Friday, November 1, 2013

GAMBA2 SERIUS dari DAPUR kat SEMENYIH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^


Dipade buat untuk 'test market' tetiba ada market. Alhamdulillah. Allah dah atur rezki untuk hambanya selagi kita berusaha [Tak kiralah usaha kecik atau besar, setakat yang termampu]. Mula2 buat cookies aje, pastu muffin n kek pulak. Aku hargai setiap kehendak pelanggan. Pelanggan majikan aku dan sedaya upaya aku akan puaskan hati mereka. Naklah rezki yang Allah beri tu berkat. 



coklat kek [topping butter cream]



 ni kek pelangi [topping butter cream]



 ni milky cookies - rasa dia lemak-lemak susu

ni bila dipack kecik-kecik bersama dgn kukis coklat chip n strawberi almond.



                                               
Kek Coklat Moist

Kek coklat moist ni mula2 aku buat size kecik jual RM1. Sekarang ni mereka [pelanggan tetap] oder yang besar sikit, nak puas makan. Alhamdulillah.





Pastu progress dia pulak kat entry ni...  http://ummi-shey.blogspot.com/2013/10/imej-dari-dapur.html



Dulu buat animasi, sekarang buat produk bakery pulak... yelah... rezki Allah ni luas, tak semestinya kita dapat rezki dari bidang tertentu je. 

Tapi aku tetap Sherina @ Kak Shey macam yg korang kenal jugakla... xdela bubah jadi Makcik Melah walaupon sekarang ni cam dah ke tahap Dapurku Duniaku.

Aku doakan korang semua berjaya dalam apa2 pon yang korang nak mula buat. Selagi nawaitu kita ikhlas kerana Allah, Dia akan buka laluan dan permudahkan. Yang penting usaha dan kecekalan. Jangan mudah putus asa kerana org2 yang dah berjaya semua pernah gagal byk kali. Buat je... + doa + tawakal... pastu tgk hasilnya... InSyaAllah... berhasil macam  yang kita harapkan. Kalau tak banyak pon, at least ada jugak progress yang memberangsangkan. Kena sabar dan bersangka baik jela. Bersyukur secara istiqomah, xkira masa susah atau senang.

Kalau buat makanan, buat sedap2. Masa masak tu, dalam hati berzikir dan kacau [guna sudip ke] pusing lawan jam [mcm tawaf]. Solat jaga, jangan sampai terbabas sbb bz. Amalkan solat n doa dhuha setiap hari, InSyaAllah... dipermudahkan rezki. Keberkatan dalam mencari rezki paling penting. Taknaklah untung byk kalau tak berkat. Jadi, perlu dan sangat penting jaga keberkatan tu. Hehehe... mengada pulak nak nasihat cam bagus sangat pulak, ek? Maaflah... selalu la berlaku kes brek tak makan ni. Paham-paham jela... xde kawan sekerja nak bercakap...ehehehe. Oklah... dah boleh brek dah ni. Nak buat kukis strawberi almond pulak.

Jumpa lagi!!!  ^_^


No comments: