Monday, December 23, 2013

Cerpen Serius - MAAF - bab 10 - Ending!

Maaf - Bab 10
Mendengar pengakuan Ameer di depan mata, Zayn lalu memukulnya tanpa belas. Teruk Ameer  dibelasahnya. Ameer hanya membiarkan dan langsung tidak mengelak pukulan demi pukulan yang hinggap di muka dan tubuhnya. Ameer menadah karma sebagai kifarah.
Zafirah menjerit meminta pertolongan. Takut melihat pertumpahan darah di kawasan perkuburan. Mujur ada yang mendengar dan berjaya memegang Zayn. Ameer dibelasah hingga koma dan dikejarkan ke Hospital sementara Zayn ditahan beberapa hari dalam lokap.
Setelah Ameer sedar dari koma, dia yang membantu membebaskan Zayn dari sebarang pertuduhan.
Dengan rasa rendah hati, Ameer datang ketika Zayn dibebaskan. Zafirah lebih tenang dan berlapang dada. Dia berterima kasih pada Ameer kerana menamatkan isu itu di luar mahkamah.
Sebelum beredar, Ameer berkata...
"Dosa menfitnah lebih besar daripada membunuh. Jadi, kalau hari tu kau belasah aku sampai mati pun, aku masih tak dapat tebus dosa pada kau sekeluarga. Aku yang berdosa, jadi kau janganlah hukum dan seksa diri kau, Zayn.
Aku mohon ampun dan maaf pada kamu berdua. Andai kata suatu hari nanti kamu berdua sedia memaafkan aku, barulah aku bebas dari menggalas beban dosa yang besar ini".

Di rumah, semasa Zayn usai mengimamkan solat, bagaikan memberi tazkirah Zafi memujuk lembut.
"Siapalah kita ni untuk hukum sesama manusia. Sedang Nabi ampunkan umat. Sedang Allah maha penyayang lagi maha pengampun. Siapalah kita yang kerdil ni nak bersifat angkuh dan ego. Kemaafan itu membersihkan hati. Kemaafan itu melegakan perasaan. Kemaafan itu mententeramkan jiwa. Zayn nak hidup tenang, kan? Kalau nak tenang... berlapang dadalah. Lepaskan semuanya Zayn, lepaskan. Jangan tanggung beban amarah tu. Zafi tau sebenarnya Zayn masih tak dapat memaafkan diri Zayn sendiri, kan?
Zayn belajarlah untuk memaafkan Ameer dan memaafkan diri Zayn sendiri".
Zayn mengangguk perlahan. Ada sinar keinsafan di matanya.
Perlahan-lahan manik-manik jernih membasahi pipi. Dipandangnya wajah tenang Zafirah. Ternyata kakaknya sangat kuat. Setelah menempuh pelbagai dugaan, Zafi masih mampu berlapang dada. Benar kata Zafi, betapa berat rasa bersalah yang dipikulnya, hingga dia masih gagal menerima cara pemergian ibu yang sadis. Dia perlu belajar untuk melepaskan semua rasa bersalah itu.
Beberapa hari kemudian, dia menghubungi Ameer untuk bertemu.
"Maafkan aku kawan... maafkanlah aku. Jika untuk mendapat kemaafan dari kau menyebabkan semua isi dunia membenci aku atas perbuatan keji aku, aku rela... aku redha".   [Ameer]
Bersaksikan Zafi, luahan Ameer disambut dengan jabat salam dan pelukan seorang sahabat di Lapangan Terbang. Ketika itu Ameer mahu berhijrah ke luar negara atas alasan untuk memulakan hidup baru.
Selang sebulan kemudian, Zayn dan Zafi mendapat berita yang mengejutkan, berita kematian Ameer. Rupanya keadaan kesihatan Ameer belum pulih kerana kesan kecederaan dalaman. Dia ke luar negara untuk mendapatkan rawatan susulan.
Sekali lagi Zayn tak keruan. Nafasnya kencang, sukar dikawal. Dia menyesal. Melihat adiknya bagaikan hilang kawalan, pantas didakap oleh Zafi.
"Lepaskan... lepaskannya, Zayn... redhalah dengan ketentuan Allah. Ini ujian"   [Zafi]

AMPUNKAN HAMBAMU YANG BERDOSA INI YA ALLAH.

MAAFKAN ZAYN, IBU...
MAAFKAN AKU, AMEER...
MAAFKAN AKU, ZAFI...

MAAF... MAAF... MAAF...
Hanya itu yang diulang. Banyak kali. Airmata yang melebat terus deras di bahu Zafi.



- Tamat -

Cerpen Serius - MAAF - bab 9

Maaf - Bab 9
"Ampunkan Zayn, ibu..."
"Ampunkan Zayn..."
"Zafi, Zayn minta maaf sebab lebih percayakan fitnah daripada keluarga sendiri. Zayn minta maaf, Zayn menyesal..."  [Zayn]
Melihat Zayn yang hilang punca dan meracau menggoncang jasad kaku ibu, Zafi cuba menenangkan. Bercucuran airmata semua yang menyaksikan. Ditariknya Zayn lalu didakapnya adiknya. Disapu airmata Zayn yang tak henti-henti deras mengalir.
"Zayn... sabarlah..."
"Ibu dah maafkan Zayn... Zafi pun dah maafkan Zayn"

Usai pengkebumian, Zayn enggan berganjak dari pusara ibu. Airmatanya tiada empangan terus deras mengalir. Ketika itu semua orang sudah pulang, tinggal mereka berdua sahaja di kubur ibu. Melihat keadaan adiknya yang diburu sesalan, Zafi lantas memujuk.
"Zayn dengarlah..."
"Sebelum pergi, ibu dah pesan pada Zafi... Ibu kata tolong sampaikan pada Zayn yang ibu sayang pada Zayn, sama macam ibu sayangkan Zafi. Ibu dah maafkan Zayn. Zafi pun dah maafkan Zayn. Ibu nak kita berbaik dan usah bergaduh lagi". [Zafi]

"Zayn tau, ibu merana sebab Zayn".
"Zayn yang buat ibu sakit!"
"Zayn yang bunuh ibu!"
"Zayn anak derhaka..."
"Ibu... maafkan Zayn..."
"Zayn menyesal..."

"Zayn, dengar sini...
Kalau Arwah Ibu dan Zafi dah maafkan Zayn, kenapa Zayn tak boleh nak maafkan diri Zayn sendiri?
Zayn kena berusaha maafkan diri Zayn sendiri.
Yang terkubur hanyalah jasad ibu. Roh ibu dah kembali pada jagaan Allah. Kita kena redha menerima qada dan qadar Allah.
Kalau Zayn nak roh ibu tenang, Zayn kena berlapang dada dan maafkan diri Zayn sendiri".

Zafirah menuturkannya dengan tegas. Dia mahu Zayn meneruskan kehidupan dengan tenang. Arwah ibu juga pasti mahu begitu.

"Aku faham sesalan di hati Zayn. Akupun sampai bila-bila takkan dapat memaafkan diri aku sendiri".
"Maafkan aku... Zafirah, maafkan aku Zayn. Aku yang salah sebab menfitnah Zafirah. Setelah Zafirah menolak cinta aku, aku cemburu melihat kemesraan kamu berdua. Aku sangka kalian pasangan bercinta. Aku langsung tak menyangka yang kalian adik beradik. Akulah yang berdosa dalam hal ni, bukan kau Zayn. Maafkanlah aku"

Ameer muncul dengan pengakuan jujur. Kali ini dia benar-benar ikhlas ingin membetulkan kekhilafan diri. Walau sudah terlewat untuk memohon maaf, namun dia harus berani berdepan dengan masalah.

- bersambung ke bab 10 -

Cerpen Serius - MAAF - bab 8

Maaf - Bab 8
Ameer seakan tidak berpuashati dengan tindakan Zayn. Bukan kesudahan begitu yang diharapkannya. Dia mengekori Zayn untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebenarnya yang terjadi pada hubungan Zayn dan Zafirah.
"Beg kau besar ni, takpe biar aku hantar. Kau cakap mana kau nak pergi, aku tolong hantarkan. Lagipun emosi kau tengah tak stabil ni"  [Ameer]
Melihat wajah Zayn dibasahi airmata, menjadikan Ameer mahu melihat kesinambungan dramatik babak percintaan dua insan. Dia menyangkakan Zayn sedih kerana putus cinta.
Melihat ramai orang berkopiah dan berbaju kurung di perkarangan rumah, membuat hati Zayn tak keruan. Dia bimbang jika ibu pergi terlalu awal. Diterjahnya sambil melaungkan panggilan ibu.
IBU.... IBU...
BU....  ZAYN DAH BALIK...
IBU...  ZAYN NI...
IBU... BANGUNLAH BU... KENAPA IBU  TAK TUNGGU ZAYN?
IBU... IBU...   [Zayn]

"Zayn, ibu dah tiada" [Zafi]
Mendengar kata-kata Zafi seakan menjatuhkan hukuman mati padanya. Zayn menggoncang tubuh ibu yang susut mendadak. Ibu-ibu yang menyaksikan turut menitiskan airmata sayu melihat rayuan anak yang terlewat.
Ameer semakin keliru apabila melihat Zafirah dan Nur Adibah duduk bersebelahan.
"Saya kawan serumah Zayn. Yang itu siapa?"  Soal Ameer pada jiran tetangga sambil menudingkan ibu jari pada Zafirah.
"Itu Zafirah, kembar si Zayn. Kesian, sejak Zayn keluar dari rumah, ibunya murung sampai jatuh sakit. Si Zayn pun satu, kalau ye pun bergaduh dengan Zafi, janganlah sampai lupakan ibu sendiri..."
Ketika itu sesalan terhebat meluru ke arah Ameer. Rasa berdosa dan bersalah datang bertimpa-timpa. Memang dia yang menabur fitnah pada Zafirah kerana cemburu melihat hubungan mesra antara Zayn dan Zafirah. Namun cemburunya tidak bertempat. Hubungan mereka halal. Mereka mahram yang yang sejak azalinya sentiasa bersama.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Mengapa aku  sanggup menganiaya wanita semulia dan sebaik Zafirah?
Kerana fitnahnya, Zayn dan Zafirah kehilangan ibu tercinta.
Bagaimana dia mahu membetulkan kesilapannya yang besar hingga mengakibatkan maut?
Perlahan-lahan Ameer berlalu keluar dari rumah itu. Dia memandu laju, sama lajunya dengan airmata yang menitis. Itulah sesalan terbesar dalam hidupnya. Langsung dia tidak pernah terfikir bahawa Zayn dan Zafirah adalah saudara kandung. Apatah lagi saudara kembar, sudah tentulah pertalian itu terlalu rapat dan mesra. Bagaimana dia mahu meneruskan hidup dengan rasa bersalah yang menyesakkan nafas?

Ya Allah, sesungguhnya aku bertaubat padaMu, ya Allah. Aku menyesal atas perbuatan jahatku. Aku telah menganiaya keluarga itu. Mereka tidak berdosa apa-apa padaku tetapi aku telah menfitnah mereka hingga kehidupan mereka musnah. Ya Allah, ampunilah aku. Aku menyesal!

- bersambung ke bab 9 -

Cerpen Serius - MAAF - bab 7

Maaf - Bab 7
Ketika tiba di rumah, hari sudah  lewat. Zayn kepenatan dan tidak membuka bungkusan pemberian Nur Adibah. Selepas Subuh keesokan paginya, barulah Zayn membuka bungkusan itu.
Di dalam bungkusan itu terdapat kek kegemaran Zayn. Dia pasti itu masakan ibu. Itu adalah kek kegemarannya yang sering diminta dari ibu. Kerana dia turut rindukan ibu, terus dijamahnya kek itu. Tetapi rasanya tidak sama seperti selalu. Kek ibu lebih sedap. Dibukanya surat yang diletakkan di sisi kek itu.
السلام عليكم
Zayn, kek itu bukan ibu yang buat. Zafi yang buat sebab tahu itu kegemaran Zayn. Rasanya mesti tak sesedap air tangan ibu. Ibu tak dapat buat sebab ibu sakit. Baliklah, Zayn. Kalau tak pun, lawatlah ibu di Hospital.
Zafi mengaku yang Zafi memang kenal Ameer Afiq semasa di Universiti. Kami hanya berkawan dan tiada apa-apa hubungan istimewa. Ameer memang pernah menyatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Zafi sebagai kekasihnya, tapi Zafi tolak dengan baik.
Hingga sekarang Zafi tak pernah bercinta sebab terlalu fokus pada kerjaya dan keluarga. Zafi nak bahagiakan ibu dan tak mahu lagi ibu berpenat lelah macam dulu. Zafi nak balas jasa ibu dan Zayn yang banyak berkorban untuk melihat Zafi berjaya. Semasa Zafi sibuk belajar di asrama penuh dan di universiti, Zayn yang jaga ibu dan buat kerja-kerja rumah. Bila Zafi dah ada kerjaya, Zafi nak hidup keluarga kita berubah jadi lebih baik.
Jika Ameer yang menfitnah Zafi, Zayn perlu siasat apakah motifnya. Zafi bersumpah, Zafi sentiasa jaga adab dan maruah diri sepanjang berjauhan dari keluarga. Sekalipun Zafi tak pernah membuat maksiat seperti tuduhan Zayn.
Zayn siasatlah mengapa Ameer membuat cerita tak betul tentang Zafi.
Zayn... kita bukan saja adik beradik, bahkan kita kembar satu uri, kita bagaikan satu jiwa. Zayn pergi, ibu jadi hilang semangat hingga jantungnya jadi lemah. Zafi pun sama, jadi lemah dan rasa kehilangan. Kalau Zafi rasa lemah, Zayn pun sama, kan?  Zayn baliklah.
Zafi dan ibu terlalu rindukan Zayn. Kami dah maafkan Zayn. Puas Zafi cuba hubungi Zayn, nak bagitahu Zayn tentang keadaan ibu yang sakit. Tapi Zayn mengelak dan tak mahu langsung bercakap dengan Zafi. Zayn baliklah rumah. Zayn jenguklah ibu di Hospital. Ibu kita dah tua, kita kena bahagiakan ibu sebagaimana ibu bahagiakan kita dari kita lahir hingga kita dewasa. Zafi taknak Zayn menyesal kalau apa-apa jadi pada ibu.

~ Zafirah ~

Surat Zafi  menyentuh perasaan Zayn. Ketika marahnya semakin surut, dia lebih berlapang dada dan mampu membaca utusan berita daripada Zafi. Kali ini ada sekelumit rasa ingin percaya pada kata-kata Zafi. Ada benarnya saranan Zafi, dia perlu menyiasat perkara yang membawa pada pertelingkahan mereka sekeluarga.
Ibu... kalau apa-apa yang buruk terjadi pada ibu, memang Zayn takkan dapat memaafkan dirinya sendiri. Ketepikan sebuah ego yang besar, yang paling penting ialah ibu. Kalau Zayn mampu membantu membuat ibu kembali sihat, dia perlu segera bertindak.
Dari jauh Ameer melihat Zayn berwajah sedih membaca sekeping nota. Kemudian Zayn tergesa-gesa memasukkan pakaiannya ke dalam beg, persis mahu berpindah. Ameer lalu menegur.
"Kenapa ni?"  [Ameer]
"Cerita tentang kekasih kau di universiti dulu, perempuan yang kau carutkan tu... kau bagitahu aku, itu cerita betul ataupun fitnah yang kau reka?"  [Zayn]
"Buat apa aku nak reka cerita? Aku cuma tak mahu ada lelaki lain jadi mangsa pompuan tu! Kenapa kau bangkitkan semula  kisah hitam tu?"   [Ameer]
"Sebab cerita kau tulah hidup aku jadi merana! Aku dah takde masa lagi. Aku nak ke Hospital sekarang. Orang yang aku sayang perlukan aku".   [Zayn]
Ditukarnya kembali sim card. Kelihatan terlalu banyak sms dan panggilan yang dibuat oleh Zafi. Segera dihubunginya Zafi.
"Ibu kat Hospital mana? Aku nak jumpa ibu sekarang".   [Zayn]
"Ibu dah balik rumah. Zayn baliklah...  [Zafi]

Puas Zafi menahan getaran suara tangisannya di talian. Dia sangat lega dan terharu bila Zayn menghubunginya.

- bersambung ke bab 8 -

Cerpen Serius - MAAF - bab 6

Maaf - Bab 6
Zafi tidaklah sampai menceritakan semua kemelut keluarga mereka pada Nur Adibah. Dia cuma mahu tahu di mana Zayn tinggal setelah keluar meninggalkan mereka. Melalui Nur Adibah, Zafi mendapat tahu Zayn tinggal serumah dengan pegawai di tempat kerjanya yang bernama Ameer.
Zafi semakin pasti bahawa Ameer yang meracuni fikiran Zayn. Tapi mengapa dendam Ameer begitu mendalam hingga sanggup mereka cerita fitnah jahat yang memisah dan memporak perandakan keluarga mereka?
Ameer bahagia melihat perubahan Zayn. Ketika Zayn menghubunginya untuk tumpang sementara di rumahnya, dia tidak bercakap banyak. Memang dia harapkan keserabutan pada hidup Zayn. Maka dia mudah faham mengapa Zayn perlu tingal jauh dari kekasihnya yang dikatakan tinggal sama blok dengannya. Kini, tiada lagi 5 kuntum bunga setiap hari Sabtu. Tiada lagi kereta Hyundai hitam milik Zafi datang menjemput dengan senyuman mesra. Puas hati Ameer melihat perubahan itu. Mereka sudah putus! Tiada  lamaran apatah lagi pernikahan!
Bila tinggal serumah, semakin banyak yang mereka kongsikan sebagai bahan bualan. Ketika bersembang, keluar nama Nur Adibah, pengisi hati yang lara. Zayn menyatakan dia sedang bahagia dengan kekasihnya. Di saat-saat dirinya dihimpit konflik, mujurlah ada kekasih hati menjadi pendorong dan memberi sokongan moral. Ameer keliru! Siapa pula Nur Adibah? Bukankah kekasih Zayn bernama Zafirah?
Sepanjang perkenalan mereka, sama ada Ameer mahupun Zayn, langsung tidak pernah menyebut nama Zafirah. Ketika gambar Zafirah ditunjukkan pada Zayn, Ameer tidak menyebut sebarang nama.
Hujung minggu itu Zayn bersiap-siap untuk bertemu janji dengan Nur Adibah, bersempena dengan hari lahir Nur Adibah. Dalam diam Ameer mengekori Zayn untuk mengetahui siapa sebenarnya kekasih Zayn. Dari jauh jelas kelihatan wanita lain di samping Zayn. Mungkin itulah Nur Adibah. Tapi, mana Zafirah? Mengapa Zayn marah apabila mendengar cerita rekaannya tentang Zafirah?
Setelah menerima hadiah hari lahir daripada Zayn, Nur Adibah pula menghulurkan bungkusan kepada Zayn.
"Aik? Hari jadi awak, awak pula yang beri  hadiah?"  [Zayn]

"Kat rumah nanti awak buka, ya". [Nur Adibah]

- bersambung ke bab 7 -

Cerpen Serius - MAAF - bab 5

Maaf - Bab 5
Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Sekelip mata sahaja ibu dan Zafi kehilangan Zayn. Sejak itu Zayn gagal dihubungi.
Zafi keliru. Dia lebih marah kerana bukan sahaja kehilangan kepercayaan dari seorang adik tetapi kesal kerana maruah dirinya diperkotak katikkan. Ibu membekalkan anak-anak dengan asas didikan agama yang kukuh. Zafi tahu beza dosa dan pahala. Dia tahu batasan pergaulan. Tidak pernah dia menyentuh atau bergurau senda berlebihan dengan insan bukan mahram. Satu-satu lelaki yang dicubiit-cubit manja adalah Zayn. Mereka terlalu rapat sejak dari dalam kandungan ibu lagi. Siapa yang mencetuskan cerita fitnah ini?
Jika nama Ameer Afiq yang disebut Zayn ketika mengamuk, adakah bermakna fitnah jahat itu datang dari mulut Ameer sendiri? Tetapi sejak bila pula Ameer berkawan dengan Zayn? Dakwaan Zayn, kawan baiknya merupakan salah seorang mangsa Zafi, adakah Ameer Afiq yang dimaksudkan 'kawan baik' itu?
Jika benar Ameer yang menfitnah, tapi apakah motifnya? Adakah selama ini Ameer yang berperawakan baik dan memendam perasaan pada Zafi mendendaminya? Tapi mengapa? Kerana menolak cinta? Tapi Zafi bukan pernah memberi harapan pun. Zafi juga bukan gadis liar yang suka berfoya-foya. Langsung sekalipun Zafi tidak pernah mempermainkan perasaan Ameer atau mana-mana lelaki lain.
Sekelip mata hidup mereka berubah. Ibu hilang bahagia bila anak-anak berpecah belah. Selama ini keluarga mereka bersatu dan kehidupan mereka sejahtera. Setiap hari Sabtu mereka akan melawat pusara bersama-sama. Mereka akan makan bersama dan saling menghargai.
Ibu berendam airmata. Ibu kesal setelah dewasa, Zayn membuat tindakan bodoh dengan mudah mempercayai fitnah. Tentu ia datang dari orang yang amat dipercayai oleh Zayn sehingga Zayn sanggup membuang keluarga.
Melihat keadaan ibu semakin hilang semangat, Zafi berusaha mencari pendekatan sendiri untuk menjernihkan keadaan. Dicarinya nombor Ameer melalui kawan-kawan lama. Dia perlu menyiasat sehingga ke akar umbi siapa yang melancarkan peluru berpandu membunuh jiwa mereka bertiga hingga hancur berderai.
Ada seorang sahabat yang mengkhabarkan di mana tempat Ameer bekerja. Sah! Memang satu syarikat dengan Zayn. Zafi menghubungi syarikat tersebut dan dapat bercakap dengan Ameer Afiq. Segera dia memutuskan talian kerana dia hanya mahukan kepastian.
Kesihatan ibu semakin merosot. Kerana murung, tekanan darah dan jantung ibu terjejas. Zafi perlu memberitahu Zayn tentang sakit pening ibu. Ibu pasti sihat jika keluarga mereka kembali bersatu. Walaupun ibu kecewa dengan tindakan Zayn, tapi Zafi tahu ibu terlalu rindukan Zayn. Ibu mahu Zayn sedar kesilapannya dan kembali ke pangkuan keluarga.

Zayn masih gagal dihubungi. Sebab Zafi semakin risaukan kesihatan ibu, dia menghubungi tempat kerja Zayn. Mendengar sahaja suara Zafi di talian, Zayn segera meletakkan telefon. Itulah yang berlaku setiap hari. Akhirnya Zafi terpaksa menggunakan Nur Adibah untuk mendekati Zayn.

- bersambung ke bab 6 -

Cerpen Serius - MAAF - bab 4

Maaf - Bab 4
Sampai di rumah Zayn meluru menghempas pintu dengan kasar. Diterjahnya Zafirah tanpa rasa hormat.
"Siapa Ameer Afiq Dato' Aziz? Sekarang kau bagitahu aku, siapa dia?" [Zayn]
"Kenapa dengan kau ni? Dia kawan aku masa di universiti, apa kaitan dengan kau sampai nak marah-marah macam ni?" [Zafirah]
Mendengar Zayn menengking Zafirah, ibu bingkas cuba meleraikan. Anak-anaknya jarang bergaduh. Kali terakhir mereka bergaduh ketika mereka masih remaja. Itupun tidaklah sampai menengking kuat-kuat.
"Zafi, Zayn...  kenapa ni?" [ibu]
"Zafi ni perempuan takde maruah! Dia jual diri untuk sara hidup dia kat universiti dulu! Kalau kawan Zayn tak bagitahu, sampai mati kita kena tipu dengan betina ni!"  [Zayn]
"Apa kau merepek ni? Fitnah dari mulut siapa yang kau percaya ni? Bila masa aku jual maruah diri?"   [Zafirah]
"MasyaAllah... bawak mengucap.... istighfar anak-anak ibu... kenapa tiba-tiba jadi macam ni?  Zayn, cuba bertenang. Cakap baik-baik, siapa yang buat cerita jahat tentang Zafi ni?"  [ibu]
Ibu cuba meleraikan. Ditariknya tangan Zayn yang sedang memegang Zafirah dengan kasar.
"Zayn malu ibu. Kawan baik Zayn rupanya adalah mangsa penipuan Zafi. Zafi pompuan liar masa di universiti dulu, Bu. Bukan dengan dia je Zafi berzina, dengan lelaki kaya lain jugak!!!"  [Zayn]
PANG!!!!
Zafirah menampar Zayn. Merah padam mukanya menanggung marah. Dia menangis.
"Kurang ajar!"   [Zafi]
"Zafi sentiasa jaga maruah dan nama baik keluarga kita. Ibu kenal Zafi, kan? Zafi bersumpah, Zafi tak pernah buat perbuatan laknat tu dengan sesiapa pun. Ibu... Zafi kena fitnah, Bu".  [Zafi]
Kenapa kau lebih percaya orang lain, Zayn? Aku ni kakak kau, kau lebih kenal aku. Tapi kenapa kau lebih percayakan fitnah?" [Zafi]
"Sudah!!!!" [ibu]
"Zayn, bagitahu ibu dari mana Zayn dapat cerita ni?"  [ibu]
"Ibu pun tak percayakan Zayn? Mentang-mentanglah Zafi bagi ibu duit banyak. Dia lebih berpelajaran, lebih berpangkat, lebih berduit! Ibu menangkan aje semua yang Zafi buat! Dia pompuan kotor! Ibu suka ke makan duit haram?"  [Zayn]
PANG!!!!
Ibu pula menampar Zayn. Tidak tahan mendengar tuduhan melulu Zayn terhadap mereka dua beranak. Mereka semua menangis kecuali Zayn.
"Ibu... Zafi dah buat macam tu pun ibu masih tak sedar lagi! Zayn tahu selama ni Zayn bukan anak harapan ibu. Zayn tak berpelajaran dan tak mampu nak mewahkan ibu... Zayn takkan susahkan ibu lagi. Biarlah anak kesayangan ibu yang hidup dalam maksiat ni yang jaga ibu. Zayn taknak subahat!"  [Zayn]
"Zayn... jangan macam ni. Zayn, aku dan ibu tak bersalah. Kau jangan mudah percaya pada fitnah!"   [Zafi]
Zafirah cuba menghalang Zayn tetapi dengan kasar Zayn menepis pegangan tangan Zafirah.
"Zayn, jangan pergi! Kalau kau benci aku pun, kau takde hak nak hukum ibu..."   [Zafi]
"Kau yang buat maksiat, berzina siang malam, aku pulak yang kena tampar! Ibu pun dah  tak percaya kat aku, buat apa aku nak tunggu lagi?" [Zayn]
"Zayn... kau siasat dulu sebelum maki aku. Fitnah ni boleh pecah belahkan keluarga kita. Aku ada kau dan ibu je. Ibu ada aku dan kau je. Kau tak sayang ibu ke Zayn?"  [Zafi]
"Pegi mamposlah kau pompuan sial! Aku takde kakak yang celaka macam kau!"  [Zayn]
Itulah ayat terakhir Zayn sebelum keluar dari rumah. Sampai hati Zayn tinggalkan ibu, tingalkan Zafirah dengan ayat seribu luka. Ketika itu ibu dan Zafirah sudah lemah, habis tenaga mereka menahan amarah Zayn yang melampaui batas. Seumur hidup Zayn tidak pernah melatah begitu. Dia sangat tenang dan sukar untuk melenting. Ternyata impak fitnah terlalu besar. Wajarlah dosa menfitnah lebih besar dari dosa membunuh.


