Monday, December 23, 2013

Cerpen Serius - MAAF - bab 6

Maaf - Bab 6
Zafi tidaklah sampai menceritakan semua kemelut keluarga mereka pada Nur Adibah. Dia cuma mahu tahu di mana Zayn tinggal setelah keluar meninggalkan mereka. Melalui Nur Adibah, Zafi mendapat tahu Zayn tinggal serumah dengan pegawai di tempat kerjanya yang bernama Ameer.
Zafi semakin pasti bahawa Ameer yang meracuni fikiran Zayn. Tapi mengapa dendam Ameer begitu mendalam hingga sanggup mereka cerita fitnah jahat yang memisah dan memporak perandakan keluarga mereka?
Ameer bahagia melihat perubahan Zayn. Ketika Zayn menghubunginya untuk tumpang sementara di rumahnya, dia tidak bercakap banyak. Memang dia harapkan keserabutan pada hidup Zayn. Maka dia mudah faham mengapa Zayn perlu tingal jauh dari kekasihnya yang dikatakan tinggal sama blok dengannya. Kini, tiada lagi 5 kuntum bunga setiap hari Sabtu. Tiada lagi kereta Hyundai hitam milik Zafi datang menjemput dengan senyuman mesra. Puas hati Ameer melihat perubahan itu. Mereka sudah putus! Tiada  lamaran apatah lagi pernikahan!
Bila tinggal serumah, semakin banyak yang mereka kongsikan sebagai bahan bualan. Ketika bersembang, keluar nama Nur Adibah, pengisi hati yang lara. Zayn menyatakan dia sedang bahagia dengan kekasihnya. Di saat-saat dirinya dihimpit konflik, mujurlah ada kekasih hati menjadi pendorong dan memberi sokongan moral. Ameer keliru! Siapa pula Nur Adibah? Bukankah kekasih Zayn bernama Zafirah?
Sepanjang perkenalan mereka, sama ada Ameer mahupun Zayn, langsung tidak pernah menyebut nama Zafirah. Ketika gambar Zafirah ditunjukkan pada Zayn, Ameer tidak menyebut sebarang nama.
Hujung minggu itu Zayn bersiap-siap untuk bertemu janji dengan Nur Adibah, bersempena dengan hari lahir Nur Adibah. Dalam diam Ameer mengekori Zayn untuk mengetahui siapa sebenarnya kekasih Zayn. Dari jauh jelas kelihatan wanita lain di samping Zayn. Mungkin itulah Nur Adibah. Tapi, mana Zafirah? Mengapa Zayn marah apabila mendengar cerita rekaannya tentang Zafirah?
Setelah menerima hadiah hari lahir daripada Zayn, Nur Adibah pula menghulurkan bungkusan kepada Zayn.
"Aik? Hari jadi awak, awak pula yang beri  hadiah?"  [Zayn]

"Kat rumah nanti awak buka, ya". [Nur Adibah]

- bersambung ke bab 7 -

No comments: