Bab
4
Malam
tu susah aku nak lena. Kisah Iman di luar jangkaanku. Memang tak dapat tidur
bila teringat setiap yang diceritakannya. Lusa kami akan bertemu lagi. Kali ni
lebih lama. Aku minta cuti untuk berkongsi kisah. Aku rasa sebagai sahabat, aku
dah cukup ambil berat tentang Iman. Rupanya aku silap. Banyak perkara yang aku tak tau tentang dia. Banyak sangat!
Ceritanya
membawa aku kembali ke alam remaja, kira-kira 10 tahun lepas.
Ummi
terlalu stress apabila diceraikan
oleh pakcik Samsudin [ayah Iman]. Ummi tak rela dimadu dan rasa tertipu. Setelah
6 bulan diceraikan, Iman masih tidak tahu apa-apa. Dia fokus pada
pembelajarannya di U.K. Sehinggalah Ummi ke U.K menemui Iman. Ummi tiada tempat
mengadu. Imanlah tempat dia meluah rasa, tambahan pula hubungan mereka terlalu
rapat. Iman tentu dah boleh hadapi masalah perceraian ibu bapanya di usia
begitu. Ketika itu Iman 18 tahun.
Sangkaan
Ummi meleset. Sebagaimana kecewanya Ummi, Iman lebih lagi. Sebagaimana sedihnya
Ummi, Iman turut merasainya. Iman terlalu sukar untuk menghadapi kenyataan. Dia
bertindak kurang wajar dengan memarahi ayahnya menerusi talian. Hubungan dua
beranak itu menjadi semakin keruh bila Iman terus bertindak kurang ajar dengan
ayahnya. Tiada lagi rasa hormat. Ternyata sikitpun Iman tidak dapat menerima
penipuan ayah terhadap Ummi dan dirinya. Mungkin saat berita itu disampaikan
kurang sesuai. Ummi hadir dengan berita sadis itu di saat dia bergelut dengan
peperiksaan. Iman gagal pada semester itu. Dia yang sebelumnya merupakan
pelajar cemerlang, gagal teruk!
Ayah
mendapat tahu lalu menganggap kegagalan itu adalah tindakbalas Iman terhadapnya.
Dengan rasa ego dan marah, si ayah menarik balik elaun yang diberi setiap
bulan. Iman pulang ke tanahair dan
tinggal bersama Ummi tanpa pengetahuan ayahnya. Dia langsung tiada hati untuk
menyambung kembali pelajarannya.
Sekarang
dia jadi Gym Instructor. Badan pun dah berotot, nampak segak. Bila dah lama
sangat tak jumpa, baru aku nampak kekacakan Iman. Dulu, nampak biasa-biasa je.
Yelah, bila kita dah rapat dan terima seseorang seadanya, kita memang tak kisah
pun tentang luaran dia. Hati dia yang buat kita rasa selesa. Itu dah memadai.
Lagi pun masa tu kami masih mentah, budak lagi. Masih tak tau erti kehidupan.
Kenapalah
di saat-saat sukar itu Iman tidak berusaha menghubungiku? Aku ni sapa? Apa
gunanya aku sebagai sahabat kalau takde di saat dia memerlukan?
Apa
yang aku boleh tolong? Masa tu kami masing-masing masih remaja, belum cukup
matang untuk lalui semua tu. Itu yang Iman fikirkan. Dia buntu dan terlalu
marahkan ayahnya. Dia mulakan hidup baru dengan Ummi. Dia taknak pelajaran aku
terganggu dek kerana masalah dia.
Selama
ni aku sangkakan dia dah jadi Dr Iman Zaki. Yelah, sebab lama sangat kat U.K.
Rupanya itu semua tak pernah terjadi. Keluarga kaya yang aku tengok serba ada,
rupa-rupanya porak peranda dan tak bahagia. Syukurlah, walaupun aku hidup sederhana,
tapi Mama dan Papa harmoni je sampai sekarang. Adik-adik pun dah ke menara
gading, takde apa yang Mama dan Papa nak risaukan lagi.
Oh,
ada satu... mereka risaukan aku yang masih tak menemui jodoh. Zafirah dah
bertunang, Izazi pun dah ada bf. Aku je yang
asyik keje, keje, keje.
Ni
kalau Mama tau aku dah jumpa Iman ni mesti Mama nak aku ceritakan semuanya.
Err...nanti dululah. Biar aku korek habis dulu. Aku nak jumpa Ummi, nak peluk
dia, nak cium dia macam dulu-dulu. Tentu Ummi seronok kalau jumpa aku. Akukan
dah macam anak perempuan dia.
Waktu
yang dijanjikan tiba. Iman pun bercuti. Dia membawaku ke rumahnya untuk bertemu
dengan Ummi. Katanya, jangan terkejut. Ummi dah tak macam dulu lagi.
"Kenapa?
Ummi dah kawen ke? Kau dah ada bapak tiri, eeeee?" Soalku.
Kebetulan
masa tu lampu merah. Kereta tengah berhenti.
"PEK!"
[Iman menepuk dahi ku dengan brochure.
Padan ngan muka aku, cakap tak pikir dulu]
"Merepek
betullah kau ni! Ummi jadi ibu tunggal jela". Katanya.
"Hehehehe...
sori"
Kataku
sambil tepuk dahi sendiri. Apelah punya bongok pegi cakap camtu. Orang pompuan
bukan cam orang lelaki senang cari pengganti. Nyesal pulak aku tanya camtu
tadi.
Sampai
je depan rumah, aku tengok tiada yang buka pintu. Cuak gak aku... kata Ummi
ada. Ni apesal Ummi tak sambut? Baru aku ingat, Iman nak surprisekan Ummi. Nak Ummi hepi bila jumpa aku.
No comments:
Post a Comment