- bersambung ke bab 5 -

Cerpen Serius - MAAF - bab 3

Maaf - Bab 3
Zayn memang sedang menaruh perasaan pada seseorang, Nur Adibah, anak jiran yang tinggal di hujung blok. Sekarang Nur Adibah bekerja sebagai Guru Tadika dan mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Hari lahir Nur Adibah semakin hampir. Zayn mahu memberikan sesuatu yang istimewa. Tiba-tiba dengan perasaan teruja, Zayn menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk melamar kekasihnya. Mendengar pengakuan itu, Ameer menjadi semakin tidak keruan. Perhubungan itu mesti dihalang! Dia tidak rela membiarkan Zafirah menjadi milik orang lain, apatah lagi pekerja bergaji kecil seperti Zayn. Zayn tidak layak!
Ameer mula mengatur strategi untuk memporak perandakan hubungan Zayn dengan Zafirah. Dia mahu membuat Zayn dan Zafirah saling membenci. Setidak-tidaknya mereka tidak boleh bersatu buat masa itu. Pasangan itu mesti dihalang!
Ameer mengucapkan tahniah dan memberi kata dorongan supaya cepat-cepat melamar si kekasih hati. Kononnya berniat baik, dia mula meluahkan sisi gelap kisah silamnya di zaman percintaan.
"Aku harap kau mendapat pasangan yang baik dan setia. Jangan jadi seperti aku. Aku dah putus asa untuk bercinta. Dulu aku pernah bercinta sepanjang aku di Universiti. Ketika itu aku lalai dan alpa hingga hanyut dengan keseronokan bercinta. Huh! Kalaulah aku tak kenal perempuan jahanam tu... tentu aku tak terlibat dalam dosa besar".
Zayn hanya mendengar. Dia membiarkan Ameer meluahkan kisah peribadinya yang penuh dengan kekecewaan.
"Hah? Apa yang terjadi sampai kau kecewa dan berpatah arang dengan perempuan?"
Zayn semakin berminat untuk mengetahui kisah lampau Ameer lebih lanjut. Memang itulah yang diharapkan oleh Ameer. Dia mahu kisah rekaannya itu masuk dalam fikiran Zayn.
"Kami terlanjur banyak kali. Dia gunakan aku, goda aku untuk dapatkan duit. Aku yang tanggung perbelanjaan dia sebab dia miskin. Pompuan sial tu tinggalkan aku lepas dapat sugar daddy tua tapi kaya yang lebih berduit dari aku. Sampai sekarang aku masih lagi simpan gambar dia. Bukan untuk memuja, tapi sebagai peringatan pada sahabat dan kenalan aku yang bercinta supaya tak terjebak dengan pompuan nafsu haiwan ni".
Ameer membuka laci lalu memberi Zayn sekeping sampul surat berisi sekeping gambar. Tanpa berlengah, Zayn membukanya lalu melihat gambar Zafirah. Alangkah terkejut hingga dia hilang kata-kata. Wajahnya serta merta berubah. Dia lebih percayakan fitnah Ameer walaupun dia sebenarnya mengenali Zafirah sejak lahir.

Zayn berlalu secara tergesa-gesa. Gambar yang tadinya dipegang, jatuh dicampak ke lantai. Ameer tidak terkejut melihat perubahan sikap Zayn secara drastik. Dia tahu kenapa dan memang dia mengharapkan respon sebegitu. Siapa yang tidak melenting apabila mengetahui kekasih hati adalah wanita jalang?

- bersambung ke bab 4 -

Cerpen Serius - MAAF - bab 2

Maaf - Bab 2
Pengenalan Zafirah dan Ameer bermula dari zaman universiti lagi. Mereka tidaklah rapat sehingga bercinta, tetapi Ameer memang mengimpikan untuk menjadikan Zafirah pasangan hidupnya suatu hari nanti. Zafirah bukan tidak mahu melayan, tetapi dia mahu fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Dia tidak mahu lagi membiarkan ibu bersusah payah berkerja mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Lain orang, lain pengalamannya. Ameer datang dari keluarga senang, mana mungkin dia faham erti kesusahan hidup. Zafirah mahu ibu berehat dan duduk di rumah sahaja. Cukup-cukuplah dengan pengorbanan ibu selama ini.
Ameer bukanlah seorang yang mudah berputus asa. Sering sahaja dia cuba mengenali Zafirah secara lebih dekat. Keperibadian Zafirah benar-benar memikat hatinya, sehingga dia tidak 'nampak' wajah gadis lain. Zafirah menjadi semakin tidak selesa. Cara Ameer yang tidak sanggup menunggu seakan mendesak dan memberi tekanan pada Zafirah. Dari awal lagi Zafirah tidak pernah memberi harapan, apatah lagi melayangkan ayat-ayat cinta pada Ameer. Dia melayan Ameer sama seperti dia melayan kawan-kawan yang lain, tiada lebih apapun. Sedangkan Ameer mahu tempat istimewa di hati Zafirah. Sekian lama menunggu kata putus untuk ke fasa lebih dari sahabat, penantiannya ternyata sia-sia. Zafirah bagaikan manusia tiada perasaan. Hadiah dan segala pemberiannya ditolak dengan baik. Dia tidak mahu merasa terhutang budi atau seakan memberi harapan jika dia menerima pemberian Ameer.
Mendengar pengakuan ikhlas dari Zafirah yang menyatakan bahawa dia masih belum pernah bercinta, menguatkan lagi desakan Ameer supaya Zafirah menerimanya. Puas dia mengorek rahsia perinadi Zafirah, tetapi Zafirah mengunci rapat sisi hidupnya. Biarlah hal keluarga menjadi milik peribadinya seorang. Dia tidak bersedia berkongsi hal peribadi dengan insan yang tiada ikatan dengannya. Perangai Ameer yang terlalu obses, membuatkan Zafirah kurang selesa dan terasa dikongkong. Ameer bukanlah kekasih mahupun bakal suaminya. Ameer cuma rakan sekuliah. Setakat itu sahaja. Tiada hubungan berkaitan perasaan yang tersimpan dia dalam hati. Maka, Ameer tiada hak untuk mengawal hidupnya.
Ameer menjadi kesal apabila terserempak melihat kemesraan Zafirah dengan lelaki lain. Ternyata Zafirah berselindung di sebalik kata-katanya yang tidak jujur. Beberapa kali Ameer ternampak Zafirah melayan lelaki itu istimewa sekali sehingga bergelak ketawa dan sesekali cubit mencubit. Bila berjalan, adakalanya Zafirah memegang lengan lelaki itu dengan mesra, tanpa rasa kekok. Perbuatan itu amat memualkan di mata Ameer. Ternyata selama ini Zafirah menolak cintanya kerana dia sebenarnya sudah berpunya. Tapi kenapa masih mahu menipu dan tidak berterus terang sahaja dengannya? Hipokrit!
Secara diam Ameer cuba mendekati lelaki itu. Dia mahu jadi racun dalam perhubungan tulus antara dua insan. Secara terancang, dengan penuh kepalsuan Ameer berkenalan dengan Zayn di tempat kerja. Zayn hanya pekerja bawahan, manakala Ameer pegawai baru yang sentiasa bermanis muka dan berbuat baik padanya. Dijadikannya Zayn kawan rapat. Zayn yang pada mulanya rasa canggung dilayan bagaikan sahabat yang sudah kenal lama, lama kelamaan menjadi selesa dan serasi. Mereka berkawan sehingga menjadi sahabat baik.
Zayn juga seperti Zafirah, tidak menjadi tabiat untuk menceritakan hal peribadi pada orang lain. Setelah semakin rapat dengan Ameer, Ameer mendapat tahu Zayn sedang dilamun cinta. Setiap hari Sabtu dia akan membeli bunga untuk wanita yang dicintainya. Lebih menyakitkan hati apabila Ameer pernah ternampak Zayn memberi bunga itu pada Zafirah ketika Zafirah menjemputnya pulang. Setiap hari Zayn hanya bermotosikal kecuali setiap Sabtu Zafirah akan menghantar dan menjemputnya.
Hakikat yang Ameer tidak tahu, setiap Sabtu mereka akan bersama-sama ke tanah perkuburan melawat pusara arwah bapa mereka. Bunga itu pun bukan dibeli dalam bentuk jambangan berseni, tetapi hanya 5 kuntum dibalut dengan kertas berwarna putih. Memandangkan tempat kerja Zayn berdekatan dengan kedai bunga, maka tugas membeli 5 kuntum bunga itu telah menjadi rutinnya setiap Sabtu, atas arahan kakak kembarnya Zafirah.

Bila ditanya oleh Ameer yang kebetulan mengikutnya ke kedai bunga selepas mereka bersarapan, Zayn berseloroh menyatanya bunga itu untuk kekasihnya. 

5 kuntum mewakili 'I  LOVE YOU SO MUCH'. Gurauan itu diterima serius oleh Ameer. Dia yakin bahawa bunga itu untuk Zafirah, si gadis pujaan hati yang menolak mentah cinta sucinya.

- bersambung ke bab 3 - 

Cerpen Serius - MAAF - bab 1

Maaf - Bab 1
Dari tadi ibu memandang tepat ke luar pagar. Kerap! Ibu bagaikan menunggu kehadiran seseorang. Tidak seperti selalu, di waktu-waktu begini ibu tenang mengaji dan menghayati tafsiran ayat-ayat Ilahi. Hari ini  agak berbeza, ibu kelihatan gelisah dan kurang tenteram. Hatinya berkocak barangkali sehingga terbit ekspresi kerisauan di wajah tuanya.
Orang lain mungkin tidak perasan akan perubahan ketara pada ibu. Tapi, Zafi nampak dengan jelas. Ibu umpama merana kehilangan. Dan Zafi memang tahu apakah puncanya. Dia sedang berusaha untuk membahagiakan ibu sebagaimana dulu-dulu. Sebelum Zayn keluar dari rumah. Sebelum Zayn meninggalkan mereka dengan rasa serba salah. Sebelum Zayn rapat dengan... ahhh! Hampa rasanya mengenangkan perpecahan dalam keluarga yang selama ini erat dan utuh dengan kasih sayang. Zafi menyesal! Walau bukan dia yang menghalau Zayn, namun dia faham benar, Zayn pergi kerana marah dan sakit hati padanya.
Hakikatnya mereka tidak perlu menurut emosi hingga mewujudkan jurang dalam pertalian saudara. Mereka adalah satu, tiada seorang maka tidak lengkaplah diri.
"Malam ni kita makan di tepi laut nak tak Bu?"
Zafi cuba mengubah fokus ibu. Dia mahu fikiran ibu tidak hanya tertumpu pada kehilangan Zayn. Ibu memandang wajah Zafi. Tapi amat ketara ia pandangan sepi yang kosong. Tiada senyum manis seperti selalu.
Ibu kemudian menggelengkan kepala.  Dari wajah suramnya, jelas kelihatan penanggungan perasaan ibu yang berat menggalas rasa tak keruan. Rindu, resah barangkali. Mengapalah Zayn begitu mementingkan diri sendiri! Di saat usia tua begini, sudah pasti perasaan ibu perlu dijaga. Hati orang tua lebih mudah tersentuh. Sepatutnya di usia begini, Zayn dan Zafirah menjaga dan membahagiakan hati ibu. Setelah begitu banyak pengorbanan yang ibu curahkan untuk membesarkan mereka sehingga dewasa, ibu patut dikurniakan penghargaan. Bukan kekecewaan dan penderitaan.
Entah apa yang dimenungkan ibu. Makan tak mahu, minum tak mahu. Asyik memandang ke luar dengan harapan menggunung. Zafi mengurut-urut kaki ibu. Dia mahu ibu selesa dan rasa disayangi. Ibu memandang Zafi dengan matanya diselaputi lapisan bercahaya. Satu persatu titisan airmata melepasi birai matanya. Tanpa kata-kata, ibu meluahkan rasa sedihnya yang sukar dibendung.

Ibu menangis kerana di mindanya terhidang kebahagiaan lampau. Kisah silam sebelum Zayn menjadi cukup dewasa untuk membuat tindakan-tindakan bodoh. Ketika itu hanya ada mereka bertiga. Ibu, Zafirah dan Zayn.
"Selamat Hari Jadi, anak-anak ibu".
Muah! Muah!
Kucupan sayang hinggap di pipi anak kembar seiras yang berlainan gender itu. Satu untuk Zafirah, satu untuk Zayn. Tiada hadiah paling berharga yang dapat diberi melainkan menyediakan kek buatan sendiri. Ibu tiada modal untuk membeli hadiah mahal waima membelanja makan KFC sekalipun. Mujur anak-anak faham. Ibu membanting tulang dan tenaga wanitanya bekerja di kilang untuk menyara keluarga. Ibu bukan wanita berkerjaya yang berpelajaran tinggi. Kehidupan ketika itu sekadar cukup-cukup makan sahaja. Namun kepayahan itulah yang menjadikan keluarga mereka erat. Ketika Zafi belajar di sekolah asrama penuh sejak di tingkatan empat, Zayn yang mengambil alih hal menguruskan rumah. Ibu dah penat bekerja, maka kerja-kerja rumah seperti mengemas dan adakalanya memasak dilakukan oleh Zayn. Walau berjauhan, ikatan kasih sayang yang mendalam antara mereka hanya dapat dipisahkan oleh maut.

Kalaulah ibu mampu untuk mengundurkan kembali masa silam, ibu akan halang Zayn dari berkawan dengan Ameer.

-bersambung ke bab 2-

Saturday, December 21, 2013

HIKMAH TAK BEKERJA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^

Aku jadi surirumah dari bulan mac, maknanya sampai disember ni cukup 10 bulan aku tak keluar bekerja. Kalau buat keje pun dari rumah sebagai freelancer.


KESIMPULAN - HIKMAH TAK KEJE


Kesihatan keluarga lebih baik
Alhamdulillah, sejak aku duk umah... kurang keluar duit klinik. Kalau tak tu hampir setiap bulan ada je yang demam la, selsema la, batuk la, sakit mata la. Bila dah duk umah sendiri, anak-anak sihat. Suami pun macam tu. Rasanya sejak bulan 3, baru sekali dia kena demam. Tu pun sebab kena hujan masa balik keje naik motor dan dia tak cukup tidur beberapa hari sebab menyudahkan keje. Syukur sangat pada Allah, rasa dirahmati dan disayangi. 

Anak-anak gembira dan selesa
Alhamdulillah, sejak aku duk umah... anak-anak lebih gembira dan selesa. Bukan nak mengata akak pengasuh tu jaga tak elok [dia baik sangat], tapi kan tak sama kalau kita jaga sendiri. Kehidupan anak-anak memang bergantung pada ibu bapa. Kalau dua-dua pun bz, kesian pada anak-anak yang sedang membesar, yang sangat-sangat mendambakan kasih sayang. Usah kata anak-anak, manusia ni secara fitrahnya memang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Kalau kita sebagai ibu dan bapa tak dapat nak bagi komitmen, bayangkan kekosongan dalam jiwa dan hati mereka. Bila dah tak bekerja, aku dapat beri sepenuh perhatian, dorongan, kasih sayang pada anak-anak. 

Lebih berlapang dada
Hidup aku dah tak terkejar-kejar lagi. Dulu dipade bangun sebelum subuh sampai lewat malam, masih bz membuat keje umah dan uruskan rumahtangga. Itupun selalunya masih tak sempat nak lipat kain, hehehe. Balik je umah, terus masak. Penat toksah cakaplah. Keje production ni memangla duduk aje. Tapi kan bidang kreatif ni buat kita sakit badan dan minda jadi penat. Tekanan deadline pun buat kita jadi produktif di opis, maka setiap keje yang kita buat tu jadikan kita penat dan letih yang amat! Gaji tak padan dengan kos sara diri zaman sekarang, maka aku terpaksa buat job-job freelance waima dah balik umah sekalipun. Maka tidur malam terpaksa dikorbankan. Sekarang, hidup aku dah berubah. Aku dah tak buat semua tu lagi. Tidur aku cukup dan bila penat, aku boleh berehat sesuka hati. Kalau stress pun sebab takde duit, aku masih boleh berlapang dada sebab punya banyak masa mengadap Allah. 

Hidup lebih tenang
Dulu jarang dapat mengaji secara rutin. Setakat baca surah yasiin je. Hidup macam tak cukup masa, kena buat itu dan ini. Padehal 'keje' sampai mati pun takkan abis. Itulah bahana isi duniawi. Sekarang aku rasa hati lebih tenang bila dapat lebih masa mendekati Tuhan Maha Esa. Selama ini buat yang wajib aje. Itupun kekadang lalai dan lambat. Sekarang bila dah duk kat umah, aku sedang dan inSyaAllah terus istiqomah memperbaiki ibadat dan mengukuhkan iman. Aku ni manusia jahil, bukan anak imam yang dari kecik dah dirotan kalau tak solat, tak mengaji. Maka, aku perlu muhasabah diri dan menggali ilmu Allah. Mengaji aku tak tere sampai tahap tajwid dan tarannum perfect! Setakat bacaan biasa aje. Aku tambah dengan memahami tafsirannya. Dulu bukan tak baca tafsirnya, tapi sekejap baca, sekejap tak. Maka penghayatan pada surah-surah yang dibaca tu kurang. Sekarang aku masih dan sedang belajar, belum pandai lagi. Tapi, sekurang-kurangnya aku punya masa untuk buat semua ni banding ngan masa bz dulu. Alhamdulillah.

Boleh puaskan selera keluarga
Apa mahu makan? Mari ummi masak, hehehe. Kalau bajet ciput pun ummi akan kreatifkan diri masak sedap-sedap. Yang penting...mmmm.... sodap!

Ada masa untuk diri sendiri
Dulu takdela nak berblog-blog semua ni. Manede sempat nak menulis atau berhobi-hobian ni. Memang Blogger since 2009, tapi  ada content atau entry yang pertama lepas dah benti keje. Sekarang kemain lagi, asal rasa nak menulis je on pc, asal  on pc je nak menulis. Asal...asal... err... Asslammualaikum semua ^__^

Hidup secara qanaah
Memang tak dapat la nak beli itu ini macam masa pegang duit sendiri. Kena berjimat cermat dan belanja berhemah kalau nak survive. Tapi bila hati tenang, kita redha dan tetap menikmati kehidupan ni seadanya. Kita hidup kerana Allah dan ukur baju di badan sendiri. Tak perlu bandingkan hidup kita dengan orang senang, nanti kita rasa kurang bersyukur. Padahal Allah dah beri banyak rezki dalam pelbagai bentuk seperti - kesihatan yang baik, anak yang cemerlang, suami yang penyabar, badan kami yang makan banyak pun tak gemuk dan macam-macam lagi. Subhanallah, Alhamdulillah.

Lebih menghargai kehidupan
Bila kita dah rasa hidup yang sibuk dan hidup yang lebih tenang, kita akan jadi lebih menghargai kehidupan ini. Semuanya seakan seirama dengan nafas. Dulu adakala stress sampai kerap kena tekanan darah rendah. Kesannya pitam dan diarrhea. Sekarang aku boleh hadam masalah yang datang, inSyaAllah. Masalah datang dan pergi kerana dunia ini memang pentas ujian. Kalau tiada ujian tiadalah ganjaran syurga dan balasan neraka.  Matlamat hidup ini untuk apa? Nah! Sekarang aku jadi lebih fokus! Harap-harap Allah tak melalaikan aku kerana aku insan yang lemah, sentiasa perlu ingat dan dekat padaNya.

Firman Allah S.W.T: ''Maka jgnlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yg paling mengetahui siapa org yg bertakwa.''
(Qs. Al-Najm; 32)



Sebenarnya aku bukan tak bekerja langsung. Ada job aku buat. Bukan tidak berusaha dan hanya harapkan duit suami semata-mata. Tapi bukan bekerja sepenuh masa. Aku salute pada wanita bekerjaya. Dan aku respect pada para surirumah. Keberkatan tu ada bila kita lakukan semua kerana Allah. Maka,  sama ada anda bekerja atau tidak... anda tetap berpeluang mengejar barokah dan rahmatNya. Siapa kata buat keje rumah banyak rehat dan tak penat? Cubalah!

Kepada sesiapa yang rasa 'down', 'bosan' dan 'tak berguna' bila duk umah, ANDA SILAP! Lagi banyak anda berkhidmat untuk keluarga, lagi besar rahmat dan redha Allah. Allah tak tanya berapa banyak gaji kita. Allah tak bagi pun kita bawak duit waimah seposen pun dalam liang lahat nanti. Asalkan Dia redha, maka anda BERJAYA!

JOM! KITA REBUT REDHA ALLAH!




Monday, November 18, 2013

MENG'KAYA'KAN LAGI ORANG KAYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^

Kali ni aku nak cakap pasal kena tipu [a.k.a kena kelepet, kena kencing - ala, sama la tu!]
Rasanya dalam hidup ni mesti ramai yg pernah kena tipu. Orang amik kesempatan memperdaya sebab mereka lebih berkemampuan.

Ni kes lama, aku pon dah memaafkan sbb dah redha. Yelah... lama sangat dah kejadiannya, masa tu aku muda lagi, blom cecah 25 thn pon lagi. Muda, kan? Mudahlah org nak perkotak katikkan. Sepak terajang kehidupan ni blom lengkap lagi merasa masa tu, blom  matang. 

Aku dihantar berkursus dgn bos aku. Kami dapat kursus tu percuma sbb pembelian software dan hardware. Tp aku disuruh tandatangan kontrak. Isi kandungan B.I standard. Aku nak bekerja lagi kat situ, maka tepaksa la sign, kan? 

Tak sampai setahun pastu, tetiba opis tu nak pindah jauh. Masa tu laki aku blaja kat Shah Alam, maka kami xnaklah ikut pindah. Aku pon letak notis sebulan utk benti keje. Masa nak benti tu big bos aku tunjuk balik kontrak n mintak aku byr balik kos kursus td. Padehal course basic photoshop tu aku xpnah guna pon masa buat animation zaman tu. Kos dia pulak tu... lebih dari sebulan gaji aku. Bayangkan, aku yg miskin ni kena byr kat company yg sah2 byk duit.  Dari segi undang2, aku memang salahlah tp ce pikir secara logik... betapa aku terpaksa sign masa tu sbb terpaksa ikut cakap bos. Kalaulah aku lebih berani, kalaulah aku lebih matang, kalaulah aku celik undang2 [masa tu].

Sbb nak hidup aku tenang dan berkat, dalam pada sakit hati dan marah, aku byr jugak. Tolak gaji... dan byr dgn semua duit kutu yg aku main kt opis masa tu. Sesen pon aku xdapat pegang. Igtkan nak buat duit simpanan, tp sume tepaksa bagi kat company yg kaya raya. Abis sume duit aku membayar kos kursus tu. Aku sedih sangat masa tu sbb big bos anak datuk org kaya tu buat tektik asalkan dia menang. Tiada tolak ansur! Padehal aku bekerja  dgn jujur sepenuh jiwa raga sepanjang aku berkhidmat di bawah dia. Hari cuti [xde OT] pon ada masa aku datang nak siapkan keje. Masa tu dia muda, kaya, berkuasa... mestilah dia menang [company tu dia yg punya!]. Sebagai kuli cabuk, aku ni senang2 je kena naya.  Aku bersabar dan moved on. Dapat keje lain dan buat macam2 keje pastu.

Moral: Kalau Allah beri kuasa, pangkat dan kekayaan, layanlah org lain dgn berkebajikan. Jgn amik kesempatan tanpa ada budi bicara. Hati orang bukan mcm tanah utk dipijak2. Ingatlah karma Tuhan.

Baru2 ni aku dgr balik nama ex-big bos tu... aku xrasa marah lagi. Sbb dah lama redho dgn ujian Allah. Tp,  tetiba aku teringat balik perbuatannya. Sekarang kami sama2 dah tua, kalau aku tua, dia lagilah dah lebih-lebih-lebih tua lagi. Aku byk terjumpa dgn kawan2 lama, tau jela industri ni bukan besar mana pon kat Malaysia ni. Tp, ngan ex big bos ni aku mmg xpnah terjumpa di mana2. Kalau terjumpa aku ok je rasanya. Dah lama dah berlalu. Hikmah - penganiayaan dia mengajar aku erti hidup. Sejak tu aku fobia utk sign ape2 kontrak. Dan... bila dengar je nama dia yg terlintas di hati aku ialah SERIK!