Thursday, September 19, 2013

IMAN dan IMAN [bab 9]

Bab 9
Aku sms kat Iman. Saje nak komplen supaya dia tak buat lagi:
"Aduyaiii! Buat apelah kau pegi hantar coklat dan bunga bagai kat opis aku? Malulah aku! Kalau setakat nak mintak maaf, sms sudahlah".
Dia reply ni:
"Bila aku slow, kau kata aku lembab. Bila aku mulakan langkah, kau komen camni pulak?"
Aku sms dia ni:
"Hah? Ketara sangat ke? Aku bukan terdesak tau!" [Ayarx!!! Merah muka aku, blushing!]
Dia reply ni:
"Memang ketara pun...kikikiki... Aduyaiii... Tapi aku memang sayang kaulah! Makan jela coklat tu. Mengadalah kau ni!"
Aku sms dia ni:
"Sayan.... [aku nak type 'Hah? Kau sayang aku?' tapi tak sempat sebab terkejut terus pengsan serta merta]
Dia reply ni:
"Dah, dah... abis credit kang! Ni sms last, ek!  Kau  jangan reply... hehehe... I LOVE U!"  
Hah! Tengok! Tengok! Mamat ni buat aku gembira dan sakit hati dalam waktu yang sama. Dahlah tak romantik. Kot ye pun macam nak mula tackle aku, romantik la sikit! Ahh! Nyampahlah! Rasa  macam nak jawab 'I love U too!' tapi cam terdesak sangat pulak! Biar jela. Lagipun perasaan aku takdelah membuak-buak rasa nak bercinta. Tak nikmat mana pun  bercinta sebelum kawen. Dah lama aku tanamkan dalam minda dan jiwa supaya bercinta biar lepas kawen. Lebih sweet! Halal dan berkat gitu!
Eh! Aku tersebut pasal kawen, ek? Hihihi... tergedik pulak! Kantoi! Sori la tak sengaja. Senang cerita, aku berdoa dan serahkan urusan jodoh pada Tuhan. Aku taknak berharap, nanti hampa kalau tak kesampaian.

Iman semakin rajin sms aku. Tapi ayat-ayat dia memang tak serius. Aku pun taknaklah perasan sangat. Aku anggap camni: kalau ada jodoh, tak ke mana. Tapi kalau jodoh aku dengan  orang lain, itu yang terbaik yang Allah berikan.
Iman  cerita kat aku yang dia dah jumpa Ayah dia. Tak dapat aku bayangkan bagaimana ia berlangsung, beremosi atau aman sahaja. Tapi  orang lelaki ni bila beremosi jadi lain. Susah nak kawal perasaan. Rasanya mesti tak berlaku pertelingkahan kot sebab masing-masing dah lembut hati.
Ummi pun dah boleh bergerak bila selalu buat fisio. Aku tumpang gembira dengar satu persatu berita baik dari Iman. Memang aku doakan yang terbaik untuk dia. Aku nak dia bahagia macam dulu-dulu.
Weekend tu Ummi kata nak datang rumah kami. Beriya dia mintak Iman hantarkan. Sebab asyik aku je yang jenguk dia. Mama dan adik-adik ada jugak beberapa kali ikut aku melawat Ummi. Agaknya sebab Ummi dah larat nak bergerak ke sana sini. Tu yang dia nak datang tu.
Aku  masak makanan kegemaran Ummi dan Iman. Ummi suka sup cendawan. Iman suka sambal paru. Nampak berselera mereka makan.
"Sedapnya! Dah lama Iman tak makan masakan Mama".
Iman menyedapkan hati Mama aku. Mama pulak terlalu berterus terang. Nak jaga reputasi akulah konon. Mama kata...
"Ni semua ni air tangan Iman. Iman yang masak. Kan dah dewasa, dulu lainlah semua Mama yang masak".  [Aku rasa nak tergelak dengar Mama puji aku]
"Iman..." [tiba-tiba Ummi panggil]
"Ya"   [kami jawab serentak]
Semua ketawa, sebab cliche sangat. Dah boleh agak dah! Ummi sengaja je nak menyakat! 



No comments: