Monday, December 23, 2013

Cerpen Serius - MAAF - bab 8

Maaf - Bab 8
Ameer seakan tidak berpuashati dengan tindakan Zayn. Bukan kesudahan begitu yang diharapkannya. Dia mengekori Zayn untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebenarnya yang terjadi pada hubungan Zayn dan Zafirah.
"Beg kau besar ni, takpe biar aku hantar. Kau cakap mana kau nak pergi, aku tolong hantarkan. Lagipun emosi kau tengah tak stabil ni"  [Ameer]
Melihat wajah Zayn dibasahi airmata, menjadikan Ameer mahu melihat kesinambungan dramatik babak percintaan dua insan. Dia menyangkakan Zayn sedih kerana putus cinta.
Melihat ramai orang berkopiah dan berbaju kurung di perkarangan rumah, membuat hati Zayn tak keruan. Dia bimbang jika ibu pergi terlalu awal. Diterjahnya sambil melaungkan panggilan ibu.
IBU.... IBU...
BU....  ZAYN DAH BALIK...
IBU...  ZAYN NI...
IBU... BANGUNLAH BU... KENAPA IBU  TAK TUNGGU ZAYN?
IBU... IBU...   [Zayn]

"Zayn, ibu dah tiada" [Zafi]
Mendengar kata-kata Zafi seakan menjatuhkan hukuman mati padanya. Zayn menggoncang tubuh ibu yang susut mendadak. Ibu-ibu yang menyaksikan turut menitiskan airmata sayu melihat rayuan anak yang terlewat.
Ameer semakin keliru apabila melihat Zafirah dan Nur Adibah duduk bersebelahan.
"Saya kawan serumah Zayn. Yang itu siapa?"  Soal Ameer pada jiran tetangga sambil menudingkan ibu jari pada Zafirah.
"Itu Zafirah, kembar si Zayn. Kesian, sejak Zayn keluar dari rumah, ibunya murung sampai jatuh sakit. Si Zayn pun satu, kalau ye pun bergaduh dengan Zafi, janganlah sampai lupakan ibu sendiri..."
Ketika itu sesalan terhebat meluru ke arah Ameer. Rasa berdosa dan bersalah datang bertimpa-timpa. Memang dia yang menabur fitnah pada Zafirah kerana cemburu melihat hubungan mesra antara Zayn dan Zafirah. Namun cemburunya tidak bertempat. Hubungan mereka halal. Mereka mahram yang yang sejak azalinya sentiasa bersama.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Mengapa aku  sanggup menganiaya wanita semulia dan sebaik Zafirah?
Kerana fitnahnya, Zayn dan Zafirah kehilangan ibu tercinta.
Bagaimana dia mahu membetulkan kesilapannya yang besar hingga mengakibatkan maut?
Perlahan-lahan Ameer berlalu keluar dari rumah itu. Dia memandu laju, sama lajunya dengan airmata yang menitis. Itulah sesalan terbesar dalam hidupnya. Langsung dia tidak pernah terfikir bahawa Zayn dan Zafirah adalah saudara kandung. Apatah lagi saudara kembar, sudah tentulah pertalian itu terlalu rapat dan mesra. Bagaimana dia mahu meneruskan hidup dengan rasa bersalah yang menyesakkan nafas?

Ya Allah, sesungguhnya aku bertaubat padaMu, ya Allah. Aku menyesal atas perbuatan jahatku. Aku telah menganiaya keluarga itu. Mereka tidak berdosa apa-apa padaku tetapi aku telah menfitnah mereka hingga kehidupan mereka musnah. Ya Allah, ampunilah aku. Aku menyesal!

- bersambung ke bab 9 -

No comments: