Sunday, September 29, 2013

Sebab Aku TAK Kacak! [Bab 5] <----- ending!

Bab 5
Bila dah sarung cincin kat jari Limah, mak aku rasa malu sendiri. Limah cantik sangat! Selama ni dia tak pernah mekap. Bila berbedak sikit pun dah naik seri. Kulit dia mulus, licin dan putih gebu. Tetiba mak jadi berkenan sangat dan bulan depannya nak langsungkan terus pernikahan.
Masa dekat-dekat nak kawen tu kami berbincang dan masing-masing pergi spa untuk sesi grooming. Ada la dalam 4 - 5 sesi. Hasilnya?
Masa hari pernikahan, aku terasa yakin sangat. Sejak tu sampai lepas kawen pun kami sama-sama jaga penampilan. Semua macam tak percaya. Puji aku kacak lah, puji Limah jelita lah.
Nampak tak permainan kitorang? Pahamkan? 
Kalau nak cantek bergaya, biarlah bertempat. Hala kan pada tempat yang tepat. Aku bergaya untuk isteri aku yang sah. Limah pulak cantek berseri untuk aku. Syukur sangat, Alhamdulillah.
Lagi satu... masa isi borang nikah tu, baru aku tau nama penuh Limah.
Putri Limah Maria binti Sahabudeen.
Eh, tak, tak. Bukanlah. Nama dia... jeng! jeng! jeng!
                             .
                             .                
                             .
                             .
                             .
        Che Limah binti Che Abu

Hmmm.... takpela... nama je tua, tapi sweet sangat pada aku.
Lepas kawen korang tau apa panggilan kami?
Ni kang jangan muntah jagung pulak, ye. Sedia tak? Nak pecah rahsia ni....
Aku panggil Limah... Gegirl [sebab dia muda 10 tahun daripada aku, chewah!]
Limah panggil aku  'Abang Tampan' [alololo...]

Ahh... sekarang sama-sama padanlah si tampan dan si cantik manis. Dulu tak kacak sebab takde pendorong. Sekarang aura 'kacak' tu datang sendiri sebab bahagia. Sebenarnya kita semua pun kacak, cuma mungkin antara korang masih ada yang belum jumpa 'Limah korang'  yang akan buat korang rasa kacak dan jadi  benar-benar kacak.



- Tamat -

Sebab Aku TAK Kacak! [Bab 4]

Bab 4
Aku memang dah lama tak mengurat. Last sekali kira-kira lebih 10 tahun dulu. Tapi masa tu aku ni bertepuk sebelah tangan. Pompuan tu tak pandang aku sebelah mata pun. Macam-macam cara aku usahakan, tak jalan jugak. Last-last dia rimas dan tinggalkan pesan kat kawan baik aku Sam.
Sam cakap camni:
"Kau bukan taste dia. Dia nak yang tiptop! Kacak dan kaya! Kau lupakan jela dia. Dia tak sesuai untuk kau".
Tu ayat dari mulut Sam. Nak tau ayat sebenar dari  pompuan tu?
"You tolong bagitau kawan you yang tak sedar diri tu supaya cermin diri dia dulu. Muka hodoh, selekeh pulak tu. Ada hati nak try I yang wangi ni. Please la! Kalau public nampak I date ngan dia, what a major disaster! Euuuuw!
Bengang aku. Lebih sakit hati lagi, siap pesan kat kawan aku sendiri. Kalau dia cakap depan aku takdelah aku terasa hina sangat. Ni bila melibatkan orang lain, aduhhh... teruk betul aku rasa masa tu. Sejak darpada tu, aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku hanya akan jatuh hati pada perempuan yang terima aku seadanya, yang sayangkan aku sebab selesa ngan aku. Taknak dah suka kat mana-mana pompuan yang awal-awal lagi nampak ketara rejek aku sebab aku tak hensem.
Ape korang ingat 'hensem' dan 'cantik' tu kekal ke? Nyampah! Esok-esok bila dah tua kerepot takde makna dah cantik ke hensem ke. Puiii!
Tapi Limah ni lain. Magnet! Aku yang rasa tertarik nak kenali dia lebih dekat lagi. Tolak tepi la bidang keje dia. Tukang cat pun manusia jugak. Ok, ok... maksud sebenar aku ialah tukang cat wanita pun insan biasa. Kejenya aje mengecat, tapi gendernya tetap female. Unik hape! Dia elok je berdikari. Yakin pada kemampuan diri. Hasil keje dia pun outstanding!
Ni maknanya aku dah sampai seru kot? Rasa rindu lah, rasa nak disayangilah.
Whoa! Stop! Stop! Kena kawal ni. Aku ni dah tua, bukan macam zaman remaja nak bercinta sangat. Dah tua, caranya lebih beradab dan berhemah. Kalau aku selesa ngan Limah, Limah pun selesa dan boleh terima aku seadanya, aku akan buat cara betul step by step. Risik dan pinang. Dah nikah nanti, bercintalah puas-puas. Ha... camtu baru betul.
Ni nak kena kompom ngan Limah dulu la ni kan?  kan? kan? Kalau dia ON baru proceed. Masa tu nanti baru aku inform kat mak aku. Mau senyum sampai ke tengkuk kot mak aku.
Limah ni elok je layan aku. Dia macam tak rejek aku pun. Takdelah dia  buat aku terasa yang aku ni tak kacak. Kami hepi je dan dia pun jenis yang sempoi. Tak mengada-ngada  dan paling penting dia hormat aku. Mungkin sebab aku tua kot? Ah! Atas alasan apa sekalipun yang penting aku rasa bahagia sangatssss. Dah lama dah tak rasa camni.
Akhirnya Limah bagi signal greenlight. Maknanya ON la tu.
Aku pun mintak mak aku pinangkan. Terkejut mak aku. Dia ingat aku dah lupa cara mengurat awek. Assalammualaikum! Anak mak ni 'straight' okay... mestilah tau cara-cara cari calon isteri.
Tetiba mak aku meroyan bila dia tanya keje apa? Aku pulak jujur je pegi jawab Tukang Cat. Mak aku bebelkan aku. Lama! Sampai aku nyaris nak insaf! Puas dia rekemen ngan gadis-gadis yang lemah lembut, ayu, sopan gitu! Semua aku rejek. Last-last tukang cat yang aku pilih. Mak aku kata dia tak rela bermenantukan seorang tukang cat. Tu bukan bidang yang sesuai untuk wanita.
Aduyaii... mak pulak tak restu. Mak tak jumpa lagi ngan Limah. Dia sweet sangat! Kalau mak jumpa ntah-ntah nanti mak nak cepatkan tarikh pernikahan. Macam-macam aku pujuk, tapi mak keras hati.
Susahlah kalau camni. Aku ni dahla bujang terlajak perahu, mak pulak demanding. Nampaknya aku perlu sedarkan mak. Mak, kalau mak anggap Johan ni  anak mak, mak dengar dan terimalah hakikat ni...
"Mak tau tak kenapa selama ni Johan taknak semua gadis pilihan mak? Bukan Johan saja-saja nak rejek dorang. Dorang yang tak suka  Johan bila dah berjumpa depan-depan. Takde seorang pun gadis pilihan mak yang dapat terima Johan  sebab JOHAN NI BURUK! TAK KACAK MACAM YANG DORANG HARAPKAN! Kenapa bila buat pertama kalinya Johan rasa diri diterima, mak pulak yang halang? Mungkin ini ketentuan jodoh Johan, Mak. Mak lembutkanlah hati mak terima Limah seadanya sebagaimana Limah terima Johan".
"Hah? Nama dia LIMAH? Dahlah pompuan keje TUKANG CAT. Nama pulak LIMAH? Mak yang dah tua ni pun nama Suraya, tau"
Mak aku semakin bombastik. Exaggerate sungguh! Nama Limah pun nak meroyan. Taulah nama mak 'muda', takyah lah nak bangga sangat.
Tetiba ayah aku yang baru balik dari kedai kopi bersuara...
"Takpe, nanti ayah pinangkan. Ayah restu. Lagipun nama ayah Setopa je, ayah paham perasaan Limah. Jom ayah pinangkan sekarang".
Yup! Memang aku ada ayah. Dah masuk bab 4 baru dia enter frame sebab ayah aku asik ada kat kedai kopi je. Jangan salah paham, ayah aku bukan melepak sebab mak aku malas buat air teh susu untuk dia. Sebenarnya ayah aku ialah Tokey kedai kopi tu. 'Kedai Kopi Setopa' ~ klasik je kan nama tu. Ramai pelanggan woo... di kalangan pakcik-pakcik lah.
Seminggu lepas tu baru mak aku setuju nak pegi sama-sama ngan ayah aku. Ayah aku memang cool. Dia nak tengok aku bahagia. Sepatutnya dah lama aku kawen, dah ada anak 3 atau 4 orang dah, katanya. Ayah seronok bila dengar ada jugak pompuan yang terima aku.
Korang nak tau camane ayah pujuk mak? Ha...camni... ayah kata aku ni kalau ikut muka ayah memang jadi hensem macam ayah lah. Tapi sebab ikut muka mak aku, jadi aku biasa-biasa je, tak berapa nak kacak. Nak kata cute pun lagi la tak. Jadi kalau ada  yang sudi terima aku pun kira dah patut bersyukur sangat dah. Mak aku rasa macam ayah perli dia. Dia dah malu, tu yang akhirnya setuju untuk terima Limah.



bersambung ke bab 5... click newer post di bawah

Sebab Aku TAK Kacak! [Bab 3]

Bab 3
Hari ni aku tak sabar nak ke opis... oppppssss bukan opis, kini 'studio'. Dah lain sangat suasananya. Sampai je kami diarah untuk berpindah ke tempat yang dah cantik tu. Serius, semua teruja dan mood jadi lain.
Tapi aku pulak rasa cam kosong. Nampak semua 'cantik' tapi dalam hati rasa kehilangan. Aduyaiii... dah tak dapat nak berborak ngan Limah si tukang cat lagi. Berapa ramai tukang cat kat luar sana, semua tak special cam Limah. Camane aku nak contact Limah ni? Tetiba rasa macam nak carik dia.
Yela... dia tak wish good bye pun.
Ha tengok! Tengok! Aku ni dah kenape? Yang nak sentimental sangat ni apesal? Tapi takpe kot kalau aku try carik dan contact Limah.
Aku ada nombor syarikat tempat Limah keje tu. Aku pun tak pikir banyak kali, terus call. Rupanya Limah bukan pekerja tetap kat syarikat tu. Dia pekerja part time yang dipanggil bila ada job je. Tugas Limah khas untuk buat mural artistik sebab hasil kerja dia sangat detail dan berseni.
Akhirnya aku dapat jugak nombor Limah. Malam nanti nak call lah. Tak sabar pulak aku nak tunggu malam. Siang tu bukan tak boleh call, tapi kami semua bz mengemas dan berpindah.
Malam tu aku call Limah. Dia tak angkat. Aisehmen... ni pasal nombor tak kenal la ni, tu yang dia tak layan. Dua kali aku call dia tak layan, aku sms.
Ni Abang Jonet la Limah.
Setengah jam pastu dia reply:
Wah! Abang Jonet! Sori... saya mandi dan solat tadi. Ada apa Bang? Keje saya tak ok ke? Ada yang kena repair ke Bang?
Aku sms:
Eh! Tak, tak. Keje Limah osem! Semua hepi! Cantek giler studio kami. Abang saja nak borak ngan Limah. Buleh ko dok?
Limah reply:
Abang Jonet tetiba nak borak pulak ni kenape?  Abang ni bukan suami dan bapak orang ke? Takut saya Bang, nanti kena serang pulak ngan wife Abang.
Aku sms:
Abang single & available la. Takde sape marah pun. Lagipun bukannya Abang nak ada skandal ngan Limah ke hape ke. Nak borak cam biasa-biasa je.
Limah reply:
Kalau Abang nak 'try' saya, jangan nak mengada la Bang.
Aku sms:
Laa... Abang cuma nak berkawan ngan Limah aje. Selesalah bila berbual ngan Limah. Nape Limah cam tak sudi je...?
Limah reply:
Bang Jonet, saya ni pompuan bau cat. Selalu comot dengan cat. Takyahla nak anggap saya  ni feminin sangat. Nanti Abang hampa, sebab saya tak cantik macam pompuan lain.
Aku tak reply. Sebab aku dah puashati dah. Limah rasa cam dia tak layak untuk berkawan ngan aku. Dia rasa rendah diri ngan aku, rasa diri dia tak cantik. Habis, aku ni tampan sangat ke? Di mata aku Limah dah cantik sangat dah. Tapi Limah memang cantik pun, cuma dia je yang tak bergaya. Yela dah bidang keje dia camtu, takkan  dia nak bermekap tebal, bermaskara dan pakai baju peplum pulak kan?
Esok aku nak sms lagi la. Taknakla lebih-lebih, karang nampak terhegeh-hegeh sangat pulak. Lagipun orang perempuan tak suka kalau lelaki terkejar-kejar cam terdesak sangat. Cuak dorang nanti. Aku pun tak suka buat keje rushing, nanti tergopoh-gapah jadi tak berkualiti. Lebih baik guna pendekatan yang cool.


 bersambung ke bab 4... click newer post di bawah

Sebab Aku TAK Kacak! [Bab 2]

Bab 2
Asal keluar date je, pompuan yang mak aku rekemen tu dipade senyum tersipu jadi berubah wajah bila terpandang muka aku. Hilang senyum manis, hilang seri, kalau senyum pun senyuman tawar yang dibuat-buat. Dorang mesti lega bila aku kata tak setuju. Gerenti dorang rasa hepi dan terlepas dari tekanan. Sebab tiap-tiap pompuan tu semua datang dengan high expectation. Ingat aku ni lelaki matang yang macho, hensem dan bergaya. Tak dapek la!
Cer korang bayangkan kalau aku kata 'setuju'. Mesti beberapa lama pastu aku yang kena tinggal. Huh! Sebelum perkara tu berlaku, lebih baik aku tak patahkan hati aku sendiri, dalam waktu yang sama nampak macam aku ni Lelaki Bermaruah [kihkihkih]. Biarlah mak kecewa sekarang dipade merana tengok aku frust kemudian hari.
Selama ni aku selesa je jadi diri sendiri. Kawan-kawan pun ramai, tapi kawan lelaki lah. Kawan perempuan boleh dibilang dengan jari. Orang pompuan tak selera kot tengok aku. Ah! Lantaklah! Bukan aku mintak makan kat dorang pun. Aku boleh hidup sendiri, okay!
Kawan baik aku Sam [nama dalam IC Samad], nasihatkan aku supaya grooming, make over!  Dia kata kayu pun boleh nampak kacak kalau make over. Ala... aku taknak la jadi plastik! Aku selesa ngan diri aku, hape!
Berbuih dah mulut dia nasihat dan motivate aku. Aku cam tak endah je. Aku bukan terdesak sangatlah! Sampai nak ubah penampilan pulak. Bukan aku selekeh atau nampak comot! Cuma tak bergaya je. Lagipun apa gunanya kalau aku pakai LV, Gucci, Ralph Lauren ke... kalau orang 'tak lalu' pun nak pandang muka aku.
Suatu hari tu kat opis aku nak re-structure interior design. Nak ubah persekitaran ruang keje. Nak lebih fresh dan artistik. Konsep baru ni nak trendy and artist look. Kami ni bekerja di bidang kreatif, elok sangatlah kalau suasana nampak gempak dan berseni. Idea pun senang je nak masuk kalau tengok persekitaran yang ceria dan segar.
Kami berpindah ke ruang belakang sementara tempat kami diubahsuai dan dicat. Sesekali aku sengaja menyibuk nak tengok progress tempat kami. Cam best je! Baru nak cat dinding, aku dah rasa seronok dah. Meleret senyum aku tengok design baru tu kat atas kertas. Kalau dah siap kat dinding, lantai dan tiang... perghhh! Mesti gempak gilerlah!
"Abang askar, tolonglah ketepi. Saya nak cat kat situ".
Aku pun toleh sebab hari tu aku pakai seluar celoreng ngan T-shirt hitam. Tukang cat tu pompuan rupanya. Jarang-jarang berlaku ni. Tersengih-sengih dia kat aku.
"Peace"  [katanya bila dah berjaya arahkan aku beralih dari situ]
"Abang keje sini ke Bang?" [soalnya sambil mengecat]
"Haah. Panggil Abang Jo aje. Nama kamu?"  [tetiba jadi peramah pulak]
"Saya Lim... mah. Hehehe... nama saya Limah. Saya nak nama Lili, sedap sikit. Tapi dapat nama Limah" [jawabnya selamba]
Kihkihkihkihkih....
Aku gelak, budak ni selamba je... bukan plastik dan tak hipokrit.
"Limah je? Ke Halimah?"  [aku semakin selesa bercakap ngan Limah si tukang cat]
"Tula... takde 'Ha' kat depan. Limah je. Agaknya kalau nama saya Halimah ke, Lili ke... saya takde la keje camni, Bang. Jadi wanita berkerjaya kot?"  [petah pulak budak ni, tapi dalam pada kami berborak tu, keje dia cermat dan cekap. Laju je dia mengecat dengan kemas. Tak comot pun].
"Kihkihkih... manede kena mengena dengan nama. Kalau nak berjaya, kena usaha. Kita yang bawak nama bukan nama yang bawak kita" [kataku sambil gelak-gelak]
"Abang lain la, nama Abang Jonet tak teruk sangat! Nampak sesuai dan padan je ngan Abang nama tu. Saya ni muda tapi nama macam orang dah pencen" [Limah cakap sambil senyum-senyum]
Jonet? Dia ingat nama aku Jonet? Nama Jonet tu sesuai ngan aku? Hmmm... kan aku dah kata, aku tak hensem. Dia kata padan ngan aku sebab aku ni orang tua tak hensem la tuh. Kertu la kata kan! Tapi anehnya, takdela aku rasa nak marah kat Limah ni. Dia jujur. Takde pun nampak nak elak tengok muka aku. Dia pandang aku senyum-senyum je. Nampak ikhlas je senyuman dia. Aku pun rasa selesa je. Takdelah rasa kekok, macam dah kenal lama pulak.
"Cantik tak Bang yang saya dah cat ni? Kemas tak?" [soalnya]
"Hensem!"       [jawab ku]
"Dinding ni hensem kan Bang Jonet, kan? Design dia kreatif, bila dah siap nanti, lagi akan jadi kacak giler, Bang! Memang tere la sape yang design nih!"
Limah paham  je ayat aku. Senang cerita budak ni. Takyah nak explain, dia jenis cepat pickup, hehehe. Limah, Limah... nak je aku cakap... Abang la yang design ni. Kang riyak pulak.
Sejak hari tu, tiap-tiap hari aku selalu datang 'melawat kawasan', hehehe. Tiap-tiap hari Limah berborak ngan aku bila aku menyibuk kat situ. Aku biar je dia panggil aku Abang Jonet. Jonet pun Jonet lah. Bukan berkudis pun.
Limah si tukang cat ni banyak buat aku gelak. Budaknya spontan aje, takde nak kontrol-kontrol.  True color  dia ialah apa yang dia cakap la! Tu yang aku selesa.
Bila kerja-kerja interior design hampir siap, aku rasa tak best pulak. Rasa cam akan kehilangan seorang kawan baru. Dia pulak keje cekap. Belum sampai deadline, dah setel. Perghhh! Punyalah menawan hasil kerja dia. Kalau orang tengok mesti tak sangka yang lukis dan cat tu ialah Limah. Mesti orang sangka Marzuki ke, Hamid ke, Anuar Syariff ke yang buat. Memang berbezalah Limah ni. Dia buat kerja yang mengkagumkan dalam waktu yang sama diri dia sendiri punya pesona yang menarik.
Prinsip Limah... 'Lets The Artwork Do The Talking'.
Eh! Samalah kita. Prinsip aku pun camtu. Aku orang belakang tabir yang tak dikenali dari segi rupa paras, tapi biarlah hasil kerja aku je yang 'terkenal'. Mungkin orang lain tak nampak apa yang aku nampak. Yang orang lain nampak ialah warna warni catan indah yang berseni di dinding.
Takpe Limah, Abang Jonet nampak Limah istimewa. Istimewa sangat!


bersambung ke bab 3... click newer post di bawah


Manuskrip pendek_Sebab Aku TAK Kacak! [Bab 1]

