Bab
5
Lama
kelamaan aku jadi lali dan redha. Sebut
Zara Nadia binti Amir Amzad takde sape yang kenal. Sebut Pompuan Psycho,
semua tau. Hmm... inikah suratan?
Dah
beberapa bulan dah, aku masih tak dapat keje kat mana-mana lagi. Tu yang aku
makin rancak buat cookies. Dah banyak jenis dah. Alhamdulillah, sambutan amat
menggalakkan. Penat memang terlalu penat, tapi bertahan jela, dah itu sumber
rezki aku.
Paling
best, aku dapat job supply cookies kat cafe yang baru dibuka kat Bangi. Mula-mula
sikit, lelama makin banyak permintaan cookies aku kat cafe tu. Syukur!
Seronoknya! Kan best kalau aku dapat bukak bakery ke cafe ke. Tapi...ahhh! Jauh
sangat mimpi tu. Ni dapat pelanggan tetap yang order berterusan camni pun dah
kira pencapaian terbaik setakat ni.
Ada
satu hari tu, cafe ni terlibat dalam Ekspo kat Bangi, jadi dorang nak bagi aku
satu meja. Tapi dengar je perkataan 'Ekspo' aku dah fobia dah. NO! NO! NO!
Katakan TAKNAK pada Ekspo! Itulah tagline aku. Jadi, dengan sopan aku tolak.
Aku kata aku boleh supply tapi aku tak boleh join sebagai front crew. Dorang
tanya kenapa... aku jawab dengan sopan, aku adahal di tempat lain masa tarikh
tu nanti. Yela... takkan aku nak cakap: "Saya tak boleh join Ekspo tu
takut nanti saya TERterajang orang. Saya ni Pompuan Psycho, tau tak?"
Sehari
sebelum Ekspo tu aku pun hantarlah cookies lebih banyak daripada biasa. Masa
nak balik tu aku ternampak adik Kak Piah. Dia tengah minum dengan kawan-kawan
dia kot. Nasib baik dia tak nampak aku. Alamak!
Dia pelanggan kat sini la pulak! Bahaya nih! Aku dahla selalu kena datang sini
hantar barang niaga. Huh! Lenkali kena hati-hati ni. Cepat-cepat aku blah.
Beberapa
hari lepas tu, aku datang lagi hantar barang. Pun ternampak jugak mamat tu.
Alamak! Dia ni pelanggan tetap ke? Dah tu aku terpandang... dia tengah makan
cookies aku. Ermmm... speechless! Dia makan banyak. Macam-macam perisa ada kat
depan dia. Halamak ai!!! Kalaulah dia tau cookies tu aku yang buat, air tangan
aku, mesti dia muntahkan balik. Mesti dia menyesal sangat. Masa tu segala rasa
tak best datang kat aku, sampaikan jantung aku berdegup kencang. Rasa bersalah
pulak! Aku rasa macam aku tengah tipu dia. Aku ni pompuan yang dah naya dia, tapi
tanpa dia sedar dia dah tolong bisnes aku. Terima kasih! Maafkan aku, ye Ilham.
Malam
tu aku tak tenang. Takut kalau bebila aku pegi hantar barang, terserempak
depan-depan ngan mamat tu. Tengah aku risau-risau tu tetiba mak aku call. Dia
kata adik aku nak kawen. Nak bertunang sekejap aje, hujung tahun ni nak kawen
terus. Mak aku tanya persetujuan aku sebab langkah bendul.
Ala...
aku dah tau dah adik aku tu memang apa-apahal pun dia mesti advance dipade aku.
Aku tau dia dah lama ada boy friend. Aku tak halang pun. Aku ni dahlah takde
calon, financial pun belum betul stabil lagi. Kalau dia bertemu jodoh dulu,
silakan. Buatlah yang terbaik. Aku tak kecik hati dan aku tak mintak apa-apa
pun adat langkah bendul tu.
Mak
aku kata, keluarga pihak lelaki nak merisik bulan depan dan bertunang sekali.
Aku pun janji akan balik kampung. Mak aku siap mintak aku decorate satu dulang
cookies untuk dijadikan hantaran. Cantek!!! Terbaek! Kebetulan Muna tempah satu
dulang hantaran, aku buat jela sama design. Bahan-bahan dah tentu sama. Nak tulis pun 'Selamat
Bertunang'. Takyah aku susah-susah pikir idea baru, hihihi. Mesti korang cakap:
Amboi! Senang hidup aku?
Bulan
depannya, Muna datang ambik barang hantaran. Lepas dia hantar kat Cikgu sekolah
dia, Muna ikut aku balik kampung. Dia kena tolong pegang hantaran tu sebab
takut patah. Cookies kan rapuh! Dia nampak hantaran yang dalam keta aku tu sama
design dia macam yang Cikgu tu tempah. Tapi, dia tak kisah pun sebab
pelanggan lain-lain, bukan untuk majlis yang sama.
Sampai
kat kampung, adik aku teruja giler tengok aku dah siapkan satu dulang hantaran
yang cantik. Esoknya dia nak bertunang. Panjang berjela khutbah aku menasihat.
Tau jelah dugaan waktu berdarah manis ni. Kena sabar dan pandai jaga diri. Jaga
maruah keluarga. Chewah! Kalaulah dorang tau kes 'Ekspo Puaka' tu, mesti aku
kena boo. Yelah, menasihat orang kemain pandai, suruh jaga maruah keluarga konon,
tapi aku sendiri yang buat perkara memalukan.
Hari
yang dinanti pun tiba. Rombongan pihak lelaki sampai.
bersambung ke bab 6...
bersambung ke bab 6...
No comments:
Post a Comment