Bab
7
Petang
tu tiba-tiba Pakcik Samsudin datang padaku. Ketika dia nampak aku pulang, belum
betul lagi aku parking, dia dah tunggu. Pakcik ni dah kenapa? Selalunya kalau
dia nampak aku pun, dia cuma pandang dan maniskan muka je. Saspen pulak aku
dibuatnya.
"Assalammualaikum,
Pakcik. Pakcik apa khabar?"
Keluar
je daripada kereta, tu yang terpacul dari mulut aku. Sopannya aku, hihihi. Lepas
tu aku tunggu je Pakcik cakap apa tujuan dia cari aku.
"Waalaikumsalam.
Sihat, Alhamdulillah. Pakcik nak tanya kamu ni. Dulukan kamu berkawan rapat
dengan Iman anak Pakcik. Kamu masih contact dengan dia sampai sekarang?"
Alamak!
Nak jawab apa ni? Soalan yang aku rasa
belum berapa sedia nak jawab. Nak bohong, berdosa pulak. Nak jujur, nanti Iman
pulak yang marah kat aku. Ermmm... tapi takkan Pakcik Samsudin berniat tak elok pulak kan? Lagipun
dah lama dah dia bercerai dengan Ummi,
mesti kemarahan dah reda.
"Ermm...
sebenarnya memang baru-baru ni Iman ada jumpa Iman anak Pakcik dan Ummi. Kenapa
Pakcik? Ada apa-apa yang Iman boleh bantu?"
Soalku
bagaikan detektif Conan nak siasat kes misteri.
"Pakcik
nak sangat jumpa dengan anak Pakcik. Dah lama sangat dia merajuk sebab marahkan
Pakcik. Tiba masanya Pakcik cari dan berbaik-baik dengan dia. Lagipun dia anak
sulung Pakcik. Sampai bila dia nak lari dari ayahnya ni. Macam mana dia menafikan pun, Pakcik tetap ayah kandung
dia".
Kedengaran
suara Pakcik Samsudin ada getaran.
Matanya berkaca. Ternyata ada sesalan dalam jiwanya. Betapa beratnya dia
menanggung rasa. Mungkin inilah jalan yang Allah beri padaku. Inilah laluannya
untuk memulihkan ikatan anak beranak yang dah lama terlerai.
"Pakcik
nak Iman temukan Pakcik dengan dia? Iman tau di mana dia bekerja, di mana dia
tinggal. Atau Pakcik nak nombor telefon dia?".
Wah!
Lengkapnya bantuan yang sedia aku berikan. Habislah mengamuk Iman kalau tau ni.
Aku pulak yang jadi agen bapak dia. Tapi Iman kan anak, kenalah maafkan ayah
dia. Sampai bila nak ego tak bertempat. Ayoyo... tak penat ke?
Akhirnya
Pakcik Samsudin hanya ambil nombor telefon Iman sahaja. Dia nak call Iman lah
tu, nak berbaik-baik. Camanelah nak pujuk hati yang dah keras tu agaknya. Harap-harap
semuanya baik-baik aje.
Tiga
hari lepas aku beri nombor Iman kat Pakcik Samsudin, tetiba Iman kata nak jumpa
aku. Lain macam je suara dia. Macam nak marah aku je. Aduyaiii... cuak la
pulak! Balik keje tu aku pergi rumah
Iman sebab nak jumpa Ummi. Aku janji ngan Iman nak jumpa dia esok masa lunch. Lagipun
kereta aku buat hal, masuk bengkel. Jadi aku datang naik teksi. Aku
senyap-senyap jumpa Ummi dulu sebab nak cerita kat Ummi apa yang patut. Ummi
dah boleh bercakap dah. Cuma kena fokus betul sebab kadang-kadang ayatnya
kurang jelas.
Aku
dah belikan makanan untuk Ummi. Sambil suap Ummi makan, aku cerita kat Ummi tentang niat Pakcik Samsudin
nak berbaik semula dengan Iman. Ummi senyum tapi airmatanya bergenang.
"Ummi
memang nak Iman mintak ampun pada ayahnya. Dia anak, nanti takut jadi anak
derhaka kalau dia dendam pada ayahnya".
Begitulah
respon Ummi. Ternyata Ummi pun nak yang baik-baik untuk Iman dan ayahnya. Kalau
nak diikutkan Iman akan pulang lebih kurang setengah jam lagi. Jadi sebelum dia
sampai, lebih baiklah aku gerak dulu. Sengaja taknak terserempak. Cepat-cepat
aku ke dapur basuh pinggan mangkuk yang aku gunakan masa suap Ummi.
Baru
aku nak call teksi, tiba-tiba Iman sampai. Alamak! kenapa pulak dia balik awal
hari ni? Terbantutlah aku nak balik ni.
Aku intai dari dapur dan perhatikan gerak geri Iman. Dia meluru masuk dan terus
peluk Ummi.
"Mi...
Ayah nak jumpa Iman, Mi. Tapi Iman tak ready, Iman taknak jumpa Ayah".
Rupanya
Iman yang dah berotot sekarang masih sama macam Iman yang dulu. Masih mengadu
kat Ummi. Tapi, yelah itu privacy
dia. Kalau kita ngan mak kita, mana ada nak kontrol-kontrol, kan?
"Ummi...
Iman nak buat apa Mi?" Soalnya pada Ummi.
"Iman
jumpalah Ayah. Dia Ayah Iman. Sampai bila Iman nak berdendam dengan Ayah
sendiri? Iman dah dewasa, Ayah dah semakin tua. Nanti kalau salah seorang Allah
panggil, apa yang jadi? Menyesal sudahnya nanti. Iman kena jumpa Ayah. Mintak
ampun pada dia. Walau macam manapun Iman perlu hormat dia sebagai Ayah Iman. Berdosa besar, kalau
jadi anak derhaka".
Kalau
aku yang tengah mengintai dari dapur ni pun jelas dengar apa yang Ummi
cakapkan, Iman lagilah jelas. Kalau dia tak paham jugak, taktau nak cakaplah. Aku
intai lagi dan nampak Iman menangis bila dengar nasihat Ummi. Takdelah menangis
macam budak kecik, tapi keluar jugaklah airmata dia perlahan-lahan. Ada
perasaan jugak dia ni bila bincang pasal ayah dia. Maknanya tak susah manalah
kot nak berbaik ngan ayah dia.
"Iman
ada sini. Ada kat dapur". Kata Ummi.
Iman
tak marah aku pun. Dia pun tak benti nangis masa dah nampak aku. Kira takdelah
nak kontrol-kontrol macho depan aku.
Aduyaiii!
Aku tepuk dahi sendiri. Camane boleh kantoi ni. Ummi pegi pecah rahsia pulak.
Mungkin dia tak mau aku rasa terperangkap kat dapur. Aku pun dengan spontan dan
selamba...
"Err...
err... aku singgah sebab teringatkan Ummi tadi. Maaflah terdengar perbualan
kau ngan Ummi" [Perghhh!!! Malunya!].
Setengah
jam kemudian...
Iman
drive nak hantar aku ke bengkel. Iman
diam je. Aku jadi cuak. Agaknya tadi sebab ada Ummi, jadi dia tak dapat nak
marah aku. Dalam kereta ni sesuai sangatlah kalau dia nak maki aku. Tiba-tiba
dia berhenti di tepi jalan yang sunyi. Alamak! Ni sah-sah nak marah aku la ni!
Sedia jelah Iman ooiiii! [Kataku dalam hati. Masa tu peluh besar semua dah
keluar dah walaupun kereta pasang aircond]
"Kau
ke yang bagi nombor aku kat Ayah?" Soalnya.
Mula-mula
tu aku diam sebab nampak dia macam nak explode.
[Aduyaiii! Takutnya!]
"KAU
KE? HAH? KAU KE YANG SURUH AYAH CALL
AKU?" [menengking]
"Haah"
[Kecut perut aku! First time tengok
Iman marah. Aku mengaku sebab memang ye pun kan? Tipu dosa]
No comments:
Post a Comment