Bab 1
Aku baru je balik dipade rumah maklang aku. Macam mak aku jugak, dia duk hint-hint pasal jodoh. Hish... macam takde isu lain nak cakap. Kan ke benda tu dah basi dah. Aku dah lama malas nak pikir. Lagipun kalau ADA jodoh yang Allah tentukan untuk aku, nanti ia datanglah sendiri  [ni ayat orang dah malas nak pikir].
Dalam dunia ni, berapa banyak perkara lain boleh pikir,  balik-balik ituuuuuu jugak isu yang timbul. Aduyaiii...  kambeng pun fedap kalau hari-hari kena tanya soalan yang sama  [ni ayat orang takde masa nak layan soalan berulang selama 10 tahun].
Ok, ok... dari kecik lagi mak dah tanamkan didikan dalam diri kami adik-beradik bahawa;
'Dalam hidup ni Allah tak bagi semua. Dia beri apa yang kita perlu saja. Sebab Dia yang Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk kita. Maka, bila kita tak dapat apa yang kita nak, waima kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuknya, bermakna ia bukanlah yang kita perlukan sebenarnya'.
Bila dah dewasa, aku dah faham dah maksud ayat tu. Aku dah terima hakikat tu yang kejayaan aku dari segi kerjaya tak semestinya seiring dengan menemukan jodoh. Tuhan dah beri banyak nikmat dan aku dah cukup bersyukur untuk itu. Alhamdulillah.
Camane la nak bagi mak dengan konco-konconya [mak-mak sedara aku la] hadapi realiti? Minggu depan entah buat yang keberapa kali mak setkan blind date untuk aku. Letih! Tak kuasa nak melayan semua ni. Nak melawan, nanti mak kecik hati kang jatuh derhaka pulak. Tapi sampai bila? Memang gadis-gadis yang mak rekemen tu ada yang berkualiti di mata aku, tapi macam takde satu pun yang berkenan. Hati aku tak tertarik. Kalau ada 'magnet' barulah jadik!
Ni kali ni entah daripada mana pulak la mak aku jumpa pompuan ni. Katanya gadis ni lemah lembut, muda, manja, pandai layan kanak-kanak dan bekerja sebagai Cikgu Taska. Bunyi macam sempurna sangat je? Hmm... aku tak bantah pun bukan sebab setuju tapi semata-mata sebab taknak buat mak merajuk. Orang tua ni lain macam sikit. Makin tua makin kuat rajuknya. Tu yang aku terpaksa ikutkan je.
Kami pun berdating secara berhemah. Ada aku, si dia, kakak dia dan mak aku. Aku tak kontrol apa pun, just nak minum,  makan, senyum-senyum and that's it! Setakat tu jela! Hati takde kat situ pun  [ni ayat orang yang selalu kena paksa walaupun umur dah tua].
Seperti biasa, malam tu mak aku called. Nak tanya la tu kot-kot ada progress. Aku pun jawab dengan jujur... "Tak berkenan la Mak. Belum ada jodoh".
Kali ni mak tak cakap banyak, dia terus letak talipon [fedap agaknya]. Ingatkan mak dah give up, tengok-tengok selang 2 minggu Mak buat lagi. Aduyaiii Mak... dah-dah la tu. Mak tak penat lagi ke?
Banyak sangat nama sampai kebanyakannya aku dah tak ingat. Liza, Kila, Fara, Jun, Ida, Najihah, Yani dan rasanya kalau aku listkan memang tak larat nak baca.
Kali ni dan yang lepas-lepas tu pun aku reject. Mak aku komplen yang aku ni memilih sangat. Melampau! Tu petanda mak dah putus asa kot? Hehehehe... ntah kenapa, bila mak sound aku camtu aku jadi hepi. Macam terlepas dari tekanan. Lega sangat!
Lepas tu langsung mak tak aturkan date ngan sape-sape pun. Hidup aku tenang je. Fokus pada kerja je. Mak, aku tak abaikan, aku jaga hati mak baik-baik. Cuma bab jodoh je yang aku tak mahu diatur-aturkan. Aku nak tunggu sampai jumpa pompuan yang ada magnet. Yang aku sendiri rasa itulah jodoh aku.
Ok, masa untuk perkenalkan diri...
Aku Muhammad Johan bin Setopa a.k.a Abang Kacak. Eh! Tak, tak tak. Kalau kacak, dah lama aku ada kekasih kot? Umur? Ah! Takyah tau la, dah lebih 35 tapi belum masuk 40 lagi. Kewangan stabil la jugak. Korang nak tau kenapa aku reject awek-awek tu semua?
Serius cakap aku rasa sebenarnya dorang yang reject aku. Sebab? [Hakikat ni memang pahit tapi aku ni jenis yang sedar diri, jadi mengaku jelah...] 

SEBAB AKU TAK HENSEM LANGSUNG!


bersambung ke bab 2... cilck newer post di bawah

Thursday, September 26, 2013

Ingat Mengingati [kalau dah terlalai, kita perbaiki dan topup dengan kebaikan]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^

Hai semua...


Saya sedang mengingatkan diri saya sendiri ni. Kalau ia mampu 'mengingatkan' anda juga, harap2 ada manfaat.

Hari ni nak cakap pasal; 

'Kita memiliki apa yang kita perlukan'

Kadang-kadang ada orang yang rasa dia susah nak dapat apa yang dia nak. Dia berusaha tapi masih tak kesampaian. 

Maknanya jika Allah tak izin kita dapat sesuatu yang kita nak sangat tu sebab ia bukanlah yang terbaik untuk diri kita. Allah yang 'paling kenal' perilaku kita baik dari segi zahir mahupun yang tersembunyi di hati dan fikiran. Jika Dia beri, maka ia mungkin akan merosakkan kita terutama dari segi iman. Jadi berlapang dadalah.

Kita jangan ingat orang lain yang nampak macam sempurna di mata kita tu hidupnya berjalan lancar semuanya. Mustahil! Setiap manusia ada ujian dan dugaannya yang tersendiri.

Contohnya; [ni contoh je tau nak bagi lebih jelas]

Si Fulan dapat B, C, D, E - Z tapi dia tak dapat A.

Kita pulak cuma ada A tapi takde yang lain2 tu.

Kita nampak si Fulan memiliki 'banyak' dan hampir ada segala-galanya. Kita rasa rendah diri dan kecewa sebab macam tak miliki apa-apa.

Tapi kalaulah kita bersyukur kita akan nampak betapa besarnya nikmat Allah kerana memberi kita A iaitu Iman dan takwa. Itu yang paling penting. Itulah nanti yang dinilai olehNya setelah kita kembali padaNya. Itulah yang paling berkualiti di sisi Allah.


Biarlah kita takde segala macam isi dunia ni waima kebanyakan manusia lain 'ada' sekalipun. Kalau ia tidak dinilai oleh Allah, makanya ia hanya hiasan. Takde markah pun. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. 

Jangan salah paham ye, bukanlah maksudnya kita tak perlu berusaha dan menjadi malas kerana merasa 'cukup' dengan apa yang ada. Selagi kita hidup kita memang perlu berusaha. Itu sifat mahmudah [terpuji]. Tapi biarlah usaha kita tu ke arah mendapatkan redha Allah. Usaha nak tingkatkan amal, iman dan takwa sebab nak masuk syurga. 

Ingat! Allah tak bagi 'semua'. Dia bagi yang kita perlu sahaja. Jadi kalau rasa banyak yang kita takde, pikir balik dalam-dalam; kita perlu tak bende2 tu untuk masuk syurga?

Kita apply dan practice islam sebagai cara hidup. Jadi takdelah berlumba sangat nak rebutkan isi dunia ni. Sebagai contoh, dalam soal mencari rezki; kita buat kerja dengan amanah. Cari rezki yang halal dan diberkati. Jangan ingat gaji kerja pelacur dan jual dadah tu je haram. Gaji keje kerani pun boleh jatuh haram kalau kita main game waktu bekerja. Minit-minit yang kita lalai tu dah tak berkat dah. Buat penat je kan? Jadi tak semestinya semua total gaji kita tu halal dan berkat walaupun bidang keje kita halal. Kalau kita mahu setiap sen pendapatan kita berkat, fokuslah. Gadget dan teknologi ni sepatutnya digunakan untuk  membantu memudahkan kerja supaya lebih cekap dan efektif, bukannya untuk 'menyimpang' terbuang masa bersosial di alam maya. Saya pun insan yang lemah, punya banyak kekurangan dan ada kalanya alpa dan lalai. Jadi, sama-samalah kita perbaiki diri  untuk jadi yang lebih baik.

Pastikan setiap apa yang kita lakukan tu adalah perkara yang ada moral value yang baik. Jangan sampai ia sia-sia dan membuang usia kita. Sapa2 yang muda sekarang ni pasti akan tua. Yang cantik, akan buruk. Di dunia ni takde bende yang kekal indah selama-lamanya. Sebab dunia ni sementara.

Maka semasa kita sihat, masih ada kudrat ni, jomlah kita buat perkara-perkara yang ada markah [pahala]. Pastikan setiap hari kita cukup solat, mengaji [tak dapat banyak, sikit], berzikir, senyum, buat baik [dan banyak lagi perkara2 baik yang lain]. Bagi yang mampu, rajinlah bersedekah, sebab sampai dah mati pun dapat faedah. 

Kalau dah terleka [kita bukan malaikat, mesti buat dosa sama ada sengaja atau tak], kita topuplah dengan perkara-perkara mahmudah dan istighfar byk2. Sebab ia macam perisai la, semoga Allah beri rahmat dan lindung kita dari buat bende2 remeh yang berdosa macam termain game, terchatting waktu bekerja [aktiviti yang takde kene mengena ngan keje], terberi layanan yang kasar pada orang, terdatang lambat dan sebagainya [sekadar contoh].

Kalau ada yang terasa, saya mintak maaf, saya bukan orang jahat, tau! Saya sekadar mengingatkan diri sendiri dan kalau ia mampu mengingatkan sesama kita, harap ada manfaat. Jangan marah, ha... ^__^'







Tuesday, September 24, 2013

COOKIES KU DI BIBIR MU [bab 9] <----- ending!


Bab 9
Korang tau ape jadik pastu? Memang aku rasa macam diperbodohkan. Rasa tak tau apa-apa. Banyak perkara yang baru terbongkar pada hari tu. Orang lain dah tau, aku seorang je yang tak tau apa-apa  [kuangkuangkuang].
Rupa-rupanya, lepas aku cabut lari tu, dia yang kena kemas semuanya. Barang-barang aku semua aku tinggalkan macam tu je. Cookies 2 kotak besar tu yang macam-macam jenis, semua dia ambil dan makan sikit-sikit sampai habis. Lama-lama dia rasa setiap hari mesti nak makan cookies aku. Walaupun dia ada bisnes card aku, tapi dia sengaja taknak contact aku. Dia ada strategi lain untuk pulangkan duit sewa dan bayar harga cookies yang dia dah makan banyak tu.
Sebab nak bayar balik duit aku dan tambah-tambah dia dah rasa makan cookies aku tu macam keperluan hidup dia, dia pilih aku jadi supplier. Tapi untuk tidak buat aku terkejut dan menggelabah, dia suruh Wana [staff dia] yang handle. Yelah, dia tau betapa bahayanya kalau aku menggelabah. Terus naik syeh! dan belasah orang.  [Huh! Macam tu ke? Aduh! Malunya!]
Lagi satu, ni yang paling aku tak sangka. Memang rasa tertipu sangat bila tetiba adik aku datang dengan Ilham tunang dia. Patutlah tunang dia dressing corporate, rambut pendek. Rupanya individu yang berbeza. Nama  Ilham jugak?
Yup! Yang aku flying kick tu tokey cafe, nama dia Afiq Ilham bin Hassan.
Yang bertunang ngan adik aku pulak Ammar Ilham bin Hassan.
KEMBAR, OKAY!
Patutlah! Gaya lain-lain. Aku ni yang tak peka ke atau rabun? Aku rasa aku tak perasan mereka tu 2 orang individu yang berbeza sebab selama ni aku terlalu sibuk melarikan diri dari 'Ilham flying kick' ni. Aku nampak dia beberapa kali kat cafe, tapi aku menyorok. Aku takut dan malu nak berhadapan dengan kekhilafan sendiri.
Yang adik aku pulak 'tau' tapi sengaja je taknak berterus-terang. Aku tak pastilah dia nak aku jadi lebih dramatik ke atau dia nak aku bertanggungjawab dan belajar daripada kesilapan.
Tapi aku lega jugaklah yang aku belasah tu bukan bakal adik ipar aku. Kalau tak, mesti adik aku akan jadi lebih marah kat aku.
Malam tu aku tido senyum je. Lega selega-leganya! Tenang sangat jiwa ni. Lepas ni aku dah tak payah nak menyorok lagi. Boleh terus berurusan dengan dia bila hantar stok ke cafe. Kami berbaik dan mula berkawan.
Sebelum balik tadi aku cakap kat dia...
"Yang menjadi persengketaan selama ni ialah apabila;
KAKI KU DI PERUT MU!
Tapi mujurlah ada penyejuk hati yang buat awak maafkan saya iaitu;
COOKIES KU DI BIBIR MU!"

Ok... macam tu lah kisah aku. Korang jangan expect setiap cerita ending dia mesti kawen. Tak semestinya, ok. Perlahan-lahanlah! Aku dengan dia baru nak berbaik, lebih sesuai kami berkawan. Lagipun dia tokey, aku ni pembuat cookies je. Biarlah adik aku kawen dulu.
Banyak pengajarannya daripada kesilapan aku ni.
# Aku belajar jadi lebih berani untuk berhadapan dengan kekhilafan sendiri.
# Kebenaran memang adakalanya pahit, tapi berusahalah untuk terima.
# Aku mesti sentiasa bijak mengawal emosi. Fikir dalam-dalam sebelum bertindak.
# Kalau rasa nak marah, siasat dulu. Jangan main terjah je. Nanti diri sendiri yang tanggung akibat.
# Belajarlah meminta maaf. Buang ego! Jangan rasa diri sentiasa betul.
# Makanan yang sedap mampu menyejukkan hati dan memaafkan. I love my cookies!
# Bila kita betulkan kembali apa yang salah, semua akan jadi baik-baik aje. Percayalah cakap kak ton.

Aku teruskanlah bisnes cookies ni. Hepi je bila bekerja sendiri ni. Cuma kena pandai urus masa lah. Dah seronok pulak bila tetiba orang yang pernah aku flying kick tu ajak aku jadi rakan kongsi. Hehehe... korang doa-doakan lah ye. Harap-harap aku tak jadi mutan lagi, hehehe.

- Tamat - 



Ini adalah sticker atas packaging cookies aku. 'Cookies Ku di Bibir Mu' tu jadi tagline. Yang citer sampai bab 9 tu sume rekaan je, kihkihkih... sebab bila aku dah penat buat cookies, kenalah ada cara nak rilex. Tapi gambar2 Cookies dan label tu real. Memang aku buat pun.



COOKIES KU DI BIBIR MU [bab 8]

Bab 8
Aku sampai je kat Cafe, staff kat situ dah senyum-senyum. Dorang kan kenal aku. Bila aku duduk dorang datang dan tanya nak minum apa, aku rasa janggal pulak. Sebab selalunya aku masuk kat dalam, hantar stok. Memang belum pernah lagi aku datang sebagai pelanggan. Jadi mood rasa lain bila duduk minum sambil menunggu. Memang aku saja datang awal 15 minit.
Aku sedut air perlahan-lahan. Tengah saspen ni. Ishh... mana pulak la bakal adik ipar aku ni? Kata nak clearkan semua ni. Aku memang nak setelkan cepat-cepat. Baru tenang hidup aku. Tetiba dia datang dari belakang. Aik? Bila pulak mamat ni sampai? Apesal aku tak nampak masa dia masuk td? Ahhh...lantaklah!
Cara dia dressing sama cam masa kat Ekspo dulu. Macam artist! Rambut pun dah panjang sikit setelah beberapa bulan selepas bertunang. Aku pun.... hehehe... taktau apa nak cakap. Terkedu! Tadi kat rumah kemain prektis lagi. Peluh besar dah keluar dah kat dahi dan muka. Err... ala... panik lah pulak.
Aku senyum tapi senyap je. Nasib baiklah Waiter datang.
"Macam biasa" [katanya ringkas]
Oooo pelanggan tetap rupanya. Tak lama pastu Waiter tu hidangkan cookies aku yang macam-macam perisa tu. Owh...terharu pulak rasanya. Nak je cakap... " Jemput makan, tambah lagi, tambah lagi. Cookies tu sedap sebab kakak yang buat". Tapi zahir tak terucap.
Aku diam, dia pun diam. Ishhh... tak boleh jadi ni. Biar aku yang mula. Straight to the point!
"Maafkan kakak ye. Kakak ni memang macam mutan. Kalau marah, jadi kuat dan terus nak terajang orang. Maaflah. Maafkan tak ni?" [kata ku spontan]
"Masa tu awak marah sangatlah kat saya?" [Soalnya sambil pandang aku. Tapi dia tak henti-henti kunyah cookies aku. Bangga pulak rasa hati ni]
"Haah! Marahlah, sebab penat kakak susun, Ilham alih-alih ketepikan semuanya. Macam nak halau pulak". [Aku terpaksa imbau kembali saat yang memalukan tu. Taknak kenang lagi sebenarnya, tapi kalau ni cara nak selesaikan, aku redho je]
"Ala... tak payah nak 'berkakak-kakaklah' dengan saya. Kita bukan sedara mara ke hape ke. Awak tau ke kenapa saya cabut, bukak dan alih semuanya? Kenapa tak tanya?" [Ilham taknak panggil aku kakak. Sukati dialah. Lagipun dia belum kawen lagi dengan adik aku]
"Awak tau tak, awak tersalah unit? Booth kita kat sebelah, lot yang kecik sikit. Tu yang saya cabut, bukak banner dan bunting iklan awak, angkat dan ketepikan meja awak. Saya nak letak kat tempat yang betul. Penyewa tu dah bising komplen kat saya. Tu nasib baik dia tak komplen kat awak. Kalau tak, ntah-ntah dia yang lebam-lebam kena belasah ngan awak hari tu".
"Awak tak tanya pun, tetiba terus tendang dan tumbuk saya. Saya ni  lelaki. Walaupun buat kek dan puding tapi kudrat saya tak lemah macam awak. Kalau masa tu saya melawan balik, cuba bayangkan apa jadi kat awak? Tak ke masuk hospital? Saya tau semua ni salah paham aje. Tapi awak menggelabah sangat, terus lari. Awak tinggalkan booth macam tu  je. Padehal awak dah bayar sewa untuk 3 hari". [Ilham menerangkan detail]
Aku terfana. Laa... macam tu ke? Kenapa aku pandang dalam perspektif yang sempit?
"HAH? MACAM TU KE? MAAF! MAAFKAN SAYA! SAYA MEMANG NAK MINTAK MAAF KAT AWAK, TAPI MASA TU SAYA MALU SANGAT!" [kuat aku cakap... sebab aku memang rasa bersalah sangatsssss]
Ya Allah, ampunilah kekhilafan diri ku ini. Kenapalah aku cepat melatah!
"Saya memang sedar saya bersalah. Saya aniaya awak, pukul awak di khalayak ramai. Maafkanlah saya yang teruk ni. Tapi masa tu saya tertekan. Awak ingat lagi tak betapa semua orang salahkan saya termasuk Ketua Kampung dan dua isterinya. Saya tak tahan dengan tekanan tu, tu yang saya terus lari balik rumah dan tak keluar-keluar selama seminggu. Saya malu dengan awak, malu dengan semua orang".
Perbualan kami terganggu bila tiba-tiba salah seorang pekerja datang menghampiri Ilham.
"Encik, ada supplier call nak bercakap dengan encik".
Dia pun masuk ke pejabat. Masa tu aku yang pelik ni pun bertanya kat pekerja tu. Rupanya Ilham ialah pemilik cafe tu. Aaaa? Biar betul! Serius ke ni? Budak tu senyum sambil angguk. Tapi kenapa aku tak pernah berurusan dengan dia? Budak tu jawab, kalau cookies En Ilham suruh Wana yang handle. Laa... kenapakah? Hmmm... dia tau tak yang aku ni supplier dia? Phew!

bersambung ke bab 9... 


COOKIES KU DI BIBIR MU [bab 7]

Bab 7
"Tunang kau segakkan? Agaknya sebab dia dah potong rambut. Masa aku 'terpukul' dia dulu tu, rambut dia macam artis Korea. Dressing pun macam artis, stylo, color blocking. Semalam nampak matang, kemas dan kacak. Tu pasal nak datang rumah bakal mertua, kot?"
Aku try 'borak' ngan adik aku. Dia tak pandang pun aku. Marah lagi la tu. Maka aku pun sambung lagi bercakap... konon nak ada komunikasilah.
"Dia keje apa? Diakan tere buat kek dan puding? Untunglah kau, bila dah kawen nanti setiap hari boleh makan pencuci mulut yang sedap-sedap".
Terus adik aku rimas dan sound tepat kat aku;
"Apa yang Akak merepek ni? Dah pukul orang, cederakan orang, malukan orang... nak puji-puji pulak! Bukan nak bertanggungjawab! Main cabut camtu je. Usahkan mintak maaf, Akak boleh salahkan dia pulak depan orang ramai".
"Hello! Kau takde kat situ masa tu, okay! Ramai giler saksi beratur panjang salahkan aku. Semua tuding jari kat aku, termasuk Pakcik jual jagung rebus. Masa tu aku dah tak boleh pikir apa-apa dah. Aku kena keluar dari crowd tu. Aku malu dengan perbuatan aku!"  [ni jujur ni, aku tak tipu]
"Abis tu, bila kau ada peluang kenapa kau tak buat? Kenapa kau tak mintak maaf, Kak? Kau elak lagi adalah!" [adik aku ambush aku bertubi-tubi].
"Oklah... kau setkan hari dan masa untuk aku berdepan dengan Ilham. Aku nak mintak maaf. Aku taknaklah berhutang dengan dia sampai akhirat".
Sebab sejak dewasa ni kami takde lagi bergaduh adik beradik, jadi aku rasa tak selesa. Biarlah aku mengalah, aku kakak. Lagipun memang aku yang buat onar. Sebenarnya aku tak faham apa maksud adik aku bila dia cakap 'bila ada peluang, kenapa aku tak mintak maaf'. Agaknya dia rasa aku sepatutnya mintak maaf depan-depan masa selepas majlis selesai semalam.
Aku ada jugak terfikir nak buat camtu, tapi tau jelah suasana kenduri, tetamu ramai. Nama aku dahlah busuk kat Pekan. Takkan aku nak busukkan kat kampung pulak. Makcik-makcik kat sini memang suka dengar cerita-cerita sensasi dan kontroversi camni. Ishh... tak sesuailah. Teruk akibatnya nanti.
Lama aku berfikir. Serius dan mendalam. 6 bulan lagi adik aku akan menjadi isteri Ilham. Agak-agaknya dalam tempoh 6 bulan tu cukup tak untuk aku pulihkan kekusutan ni? Cukup tak masa untuk aku berbaik-baik dengan semua orang, jernihkan keadaan dan bersihkan kembali nama aku yang tercemar.
Inilah dia... kesilapan 2 minit, kena tanggung selamanya. Fuhh! Gilalah! Kan elok kalau aku berfikir dulu sebelum ikut emosi. Kan lebih berhemah kalau aku fikir secara rasional sebelum bertindak. Kan lebih matang kalau aku kawal perasaan bila berhadapan dengan tekanan. Ini tak! Agaknya sebab aku ni dah biasa berdikari. Semua benda aku handle dan setel sendiri. Hati kering! Tu yang bila tertekan atau panik, aku tangani dengan cara aku sendiri. Menyesal! Menyesal sangat!
Adik aku kata, jangan sampai dia cerita semua kebodohan aku kat mak dan ayah. Ala... ape ni? Main ugut-ugut pulak. Aku dapat rasa layanan adik aku dah macam hilang respek kat aku. Dingin je. Masa bergaduh tu je dia bercakap ngan aku. Lepas tu, dia buat tak layan aje. Sedih!
Ya, aku salah! Aku dah sedar lama dah. Kau nak aku buat apa untuk aku tebus kesalahan tu? Nak aku melutut merayu mintak ampun kat tunang kau? Ala... dia ni... kot ye pun marah ngan aku, takyah lah kejam sangat nak hukum aku camtu. Aku dah insaf dah. Aku dah bersedia dah hadapi natijah perbuatan aku yang jahiliah tu. Memang dah sanggup dah berdepan dengan Ilham untuk mintak maaf. Kan aku suruh setkan temujanji. Aku berani!
Beberapa bulan lepas tu tetiba adik aku yang dingin tu call aku. Dia kata Ilham dah sedia nak jumpa aku. Ermmm... tapi aku yang mulut kata bersedia nak mintak maaf ni, betul-betul bersedia ke?
Ala... takutlah!
Dah tu temujanji tu dekat Cafe kat Bangi tu. Tempat aku supply cookies. Adik aku kata dia datang jugak tapi lambat sikit sebab ada meeting. Ala... tu  sebenarnya sengaja nak aku setelkan sendiri la tu. Nak aku bertanggungjawab atas kesalahan besar yang aku dah terbuat.
Petang ni pukul 3 aku kena ada kat sana. Hish... perut aku meragam, rasa memulas. Cuak sangat kot? Aku pun prektis beberapa kali supaya lebih bersedia.

"Maafkan kakak. Kakak salah. Kakak dah tua. Nanti kakak belanja cookies ye" [eh! tak boleh, tak boleh]
"Ilham akan jadi adik ipar kakak. Ilham mesti maafkan kakak. Ilham tak boleh derhaka ngan kakak"  [ermm... memaksa tu... macam tak ikhlas pulak]
"Ilham, sakit lagi tak perut kau yang kakak tendang tu? Appendix kau pecah ke masa tu?" [ala... ape bende yang aku mererek ni?]
"Ampunkan kakak Ilham, ampunkan kakak! Uwaaaa!!!" [nampak sangat tiru Mak Dara dalam Ibu Mertuaku]
"Ilham, maafkanlah kakak. Kakak janji akan jadi kakak ipar yang baik dan sopan. Kakak takkan membuli adik ipar sendiri SEKIRANYA kau belanja kek dan puding selalu" [huh! bertambah mengarut aku ni]
Argghhhh! Takyah prektis sangatla! Apa yang spontan jela nanti. Yang penting aku MINTAK MAAF kat Ilham. Lepas tu baru tenang hidup aku, adik aku dan Ilham jugak. Hmmm...

Aku capai kunci kereta dan memecut ke Bangi. 
Bersedia atau pun tak... here we go! 


bersambung ke bab 8...

COOKIES KU DI BIBIR MU [bab 6]

Bab 6
Boring betul aku la. Bila adik aku yang bertunang dulu, banyak yang tanya aku soal jodoh. Tak sensitif betullah makcik-makcik ni. Ingat aku ni tak laku sangat ke? Jodoh kan  Allah yang tentukan, bukan boleh beli kat Ekspo! [Eh, tersebut perkataan puaka tu pulak]. Aku duk kat dapur je masa dorang bincang dan pantun-pantun. Tu yang terperangkap dengan makcik-makcik. Aduyaiii!!! Terpaksa tahan jela.   
Tetiba Muna datang kat aku.
"Hantaran sama! Hantaran sama!"
10 minit aku blur, lepas tu baru boleh digest cerita Muna. Rupanya adik aku bertunang dengan adik Cikgu kat sekolah dia tu.
Loh! Malunya aku!!! Nampak tak profesional langsung la aku nih!
Moral of the story; 
'Jangan Buat Design Yang Sama! Customize kan Design Setiap Pelanggan!'  [tulisan tu sepatutnya liplap liplap supaya alert!]
Ada lagi kejutan: Muna kenalkan kat aku kawan dia Cikgu Sufiah. Sesak nafas aku masa nak bersalaman tu. Cikgu Sufiah a.k.a Kak Piah.
Arghhh!!! Hampehnya! Malunya!!! Abislah aku! 
Silap-silap kena lari ke luar negara nih! Kenapalah kesan 'kebodohan silam' aku tu datang balik? Why? Eh! Jap! Jap! Kalau adik Kak Piah yang bertunang ngan adik aku... adakah???
ARGHHHH!!!   TIDAKKKK!!!  NGERINYA!

Sobs...sobs...sobs...

Memang betul pun. Adik aku bertunang ngan Ilham. Uwaaaaa!!! Mana aku nak sorok muka ni? Masa sesi perkenalan dengan semua ahli keluarga tu, aku terpikir nak bengkokkan kaki, sengetkan mulut dan julingkan mata. Nak nampak macam 'orang lain'. Tapi dah tak sempat dah! Ayah aku beriya kenalkan aku dengan 'bangganya'. Dan masa tu bekalan darah dah tak sampai ke muka aku. Pucat! Mengalahkan baru lepas pembedahan. Aku dah moved on dah, tapi kenapalah kenangan teruk tu muncul semula? Karma la ni!
Ni mesti sebab aku dah buat salah pastu lari dan langsung tak mintak maaf. Lari dari kesilapan. Perghhh!!! Masa tu aku rasa macam kena tembak berdas-das kat dahi. Yang si Ilham pulak pandang aku semacam je. Macam nak elak. Jangan-jangan dia menyesal bertunang tadi bila tau aku ni bakal kakak ipar dia.
Dia tau camane pun aku ni KAKAK. Adik mana boleh derhaka kat kakak, kan? [aku try lagi pujuk hati sendiri]
Masa sebelum balik tu, aku nampak Ilham bisik-bisik sesuatu kat adik aku. Muka adik aku terus berubah dan terus melilau carik aku. Pastu dorang pandang aku macam aku ni pesalah kes pembunuhan bersiri. Pandang semacam je. Sahlah dorang ngumpat aku tu. Tu nak ungkit balik citer lama la tu. Apesal la cuma aku je yang moved on. Kenapa orang lain tak boleh tabah teruskan kehidupan macam aku?
"Sebab yang kena flyingkick dengan pompuan kat khalayak ramai tu dia!" [tetiba Muna jawab]
Hamboi! Sejak bila Muna dapat baca fikiran aku? Ilham dengan Kak Piah upah Muna ke? Muna dah ikut sebelah pihak sana ke? Sape yang nak sokong aku ni?

Lepas ni aku kena carik keluarga angkat kat luar negara ke ni? Hinz... hinz... hinz...


bersambung ke bab 7...

Monday, September 23, 2013

COOKIES KU DI BIBIR MU [bab 5]

Bab 5
Lama kelamaan aku jadi lali dan redha. Sebut  Zara Nadia binti Amir Amzad takde sape yang kenal. Sebut Pompuan Psycho, semua tau. Hmm... inikah suratan?
Dah beberapa bulan dah, aku masih tak dapat keje kat mana-mana lagi. Tu yang aku makin rancak buat cookies. Dah banyak jenis dah. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Penat memang terlalu penat, tapi bertahan jela, dah itu sumber rezki aku.
Paling best, aku dapat job supply cookies kat cafe yang baru dibuka kat Bangi. Mula-mula sikit, lelama makin banyak permintaan cookies aku kat cafe tu. Syukur! Seronoknya! Kan best kalau aku dapat bukak bakery ke cafe ke. Tapi...ahhh! Jauh sangat mimpi tu. Ni dapat pelanggan tetap yang order berterusan camni pun dah kira pencapaian terbaik setakat ni.
Ada satu hari tu, cafe ni terlibat dalam Ekspo kat Bangi, jadi dorang nak bagi aku satu meja. Tapi dengar je perkataan 'Ekspo' aku dah fobia dah. NO! NO! NO! Katakan TAKNAK pada Ekspo! Itulah tagline aku. Jadi, dengan sopan aku tolak. Aku kata aku boleh supply tapi aku tak boleh join sebagai front crew. Dorang tanya kenapa... aku jawab dengan sopan, aku adahal di tempat lain masa tarikh tu nanti. Yela... takkan aku nak cakap: "Saya tak boleh join Ekspo tu takut nanti saya TERterajang orang. Saya ni Pompuan Psycho, tau tak?"
Sehari sebelum Ekspo tu aku pun hantarlah cookies lebih banyak daripada biasa. Masa nak balik tu aku ternampak adik Kak Piah. Dia tengah minum dengan kawan-kawan dia kot. Nasib baik dia tak nampak aku.  Alamak! Dia pelanggan kat sini la pulak! Bahaya nih! Aku dahla selalu kena datang sini hantar barang niaga. Huh! Lenkali kena hati-hati ni. Cepat-cepat aku blah.
Beberapa hari lepas tu, aku datang lagi hantar barang. Pun ternampak jugak mamat tu. Alamak! Dia ni pelanggan tetap ke? Dah tu aku terpandang... dia tengah makan cookies aku. Ermmm... speechless! Dia makan banyak. Macam-macam perisa ada kat depan dia. Halamak ai!!! Kalaulah dia tau cookies tu aku yang buat, air tangan aku, mesti dia muntahkan balik. Mesti dia menyesal sangat. Masa tu segala rasa tak best datang kat aku, sampaikan jantung aku berdegup kencang. Rasa bersalah pulak! Aku rasa macam aku tengah tipu dia. Aku ni pompuan yang dah naya dia, tapi tanpa dia sedar dia dah tolong bisnes aku. Terima kasih! Maafkan aku, ye Ilham.
Malam tu aku tak tenang. Takut kalau bebila aku pegi hantar barang, terserempak depan-depan ngan mamat tu. Tengah aku risau-risau tu tetiba mak aku call. Dia kata adik aku nak kawen. Nak bertunang sekejap aje, hujung tahun ni nak kawen terus. Mak aku tanya persetujuan aku sebab langkah bendul.
Ala... aku dah tau dah adik aku tu memang apa-apahal pun dia mesti advance dipade aku. Aku tau dia dah lama ada boy friend. Aku tak halang pun. Aku ni dahlah takde calon, financial pun belum betul stabil lagi. Kalau dia bertemu jodoh dulu, silakan. Buatlah yang terbaik. Aku tak kecik hati dan aku tak mintak apa-apa pun adat langkah bendul tu.
Mak aku kata, keluarga pihak lelaki nak merisik bulan depan dan bertunang sekali. Aku pun janji akan balik kampung. Mak aku siap mintak aku decorate satu dulang cookies untuk dijadikan hantaran. Cantek!!! Terbaek! Kebetulan Muna tempah satu dulang hantaran, aku buat jela sama design. Bahan-bahan dah tentu sama. Nak tulis pun 'Selamat Bertunang'. Takyah aku susah-susah pikir idea baru, hihihi. Mesti korang cakap: Amboi! Senang hidup aku?
Bulan depannya, Muna datang ambik barang hantaran. Lepas dia hantar kat Cikgu sekolah dia, Muna ikut aku balik kampung. Dia kena tolong pegang hantaran tu sebab takut patah. Cookies kan rapuh! Dia nampak hantaran yang dalam keta aku tu sama design dia macam yang Cikgu tu tempah. Tapi, dia tak kisah pun sebab pelanggan lain-lain, bukan untuk majlis yang sama.
Sampai kat kampung, adik aku teruja giler tengok aku dah siapkan satu dulang hantaran yang cantik. Esoknya dia nak bertunang. Panjang berjela khutbah aku menasihat. Tau jelah dugaan waktu berdarah manis ni. Kena sabar dan pandai jaga diri. Jaga maruah keluarga. Chewah! Kalaulah dorang tau kes 'Ekspo Puaka' tu, mesti aku kena boo. Yelah, menasihat orang kemain pandai, suruh jaga maruah keluarga konon, tapi aku sendiri yang buat perkara memalukan.

Hari yang dinanti pun tiba. Rombongan pihak lelaki sampai. 




bersambung ke bab 6...