Maaf
- Bab 7
Ketika
tiba di rumah, hari sudah lewat. Zayn
kepenatan dan tidak membuka bungkusan pemberian Nur Adibah. Selepas Subuh
keesokan paginya, barulah Zayn membuka bungkusan itu.
Di
dalam bungkusan itu terdapat kek kegemaran Zayn. Dia pasti itu masakan ibu. Itu
adalah kek kegemarannya yang sering diminta dari ibu. Kerana dia turut rindukan
ibu, terus dijamahnya kek itu. Tetapi rasanya tidak sama seperti selalu. Kek
ibu lebih sedap. Dibukanya surat yang diletakkan di sisi kek itu.
السلام عليكم
Zayn, kek itu bukan ibu yang buat. Zafi yang buat sebab tahu itu
kegemaran Zayn. Rasanya mesti tak sesedap air tangan ibu. Ibu tak dapat buat
sebab ibu sakit. Baliklah, Zayn. Kalau tak pun, lawatlah ibu di Hospital.
Zafi mengaku yang Zafi memang kenal Ameer Afiq semasa di Universiti.
Kami hanya berkawan dan tiada apa-apa hubungan istimewa. Ameer memang pernah
menyatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Zafi sebagai kekasihnya, tapi Zafi
tolak dengan baik.
Hingga sekarang Zafi tak pernah bercinta sebab terlalu fokus pada
kerjaya dan keluarga. Zafi nak bahagiakan ibu dan tak mahu lagi ibu berpenat
lelah macam dulu. Zafi nak balas jasa ibu dan Zayn yang banyak berkorban untuk
melihat Zafi berjaya. Semasa Zafi sibuk belajar di asrama penuh dan di
universiti, Zayn yang jaga ibu dan buat kerja-kerja rumah. Bila Zafi dah ada
kerjaya, Zafi nak hidup keluarga kita berubah jadi lebih baik.
Jika Ameer yang menfitnah Zafi, Zayn perlu siasat apakah motifnya.
Zafi bersumpah, Zafi sentiasa jaga adab dan maruah diri sepanjang berjauhan
dari keluarga. Sekalipun Zafi tak pernah membuat maksiat seperti tuduhan Zayn.
Zayn siasatlah mengapa Ameer membuat cerita tak betul tentang Zafi.
Zayn... kita bukan saja adik beradik, bahkan kita kembar satu uri,
kita bagaikan satu jiwa. Zayn pergi, ibu jadi hilang semangat hingga jantungnya
jadi lemah. Zafi pun sama, jadi lemah dan rasa kehilangan. Kalau Zafi rasa
lemah, Zayn pun sama, kan? Zayn baliklah.
Zafi dan ibu terlalu rindukan Zayn. Kami dah maafkan Zayn. Puas Zafi
cuba hubungi Zayn, nak bagitahu Zayn tentang keadaan ibu yang sakit. Tapi Zayn
mengelak dan tak mahu langsung bercakap dengan Zafi. Zayn baliklah rumah. Zayn
jenguklah ibu di Hospital. Ibu kita dah tua, kita kena bahagiakan ibu
sebagaimana ibu bahagiakan kita dari kita lahir hingga kita dewasa. Zafi taknak
Zayn menyesal kalau apa-apa jadi pada ibu.
~ Zafirah ~
Surat
Zafi menyentuh perasaan Zayn. Ketika
marahnya semakin surut, dia lebih berlapang dada dan mampu membaca utusan
berita daripada Zafi. Kali ini ada sekelumit rasa ingin percaya pada kata-kata
Zafi. Ada benarnya saranan Zafi, dia perlu menyiasat perkara yang membawa pada
pertelingkahan mereka sekeluarga.
Ibu...
kalau apa-apa yang buruk terjadi pada ibu, memang Zayn takkan dapat memaafkan
dirinya sendiri. Ketepikan sebuah ego yang besar, yang paling penting ialah
ibu. Kalau Zayn mampu membantu membuat ibu kembali sihat, dia perlu segera
bertindak.
Dari
jauh Ameer melihat Zayn berwajah sedih membaca sekeping nota. Kemudian Zayn
tergesa-gesa memasukkan pakaiannya ke dalam beg, persis mahu berpindah. Ameer
lalu menegur.
"Kenapa ni?"
[Ameer]
"Cerita tentang kekasih kau di
universiti dulu, perempuan yang kau carutkan tu... kau bagitahu aku, itu cerita
betul ataupun fitnah yang kau reka?" [Zayn]
"Buat apa aku nak reka cerita?
Aku cuma tak mahu ada lelaki lain jadi mangsa pompuan tu! Kenapa kau bangkitkan
semula kisah hitam tu?"
[Ameer]
"Sebab cerita kau tulah hidup aku
jadi merana! Aku dah takde masa lagi. Aku nak ke Hospital sekarang. Orang yang
aku sayang perlukan aku". [Zayn]
Ditukarnya
kembali sim card. Kelihatan terlalu
banyak sms dan panggilan yang dibuat oleh Zafi. Segera dihubunginya Zafi.
"Ibu
kat Hospital mana? Aku nak jumpa ibu sekarang". [Zayn]
"Ibu
dah balik rumah. Zayn baliklah... [Zafi]
Puas
Zafi menahan getaran suara tangisannya di talian. Dia sangat lega dan terharu
bila Zayn menghubunginya.
- bersambung ke bab 8 -
No comments:
Post a Comment