Bab
2
Ya,
begitulah kisah awal perkenalan kami. Itu 7 tahun lepas. Sekarang kami dah 17
tahun dan kami masih berkawan rapat. Walaupun dah remaja, tapi feeling-feeling cinta monyet ngan Iman
memang takde, okay! Dia layan aku cam lelaki je kot! Aku pulak layan dia
takdelah cam pompuan, tapi we are buddies
la, takde nak touching-touching ke
hape ke.
Nak
tau, masa umur Iman lelaki 16 tahun, dia dapat jadi Olahragawan sekolah. Ala,
janganlah pelik! Tengoklah sape yang latih dia, hehehe. Kalau dia tak kenal
aku, mungkin dia jadi Presiden Kelab Catur je kot...hehehe. Memang besar sangat
pengaruh kawan sewaktu kita membesar. Kalau kita berkawan ngan budak-budak
lembik, memang lembiklah jadinya. Kira, ada gakla peranan dan jasa aku
membentuk Iman lelaki ni jadi 'jantan',
wahahaha... perasan tul aku!
Sebagai
anak sulung, dah tentulah Mama menaruh harapan yang tinggi kat aku untuk
cemerlang dalam SPM. Kami study
sama-sama. Iman lelaki beruntung, keluarga dia jenis berada. Ada guru tuisyen
yang datang ajar dia 3 kali seminggu. Tapi aku lagi bertuah, masa tingkatan 5,
Ummi support tuisyen aku sekali. Biar
kami boleh bersaing secara sihat dalam pelajaran, kata Ummi.
Thanks Ummi, muah! Aku memang sayang ngan
mak Iman ni. Anak dia seorang je padahal. Sejak aku muncul, dah macam ada
sepasang anak pulak. Tapi, tentu Ummi suka dapat anak pompuan instant kot? [kuangkuangkuang]
Ummi
Iman, ummi aku juga. Kadang-kadang aku rasa kami ni dah macam adik beradik
pulak. Iman pun panggil Mama aku Mama. Banyak benda yang kami kongsi. Mungkin
Ummi nampak kami saling tak bawak pengaruh yang buruk pada anak kesayangan dia,
tu yang dia sayang pada aku jugak [agaknyalah].
Kita
tak pernah tau apa akan terjadi pada masa depan, kan? Kami sama-sama dapat keputusan
cemerlang. Dari awal lagi keluarga Iman dah plan
nak dia further his studies kat luar
negara. Ayah dia walaupun jarang-jarang balik rumah sebab banyak kerja di luar
kawasan, tapi mereka memang dah setuju dengan rancangan tu.
Part ni aku lain sikit. Mama dan Papa nak aku belajar di
Universiti tempatan aje. Senang sikit bila dekat. Lagi pun atas faktor
kewangan, aku ni bukan berkemampuan sangat macam keluarga Iman lelaki.
Cukup-cukup aje, sederhana dan memang tak mewah.
Kecemerlangan
dalam SPM memisahkan kami. Setahun setengah kemudian, Iman terbang ke U.K dan
aku naik kereta aje ke Penang. Lain pulak rasanya bila berjauhan dari keluarga
dan dari Iman. Kesibukan belajar gagal membunuh rasa rindu aku pada mereka
semua. Masa kat matriks dulu, takdelah terasa sangat. Mungkin sebab ada masa
Iman datang jenguk aku. Aku pun tak jauh, setakat Banting je, jadi selalulah
balik rumah.
Selalu
jugak aku call Mama dan adik-adik.
Bila aku teringat sangat kat Iman, aku call
Ummi. Sekarang memanglah zaman I.T. Jauh bukan penghalang. Boleh je berhubung.
Kami skype setiap hari. Tapi masa
mula-mula je. Lama-lama Iman macam sibuk sangat kat U.K sampai kami diam. Aku
faham, masing-masing ada komitmen untuk study.
Bila
dah beberapa bulan tak berhubung, aku rasa kehilangan. Memang kami tak bercinta
apetah lagi berjanji untuk komited dalam apa-apa hubungan. Tapi tak cukupkah
jaminan kami sebagai sahabat baik? Entahlah! Aku rasa tersisih dan terpinggir.
Ya, tak payah hipokritlah! Memang aku rasa rindu sangattttsssss kat Iman. Dah
lama tak tepuk dahi dia. Aduyai! Benci la perasaan ni. Bukan nak menafikan tapi
memang ia mengganggu fokus aku. Ahhh! Dahlah tu! Rumah Iman dekat je. Kami
berjiran, lambat laun tentu dia balik.
