Maaf
- Bab 4
Sampai
di rumah Zayn meluru menghempas pintu dengan kasar. Diterjahnya Zafirah tanpa
rasa hormat.
"Siapa Ameer Afiq Dato' Aziz?
Sekarang kau bagitahu aku, siapa dia?" [Zayn]
"Kenapa dengan kau ni? Dia kawan
aku masa di universiti, apa kaitan dengan kau sampai nak marah-marah macam
ni?" [Zafirah]
Mendengar
Zayn menengking Zafirah, ibu bingkas cuba meleraikan. Anak-anaknya jarang
bergaduh. Kali terakhir mereka bergaduh ketika mereka masih remaja. Itupun
tidaklah sampai menengking kuat-kuat.
"Zafi, Zayn... kenapa ni?" [ibu]
"Zafi ni perempuan takde maruah!
Dia jual diri untuk sara hidup dia kat universiti dulu! Kalau kawan Zayn tak
bagitahu, sampai mati kita kena tipu dengan betina ni!" [Zayn]
"Apa kau merepek ni? Fitnah dari
mulut siapa yang kau percaya ni? Bila masa aku jual maruah diri?" [Zafirah]
"MasyaAllah... bawak mengucap....
istighfar anak-anak ibu... kenapa tiba-tiba jadi macam ni? Zayn, cuba bertenang. Cakap baik-baik, siapa
yang buat cerita jahat tentang Zafi ni?" [ibu]
Ibu
cuba meleraikan. Ditariknya tangan Zayn yang sedang memegang Zafirah dengan kasar.
"Zayn malu ibu. Kawan baik Zayn
rupanya adalah mangsa penipuan Zafi. Zafi pompuan liar masa di universiti dulu,
Bu. Bukan dengan dia je Zafi berzina, dengan lelaki kaya lain jugak!!!" [Zayn]
PANG!!!!
Zafirah
menampar Zayn. Merah padam mukanya menanggung marah. Dia menangis.
"Kurang ajar!" [Zafi]
"Zafi sentiasa jaga maruah dan
nama baik keluarga kita. Ibu kenal Zafi, kan? Zafi bersumpah, Zafi tak pernah
buat perbuatan laknat tu dengan sesiapa pun. Ibu... Zafi kena fitnah, Bu".
[Zafi]
Kenapa kau lebih percaya orang lain,
Zayn? Aku ni kakak kau, kau lebih kenal aku. Tapi kenapa kau lebih percayakan
fitnah?" [Zafi]
"Sudah!!!!" [ibu]
"Zayn, bagitahu ibu dari mana
Zayn dapat cerita ni?" [ibu]
"Ibu pun tak percayakan Zayn?
Mentang-mentanglah Zafi bagi ibu duit banyak. Dia lebih berpelajaran, lebih
berpangkat, lebih berduit! Ibu menangkan aje semua yang Zafi buat! Dia pompuan
kotor! Ibu suka ke makan duit haram?"
[Zayn]
PANG!!!!
Ibu
pula menampar Zayn. Tidak tahan mendengar tuduhan melulu Zayn terhadap mereka
dua beranak. Mereka semua menangis kecuali Zayn.
"Ibu... Zafi dah buat macam tu
pun ibu masih tak sedar lagi! Zayn tahu selama ni Zayn bukan anak harapan ibu.
Zayn tak berpelajaran dan tak mampu nak mewahkan ibu... Zayn takkan susahkan
ibu lagi. Biarlah anak kesayangan ibu yang hidup dalam maksiat ni yang jaga
ibu. Zayn taknak subahat!" [Zayn]
"Zayn... jangan macam ni. Zayn,
aku dan ibu tak bersalah. Kau jangan mudah percaya pada fitnah!" [Zafi]
Zafirah
cuba menghalang Zayn tetapi dengan kasar Zayn menepis pegangan tangan Zafirah.
"Zayn, jangan pergi! Kalau kau
benci aku pun, kau takde hak nak hukum ibu..."
[Zafi]
"Kau yang buat maksiat, berzina
siang malam, aku pulak yang kena tampar! Ibu pun dah tak percaya kat aku, buat apa aku nak tunggu
lagi?" [Zayn]
"Zayn... kau siasat dulu sebelum
maki aku. Fitnah ni boleh pecah belahkan keluarga kita. Aku ada kau dan ibu je.
Ibu ada aku dan kau je. Kau tak sayang ibu ke Zayn?"
[Zafi]
"Pegi mamposlah kau pompuan sial!
Aku takde kakak yang celaka macam kau!"
[Zayn]
Itulah
ayat terakhir Zayn sebelum keluar dari rumah. Sampai hati Zayn tinggalkan ibu,
tingalkan Zafirah dengan ayat seribu luka. Ketika itu ibu dan Zafirah sudah
lemah, habis tenaga mereka menahan amarah Zayn yang melampaui batas. Seumur
hidup Zayn tidak pernah melatah begitu. Dia sangat tenang dan sukar untuk
melenting. Ternyata impak fitnah terlalu besar. Wajarlah dosa menfitnah lebih
besar dari dosa membunuh.
- bersambung ke bab 5 -
No comments:
Post a Comment