Thursday, September 19, 2013

IMAN dan IMAN [bab 10] <--- ending!

Bab 10
Bila Ummi dah sihat, Iman dah mula sambung belajar luar kampus. Memang penatlah tapi kalau takde usaha mana ada kemajuan, kan? Alhamdulillah, misi aku macam berjaya je. Syukur pada Ilahi sebab memberi aku kekuatan menjadi pendorong pada Iman di saat-saat dia terduduk. Masa dia terjatuh aku takde di sisi, aku taktau pun masa tu.Tapi aku bantu dia untuk bangkit semula. Ummi dah kembali sihat, Iman dah berbaik semula dengan ayahnya dan Iman dah mula sambung belajar. Syukur sangat, Iman dah menemui kebahagiaan. Kalau dia hepi, akupun hepilah. Apalagi yang aku mahukan?
Tiba-tiba pada suatu hari Ummi nak jumpa aku. Kami makan di luar, berdua je.
"Kalau Iman nak tunggu Iman Zaki dapat degree, memang lambatlah! [Ummi tambah Zaki sebab taknak aku kelirulah tu, hehehe]. Ummi cadangkan supaya Iman dan Iman Zaki bernikah. Ummi nak sangat Iman jadi menantu Ummi. Takde sape yang lain lagi yang paling layak. Iman ADA masa kami susah dan senang. Iman ADA masa sakit dan sihat. Menantu macam mana lagi yang Ummi nak harapkan untuk jaga anak kesayangan Ummi tu? Iman setuju tak?"
Dup! Dap! Dup! Dap! Dup! Dap! Aduyaiiii... nape jantung laju pulak ni? [kuikuikui]
Ya  Allah, betul ke ni apa yang aku dengar? Aku berbuat baik bukan harapkan mereka membalasnya. Aku hanya mahu balasan daripada Mu Ya Allah. Kalau inilah suratannya, aku redha. Tapi, betul ke   Iman  ada perasaan  untuk memperisterikan aku? Sahabat lain, isteri lain.
"Ummi, ni permintaan Ummi ke atau Iman sendiri?" Soalku inginkan kepastian.
"Iman Zaki. Dia sayang pada Iman. Dia pun lama rindukan Iman. Walaupun dia tau rumah Iman, rasa nak jumpa sangat... tapi masa tu dia malu nak jumpa Iman. Dia rasa dia looser, sedangkan Iman wanita berkerjaya. Tak sekufu katanya. Dia bukan orang kaya. Tapi, bila dah jumpa balik, dia tengok takde apa yang mengubah Iman, dia lega. Iman tetap ambil berat pasal dia. Imanlah pendorong dia. Tu yang dia sayang sangat pada kamu, Iman".
Jujur Ummi menerangkan. Saat itu senyuman berair mata terbit dengan manis. Subhanallah. Alhamdulillah. Terima kasih, Allah.

Okay, nak tau  apa seterusnya? Tahun depannya ketika aku masuk 30 tahun, kami bernikah. Belum masuk 35, kira belum sempat jadi andartu kan? Ternyata jodoh kami kuat. Berpisah kemudian dengan izinNya dipertemukan kembali.
Memandangkan selama ni kami bersahabat baik, 'aku' 'kau' lepas ni kenalah tukar. Takkanlah aku nak 'kau' 'kau' kan suami aku pulakkan? Hmm... aku pun saspen jugak, Iman nak panggil aku apa lepas sah jadi suami isteri ni nanti, ek?
Sayang? [amboi]
Baby? [mengada je bunyiknya! Eiii, gelilah!]
Honey? [taknak! Takut dimadu!]
Dear? [may be... sweet je kan?]

Dan Aku pulak nak panggil dia apekah?
Sayang?
Hubby?
Abang?
You?
Errr... kalau panggil 'Iman' je cam biasa boleh?

Haa... lagi satu, aku nak sebut diri sendiri apa, ek? Takkan 'aku' jugak kan? Cam kasar je.
I?
Saya?
B?
Ayang?
Aduyaiii! Ni yang letih ni! Takpe, takpe  biar sah dulu. Lepas tu dengar dulu dia panggil aku ape, hehehe.
"Aku terima nikahnya Nurul Iman binti Yahaya bla bla bla bla bla...."
"Sah! Sah!"
Alhamdulillah, selamat. Usai berdoa, Iman menghampiriku. Kalau dulu dia menepuk dahiku, pada detik indah itu 'kucupan sayang' yang singgah di dahi. Terharu dan amat menyentuh perasaan.
Lama aku tunggu, bila dia nak panggil aku ni. Nak panggil nama apa?
Last-last dia cakap...
"IMAN, JOM IKUT ABANG". [sambil hulurkan tangan]
Kami keluar sama-sama bersalaman dan memberi ucapan terima kasih pada tetamu yang hadir.
Loh! Panggil camtu je? What do you expect? Hehehe...oklah tu! Selesa apa? Kan dah tau suami aku memang tak romantik, takyah nak harap lebih-lebihlah. Lagipun aku gelilah kalau romantik sangat, hihihi.

Dengan yakin dan berhemah aku cakap kat suami yang baru aku nikahi...
"IMAN CINTA ABANG!" [First time nih! Jangan jeles, dah halal! Bolehlah cakap]

Tiba-tiba dari dapur Mama panggil...
"IMAANNNN!"
"YAAAA!"    
Kami jawab serentak! Ha, camtulah bila anak dan menantu sama nama. Hihihi... [kuangkuangkuang]



- Tamat -

No comments: