Monday, December 23, 2013

Cerpen Serius - MAAF - bab 3

Maaf - Bab 3
Zayn memang sedang menaruh perasaan pada seseorang, Nur Adibah, anak jiran yang tinggal di hujung blok. Sekarang Nur Adibah bekerja sebagai Guru Tadika dan mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Hari lahir Nur Adibah semakin hampir. Zayn mahu memberikan sesuatu yang istimewa. Tiba-tiba dengan perasaan teruja, Zayn menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk melamar kekasihnya. Mendengar pengakuan itu, Ameer menjadi semakin tidak keruan. Perhubungan itu mesti dihalang! Dia tidak rela membiarkan Zafirah menjadi milik orang lain, apatah lagi pekerja bergaji kecil seperti Zayn. Zayn tidak layak!
Ameer mula mengatur strategi untuk memporak perandakan hubungan Zayn dengan Zafirah. Dia mahu membuat Zayn dan Zafirah saling membenci. Setidak-tidaknya mereka tidak boleh bersatu buat masa itu. Pasangan itu mesti dihalang!
Ameer mengucapkan tahniah dan memberi kata dorongan supaya cepat-cepat melamar si kekasih hati. Kononnya berniat baik, dia mula meluahkan sisi gelap kisah silamnya di zaman percintaan.
"Aku harap kau mendapat pasangan yang baik dan setia. Jangan jadi seperti aku. Aku dah putus asa untuk bercinta. Dulu aku pernah bercinta sepanjang aku di Universiti. Ketika itu aku lalai dan alpa hingga hanyut dengan keseronokan bercinta. Huh! Kalaulah aku tak kenal perempuan jahanam tu... tentu aku tak terlibat dalam dosa besar".
Zayn hanya mendengar. Dia membiarkan Ameer meluahkan kisah peribadinya yang penuh dengan kekecewaan.
"Hah? Apa yang terjadi sampai kau kecewa dan berpatah arang dengan perempuan?"
Zayn semakin berminat untuk mengetahui kisah lampau Ameer lebih lanjut. Memang itulah yang diharapkan oleh Ameer. Dia mahu kisah rekaannya itu masuk dalam fikiran Zayn.
"Kami terlanjur banyak kali. Dia gunakan aku, goda aku untuk dapatkan duit. Aku yang tanggung perbelanjaan dia sebab dia miskin. Pompuan sial tu tinggalkan aku lepas dapat sugar daddy tua tapi kaya yang lebih berduit dari aku. Sampai sekarang aku masih lagi simpan gambar dia. Bukan untuk memuja, tapi sebagai peringatan pada sahabat dan kenalan aku yang bercinta supaya tak terjebak dengan pompuan nafsu haiwan ni".
Ameer membuka laci lalu memberi Zayn sekeping sampul surat berisi sekeping gambar. Tanpa berlengah, Zayn membukanya lalu melihat gambar Zafirah. Alangkah terkejut hingga dia hilang kata-kata. Wajahnya serta merta berubah. Dia lebih percayakan fitnah Ameer walaupun dia sebenarnya mengenali Zafirah sejak lahir.

Zayn berlalu secara tergesa-gesa. Gambar yang tadinya dipegang, jatuh dicampak ke lantai. Ameer tidak terkejut melihat perubahan sikap Zayn secara drastik. Dia tahu kenapa dan memang dia mengharapkan respon sebegitu. Siapa yang tidak melenting apabila mengetahui kekasih hati adalah wanita jalang?

- bersambung ke bab 4 -

No comments: