Sunday, September 29, 2013

Sebab Aku TAK Kacak! [Bab 4]

Bab 4
Aku memang dah lama tak mengurat. Last sekali kira-kira lebih 10 tahun dulu. Tapi masa tu aku ni bertepuk sebelah tangan. Pompuan tu tak pandang aku sebelah mata pun. Macam-macam cara aku usahakan, tak jalan jugak. Last-last dia rimas dan tinggalkan pesan kat kawan baik aku Sam.
Sam cakap camni:
"Kau bukan taste dia. Dia nak yang tiptop! Kacak dan kaya! Kau lupakan jela dia. Dia tak sesuai untuk kau".
Tu ayat dari mulut Sam. Nak tau ayat sebenar dari  pompuan tu?
"You tolong bagitau kawan you yang tak sedar diri tu supaya cermin diri dia dulu. Muka hodoh, selekeh pulak tu. Ada hati nak try I yang wangi ni. Please la! Kalau public nampak I date ngan dia, what a major disaster! Euuuuw!
Bengang aku. Lebih sakit hati lagi, siap pesan kat kawan aku sendiri. Kalau dia cakap depan aku takdelah aku terasa hina sangat. Ni bila melibatkan orang lain, aduhhh... teruk betul aku rasa masa tu. Sejak darpada tu, aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku hanya akan jatuh hati pada perempuan yang terima aku seadanya, yang sayangkan aku sebab selesa ngan aku. Taknak dah suka kat mana-mana pompuan yang awal-awal lagi nampak ketara rejek aku sebab aku tak hensem.
Ape korang ingat 'hensem' dan 'cantik' tu kekal ke? Nyampah! Esok-esok bila dah tua kerepot takde makna dah cantik ke hensem ke. Puiii!
Tapi Limah ni lain. Magnet! Aku yang rasa tertarik nak kenali dia lebih dekat lagi. Tolak tepi la bidang keje dia. Tukang cat pun manusia jugak. Ok, ok... maksud sebenar aku ialah tukang cat wanita pun insan biasa. Kejenya aje mengecat, tapi gendernya tetap female. Unik hape! Dia elok je berdikari. Yakin pada kemampuan diri. Hasil keje dia pun outstanding!
Ni maknanya aku dah sampai seru kot? Rasa rindu lah, rasa nak disayangilah.
Whoa! Stop! Stop! Kena kawal ni. Aku ni dah tua, bukan macam zaman remaja nak bercinta sangat. Dah tua, caranya lebih beradab dan berhemah. Kalau aku selesa ngan Limah, Limah pun selesa dan boleh terima aku seadanya, aku akan buat cara betul step by step. Risik dan pinang. Dah nikah nanti, bercintalah puas-puas. Ha... camtu baru betul.
Ni nak kena kompom ngan Limah dulu la ni kan?  kan? kan? Kalau dia ON baru proceed. Masa tu nanti baru aku inform kat mak aku. Mau senyum sampai ke tengkuk kot mak aku.
Limah ni elok je layan aku. Dia macam tak rejek aku pun. Takdelah dia  buat aku terasa yang aku ni tak kacak. Kami hepi je dan dia pun jenis yang sempoi. Tak mengada-ngada  dan paling penting dia hormat aku. Mungkin sebab aku tua kot? Ah! Atas alasan apa sekalipun yang penting aku rasa bahagia sangatssss. Dah lama dah tak rasa camni.
Akhirnya Limah bagi signal greenlight. Maknanya ON la tu.
Aku pun mintak mak aku pinangkan. Terkejut mak aku. Dia ingat aku dah lupa cara mengurat awek. Assalammualaikum! Anak mak ni 'straight' okay... mestilah tau cara-cara cari calon isteri.
Tetiba mak aku meroyan bila dia tanya keje apa? Aku pulak jujur je pegi jawab Tukang Cat. Mak aku bebelkan aku. Lama! Sampai aku nyaris nak insaf! Puas dia rekemen ngan gadis-gadis yang lemah lembut, ayu, sopan gitu! Semua aku rejek. Last-last tukang cat yang aku pilih. Mak aku kata dia tak rela bermenantukan seorang tukang cat. Tu bukan bidang yang sesuai untuk wanita.
Aduyaii... mak pulak tak restu. Mak tak jumpa lagi ngan Limah. Dia sweet sangat! Kalau mak jumpa ntah-ntah nanti mak nak cepatkan tarikh pernikahan. Macam-macam aku pujuk, tapi mak keras hati.
Susahlah kalau camni. Aku ni dahla bujang terlajak perahu, mak pulak demanding. Nampaknya aku perlu sedarkan mak. Mak, kalau mak anggap Johan ni  anak mak, mak dengar dan terimalah hakikat ni...
"Mak tau tak kenapa selama ni Johan taknak semua gadis pilihan mak? Bukan Johan saja-saja nak rejek dorang. Dorang yang tak suka  Johan bila dah berjumpa depan-depan. Takde seorang pun gadis pilihan mak yang dapat terima Johan  sebab JOHAN NI BURUK! TAK KACAK MACAM YANG DORANG HARAPKAN! Kenapa bila buat pertama kalinya Johan rasa diri diterima, mak pulak yang halang? Mungkin ini ketentuan jodoh Johan, Mak. Mak lembutkanlah hati mak terima Limah seadanya sebagaimana Limah terima Johan".
"Hah? Nama dia LIMAH? Dahlah pompuan keje TUKANG CAT. Nama pulak LIMAH? Mak yang dah tua ni pun nama Suraya, tau"
Mak aku semakin bombastik. Exaggerate sungguh! Nama Limah pun nak meroyan. Taulah nama mak 'muda', takyah lah nak bangga sangat.
Tetiba ayah aku yang baru balik dari kedai kopi bersuara...
"Takpe, nanti ayah pinangkan. Ayah restu. Lagipun nama ayah Setopa je, ayah paham perasaan Limah. Jom ayah pinangkan sekarang".
Yup! Memang aku ada ayah. Dah masuk bab 4 baru dia enter frame sebab ayah aku asik ada kat kedai kopi je. Jangan salah paham, ayah aku bukan melepak sebab mak aku malas buat air teh susu untuk dia. Sebenarnya ayah aku ialah Tokey kedai kopi tu. 'Kedai Kopi Setopa' ~ klasik je kan nama tu. Ramai pelanggan woo... di kalangan pakcik-pakcik lah.
Seminggu lepas tu baru mak aku setuju nak pegi sama-sama ngan ayah aku. Ayah aku memang cool. Dia nak tengok aku bahagia. Sepatutnya dah lama aku kawen, dah ada anak 3 atau 4 orang dah, katanya. Ayah seronok bila dengar ada jugak pompuan yang terima aku.
Korang nak tau camane ayah pujuk mak? Ha...camni... ayah kata aku ni kalau ikut muka ayah memang jadi hensem macam ayah lah. Tapi sebab ikut muka mak aku, jadi aku biasa-biasa je, tak berapa nak kacak. Nak kata cute pun lagi la tak. Jadi kalau ada  yang sudi terima aku pun kira dah patut bersyukur sangat dah. Mak aku rasa macam ayah perli dia. Dia dah malu, tu yang akhirnya setuju untuk terima Limah.



bersambung ke bab 5... click newer post di bawah

No comments: