Monday, December 23, 2013

Cerpen Serius - MAAF - bab 9

Maaf - Bab 9
"Ampunkan Zayn, ibu..."
"Ampunkan Zayn..."
"Zafi, Zayn minta maaf sebab lebih percayakan fitnah daripada keluarga sendiri. Zayn minta maaf, Zayn menyesal..."  [Zayn]
Melihat Zayn yang hilang punca dan meracau menggoncang jasad kaku ibu, Zafi cuba menenangkan. Bercucuran airmata semua yang menyaksikan. Ditariknya Zayn lalu didakapnya adiknya. Disapu airmata Zayn yang tak henti-henti deras mengalir.
"Zayn... sabarlah..."
"Ibu dah maafkan Zayn... Zafi pun dah maafkan Zayn"

Usai pengkebumian, Zayn enggan berganjak dari pusara ibu. Airmatanya tiada empangan terus deras mengalir. Ketika itu semua orang sudah pulang, tinggal mereka berdua sahaja di kubur ibu. Melihat keadaan adiknya yang diburu sesalan, Zafi lantas memujuk.
"Zayn dengarlah..."
"Sebelum pergi, ibu dah pesan pada Zafi... Ibu kata tolong sampaikan pada Zayn yang ibu sayang pada Zayn, sama macam ibu sayangkan Zafi. Ibu dah maafkan Zayn. Zafi pun dah maafkan Zayn. Ibu nak kita berbaik dan usah bergaduh lagi". [Zafi]

"Zayn tau, ibu merana sebab Zayn".
"Zayn yang buat ibu sakit!"
"Zayn yang bunuh ibu!"
"Zayn anak derhaka..."
"Ibu... maafkan Zayn..."
"Zayn menyesal..."

"Zayn, dengar sini...
Kalau Arwah Ibu dan Zafi dah maafkan Zayn, kenapa Zayn tak boleh nak maafkan diri Zayn sendiri?
Zayn kena berusaha maafkan diri Zayn sendiri.
Yang terkubur hanyalah jasad ibu. Roh ibu dah kembali pada jagaan Allah. Kita kena redha menerima qada dan qadar Allah.
Kalau Zayn nak roh ibu tenang, Zayn kena berlapang dada dan maafkan diri Zayn sendiri".

Zafirah menuturkannya dengan tegas. Dia mahu Zayn meneruskan kehidupan dengan tenang. Arwah ibu juga pasti mahu begitu.

"Aku faham sesalan di hati Zayn. Akupun sampai bila-bila takkan dapat memaafkan diri aku sendiri".
"Maafkan aku... Zafirah, maafkan aku Zayn. Aku yang salah sebab menfitnah Zafirah. Setelah Zafirah menolak cinta aku, aku cemburu melihat kemesraan kamu berdua. Aku sangka kalian pasangan bercinta. Aku langsung tak menyangka yang kalian adik beradik. Akulah yang berdosa dalam hal ni, bukan kau Zayn. Maafkanlah aku"

Ameer muncul dengan pengakuan jujur. Kali ini dia benar-benar ikhlas ingin membetulkan kekhilafan diri. Walau sudah terlewat untuk memohon maaf, namun dia harus berani berdepan dengan masalah.

- bersambung ke bab 10 -

No comments: