Tuesday, September 3, 2013

Tengah stress ke tuuuu?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^


Dah nak masuk bulan ke 5 aku tak keje. Duk rumah dan jadi suri rumah. Keje2 freelance... kekadang aje ada. Masa mula2 je rancak. Tapi, takkanlah aku nak buang masa macam tu aje. Duk umah ni sebenarnya agak memenatkan juga. Bukan tido dan berehat je keje. Sebab keje umah tiada sudahnya. Tapi aku sangat lega la... sbb sejak dah tak keje ni, dah takde la terkejar2, rushing itu ini. Masak pun rilek2 je. 

Tiap2 hari mesti masak, dah takde dah beli-beli makanan kat mana2. Dulu ada jugak tepaksa beli bila balik lewat dan dah penat sangat. Berkat la kan, anak2 makan air tangan ibu, suami makan air tangan isteri. Tu yg masa basuh beras ke, sayur ke, ayam ke, mesti selawat dan mohon dalam hati pada Allah semoga rezki yg dimakan tu diberkati. Rahmat Allah ni melimpah ruah, kita je kadang tu asik nampak 'duit' je sebagai faktor utama yg dinamakan rezki. 

Orang dulu2 hidup susah n serba kekurangan, tapi anak2 'menjadi' sebab berkat. Mereka manede makan supplement, dah tu keje kuat pulak tu. Yelah, aku paham antara faktor yg buat mereka sihat ialah kurang toksin dalam badan, sebab masa tu masih banyak bahan makanan yg organik dan semulajadi, takde bahan kimia. 

Tapi tu salah satu faktor je. Faktor utama mereka hidup harmoni, sihat dan gembira ialah hati mereka tenang. Mereka tabah dan redha. Lepas usaha mereka tawakal. Itukan fitrah yg sepatutnya diamalkan oleh semua orang islam. Tu yang hidup mereka tak stress. Nak kata takde masalah, itu memang mustahil. Dalam kehidupan di dunia ni, manede yang tak diduga? Mesti ada ujian. Setiap zaman, ada cabarannya yg tersendiri. Tapi cara mereka tangani tu yang berbeza. Mereka lebih tawadhuk, zuhud. Kurang dan mungkin jarang sekali mengeluh. Bukan kerana mereka kurang pelajaran. Mungkin anda terpikir...."Ala...dulu lain, sekarang orang dah pandai2, dah ada golongan elit, dah berpelajaran dan bijak, berani bersuara". Hihihihi...tu ayat nak menang tu. 

Memanglah dunia zaman sekarang sangatlah stressfull! Tapi sebab apa? Sebab semua nak senang je, susah sikit, payah nak terima, mula merungut dan menyalahkan pihak itu dan ini. Keluarlah status2 berapi yang melegakan perasaan si penulis bila ramai yg komen  dah tekan 'like' tanda sokong. Betul ke camtu caranya nak releasekan stress? Agak2nya, tenang ke jiwa? Rasa2nya Allah suka ke?

Zaman dulu2 manede media sosial untuk luah rasa. Kalau rasa hati tak tenang, mereka akan mengadu dan menangis atas sejadah. Mereka berusaha perbaiki dan tawakal. Resah lagi, mengadu lagi, menangis lagi depan Allah. Agak2nya, mereka ni menangis sebab lemah ke? Dah tentulah TIDAK! Merekalah insan2 kuat yang meluah rasa pada tempat yang tepat. Agak2nya hati mereka tenang tak selepas tu? Anda fikir? Cuba anda buat camtu, kompom jiwa tenang, hati tenteram dan berbunga, lapang je dada. Percayalah! 

Kadang2, memang berbaloi bila kita back to basic! Dah Allah beri al-quran pada umat Muhammad s.a.w, kita selak-selak, telaah dan hayatilah ajaran ilmu kehidupan yg terkandung di dalamnya. Aku ni manusia jahil, tak pandai pun, tapi sedang perbaiki diri. Sentiasa belajar dan muhasabah diri. Aku sedar aku tak sempurna, jadi aku mahu persembahkan yg terbaik yg aku mampu bila menghadap Allah kelak. Aku tak mahu diburu rasa takut bila tiba masa menemuiNya nanti. Aku mahu rasa rindu dan cinta bila sampai masa ku menemuiNya. 

Sama2lah kita perbaiki diri, upgrade iman dan senyum selalu. ^____^

Maafkan aku jika entry ini ada unsur2 yg mengguris perasaan, aku byk kekurangan. Yang baik daripada Allah, yg buruk adalah dari kelemahan diri aku sendiri.


No comments: