Bab
9
Korang
tau ape jadik pastu? Memang aku rasa macam diperbodohkan. Rasa tak tau apa-apa.
Banyak perkara yang baru terbongkar pada hari tu. Orang lain dah tau, aku seorang
je yang tak tau apa-apa [kuangkuangkuang].
Rupa-rupanya,
lepas aku cabut lari tu, dia yang kena kemas semuanya. Barang-barang aku semua
aku tinggalkan macam tu je. Cookies 2 kotak besar tu yang macam-macam jenis, semua
dia ambil dan makan sikit-sikit sampai habis. Lama-lama dia rasa setiap hari mesti
nak makan cookies aku. Walaupun dia ada bisnes card aku, tapi dia sengaja
taknak contact aku. Dia ada strategi lain untuk pulangkan duit sewa dan bayar
harga cookies yang dia dah makan banyak tu.
Sebab
nak bayar balik duit aku dan tambah-tambah dia dah rasa makan cookies aku tu
macam keperluan hidup dia, dia pilih aku jadi supplier. Tapi untuk tidak buat
aku terkejut dan menggelabah, dia suruh Wana [staff dia] yang handle. Yelah,
dia tau betapa bahayanya kalau aku menggelabah. Terus naik syeh! dan belasah
orang. [Huh! Macam tu ke? Aduh! Malunya!]
Lagi
satu, ni yang paling aku tak sangka. Memang rasa tertipu sangat bila tetiba
adik aku datang dengan Ilham tunang dia. Patutlah tunang dia dressing
corporate, rambut pendek. Rupanya individu yang berbeza. Nama Ilham jugak?
Yup!
Yang aku flying kick tu tokey cafe, nama dia Afiq Ilham bin Hassan.
Yang
bertunang ngan adik aku pulak Ammar Ilham bin Hassan.
KEMBAR,
OKAY!
Patutlah!
Gaya lain-lain. Aku ni yang tak peka ke atau rabun? Aku rasa aku tak perasan
mereka tu 2 orang individu yang berbeza sebab selama ni aku terlalu sibuk melarikan diri dari 'Ilham flying kick' ni. Aku nampak dia beberapa kali kat
cafe, tapi aku menyorok. Aku takut dan malu nak berhadapan dengan kekhilafan
sendiri.
Yang
adik aku pulak 'tau' tapi sengaja je taknak berterus-terang. Aku tak pastilah
dia nak aku jadi lebih dramatik ke atau dia nak aku bertanggungjawab dan belajar
daripada kesilapan.
Tapi
aku lega jugaklah yang aku belasah tu bukan bakal adik ipar aku. Kalau tak,
mesti adik aku akan jadi lebih marah kat aku.
Malam
tu aku tido senyum je. Lega selega-leganya! Tenang sangat jiwa ni. Lepas ni aku
dah tak payah nak menyorok lagi. Boleh terus berurusan dengan dia bila hantar
stok ke cafe. Kami berbaik dan mula berkawan.
Sebelum
balik tadi aku cakap kat dia...
"Yang
menjadi persengketaan selama ni ialah apabila;
KAKI
KU DI PERUT MU!
Tapi
mujurlah ada penyejuk hati yang buat awak maafkan saya iaitu;
COOKIES
KU DI BIBIR MU!"
Ok...
macam tu lah kisah aku. Korang jangan expect setiap cerita ending dia mesti
kawen. Tak semestinya, ok. Perlahan-lahanlah! Aku dengan dia baru nak berbaik,
lebih sesuai kami berkawan. Lagipun dia tokey, aku ni pembuat cookies je. Biarlah
adik aku kawen dulu.
Banyak
pengajarannya daripada kesilapan aku ni.
#
Aku belajar jadi lebih berani untuk berhadapan dengan kekhilafan sendiri.
#
Kebenaran memang adakalanya pahit, tapi berusahalah untuk terima.
#
Aku mesti sentiasa bijak mengawal emosi. Fikir dalam-dalam sebelum bertindak.
#
Kalau rasa nak marah, siasat dulu. Jangan main terjah je. Nanti diri sendiri
yang tanggung akibat.
#
Belajarlah meminta maaf. Buang ego! Jangan rasa diri sentiasa betul.
#
Makanan yang sedap mampu menyejukkan hati dan memaafkan. I love my cookies!
#
Bila kita betulkan kembali apa yang salah, semua akan jadi baik-baik aje.
Percayalah cakap kak ton.
Aku
teruskanlah bisnes cookies ni. Hepi je bila bekerja sendiri ni. Cuma kena
pandai urus masa lah. Dah seronok pulak bila tetiba orang yang pernah aku
flying kick tu ajak aku jadi rakan kongsi. Hehehe... korang doa-doakan lah ye. Harap-harap
aku tak jadi mutan lagi, hehehe.
- Tamat -
Ini adalah sticker atas packaging cookies aku. 'Cookies Ku di Bibir Mu' tu jadi tagline. Yang citer sampai bab 9 tu sume rekaan je, kihkihkih... sebab bila aku dah penat buat cookies, kenalah ada cara nak rilex. Tapi gambar2 Cookies dan label tu real. Memang aku buat pun.

No comments:
Post a Comment