Semester
ni aku paling sibuk. Rasa macam tak cukup masa nak setel itu ini. Perasaan yang
ntah pape tu aku tolak tepi. Iman tetap ada di hati. Ada ruang yang istimewa
untuk dia dalam hati aku. Bukan nak jiwang karatlah, tapi jiwa kewanitaan aku
ni yang letak dia kat situ. Hmmm...
takpe, aku nak berjaya dalam pelajaran dulu. Soal hati ni, nanti-nantilah,
pujuk hatiku.
Semester
break aku balik rumah. Rasanya dah
lama aku tak balik. Sebelum sampai rumah aku tekan loceng, singgah rumah Ummi dulu. Lama aku
tunggu, tapi sunyi je. Ummi tak bukak pintu pun. Aku pun balik rumah dah
bertanya pada Mama.
Memang
terkejut! Bukan berita buruk yang patut aku dengar setelah habis exam. Mama kata dia dan Ummi tak sampai
hati nak bagitau aku, takut ganggu emosi aku masa nak exam. Rupanya Ummi dah
keluar dari rumah tu. Dia dapat tahu suami dia dah madukan dia sejak beberapa
tahun lalu. Dah ada dua orang anak pun. Title
anak tunggal Iman dah melayanglah! Iman ada adik rupanya. Kata Mama, Iman
pun tak tau dan aku dilarang untuk memberitahunya. Ummi sendiri yang akan ke
U.K dan bincang dengan Iman.
Habis...
kalau dah Ummi tak tinggal sini lagi, Iman nak balik mana nanti? Rumah ni siapa
yang tinggal? Agak-agaknya sekarang ni
Iman dah tau ke? Ntah-ntah Ummi dah ke U.K pun beritahu Iman.
Bertubi-tubi
soalan aku pada Mama. Mama tak jawab pun. Sebab Mama sendiri tak tau jawapannya.
Aku termenung kerana kali ini aku benar-benar rasa kehilangan. Adakah peluang
untuk kami bertemu lagi selepas ni? Ya Allah, izinkanlah aku bertemu dengan
sahabat baikku Iman.
Doa
itu mengiringi setiap usai solatku selama bertahun. Ternyata aku tak pernah
berjaya melupakan Iman.
Aku
alihkan fokus 200 peratus pada pelajaran. Selesai degree, aku sambung master
degree. Nak sambung PhD aku rasa belum larat lagi sebab untuk dapat tajaan,
perlukan pelbagai bentuk persiapan. Perlu ke sana sini dan aku masih penat.
Biarlah aku mulakan kerjaya untuk bantu Mama dan Papa. Lama sangat dah aku kat Penang.
Kini
di usia 25 tahun, aku semakin matang. Masih tinggal dengan Mama sebab aku rasa
lebih selamat dan selesa. Hujung minggu itu tak sama seperti hujung minggu yang
lepas-lepas. Rumah lot tepi itu kembali berpenghuni. Nak pergi mengintai
seperti yang aku lakukan ketika berumur 10 tahun dulu, memang dah tak relevan
lagi. Aku tinjau sekerap mungkin. Ternyata bukan Ummi tapi Ayah Iman bersama
keluarganya yang satu lagi. Aku nampak Ayah Iman, isterinya dan 2 orang
kanak-kanak, seorang perempuan, seorang lelaki.
Oh...
itu tentu adik-adik Iman. Kalau ayah Iman sudah kembali berpindah ke situ,
mesti satu hari nanti Iman akan balik juga. Ahhh... leganya perasaan aku masa
tu.
Tapi
sangkaan aku salah. Dua tahun aku tunggu, kelibat Iman langsung tak pernah
muncul. Takkanlah Iman tak habis-habis lagi belajar di U.K? Kalau dia sambung
belajar sampai PhD, mesti Dr. Iman Zaki dah tamat belajar sekarang. Mana Iman
ni? Dia memang dah lupakan aku ke?
Ahh!
Buat apalah aku nak harap-harap sangat jumpa dia. Ntah dia dah buang aku terus
ke dari ingatan dia. Tu yang langsung tak berusaha cari aku, langsung tak contact aku. Padahal dia tau alamat aku.
Tau sangat mana nak cari aku. Aku tak ke mana-mana punlah! Arghhh!!! Sudahlah!
Hidup ni kena realistiklah! Kalau diizinkan Allah, jumpalah bila-bila. Kalau
takde, redha jelah. As simple as that!
Boleh?
No comments:
Post a Comment