Thursday, September 19, 2013

IMAN dan IMAN [bab 6]

Bab 6
Saban hari aku berdoa semoga Allah beri kesejahteraan pada hidup Ummi. Sesekali ada juga aku terserempak dengan ayah Iman. Tapi, hanya senyuman nipis yang mampu aku hulurkan. Menurut Iman, ayahnya tidak tahu tentang nasib mereka. Mereka seperti dibuang keluarga. Kalau Ummi bukan lagi isteri ayah, tapi Iman pula bagaimana? Imankan tetap darah dagingnya, anak sulung yang dulu sangat rapat dengannya. Tak mungkin En. Samsudin menyisih dan meminggirkan Iman begitu sahaja.
Menurut cerita Iman, dia sudah berpatah arang dengan ayahnya. Kali terakhir mereka berkomunikasi ialah ketika ayahnya mendapat berita tentang kegagalan Iman dalam peperiksaan semasa di U.K dahulu. Teruk dia dimarahi. Iman pun melawan  tanpa rasa hormat.
Ini bermakna En. Samsudin langsung taktau tentang nasib Iman dan Ummi setelah mereka pulang ke tanahair. Iman pun sengaja tidak mahu menghubungi ayahnya. Dia sudah cukup dewasa untuk berdikari. Mampu untuk menyara makan minum dan ubat-ubatan Ummi. Memang mereka hidup sederhana sahaja, tetapi mereka bersyukur dan bahagia. Mereka saling menjaga antara satu sama lain. Tiada apa yang kurang. Kasih sayang, makan pakai, semua cukup.
Dulu masa aku tengah rindu giler kat Iman pernah aku terfikir nak sambung master degree kat Uni di U.K. Tapi sebab payah nak dapat tajaan, nak biaya sendiri pulak tak mampu, maka aku kuburkan je niat tu. Nasib baiklah tak pegi sana, konon-konon nak sambung belajar sambil cari Iman. Hmmm... rupanya Iman ada je kat Malaysia.
Sekarang ni aku rasa cam nak bantu Iman sambung semula belajar. Dia pandai, hape! Soal umur takyah fikir sangatlah. Belajar ni ibadah. Selagi ada kemahuan, takde istilah 'terlambat'. Iman boleh! Cuma perlukan dorongan. Dan aku dengan sukacitanya akan menjadi pendorong dan penyokong usahanya itu. Aku mahu Iman majukan diri. Takkan sebab kecewa ngan ayah dia, Iman korbankan masa depan sendiri. Ruginya!
Ya, itulah misi aku. Aku nak bantu Ummi sihat semula dan dalam waktu yang sama nak lihat Iman berjaya. Lambat tak semestinya ketinggalan. Kalau dia degil, memang aku akan usahakan apa cara sekalipun sampai dia lembut hati.
Ha, lagi satu... aku rasa macam nak pulihkan jugak hubungan antara Pakcik Samsudin dengan Iman. Sebagai bapa, aku rasa mesti wujud rasa rindu pada anak yang dah lama dia tak jumpa. Takkanlah keras sangat hati Pakcik Samsudin tu, tambah-tambah bila umur makin tua, mesti makin cool dan sabar, kan? Hmm... bersangka baik ajelah.
Bimbang jugak sebenarnya kalau aku ni jadi macam 'terlalu masuk campur' urusan keluarga Iman. Tapi I just can't help it. Rasa nak buat jugak. Kalau tak, lagi berlanjutan masalah ni, bilalah nak setel. Hidup ni bukan lama sangat. Entah esok lusa siapa yang pergi dulu mengadap Ilahi. Baiklah, mulakan dengan niat baik, inSyaAllah Tuhan tolong permudahkan.
Setiap kali ada masa lapang, aku akan luangkan masa bertemu Ummi. Alhamdulillah, ada perkembangan positif. Tahap kesihatan Ummi semakin baik. Ummi nampak ceria dan senyum je tiap kali aku jaga dia. Aku layan macam mak sendiri. Kami bergurau hingga Ummi keletihan ketawa.
Ada juga aku suarakan pada Iman cadangan agar dia kembali sambung pelajaran. Iman gelak je. Katanya dia perlu realistik! Dalam keadaan dia sibuk bekerja dan perlu menjaga Ummi, mana mungkin dia sempat untuk fokus pada pelajaran. Ok, k... aku faham. Sekurang-kurangnya dia tak anggap idea tu gila. Dia cuma takde masa. Maknanya kalau Ummi dah sihat, bolehlah kot? Hahaha... seronoknya! Aku akan terus motivate dia. Bagi perangsang dan dorongan.
Hmm... yang pasal Pakcik Samsudin pulak, rasanya kena tunggu sampai mood dia tengah betul-betul baik. Kang kena tepuk dahi pulak aku. Lagipun pantang disebut perkataan 'ayah', mulalah Iman nak melenting. Tak habis marah lagi ke? Nak berdendam sampai bila? Air dicincang takkan putus.

No comments: