Friday, September 6, 2013

NAK KURUS JUGAK?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^

Hai semua...


Tengah buat ape tuuu? [buat2 tanya, cam style dulu2... padehal dah tau dah... mestilah tgh bace blog...hihihi]

Hari ni tadi aku masak ayam penyet. Simple je kan? Tapi bukan nak citer pasal resipi ke menu ke.

Ni nak citer tentang pemakanan. Ala... tak layak ke? Takpelah...ni bagi sape2 yang nak pecaya la.


Aku ni jenis yang makan memang tak pantang. Suke je, makan. Manis ke, semua makan asalkan sedap. Tapi serius, memang tak gemuk! Korang yang kenal rapat mesti cakap...
 "ala, kakshey tu memang la makan ape pun kurus jugak!" 
Sebab aku memang tak pernah naik berat badan sangat pun  kecuali masa mengandung dulu la.

Tapi, nape jadi camtu?
Agaknya pasal pemakanan aku kot?
Pada aku biasa2 je...tapi ntahla...cara aku camni...

Walau banyak mana pun aku makan, minuman aku ialah air suam [suhu biasa je, tak panas langsung pun]...kira air masak la. Banyak minum air masak setiap hari. Bukan aku langsung tak amik air sejuk, tapi terlalu jarang. Kat kenduri kawen, takde pilihan, kan? Minum je, hihihi.


Lepas bersalin anak bongsu [sekarang dah 8 tahun], dia menyusu badan sampai umur dia 5 tahun. Memang terlebih susu pon anak bertuah tu, hihihi. Allhamdulillah. Sepanjang penyusuan tu, aku langsung tak minum minuman sejuk. Puncanya, masa dia baby, aku ada la jugak teringin nak minum minuman berais...yela Malaysia ni kan panas! Tapi, sian...anak aku selsema dan batuk. Jadi, aku pon berkorban. Sejak tu...dia sihat. Yela... bila anak menyusu badan, ibu kena jaga makan. Kalau nak susu byk, ibu perlu minum susu byk juga, minum air putih pun byk, makan lagilah... byk giler! Asik lapar je...sebab nak produce susu paling berkhasiat, kan? Tak campur ngan susu formula pulak tu. Kat tempat keje, perah dan masuk freezer. Kat nursery dorang panaskan. Agaknya sebab dah terbiasa... maka bila anak dah besar pon, aku order air suam je bila kuar lunch. Kat umah memang air masak jela. Dah la free atau 20sen je, takde kalori pulak tu. [Ni takde kena mengena pasal nak berjimat ke hape].

Sampai la sekarang, jarang sangat aku minum air berais. Kecuali tahun 2010 sebab masa tu aku kena thyroid [ni citer lain]. Aku makan nasik banyak kali sehari sebab aku tak minat junk food [jajan] utk dimakan di antara waktu makan. Cookies, kadang2 je pandang. Aku ni asal lapar   je, makan bende berat [bukan batu bata, ek]. Pernah rasa berat badan naik, sebab kerap minum air manis dan sejuk berais. Ada la sekali tu timbang...tengok2 52kg! Pastu aku 'layan balik' air masak sebagai air kesayangan, maintain balik 48kg sampai skrg.

Senang kan?
Banyak minum air masak, [kerap buang air kecil takpe... buang toksin dan sihat]
Jajan ni takyah layan.
Sebelum tido... minum segelas.
Lepas makan aku minum 2 gelas.
Dahaga bebila....minum lagi.

Kalau korang nak cuba, try la 2 bulan jangan amik minuman sejuk apetah lagi yg manis. Minum banyak, tau! Selepas sebulan dua, mesti berat badan turun punya. 

Akhir kata...sayangilah air masak anda yang takde kalori tu. Jom minum lagi jom!



No comments: