Thursday, September 19, 2013

IMAN dan IMAN [bab 5]

Bab 5
Bercucuran airmataku. Mungkin inilah kali pertama aku menangis depan Iman. Sedangkan airmata Iman dah bergelen dah aku tengok sebab masa kecik-kecik dulu diakan anak manja. Sikit-sikit nangis ngadu kat ummi, sikit-sikit ummi. Ummi dah pujuk baru diam. Tapi tu masa kami budak-budak dulu. Masa tu aku yang tough.
Perasaan kali ni sangat berbeza. Aku yang menangis bersungguh-sungguh di saat-saat telah dewasa macam ni. Aku tak tahan melihat Ummi di atas wheel chair. Mulutnya senget. Ummi kena stroke? Sejak bila?
Dulu lagi  teruk. Sekarang ni dah makin pulih. Ummi dah boleh berjalan guna tongkat tapi perlahan-lahan dan perlukan pengawasan. Bahaya, takut jatuh. Memandang tepat ke mataku, Ummi lantas memeluk dan mencium pipiku. Ternyata bukan aku saja yang rindukan Ummi. Ummi pun sama, rindukan aku.
"Iman, kenapalah kau tak pergi rumah aku. Tak carik aku. Aku tak pindah mana-mana pun". Kataku sambil menangis. Kalau depan Ummi dan Iman, airmataku jadi murah. Biarlah...aku tak rasa malu untuk menangis di hadapan mereka.
"Ummi, Iman sayang Ummi... Iman taktau Ummi tak sihat. Maafkan Iman sebab tak cari Ummi". Aku terus menangis sambil memeluk Ummi. Rasa sangat bahagia bila berada dalam dakapan Ummi. Rasa seperti masih belasan tahun.
"Tahun lepas, Ummi terjatuh. Tu yang jadi macam ni. Kau jangan risaulah, Ummi aku, mestilah aku jaga baik-baik. Selagi Ummi tak sihat, aku takkan kawen ngan sape-sape pun. Aku taknak Ummi terabai kalau aku dah ada komitmen lain".
Tanpa rasa asing, aku memandai-mandai membuka peti ais. Aku masak apa yang ada. Aku ada kudrat, aku wanita, aku patut sediakan hidangan. Melihat keadaan Ummi begitu, mana mungkin Ummi mampu melunaskan tugasan menyediakan makanan.
Aku menyuapkan Ummi dengan makanan kegemarannya iaitu sup cendawan. Bagaikan menjaga ibu sendiri, aku bayangkan Mama di depan mata. Sayu rasa hati.
Iman memang anak yang baik dan bertanggungjawab. Kalau masa kecik-kecik dahulu aku menyaksikan Ummi memanjakan Iman, kini sebaliknya pula berlaku. Iman menjaga dan memanjakan Ummi.
Dibersihkannya Ummi, disisirnya rambut Ummi dan dibedakkannya. Diciumnya Ummi beberapa kali sambil mengusik dan bergurau. Tersentuh rasa hati melihat Ummi tak bermaya.
"Tengok tu... Ummi senyum tak berhenti bila kau ada. Aku dan kau adalah semangat dia. Kita mesti bantu pulihkan Ummi sampai sihat semula". Kata Iman padaku. Ya, aku akan tolong jaga Ummi. Aku nak tengok Ummi ceria macam dulu.
"Iman, mulai sekarang, aku akan tolong kau jaga Ummi. Aku nak Ummi manjakan kita macam dulu-dulu balik. Kau ingat tak lagi, kita dah form 5 pun tiap kali balik sekolah, kita busuk-busuk  berpeluh pun mesti Ummi cium, kan?". Kataku sambil mengesat airmata.
"Yang busuk tu kau. Aku anak dia, mestilah wangi! Aduyaiii... dahla tu... kau ni menangis dari tadi. Dah benti, nangis lagi. Ummi akan ok nanti. Aku yakin keadaan Ummi akan baik macam dulu balik".
Iman mungkin aneh melihat perasaanku yang mudah sangat tersentuh. Memang aku nampak dramatik sangat tadi. Tapi bukan dibuat-buat. Memang aku sedih bila tengok keadaan Ummi camtu. So what? Sekarang dah terbalik ke? Dia tough dan aku pulak lembik? [Opppsss... sekarang diakan 'Abang Otot'...] Betullah, itukan fitrah wanita. Dulu masa budak-budak situasinya lain, aku yang keras sangat!
 Sejak bertemu semula dengan Iman dan Ummi, aku rasa lebih bersemangat. Mereka adalah inspirasiku. Aku rasa bila kita kembali ke zaman kanak-kanak semula, di situlah kita akan menemui kebahagiaan. Dengan usia di hujung 20an, berbagai manusia  telah aku temui dengan pelbagai kerenah dan ragam. Tapi tiada seorangpun yang melekat di dada. Yang terkesan di hati. Semuanya datang dan pergi. Berbeza dengan Iman dan Ummi. Mereka dah tertanam dalam jiwa. Mereka bagaikan ada di setiap nafasku. Macam tulah yang aku rasa.
Aku kongsikan dengan Mama berita tentang Iman dan Ummi. Mama mahu aku bawa dia bertemu Ummi. Dia simpati dan mahu sama-sama membantu memulihkan Ummi. Alhamdulillah, kami sekeluarga amat berbesar hati untuk sama-sama terlibat memberi semangat pada Ummi. Kami mahu Ummi hidup sihat dan bahagia seperti dulu.



No comments: