Assalammua'laikum ^__^
Hai semua...
Ni perkara
kecik je, tapi kalau tak dipraktikkan, memang kelam kabut jadinya.
Camni...
Keje bertindih di opis.
Kadang-kadang kita ada banyak tugas bertindih yang perlu
diselesaikan, kan? [okla... kalau tak banyak mana pun, tapi 'beberapa' la kan?] Kalau buat serentak, memang kurang fokus, nnt
hasilnya dua-dua pun kurang kualiti.
Jadi, anda
buatlah checklist sendiri. Simple je, cuma perlu tulis [tulis tangan je] ikut
tahap 'mana nak dulu'. Ikut deadline la. Mana yg kena submit dulu, letak di
senarai no1, 2 dan seterusnya. BUAT KEJE SATU PERSATU DENGAN FOKUS DAN TENANG. Mana yang dah setel, tandakan. Buat pulak yg
seterusnya. Percayalah, semua tu akan siap dengan elok dan mantap. Dan...
paling penting, takde keje yang tertinggal atau yang terlupa nak submit. Bila
kerja sistematik dan teratur, dibuat dengan fokus dan tenang, hasilnya memang
memuaskan hati, inSyaAllah.
Buat keje ikhlas, bukan untuk bagi orang nampak.
Buat keje elok-elok, beri yang terbaik. Senang citer... biar 'hasil kerja' yang bercakap. Buat keje tu jangan bila ada mata-mata yang memerhati je. Bila boss ada kemain rajin lagi. Bila boss takde, mulalah rasa nak enjoy, curi tulang. Hmmm... kalau camtu, tak ikhlas dan tak jujur la namanya. Sah-sahlah takde intergriti. Cane nak berkat gaji tu nanti? Ingat, Allah yang bagi rezki. Kalau kita naik pangkat atas sebab 'mengipas atau ampu' boss, Allah tau. Malaikat kan ada kiri kanan, mereka catat setiap bukti dengan terperinci, tau. Ha...takut tak? Takut tak? Ada jugak yang tak takut sebab tak nampak kot.
Ni bab buat 'keje umah' pulak...
Ibu-ibu memang produktif! Ntah dipade mana tenaga tu datang. Sambil-sambil masak, boleh cuci pinggan ke,
lap meja ke dan macam2 keje lagi yang dibuat secara sambilan. Masak pun sekali
dua jenis, sebelah buat sup [contoh], sebelah goreng sayur. Multitasking la
sangat! Ibu-ibu memang biasalah macam tu.
Sebelum ada anak mungkin belum cekap lagi, tapi bila dah ada anak, otomatik
jumlah tangan pun cam bertambah. Tanggungjawab banyak mana pun, tapi setel
jugak! Masa memang tak terbuang. Kalau dibuat satu, satu, satu, memang 'slow' sangat la! Bila nak siap, kan?
Tapi,
ni bagi yang takde pembantu umah la. Yang semua benda kena hadap dan survive
sendiri. Bagi yang berkeje tu, lagi lah! Penatnya... memang sangat penat! Allah je tau. Tapi
ganjaran pahalanya pun besar, jadi jangan sampai stress ye.... sbb ganjaran
Allah tu berbaloi. Dan... sebab keberkatan tu nanti Allah akan berikan rahmat dalam pelbagai bentuk yang membuat anda rasa bahagia. Cuma perlu ikhlas jela dan buat semua tu kerana redha Allah. Kalau buat sebab memang tanggungjawab, buat sebab terpaksa... memang stress la jawabnya.
Hidup ini adalah peperiksaan.
Ok, ingat ye.. tak kira la, apa pun status kita.... jantina kita... usia kita... semua ada peranan penting. Semua ada peluang untuk buat kebaikan. Senyum pun dikira kebaikan dah. Buatlah banyak2. Setiap perkara yang kita buat, kalau ada manfaat, dapatlah markah [pahala]. Kehidupan ni kan ke 'EXAM TERBESAR YANG SEBENAR'. Lulus atau gagal anda sendiri yang tentukan dengan kualiti pengisiannya dalam tempoh hayat anda di dunia ini. Bukan takat S.P.M ke, exam kat U ke... tp ni yang real punya! Sebab tu cabaran dia makin hari makin besar. Takde sapa pun tau dia hidup sampai umur berapa, kan? Jadi, selagi bernafas... sempat lagi kumpul pahala.
Jom! Hadapi dengan lebih berhemah! Nak lulus kan? Ni aku tengah study la ni! Jom kita!
No comments:
Post a Comment