Monday, December 23, 2013

Cerpen Serius - MAAF - bab 10 - Ending!

Maaf - Bab 10
Mendengar pengakuan Ameer di depan mata, Zayn lalu memukulnya tanpa belas. Teruk Ameer  dibelasahnya. Ameer hanya membiarkan dan langsung tidak mengelak pukulan demi pukulan yang hinggap di muka dan tubuhnya. Ameer menadah karma sebagai kifarah.
Zafirah menjerit meminta pertolongan. Takut melihat pertumpahan darah di kawasan perkuburan. Mujur ada yang mendengar dan berjaya memegang Zayn. Ameer dibelasah hingga koma dan dikejarkan ke Hospital sementara Zayn ditahan beberapa hari dalam lokap.
Setelah Ameer sedar dari koma, dia yang membantu membebaskan Zayn dari sebarang pertuduhan.
Dengan rasa rendah hati, Ameer datang ketika Zayn dibebaskan. Zafirah lebih tenang dan berlapang dada. Dia berterima kasih pada Ameer kerana menamatkan isu itu di luar mahkamah.
Sebelum beredar, Ameer berkata...
"Dosa menfitnah lebih besar daripada membunuh. Jadi, kalau hari tu kau belasah aku sampai mati pun, aku masih tak dapat tebus dosa pada kau sekeluarga. Aku yang berdosa, jadi kau janganlah hukum dan seksa diri kau, Zayn.
Aku mohon ampun dan maaf pada kamu berdua. Andai kata suatu hari nanti kamu berdua sedia memaafkan aku, barulah aku bebas dari menggalas beban dosa yang besar ini".

Di rumah, semasa Zayn usai mengimamkan solat, bagaikan memberi tazkirah Zafi memujuk lembut.
"Siapalah kita ni untuk hukum sesama manusia. Sedang Nabi ampunkan umat. Sedang Allah maha penyayang lagi maha pengampun. Siapalah kita yang kerdil ni nak bersifat angkuh dan ego. Kemaafan itu membersihkan hati. Kemaafan itu melegakan perasaan. Kemaafan itu mententeramkan jiwa. Zayn nak hidup tenang, kan? Kalau nak tenang... berlapang dadalah. Lepaskan semuanya Zayn, lepaskan. Jangan tanggung beban amarah tu. Zafi tau sebenarnya Zayn masih tak dapat memaafkan diri Zayn sendiri, kan?
Zayn belajarlah untuk memaafkan Ameer dan memaafkan diri Zayn sendiri".
Zayn mengangguk perlahan. Ada sinar keinsafan di matanya.
Perlahan-lahan manik-manik jernih membasahi pipi. Dipandangnya wajah tenang Zafirah. Ternyata kakaknya sangat kuat. Setelah menempuh pelbagai dugaan, Zafi masih mampu berlapang dada. Benar kata Zafi, betapa berat rasa bersalah yang dipikulnya, hingga dia masih gagal menerima cara pemergian ibu yang sadis. Dia perlu belajar untuk melepaskan semua rasa bersalah itu.
Beberapa hari kemudian, dia menghubungi Ameer untuk bertemu.
"Maafkan aku kawan... maafkanlah aku. Jika untuk mendapat kemaafan dari kau menyebabkan semua isi dunia membenci aku atas perbuatan keji aku, aku rela... aku redha".   [Ameer]
Bersaksikan Zafi, luahan Ameer disambut dengan jabat salam dan pelukan seorang sahabat di Lapangan Terbang. Ketika itu Ameer mahu berhijrah ke luar negara atas alasan untuk memulakan hidup baru.
Selang sebulan kemudian, Zayn dan Zafi mendapat berita yang mengejutkan, berita kematian Ameer. Rupanya keadaan kesihatan Ameer belum pulih kerana kesan kecederaan dalaman. Dia ke luar negara untuk mendapatkan rawatan susulan.
Sekali lagi Zayn tak keruan. Nafasnya kencang, sukar dikawal. Dia menyesal. Melihat adiknya bagaikan hilang kawalan, pantas didakap oleh Zafi.
"Lepaskan... lepaskannya, Zayn... redhalah dengan ketentuan Allah. Ini ujian"   [Zafi]

AMPUNKAN HAMBAMU YANG BERDOSA INI YA ALLAH.

MAAFKAN ZAYN, IBU...
MAAFKAN AKU, AMEER...
MAAFKAN AKU, ZAFI...

MAAF... MAAF... MAAF...
Hanya itu yang diulang. Banyak kali. Airmata yang melebat terus deras di bahu Zafi.



- Tamat -

No comments: