Tuesday, September 3, 2013

Keje, keje, keje...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammua'laikum  ^__^



Hari ni aku ada sebab untuk produktif publish entry kat sini. Sebabnya; aku tengah bz buat editing. Render kemain lama bila format Quicktime. Aku render 3 format yg berbeza pulak tu. Jadi, sementara menunggu line kuning tu sampai hujung [editor mesti paham], aku pun menulis di sini.

Kali ni aku nak sentuh bab keje.

Aku memanglah dah tak keje lagi sekarang ni. Tapi aku dah mula keje dipade lepas STPM lagi. 20 tahun bekeje baru aku jadi jobless, hihihi. Ala... aku yang resign sendiri... bukan kena buang ke hape. Dah penat bekerja production. Fasa memberi komitmen pada kerjaya dah beralih. Tiba masa ke fasa utk aku fokus lebih pada keluarga. Faktor usia la semua ni. Kalau aku boss, mungkinla kot aku  tak benti keje. Tapi dengan gaji yg ciput, lebih baiklah orang tua ini duk umah aje, senang hati anak2 depan mata, jimat duit makan, minyak, bayar pengasuh. Tapi boss aku masih bagi job freelance. Alhamdulillah, rezki Allah. Terima kasih, ada jugak pintu rezki utk aku n keluarga. Boleh tutup lubang-lubang keperluan ekonomi kami. 

Ok, bab keje;

Teruja, bersemangat dan idea membuak-buak adalah elemen yg sangat diperlukan kalau kita bekerja. Janganlah buat keje 'asal siap' sedangkan hasilnya ntah ape2. Penat, stress dan muak pun mesti anda pernah rasa jugak bila dah lama sangat bekerja. Memang normal la kot, kalau pengalaman keje kita ada semua jenis perasaan ni. Sama ada positif mahupun yg negatif. Cuma, cara kita kawal yg negatif tu supaya tak ganggu mood keje kita. 


Kalau saya stress, saya buat ni;

1) Mengadu pada Tuhan lepas solat. Atas sejadah mengadap kiblat... mmg syahdu dan menenangkan [solat kalau boleh tepat pada masa].

2) Carik kawan yg positif yang memberi motivasi.

3) Pegi pada kawan yg lawak. Bila kita gelak, melayang masalah tu skali.

4) Shopping - terapi bagi sesetengah org. Tapi kalau takde bajet, buat teknik lain.

5) Kalau gagal jugak, maknanya anda dah lama sangat tak pegi bercuti. Pegilah rehatkan minda yang dah tepu sangat tu. Kang jiwa jadi kacau, lelama gile pulak!

Memang lapang dada, bila kita berjaya kuis stress tu jauh2. Kalau dia dtg lagi dan lagi.... bila dah byk kali, tentu anda dah semakin matang. Dah boleh hadapi dengan berhemah. Masa tu anda dah tau ape cara nak buat untuk kembali bersemangat.

Stress ni boleh kurangkan tenaga. Kita jadi lemah dan tak bermaya. Idea pun hilang, produktiviti terganggu dan rasa cam nak lempang orang je. Tapi kan dah sebut tadi, kawal.... kawal! Jangan hanyut ikutkan sangat perasaan, nanti tak bahagia, sebab balik umah pun terbawak-bawak moody tu. Hishhh.... bahaya tu kalau balik umah  bawak masalah keje.


Ingat! Keje memang takkan abis. Dah mati pun, ada orang lain yang akan sambung buat keje kita. So, give yourself a break. Sian badan, sian otak... penat dah kot. Bagi budak2 yang baru bekerja tu lain. Mereka belum tepu lagi. Banyak lagi pengalaman yang akan mereka tempuh untuk sampai ke tahap tepu ni. Untuk yang hujung2 30an tu, paham la...tentu dah rasa banyak kali, hihihi.

Selagi bekerja, anda berdedikasilah. Takkan kita nak sia2kan amanah majikan. Kita mahu setiap sen gaji kita tu berkat. Taknak ada  unsur curi tulang dan bermalas-malasan. Jadi, kalau dah tahap tepu tu...  [5 cara di atas semua tak jalan].... amik la cuti, balik kampung. Minda yang segar dan tenang mampu menepis masalah2 anda. Sebab takde maknanya anda ada di opis kalau jiwa bukan kat situ. Lagi tak berkat! 

Untuk yg workaholic pulak... ingat sekali lagi, keje memang takkan abis. Anda dah benti keje pun ada yg gantikan position anda. Tapi, kehidupan yang kita lalui bersama keluarga kita, akan beredar begitu saja... kalau anda terlebih fokus berkeje sampai over the limit. Sian anak-anak. Sian pasangan. Mereka perlukan anda untuk melengkapi hidup mereka. 

Ciptalah momen-momen berharga yang akan mereka kenang sampai bila-bila. Momen indah anda sekeluarga. Jangan nanti, sedar-sedar... "Aik? Dah dewasa anak-anak aku...?" ruginya tak sempat share kehidupan mereka ketika membesar. Jangan sampai kawan2 sebaya lebih kenal anak-anak kita berbanding ibu bapa sendiri. Aku memang risau kalau anak2 buat perkara negatif yang kita tak sangka. Manede mak bapak yang ajar anak buat bende tak elok? Mereka explore sendiri sesuatu perkara dari view dan angle yang kita taknak. Takutkan? Laa... tak takut? Sila takut! [sikit pun jadik la].

Kesimpulannya...

Bekerjalah dengan ikhlas dan berdedikasi untuk sumber rezki yang halal lagi berkat.

Jika dah penat tahap tepu, rehatkan minda... jaga kesihatan, amik la cuti. Bila dah sakit, lagi susah nanti.

^____^

Maafkan aku jika entry ini ada unsur2 yg mengguris perasaan, aku byk kekurangan. Yang baik daripada Allah, yg buruk adalah dari kelemahan diri aku sendiri.

No comments: