Wednesday, September 18, 2013

RINGANKAN BEBAN SESAMA KITA.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^

Anda pernah alami situasi hilang pekerjaan? Saya pernah! 2 kali pulak tu. Masa muda dulu la. Memang susah sangatsssssssssss masa tu. Tapi Allah kan ada. Dia uji tapi bila kita minta pertolonganNya, Dia akan permudahkan. Bagi yang tak pernah merasa, mungkin tidak tersentuh pun deria simpati bila mendengar ada orang yang anda kenal hilang pekerjaan. Macam2 sebablah yang sampai hilang mata pencarian tu. Ada yang sebab company tutup, department tutup, nak kecikkan unit, nak berpindah n merge ngan cawangan lain dan macam2 lagilah puncanya. Dan takdir menentukan ada yang menjadi mangsa.

Perkara ni boleh terjadi pada sesiapa saja. Mungkin sekarang anda selamat dan  bolehlah... 
"Ahhh! Lantaklah! Padan muka dorang! Dorang pun bukan keje bagus sangat pun!". 
Mmmm... ala, tak perlulah nak selfish sangat. Kita ni sape je? Takyah sombong2 lah. Kalau nak dibandingkan dengan alam semesta ciptaan Allah ni, kita ni lebih kecik dipade sebutir pasir pantai, tau! Kita ni walaupun dijadikan ada akal... tapi boleh kena penyakit, semakin tua dan lemah dan bila2 masa je Allah boleh balik tarik nikmat yang Dia kurniakan. Kehidupan di dunia ni sekejap aje. Rugilah kalau dalam tempoh masa yang sekejap ni kita nak menyombong. Buat apa busuk hati? Nanti nyesal kat Padang Mahsyar nanti. 

Hilang pekerjaan tu cuma salah satu contoh dugaan saje. Antara contoh dugaan lain ialah sakit, ditimpa bencana alam, hilang tempat bergantung, bercerai, kemalangan dan macam2 lagi. Semua ni membawa kesusahan pada yang menjadi mangsa. Kesusahan ni bersifat sementara je. Nanti mereka pasti akan bangkit semula. Roda kehidupan kan turun naik, ada masa di atas, lepas tu turun bawah dan nanti naik semula.

Pada kawan yang tengah susah, kita tolong setakat yang kita mampu. Takde orang yang sengaja nak menyusahkan orang lain. Tapi bila kita tau atau nampak, kita bangkitkanlah deria simpati. Ingat! Bantuan bukan dalam bentuk wang ringgit saje. Senyuman, layanan baik, kasih sayang, motivasi pun dah mampu membahagia dan melegakan perasaan. Sebab perkara2 tu datang dari hati yang ikhlas. Deria simpati kita yang percuma tu bukan selalu digunakan pun, kan? Percayalah! Anda memang seorang yang baik hati, ikhlas, bermanfaat dan berhati bersih bila deria simpati itu muncul. Tapi kalau kawan sedang hadapi dugaan, anda masih boleh ngumpat kondemkan pulak...hmmm...  tak tau nak cakaplah! Sebab malaikat sentiasa catat tu... kena 'agak-agaklah'.

Kita perlu yakin, rezki ada di mana-mana. Allah yang beri jika Dia izinkan. Kita hanya perlu berusaha, berlapang dada dan tawakal. Kalau tak usaha, memang tak jadi ape2lah. Cariklah rezki yang halal dan ada keberkatan sebab makanan  yang jadi darah daging perlu datang dari sumber rezki yang bersih. Tu yang hidup tenang dan rasa cukup je walaupun tak mewah. Orang pun sayang je dan tak benci  kat kita. 

Kalau kita mampu beri manfaat, maka berilah. Faedahnya kita juga yang dapat. Kan rugi kalau kita tak kongsi 'nikmat yang Tuhan bagi banyak tu' pada orang lain. Pada yang miskin, hadiahkanlah doa pada orang2 yang anda nak bantu. Berkat tu! Mungkin bantuan yang Allah beri adalah hasil rayuan doa anda. Wah! Untungnya, setiap kali kita doakan orang lain, malaikat akan aminkan dan doakan kita pula. Bayangkan malaikat doa untuk kita? Tentu kita nak, kan? Jadi, jangan pikir orang senang je boleh bantu orang lain. Orang miskin pun ada peluang yang sama dalam merebut rahmat Allah. 

Jom la kita berdoa! Berilah kata2 manis yang penuh hikmah pada orang2 yang sedang susah hati. Jangan pulak kita buat orang lain susah hati.



Setiap yang saya luahkan di sini adalah untuk peringatan diri sendiri dan jika ada manfaat yang anda boleh ambil, silalah. Ampunkan saya andai ada yang terasa.

No comments: