Maaf
- Bab 10
Mendengar
pengakuan Ameer di depan mata, Zayn lalu memukulnya tanpa belas. Teruk
Ameer dibelasahnya. Ameer hanya
membiarkan dan langsung tidak mengelak pukulan demi pukulan yang hinggap di
muka dan tubuhnya. Ameer menadah karma sebagai kifarah.
Zafirah
menjerit meminta pertolongan. Takut melihat pertumpahan darah di kawasan
perkuburan. Mujur ada yang mendengar dan berjaya memegang Zayn. Ameer dibelasah
hingga koma dan dikejarkan ke Hospital sementara Zayn ditahan beberapa hari
dalam lokap.
Setelah
Ameer sedar dari koma, dia yang membantu membebaskan Zayn dari sebarang pertuduhan.
Dengan
rasa rendah hati, Ameer datang ketika Zayn dibebaskan. Zafirah lebih tenang dan
berlapang dada. Dia berterima kasih pada Ameer kerana menamatkan isu itu di
luar mahkamah.
Sebelum
beredar, Ameer berkata...
"Dosa
menfitnah lebih besar daripada membunuh. Jadi, kalau hari tu kau belasah aku
sampai mati pun, aku masih tak dapat tebus dosa pada kau sekeluarga. Aku yang
berdosa, jadi kau janganlah hukum dan seksa diri kau, Zayn.
Aku
mohon ampun dan maaf pada kamu berdua. Andai kata suatu hari nanti kamu berdua
sedia memaafkan aku, barulah aku bebas dari menggalas beban dosa yang besar
ini".
Di
rumah, semasa Zayn usai mengimamkan solat, bagaikan memberi tazkirah Zafi
memujuk lembut.
"Siapalah kita ni untuk hukum
sesama manusia. Sedang Nabi ampunkan umat. Sedang Allah maha penyayang lagi maha
pengampun. Siapalah kita yang kerdil ni nak bersifat angkuh dan ego. Kemaafan
itu membersihkan hati. Kemaafan itu melegakan perasaan. Kemaafan itu
mententeramkan jiwa. Zayn nak hidup tenang, kan? Kalau nak tenang... berlapang
dadalah. Lepaskan semuanya Zayn, lepaskan. Jangan tanggung beban amarah tu. Zafi
tau sebenarnya Zayn masih tak dapat memaafkan diri Zayn sendiri, kan?
Zayn belajarlah untuk memaafkan Ameer
dan memaafkan diri Zayn sendiri".
Zayn
mengangguk perlahan. Ada sinar keinsafan di matanya.
Perlahan-lahan
manik-manik jernih membasahi pipi. Dipandangnya wajah tenang Zafirah. Ternyata
kakaknya sangat kuat. Setelah menempuh pelbagai dugaan, Zafi masih mampu
berlapang dada. Benar kata Zafi, betapa berat rasa bersalah yang dipikulnya,
hingga dia masih gagal menerima cara pemergian ibu yang sadis. Dia perlu
belajar untuk melepaskan semua rasa bersalah itu.
Beberapa
hari kemudian, dia menghubungi Ameer untuk bertemu.
"Maafkan aku kawan... maafkanlah
aku. Jika untuk mendapat kemaafan dari kau menyebabkan semua isi dunia membenci
aku atas perbuatan keji aku, aku rela... aku redha". [Ameer]
Bersaksikan
Zafi, luahan Ameer disambut dengan jabat salam dan pelukan seorang sahabat di
Lapangan Terbang. Ketika itu Ameer mahu berhijrah ke luar negara atas alasan
untuk memulakan hidup baru.
Selang
sebulan kemudian, Zayn dan Zafi mendapat berita yang mengejutkan, berita
kematian Ameer. Rupanya keadaan kesihatan Ameer belum pulih kerana kesan
kecederaan dalaman. Dia ke luar negara untuk mendapatkan rawatan susulan.
Sekali
lagi Zayn tak keruan. Nafasnya kencang, sukar dikawal. Dia menyesal. Melihat adiknya
bagaikan hilang kawalan, pantas didakap oleh Zafi.
"Lepaskan... lepaskannya, Zayn... redhalah dengan ketentuan Allah. Ini ujian" [Zafi]
AMPUNKAN HAMBAMU YANG BERDOSA INI YA
ALLAH.
MAAFKAN ZAYN, IBU...
MAAFKAN ZAYN, IBU...
MAAFKAN AKU, AMEER...
MAAFKAN AKU, ZAFI...
MAAF... MAAF... MAAF...
MAAF... MAAF... MAAF...
Hanya
itu yang diulang. Banyak kali. Airmata yang melebat terus deras di bahu Zafi.
-
Tamat -