh Rizky mengejutkan dia untuk mengerjakan solat.
"Rizky... bangun nak. Rizki... bangun sayang. Dah subuh dah ni. Kita solat berjemaah, Rizky imamkan Ummi. Bangunlah, nak".
Lembut sahaja Hafiya mengejutkannya. Samalah macam Mama. Tapi Mama hanya kejutkan Rizky ketika matahari dah terpacak. Dia biarkan Rizky tidur puas-puas.
"Rizky... bangunlah kita solat subuh sama-sama. Bangunlah nak".
Setelah hampir 15 minit berusaha, akhirnya barulah Rizky terjaga. Baru dia teringat dia tertidur di rumah Makcik Piah.
"Makcik jela yang sembahyang. Saya tak confidentlah nak jadi imam. Nanti nak pergi kerja Makcik kejutkan saya, ye". 
Rizky kembali menarik selimut setelah menggeliat. Malas rasanya untuk sembahyang subuh. Mama tak pernah paksa pun.
"Tak boleh, nak. Bab solat ni, Ummi tak boleh nak berlembut. Rizky kena bangun jugak. Kena solat. Kalau tak, Ummi siram dengan air".
Hafiya menarik tangan Rizky. Diambilnya semangkuk air lalu dipercikkannya sedikit di muka Rizky. Anak itu liat untuk solat subuh. Tak diajar dari kecil agaknya. Rizky menutup mukanya dengan selimut.
"Ala.... jangan kacaulah, orang ngantuk  ni. Penatlah semalam bawak motor dari KL". Bagaikan anak kecil dia merengek.
"Iya, Ummi tahu Rizky penat. Tapi solat tak boleh tinggal. Bangunlah, nak. Bangunlah sayang".
Setelah setengah jam berusaha mengejutkan Rizky akhirnya dia membuka mata. Bangun secara paksaan, menghentak-hentak kaki ke bilik air tanda protes dan tak rela. Pintu bilik air pun bagai nak roboh dihempaskannya. Terkejut Hafiya dengan tingkahlaku Rizky. Barangkali anak ini terlalu dimanjai hinggakan dia membentak bila diganggu tidurnya. Kenapalah Kak Zainab memanjakan anak hingga budak ini rosak, tak jaga solat. Hafiya nekad mahu membentuk Rizky jadi lelaki budiman yang soleh.
Usai solat, mereka bersalaman. Rizky mencium tangan Hafiya, dengan perasaan yang sedikit kekok. Tapi jiwanya tenang bila Hafiya membalasnya dengan senyuman.
"Susahnya nak kejutkan anak Ummi ni bangun solat subuh. Kat hostel tak buat ke?" Soal Hafiya.
"Kadang-kadang je". Akui Rizky jujur.
"Makcik... Riz lapar".
"Ummi dah buat sarapan dah tadi. Ummi masak nasi lemak sambal sotong".
Berselera Rizky menikmati masakan Hafiya. Dia sudah bersedia dan rasa selesa dengan Hafiya. Walau kelak ujian DNA membuktikan Hafiya bukanlah ibu kandungnya sekalipun, dia rela berkongsi kasih.
Kerana apa yang lebih hebat dari disayangi oleh dua orang ibu? Dia patut bersyukur bila diri dikasihi.
Sedikit demi sedikit Hafiya dapat membaca perangai Rizky. Anak ini nampak keras dan sukakan kebebasan, tapi sebenarnya dia anak yang baik dan hormatkan orang tua. Mungkin kasih sayang Kak Zainab yang berlebihan memanjakan hingga Rizky sentiasa mahu menang dan mendapatkan segala kehendaknya. Itu bukan cara Hafiya. Bab makan boleh diikutkan, bab perangai banyak yang perlu diperbaiki. Tak mengapa, perlahan-lahanlah. Ummi akan bantu Rizky jadi hamba Allah yang soleh, ye sayang. Perlahan-lahanlah.
"Lepas ni malam-malam Rizky tak payahlah keluar dengan geng rempit kamu tu lagi ye. Ummi takutlah kalau kamu kemalangan ke, kena tangkap polis ke".
"Tu kawan-kawan Riz. Makcik tak bolehlah nak halang Riz berkawan dan berjumpa dengan dorang. Tengahari ni kita pergi Pusat Perubatan, ingat  ye. Kalau Makcik bukan darah daging Riz, Riz balik KL dan kita takkan jumpa lagi sampai bila-bila".
"Kalau Ummi terbukti ibu kandung Riz, macam mana? Sanggup tinggal dengan Ummi dan tak balik KL lagi?"
"Taklah... walau apapun keputusannya nanti, Mama tak perlu tahu. Riz tetap akan sayang Mama macam biasa, sebab Mama yang besarkan Riz, kan? Makcik dapatlah balik anak Makcik yang hilang tu. Kalau Riz ni betul anak Makcik, malanglah nasib Makcik sebab Riz ni perangai buruk, cepat marah, tak suka dikongkong dan degil"
"Yang negatif tu semuanya sebab Riz ni manja sangat!"
"Mana ada!"
"Ya! Sebab Riz sentiasa je dapat apa yang Riz mahukan. Riz tak pernah hidup susah, semuanya cukup dan berlebih. Ummi kejut solat subuh pun Riz marah-marah. Kalaulah Kak Zainab tahu pasal Riz lumba haram..."
"Kalau Makcik pecah rahsia, Riz taknak datang sini sampai bila-bila. Riz tukar belajar di KL tinggal dengan Mama".
"Ummi nak kita buat perjanjian... kalau terbukti Riz ni anak kandung Ummi, Ummi nak Riz hentikan serta merta aktiviti Riz dengan mat-mat rempit semua. Kalau tak, Riz bebas buat apa yang Riz suka".
"Mana boleh macam tu. Tak adillah!" Sekali lagi Rizky memprotes.
"Baiklah, takde apa-apa perjanjian dan syarat. Kita buat ujian dulu. Lepas tu kita tengok keputusannya".

2 minggu kemudian
Keputusan ujian telah berada di tangan Rizky. Mereka membukanya bersama-sama di hadapan pegawai perubatan. Ternyata Rizky merupakan anak kandung Nur Hafiya binti Abdul Aziz.
Malam itu buat kali keduanya Rizky bermalam di rumah Hafiya. Esoknya cuti, jadi mereka ada hari yang panjang untuk diisi bersama. Mereka solat marghrib berjemaah dan Rizky rasa semakin selesa. Ketika bersalaman mengucup tangan Hafiya, kali ini rasanya berbeza. Rasanya lebih sayu. Sekian lama dia menyangka Mama adalah ibu kandungnya, rupanya ia hanya anggapan semata. Sekarang dia tahu siapa sebenarnya perampas. Tapi, Rizky sayangkan Mama, walaupun terkilan ditipu Mama seumur hidupnya, dia mula dapat menerima takdir. Tambahan pula Hafiya bukan mahu membolotnya, dia bebas ke mana-mana sahaja  termasuk pulang ke rumah Mama. Hafiya cuma mahu berkongsi kasih.
"Ummi, ampunkan Riz. Selama ni Riz tak tahu Ummi ibu kandung Riz".
Terharu dan terlalu gembira mendengar luahan anak kandung yang buat julung kalinya memanggilnya Ummi. Terlalu rindu rasanya untuk mendengar kalimah itu. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Anak yang hilang lebih 20 tahun, berada di pangkuannya. Itulah hadiah paling istimewa sepanjang hayatnya.
"Ummi nak jaga Riz, selagi ada peluang. Ummi tak pernah berhenti doakan Riz sepanjang hidup Riz. Tolong beri Ummi peluang jadi ibu Riz".
Hafiya mengucup dahi anaknya dan mendakapnya erat. Tangisan gembira berlagu di hening senja. Rizky mencium pipi Hafiya kiri dan kanan. Itu syurganya. Dia mahu menyayangi wanita itu sepenuh hati. Walau sudah terlambat, dia bersyukur kerana masih sempat menghadiahkan kucupan kasih sayang buat ibu kandungnya.
Tiba-tiba... semuanya gelap! Teriakan dan tangisan yang kedengaran. Keadaan jadi kecoh dan hingar seketika. Jiran tertangga datang menerpa, memberi bantuan apa yang perlu. Rizky terkesima dan trauma. Apa semua ni?
Dari mana datangnya peluru sesat ini?
Ummi!!!
Ummi ditembak tepat di rusuk kiri dan kakinya. Apa salah Ummi? Angkara siapakah?
Ummi dikejarkan ke Hospital berhampiran. Masih trauma dengan kejadian tembakan tak semena-mena itu, pihak polis menghubungi Zainab sebagai ibu Rizky.
"Mama... Mama datanglah... Riz perlukan Mama..."
Hanya itu yang dapat diluah menerusi talian. Pagi berikutnya Zainab tiba di Pulau Pinang menaiki penerbangan awal pagi. Sesuatu yang tak disangka-sangka. Baju Rizky berlumuran darah. Mujurlah itu bukan darahnya. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui mangsa kejadian tembakan itu adalah Hafiya.
"Ummi kena tembak. Ummi kena tembak..."
Dalam esakan Rizky menerangkan pada Mamanya. Zainab memeluk dan cuba menenangkan Rizky. Anak itu trauma dan terkejut. Hakikatnya Zainab lebih terkejut lagi. Sejak bila Hafiya bertemu Rizky sehingga anaknya itu memanggilnya Ummi. Tangisan Rizky membuktikan betapa rapatnya ikatan antara mereka. Ini salah! Bukan begini yang sepatutnya terjadi. Tetapi, siapa yang menembak Hafiya? Walau Zainab rasa terancam dengan kemunculan Hafiya, tidaklah sampai ingin membunuh.
Pihak polis memulakan siasatan. Maka terbongkarlah satu persatu aktiviti dan kegiatan Rizky. Semuanya bermula pada hari kemenangan Rizky dalam perlumbaan. Kornologinya dirungkai satu persatu.
- Pada malam kemenangan itu, Rizky mendapat hadiah 2 bungkusan wang taruhan.
- Salah satunya dicuri oleh cikaro [namanya Syakila]. Rizky tidak tahu menahu tentang    bungkusan yang satu lagi kerana wang kemenangan yang diterimanya sudah cukup lumayan.
- Sebenarnya bungkusan yang satu lagi ialah bungkusan yang salah. Tony, ketua pertaruhan tersilap dan tertukar bungkusan wang itu dengan dadah padat jenis Bath Salt, dadah baru yang amat bahaya. Nilainya mencecah ratusan ribu ringgit.
- Syakila juga tidak tahu kerana dia berniat untuk mencuri wang bukan dadah.
- Apabila sampai di rumah dia mendapati dalam bungkusan itu adalah dadah dan bukanlah duit, maka dia melupuskannya kerana takut terlibat. Dia membuangnya dalam mangkuk tandas sedikit demi sedikit hingga habis lupus semuanya.
- Ada saksi, konco Tony yang ternampak Syakila memegang bungkusan itu, kerana bentuk bungkusan itu agak berbeza daripada bungkusan wang kemenangan yang dipegang Rizky.
- Syakila diburu dan untuk melepaskan diri, dia menyatakan dia telah mengembalikan semula bungkusan itu pada Rizky dan Rizky telah melupuskannya. Rizky yang membuang dadah itu ke dalam tandas hingga habis.
- Rizky tidak pernah sedar dirinya dalam buruan dan menjalani hidup seperti biasa. Di Universiti konco Tony gagal menyelinap, maka bila Rizky bermalam di rumah Hafiya, peluang mereka untuk memburu Rizki terbuka luas.
- Malam itu cubaan menghapuskan Rizky gagal kerana tembakan terkena pada Hafiya yang ketika itu sedang mendakap anaknya.
Sesalan tidak terhingga menerpa. Rizky tidak tahu risiko dia bercampur dengan orang-orang kongsi gelap seperti Tony. Rizky hanya pelumba yang mahukan kepuasan. Dia tidak pernah terlibat dengan dadah apatah lagi sindiket pengedaran dadah secara besar-besaran. Malah dia langsung tidak pernah mengambil tahu latar belakang Tony. Yang dia tahu Tony merupakan ketua yang menguruskan pertaruhan setiap kali ada perlumbaan besar.
Saat itu barulah Rizky faham dia sebenarnya terlibat dalam kancah perlumbaan haram yang bukan hanya setakat berlumba. Baru dia sedar betapa bahaya nyawanya melibatkan diri dengan orang-orang seperti Tony.
"Riz tak jahat Mama... Riz minta maaf. Riz tak tahu menahu pun pasal dadah tu... Riz menyesal sebab tak dengar nasihat Ummi".
Hasil siasatan polis mendapati Riz tidak bersalah dan tiada kaitan dengan kesalahan memiliki dadah. Syakila ditangkap dan mengaku bersalah kerana meletakkan kesalahan melupuskan dadah itu di bahu Rizky hingga Tony memburu Rizky. Syakila diletakkan di bawah pengawasan polis kerana dia bukanlah pemilik dan pengedar dadah itu. Kes ini merupakan kes tersalah suspek dan membunuh mangsa yang salah. Rizky bukanlah orang yang patut diburu kerana dia langsung tidak tahu dan tidak mengambil bungkusan itu dari mula lagi. Lebih malang lagi, tembakan itu mengenai Hafiya, ibu kandung yang baru sahaja ditemui.
"Mama, kalau Ummi selamat, Mama terima dia dalam hidup kita ya?"
"Dari dulu sampai sekarang dia tetap perampas! Mama tak redha dia rampas Rizky dari Mama".
"Cuba Mama fikir dengan waras, dulu dalam hal Arwah Papa mungkin Ummi memang perampas. Tapi dalam hal Riz, siapa yang sebenarnya perampas? Siapa yang rampas hak siapa Mama?"
Zainab terkedu mendengar luahan Rizky. Ada benarnya kenyataan itu. Sekarang dia sama sahaja dengan Hafiya. Dulu Hafiya merampas haknya. Tapi selepas itu dia pula yang merampas Rizky yang sebenarnya hak Hafiya.
"Mama taknak kehilangan Riz. Riz kena pilih antara Mama dan perempuan tu".
"Mama, kalau Mama nak confront, ini bukan masanya. Ummi sedang bertarung nyawa sekarang. Ummi selamatkan nyawa Riz. Sepatutnya Riz yang kena tembakan tu, tapi Ummi yang jadi mangsa. Tak cukup lagi ke pengorbanan Ummi selama ni? Mama culik Riz dan bela Riz sampai Riz percaya Mama adalah ibu kandung Riz. Sampai Riz sayang pada Mama. Tapi Ummi syurga Riz. Mama pula nyawa Riz. Riz tak boleh nak pilih antara keduanya sebab Riz perlukan dua-dua sekali. Riz perlukan Mama sama macam Riz perlukan Ummi. Tak boleh ke Mama kongsi Riz dengan Ummi? Kalau tak boleh, biar Riz pergi serah diri pada Tony".
Beberapa jam Zainab dan Rizky tidak bercakap. Mereka saling berfikir dan memberi ruang pada diri masing-masing. Ya, Rizky pernah menyangkal dan was-was dengan dakwaan Hafiya. Tetapi di saat dia mula menerima hakikat dan mula menyayangi, kebahagiaan itu disentap dengan keras. Dia tidak mahu kehilangan Hafiya. Terlalu singkat tempoh perkenalan mereka. Masih banyak lagi yang mahu dinikmati bersama.
Ummi, jangan pergi dulu. Ya Allah, aku mahu terus bersama Ummi. Izinkanlah aku bersama Ummi. Izinkanlah Ummi kembali sihat. Izinkanlah Mama menerima kehadiran Ummi.
_______________________________________________________________________
Dua hari selepas Hafiya ditembak, Tony ditahan. Namun masih terdapat konco-konconya yang berjaya meloloskan diri. Merasakan dirinya telah bebas dan selamat, Rizky mengikut Mamanya kembali ke hotel. Segalanya berjalan pantas, dalam beberapa saat, Rizky ditembak dari jarak jauh, tidak tahu oleh siapa. Mungkin orang-orang Tony.
Rizky dan Hafiya sama-sama bertarung nyawa. Umpama ingin berkongsi rasa, Rizky mengikut jejak ibu kandungnya ke alam koma. Mereka sama-sama berjuang untuk terus hidup. Namun janji Allah tidak pernah mungkir. Tidak sesaat pun terlewat jika sudah tertulis di Luh Mahfuz. Akhirnya doa Rizky supaya mereka dapat bersama termakbul. Mereka meninggal dunia pada hari yang sama.
Tiada apa yang lebih dikesalkan oleh Zainab melainkan kehilangan anak kesayangan. Zainab menyesal kerana tidak tahu aktiviti haram anaknya, dengan siapa dia bergaul dan bagaimana kehidupannya bila mereka berjauhan.
Namun, Zainab lega kerana sempat memberi jawapan pada Rizky bahawa dia sanggup menerima Hafiya sekiranya Hafiya selamat. Kerana itu Rizky kembali berbaik dengannya. Sedih Zainab datang bertimpa apabila menjumpai keputusan ujian DNA yang membuktikan bahawa Rizky adalah anak kandung Hafiya. Itu hakikat yang selama ini cuba diselindungi. Allah Maha Mengetahui. Akhirnya Dia ambil Rizky kerana Dia paling berhak. Nikmat duniawi andai tidak disyukuri, dibajai dengan sifat tamak dan rasa tidak cukup, bila-bila masa Allah boleh tarik balik.
Kini semuanya tinggal kenangan. Insan yang direbut-rebutkan kembali pada yang Maha Pencipta.


- Tamat -